Zahid Hamidi: Ada Abu Lahab dalam Umno... | ||
|
Bagaimanapun, katanya, parti pembangkang juga tidak terkecuali daripada penyertaan Abu Lahab di kalangan mereka.
"Abu yang keempat ialah Abu Lahab. GOlongan ini ada di kalangan kita dan juga di pihak pembangkang. Mereka akan menentang apa sahaja kebaikan yang kita lakukan.
"Mereka tetap keras hatinya tidak menerima apa yang kita bawa walaupuan ia baik dan membawa faedah kepada rakyat," katanya yang juga menteri pertahanan dan pengerusi perhubungan Umno Pulau Pinang.
Ketika menyampaikan ucapan penggulungannya dalam perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Zahid juga menjelaskan, lima lagi Abu ialah:
- Abu Bakar yang taat kepada perjuangan. Abu jenis ini didambakan oleh Umno.
- Abu Talib yang di barisan hadapan mempertahankan Rasulullah tetapi "belum mendaftar". Golongan ini hendaklah dipastikan menjadi ahli dan pengundi.
- Abu Suffian yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam setelah memeluk agama itu. Abu ini umpama anggota parti pembangkang yang kembali ke pangkuan Umno. Abu jenis ini hendaklah didekati.
- Abu Hurairah yang menulis hadis. Golongan ini diumpamakan golongan media dan penulis blog dalam Umno.
- Abu Jahal yang mengakui kebenaran tetapi enggan mengikutinya. Golongan ini diumpamakan sebagai orang yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara maju hasil kerja Umno dan BN tetapi tetap enggan menerima Umno.
Menyimpulkan penggulungannya, Zahid mengajak anggota parti itu menjadikan kisah enam Abu itu sebagai pedoman.
"Sesungguhnya iktibar daripada sirah yang berkaitan dengan mereka yang pernah dekat dengan Rasulullah, jika kita telusuri kisahnya, kita beriktibar daripadanya, insya-Allah kita akan dapat satu pedoman yang akan membantu kita meneruskan perjuangan suci ini," kata Ahmad Zahid lagi
Shafie Apdal: Guna masjid daftar pengundi Umno | ||
|
Katanya, ini kerana, masjid tersebut merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".
"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam pilihan raya umum, katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
Ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 hari ini, Shafie berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung perkara itu.
Shafie membuat gesaan itu ekoran terdapat kira-kira 700,000 ribu anggota parti Melayu itu yang tidak mendaftarkan diri sebagai pemilih dalam pilihan raya umum lalu.
Menurutnya, fenomena itu menyebabkan Umno gagal memenangi kerusi pilihan raya seperti yang berlaku di Ayer Hitam dan Pantai Merdeka di Kedah di mana Pakatan Rakyat menang kira-kira 500 undi sahaja.
"Saya dapati di DUN (Ayer Hitam) itu mempunyai 1,400 ahli Umno yang tidak mendaftar menjadi pengundi," katannya yang juga pengerusi Umno Kedah.
Beliau juga mendedahkan, di Johor - yang disifatkannya sebagai negeri 'jantung' Melayu - Umno dan BN ketinggalan kira-kira seribu berbanding pembangkang dalam pendaftaran anggota baru.
Di Pulau Pinang pula menurutnya, BN hanya berjaya menambahkan 6,266 pengundi Melayu sedangkan Pakatan Rakayt berjaya mendaftarkan sebanyak 22,195 pemilih baru
Umno alukan 'tentera semut' PAS | |||
|
Umno bagaimanapun tidak dapat mengenalpasti jumlah "tentera semut" berkenaan yang datang ke perhimpunan berkenaan, katanya lagi.
"Setakat ini belum terima apa-apa laporan serius tapi kita harap semua pihak hormati langkah-langkah baru yang diambil (oleh urusetia)," katanya.
"Kita tidak terima sebarang maklumat tentang pencerobohan tapi saya dimaklumkan bahawa pihak pembangkang telah menghantar wakil-wakil sebagai tentera semut untuk menyeludup ke dalam perhimpunan agung Umno.
"Tapi bagi Umno kita terima siapa saja yang datang mendengar keikhlasan hati kita memperjuangkan nasib anak bangsa dan negara.
"Kita mengalu-alukan jugalah sekiranya PAS menghantar perwakilan tentera semut ini untuk memantau pemilihan agung Umno pasal kita rasa tidak ada yang perlu disembunyikan daripada orang awam kerana Umno selama ini begitu telus kepada semua rakyat Malaysia ini tentang perjuangan Umno itu sendiri," katanya lagi dalam satu sidang media di PWTC hari ini.
Jelasnya, golongan berkenaan bebas untuk mengikuti perjalanan mesyuarat melalui siaran litar tertutup yang yang disediakan di luar dewan tersebut.
Belum lihat Malaysiakini
Langkah itu, katanya merupakan satu langkah keterbukaan yang ditunjukkan Umno.
"Kita harap mereka dapat terima cara baru kita. Kita sedang tunggu maklum balas semua orang, kita tunggu maklumat untuk dapat kita perhalusi dalam mesyuarat bedah siasat kita selepas ini," katanya.
"Tapi Umno menerima secara terbuka kerana kita membebaskan diri kita dari belenggu dengan mengizinkan The Malaysian Insider dan Malaysiakini membuat liputan semasa perhimpunan kali ini," katanya.
Ditanya mengenai laporan media rasminya Umno Online hari ini mengenai dua laporan Malaysiakini yang dipertikaikan itu, Abdul Rauf bagaimanapun tidak dapat menjelaskannya kerana belum melihatnya lagi.
Dua laporan berkenaan merupakan satu laporan langsung dan juga satu laporan yang disifatkan "memberikan gambaran seolah-olah ahli-ahli Umno adalah bodoh seperti Pak Pandir kerana hanya mengikut arahan kepimpinan secara melulu."
"Saya tidak dapat lagi melihat apa laporan dalam Malaysiakini saya tengah tunggu maklumat. Saya harap Malaysiakini juga berlaku adil kepada kita dengan sikap keterbukaan kita begitu juga The Malaysian Insider, melaporkan benda yang didengar dengan nyata.
"Walaupun ada pandangan berbeza daripada sudut berbeza tapi daripada kita mengharapkan bahawa yang benar itu biarlah tetap benar, jangan diputarbelitkan.
"Terserah kepada masyarakat untuk menerima maklum balas yang dilaporkan sama ada ia benar atau tidak memandangkan keterbukaan Umno kali ini menunjukkan Umno lebih matang memperjuangkan nasib bangsa daripada pembangkang," katanya
Wakil Puteri: PAS tiru wasatiah Umno | |||
|
Idamoerni Zakaria berkata langkah itu dilihat apabila PAS sudah pun mula memperjuangkan Islam secara wasatiah (sederhana) seperti Umno.
Katanya, PAS sebelum ini sanggup "mengkafirkan" Umno kerana berkerjasama dengan parti MCA dan MIC, tetapi PAS sendiri kini bekerjasama dengan DAP.
"Pas mula tiru Umno lebih bersederhana dalam memperjuangkan Islam dan lebih terbuka dalam memperjuangkan kaum lain," kata Idamoerni.
Tambahnya, tidak ada pemimpin pembangkang yang berdiri di pentas antarabangsa untuk mempertahankan Islam selain pemimpin Umno.
Tidak ada pemimpin pembangkang yang berdiri di pentas antarabangsa untuk mempertahankan Islam selain pemimpin Umno, katanya lagi.
Tambahnya, perkara itu boleh dilihat apabila Datuk Seri Najib Razak menyarankan masyarakat dunia supaya memilih kesederhanaan dan menolak ekstremisme di sidang Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), hujung bulan lalu.
Lombok: Di mana Raja Petra, Anwar?
"Ada anasir global mahu tengok Islam hilang. Islam dizahirkan dari persepsi negatif oleh mereka yang benci Islam," katanya mengulas ucapan Najib itu.
Tambahnya, PAS adalah dalang sebenar yang memburukkan wajah Islam di negara ini.
Katanya lagi, Umno telah berusaha menjaga martabat Islam melalui beberapa isu yang diperjuangkan, termasuk ketika Islam dipersendakan melalui satu karikatur Nabi Muhammad yang menimbulkan kontroversi pada akhir 2006.
"Saat Islam dipersenda dengan karikatur, pemimpin Umno yang perjuangkan isu tersebut," katanya.
Idamoerni berkata, Usaha Umno seperti itu juga dapat dilihat melalui usaha Pemuda Umno menyelamatkan wanita Malaysia yang dibawa ke Lombok, Indonesia dan juga ketika menghadapi mententeramkan isu pertubuhan BENDERA dari negara itu.
"Di mana Raja Petra (Kamarudin), Anwar Ibrahim dalam isu ni. Adakah mereka hanya tunggu masa untuk buruk-burukkan kita dalam Harakah, Malaysiakini dan sebangainya?" soalnya
Umno disaran tubuh majlis ulama | ||
|
Wakil Perlis Fathul Bari Mat Jahya berkata anggota majlis itu yang boleh membuat penjelasan isu-isu agama selepas mengadakan perbincangan bersama, perlu dilantik dari kalangan 191 Bahagian Umno, dan turut menyertai perhimpunan agung parti setiap tahun.
"Kita tak mahu masing-masing bercakap dan mengulas. Wujud ketidakselarasan dalam mengeluarkan kenyataan, apabila ada yang kata boleh, dan ada yang kata tidak," katanya ketika membahaskan Usul Agama dan Pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
Fathul Bari, yang merupakan anak kepada bekas mufti Perlis Datuk Mat Jahya Hussin berkata, institusi imam juga perlu diperkukuh dengan diwujudkan jawatan khas buat mereka dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Beliau berkata pada masa ini terdapat ramai graduan lepasan universiti-universiti Islam tersohor seperti Universiti Al-Azhar, dan adalah satu kerugian sekiranya mereka ini tidak diserap masuk ke dalam masjid untuk memperkukuhkan lagi institusi itu.
Sementara itu, Fathul Bari berkata pada masa ini jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, walaupun ia mempunyai beberapa ketidaksempurnaan.
Kerana itu katanya, transformasi agama perlu dilakukan bagi membetulkan ketidaksempurnaan tersebut.
"Transformasi agama bukan seperti transformasi teknologi atau tranformasi ekonomi. Transformasi agama bererti kita berusaha mengembalikan keadaan di mana manusia mempraktikkan agama yang sebenar, yang Allah s.w.t turunkan melalui Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w," katanya.
--Bernama
Mohon maaf dan lantik penasihat syariah, kata Asri | ||
|
“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.
Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.
“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.
“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.
Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.
“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.
“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.
Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.
“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.
Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun.
Bernama juga melaporkannya sebagai berkata: "Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya.“Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," katanya
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran supaya menaik taraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim) di bawah Jabatan Perdana Menteri menjadi sebuah kementerian penuh bagi menyelaraskan urusan berkaitan agama Islam di negara ini.
Perwakilan Perak, Datuk Rosli Husin berkata, agensi di peringkat Pusat perlu dilihat senadi dan senada dalam soal yang berkaitan dengan hukum serta fatwa agar kesegeragaman dari segi hukum dan fatwa dapat dimantapkan.
"Dengan menaik taraf jabatan itu kepada kementerian dapat memperkemaskan dan menyelaraskan segala urusan yang berkait rapat dengan soal-soal Islam di negara ini," katanya ketika membentangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di sini, Sabtu.
Jelas beliau lagi, dengan wujudnya sebuah kementerian bagi memantau soal hal ehwal agama Islam, kerajaan dapat melaksanakan tindakan drastik serta mengambil keputusan segera terutamanya permasalahan berkaitan akidah dan fatwa.
"Tindakan drastik tentunya dapat dibuat tanpa menunggu keputusan peringkat negeri terutamanya yang berkait dengan akidah, ajaran sesat, kes tukar agama, pembuangan bayi, anak luar nikah dan sebagainya.
"Selain itu ia juga dapat mengelakkan daripada pandangan berbeza dan bercanggah tentang sesuatu yang berbangkit," katanya.
Tambah beliau, dengan wujudnya sebuah kementerian hal ehwal agama Islam juga dapat memastikan kesucian dan kedaulatan agama Islam dapat diurus tadbir dengan berkesan dan menjadi rujukan masyarakat Islam.
Selain itu, menyentuh mengenai keputusan kerajaan menaikkan elaun imam dan guru-guru Kafa daripada RM750 ke RM800 sebulan, beliau bagaimanapun mencadangkan kerajaan agar mempertimbangkan supaya golongan berkenaan diberikan gaji penuh.
"Saya nak cadangkan agar imam dan guru Kafa diberikan gaji bulanan penuh bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada golongan ini," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan