Ahad, 10 Oktober 2010

TAK KENAL MAKA TAK CINTA 11 HINGGA 20

tak kenal maka tak cinta 11


Cerita solat tidak habis-habis....dari peringkat sekolah hingga ke liang lahat....solat ini sudah macam hak peribadi yang tidak boleh disentuh.Mereka inginkan kebebasan secara total.Sedangkan kalau dalam hukum Islam 0rang yang tidak solat boleh dihukum bunuh...begitu beratnya serta pentingnya solat,sebelum Rasullullah wafat,baginda juga memesan umatnya agar jangan meninggalkan solat....

Begitu di hari pembalasan@di padang masyhar nanti pun,perkara yang mula-mula ditanya ialah solat.Solat juga yang perbezaan ketara antara muslim dengan orang kafir@non muslim.Juga hukum solat ini menyebabkan Rasullullah saw dipanggil oleh Allah swt dalam peristiwa Israq-mikraj.Ini,disebabkan kemurahan Allah swt yang tidak membalas perbuatan meninggalkan solat di dalam dunia secara terang-terangan.

Walaupun kalau kita amat-amati,banyak Allah swt beri peringatan kepada orang hidup....dimana orang tidak solat ditimpa macam-macam muhsibah...tetapi kita semua tidak perasan atau tidak sedar.Kembali kita membicara tentang solat ini,di sekolah ia berlaku yang ada dua sesi,iaitu petang....yang ada solat zohor dan asar.Kadang2 perkara ini menjadi keliruan.Apakan tidak,ramai yang memikir belajar itu wajib,solat juga wajib...ada rasa kedua2 sama penting.

Bagi saya,ambil kaedah menunaikan haji,ia dua rukun besar,iaitu fardu dan wajib.Fardu mesti dibuat,jika tidak haji jadi tidak sah atau batal,sedangkan rukun wajib jika tidak buat boleh digantikan dengan membayar dam.Harus diingat belajar perkara2 di sekolah itu kebanyakan fardu kifayah.Fardu ain pula ialah sudah maklum iaitu bersangkutan dengan agama contohnya bab solat,solat jumaat bagi lelaki,haji dan umrah bagi yang mampu,dan mungkin tidak sedar ilmu2 fardu ain spt feqah,bab solat dan lain-lain yang wajib kita pelajari.Maka berdosa kalau tidak mempelajarinya.Oleh itu eloklah kita waktu maghrib solat di masjid@surau...terus ikuti pengajian jika ada,bawa sekali anak dan isteri,bahkan elok kita cari surau@masjid yang ada pengajian.


tak kenal maka tak cinta 12


mari kita fikirkan sekolah dua sesi,iaitu kita tumpukan kepada sesi petang yang memang terlibat dua solat iaitu zohor dan asar.Kita jangan fikirkan solat itu menganggu solat atau sesi petang itu sendiri.Malah sesi petang itu menganggu solat.Ini disebabkan solat itu sendiri lebih awal dari sesi petang itu sendiri,lebih 1400 tahun dahalu.Lagi pun itu hak Allah swt yang wajib ditunaikan.Haram bagi orang perseorangan atau organarsasi tiada memberi waktu untuk solat.

Soal orang tidak solat itu antara dia dengan Allah swt.Solat wajib bagi setiap orang Islam yang telah mukalaf.Malang sekali orang berani meninggalkan solat atau meringan2kan solat.Seolah-olah ia tidak mahu bersyukur kepada Allah swt yang telah menciptanya serta memberi segala nikmat yang tidak terhitung.Cuba kita fikir kalau anak yang kita asuh serta didik sejak kecil tidak menghirau kita setelah ia berjaya dalam hidup.

Rakyat yang diberi segala kemudahan dan kesenangan kemudian memilih pemimpin atau pemerintah lain.Kiaslah yang lain-lain,walaupun contohnya jauh sangat kalau hendak dibandingkan dengan pemberian Allah swt.Adakah dihari tua nanti yang baru hendak beribadat,sedangkan kita tidak larat lagi atau baru hendak belajar agama,kita pun sudah terasa malu.Mungkin telah koma atau lumpuh seluruh badan baru hendak insaf.Ingatlah wahai pengunjung blog mati itu tidak mengenal usia dan tidak ketahui bila ia akan menjemputnya.Oleh itu janganlah kita bertangguh2 lagi



tak kenal maka tak cinta 13


Lah ni...mana2 surau@masjid sibuk dengan sambutan israq mikraj...dengan memanggil ustaz2 untuk berceramah tentang israq mikraj...dan salahsatu yang akan diceritakan ialah tentang solat,yang telah diwajibkan bagi orang Islam yang telah mukalaf.Dimana Rasullullah saw diangkat khas untuk menerima perintah solat untuk umatnya yang asalnya 50 waktu akhirnya tinggal 5 waktu sahaja.Begitulah besarnya hukum solat itu.

Diceritakan juga dalam israq mikraj ada seorang yang menghentak kepala ke batu dan pecah,dan elok balik,hentak kembali...berlakulah berulang2...atas kesalnya tidak menggunakan akalnya,hingga meninggalkan solat waktu di dunia@masa hidupnya......hentakkan kepala itu mengambarkan rasa kesalnya.Walaupun berulang2 kali israq mikraj disambut dan diulang2 dalam ceramah.Malang sekali kalau kita tidak mengambil pengajaran@iktibar peristiwa tersebut,kerana masih ada lagi orang yang tidak faham hingga sanggup menghalang@tidak memberi, orang yang hendak bersolat.

Tentu kita berfikir mana ada manusia Islam yang sanggup melarang orang yang bersolat.Mungkin kita fikir tidak munasabah,atau tidak akan berlaku....dengan kata lain mustahil.Ini memang benar berlaku,walaupun bukan semua,contoh di sekolah2 sesi petang.Alasan yang diberi ialah masa telah diberi maka ikutlah masa yang telah ditetapkan,atau katanya masa yang telah ditetapkan telah habis...saya memang tabik pada orang ini kerana berani menghalang orang hendak bersolat.Siapakah dia,ingatlah dia juga akan mati...dan akan ditanya@disoal atas perbuatannya itu.Ini disebabkan jahilnya tidak tahu yang mana fardu dan yang mana wajib atau fardu kifayah.

Ini disebabkan dihijab oleh pangkat,gaji yang mahal dan kelulusan panjang menjela.Ia tidak sedar akal,hidup,rezeki dan semua dari Allah swt...ingat orang sombong tidak boleh cium syurga...Satu contoh makhluk Allah swt yang sombong ialah iblis.Ingat....sombong,kaya,dan apa saja kehebatan kita,kita tetap mati.Sedangkan mati tidak mengenal usia.




tak kenal maka tak cinta 14


Sudahlah umur pelajar2 itu baru berumur antara 13 ke 14 tahun yang belum sebati dengan ibadah solat.Kita menghalang pula dengan alasan peraturan.Adakah peraturan manusia lebih besar dari peraturan Allah swt.Sudahlah waktu yang diberi itu lewat lagi singkat,atau dihujung-hujung waktu.Kalaulah pelajar itu mati sebelum solat adakah ia mampu menjawab dihadapan Allah swt nanti.Sebagai contoh solat zohor beri 3.20 petang,rehat pula 3.25 petang...mereka terpaksa berebut2 masa untuk solat dan minum atau makan.

Cukupkah masa 25 minit untuk solat dan makan...jika seorang atau 50 orang pelajar memang cukuplah agaknya.Bagaimana kalau pelajar yang solat itu antara 400 ke 500 orang,yang telekung ada yang berkongsi,pili paip yang terbatas,malah bila diguna semua air menjadi kecil keluarnya.Mungkin yang pelajar yang tidak dididik agama secukupnya di rumah atau memang tidak solat,ia akan cuba lari dari solat.Jika pelajar yang mengutamakan makan sudah tentu ia akan makan dan meninggalkan solat.Jangan kita buat benda suruhan Allah ini macam melepaskan batuk ditangga.

Bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar sahaja,tapi patut juga mereka dididik malah wajib kita mendidik mereka agar mengenal de Penciptanya.Itulah susah juga orang bertauhid atau berihsan diwaktu solat dan bukan diwaktu2 lain.Ia hanya sedar ketika susah baru sibuk mencari pertolongan dari Allah swt.Jangan ingat kita sudah berpelajaran tinggi kita sudah cukup pandai,dan memikirkan kita sudah cukup bagus...cakap kasarnya...'pooodaaah' ini dikatakan orang syok sendiri.Dalam agama dipanggil ujub...salah satu sifat yang dibenci oleh Allah swt





tak kenal maka tak cinta 15


Itu,pelajar tingkatan 1...menarik pula bagi tingkatan 2...waktu zohor 3.55 petang dan rehatnya pukul 4.00petang...ini diberi masa 25 minit juga untuk solat dan minum@rehat dalam jumlah yang hampir sama 400 ke 500 orang pelajar.Ini lagi hujung waktu..sudah hampir waktu asar kalau asar bermula 4.25 petang,bagaimana,sudah tentu membimbangkan,mungkin tidak sempat solat zohor .

Ini dikatakan percubaan,untuk dicuba2 sedangkan waktu solat telah maklum...begitulah standard@taraf hukum Allah swt...hukum2Nya diperkecilkan2...dipinggirkan2.Allah swt diletak terkemudian...kerana tidak untung dalam perniagaan,malah ada pula menjualkan pula agama dengan dunia.Mungkin begitu akhir zaman...mungkin kita tidak merasa hari kiamat tapi kiamat kecil iaitu mati mesti merasainya.

Anda tidak takut dalam kubur yang gelap,bertilamkan serta berlangitkan tanah,lagi dalam keadaan sempit.Fikir2lah.Agama dipinggir bukan di sekolah2 atau di mana2 sekarang, malah di tv dan radio...ia sebagai acara tertentu...bulan puasa,malam jumaat dll,tapi diadakan waktu2 yang tidak sesuai menyebabkan ramai yang tidak boleh mendapat faedahnya.Malah kadang2 tajuk tidak langsung menuju kepada mentauhidkan Allah atau membincangkan kenapa hukum Allah kena@mesti dilaksanakan...inilah contoh2 Islam itu dipinggirkan.

Kalau difikirkan banyak lagi contoh kita boleh dapat mungkin tuan puan pun dapat memberi contoh lain yang lebih banyak.Islam ini hanya terletak pada solat,haji,puasa,zakat,menguruskan mayat,nikah dan cerai,bahkan mungkin tahlil dan baca yassin malam jumaat.Islam lah ni macam perkara eksoseri@perhiasan luaran bukan digunakan pada keseluruhan hidup.Ingat tuan puan kita akan matikan dan dibangkitkan serta ditanya segala apa yang kita lakukan di dunia...dan satu zarah pun tidak akan terlepas.



tak kenal maka tak cinta 16


Antara siri 1 hingga 15,ia berkisar kehidupan kita sehari-hari.Mungkin banyak berkisar pengalaman hidup dan persekitaran yang penulis lihat.Rata2 kita hidup dalam keadaan lupa kepada Allah swt yang menciptakan kita.Banyak dalam kehidupan seharian kita tidak mengikut peraturan Allah swt.Seolah-olah kita lupa wujudnya Allah itu sendiri.Mungkin waktu2 tertentu baru kita ingatkan Allah swt.Mungkin malang lagi kalau kita berfikir banyak peraturan Allah swt itu menyekat kehidupan atau aktiviti harian kita.

Ini disebabkan kita tidak kenal atau tidak beberapa kenal dengan Allah swt.Mengenal Allah bukan satu perkara yang mudah..kalau kita fikirkan,kita hendak mengenal isteri,suami,anak-anak pun agak sukar ini apalagi Allah swt yang bersifat ghaib.Hanya dengan taufik dan hidayahlah boleh kita mengenalNya.Oleh kerana kita tidak mengenal Allah swt dengan sesungguhnya,menyebabkan berat tubuh badan untuk melaksanakan segala peraturanNya.Malah kita yang mengaku Islam kadang2 bercakap dipentas kafir atau bercakap bagi pihak kafir.Inilah kesan kita tidak mengenal Allah swt.Malah kita benci perkara2 makruf dan menyukai pula perkara2 maksiat.

Mari kita renung dan fikir,setakat manalah hidup kita ini...akhirnya mati juga atau kembali juga kita kepadaNya.Kita pun sedar kita akan tua atau akan dimakan usia.Ini menyebabkan makanan kesihatan,awet muda sangat laris dipasaran.Memang tidak salah kita mengambil bahagian kita di dunia,tapi jangan sampai kita lupakan akhirat dan hari ajalnya kita.Bagi orang yang dapat hidup umur 50 ke 60 pun masih ada yang leka dengan dunia lagi. Kalau pun kita hidup sampai 80 ke 90 tahun,adakah kudrat@tenaga sama macam umur ketika 35 atau 40 tahun.Fikirkanlah umur yang sebegitu sudah tentu tidak larat lagi beribadah banyak2 dan kalau membaca quran pun sudah tidak nampak,malang lagi kalau ketika itu kita sudah nyanyuk.Adakah tuan puan tidak memikirkannya.

Rebutlah peluang semasa hidup dan selagi kudrat masih kuat.Jangan asyik bertangguh-tangguh,ramai yang sudah mati...mati yang membawa azam atau cita2 hendak beribadah tapi tidak kesampaian.Mengenal Allah swt suatu perkara wajib dan haram jika diabaikan.Kesannya berat...kita terus bergelomang dengan dosa dan jika tidak sempat bertaubat kita akan dihumban ke dalam neraka di hari akhirat kelak.Kemanisan iman hanya dapat dirasa oleh individu itu sendiri dan tidak boleh dikongsi2...malah iman ini juga tidak boleh diwarisi macam harta pusaka.Maka eloklah tuan-puan menghadiri majlis2 ilmu dalam rangka untuk mengenal Allah swt.





tak kenal maka tak cinta 17


Jika bekerja ini disebabkan ijazah serta kelulusan kita dan sebagainya,maka kita pun diberi jawatan yang ada sekarang. Kita pula tidak langsung memikirkan itu adalah anugerah dari Allah swt.Jadi kita memang silap dan tolol agama serta tidak kenal Allah.Ini digelar buta tauhid.Manakan tidak kita lupa kejadian asal usul kita,kedua ibubapa,air mani semuanya anugerah Allah swt.Roh ,akal kehidupan dan segalanya juga dari Allah swt.Bodohlah kita serta sombonglah kita jika tidak mensyukurinya dengan meninggalkan solat dan menentang hukum2 Allah.Lebih2 lagi jika berkuasa, kita langgar segala hukum Allah.Kita ambil yang baik2 sahaja dan yang bertentangan dengan nafsu kita tinggalkan.

Kita kena sedar, hidup kita Allah kurniakan.Akal,fikiran dan kecerdasan pun Allah kurniakan.Bagaimana kalau kita diberi atau Allah takdirkan gila.Kita tidak boleh menolak,tentu kita diberhentikan kerja atau tidak dapat bekerja.Begitu juga jika Allah berikan kita sakit,lumpuh,kemalangan yang menyebabkan kita tidak boleh kerja lagi dan pelbagai penyakit, yang mana menyebabkan kita terpaksa meletakkan jawatan.Begitu juga jika kita ditangkap kerana rasuah,mencuri,merogol dsbnya.Ini semua datang dari Allah.Kalau kita tidak terfikir bermakna kita lupa kekuasaan Allah.Begitu juga tentang kecantikan,suara yang sedap,akal hingga kita jadi terpelajar,ini semua dari Allah.Hingga kehebatan kita itu memberi rezeki kepada kita.Walaupun ada yang menggunakan kehebatan itu dengan mencari rezeki yang tidak dihalalkankan Allah swt.Ini semua kerana tidak kenal dan cinta pada Allah swt.Kita pandai,kita belajar tinggi dan sebagai itu anugerah Allah bukan dari kehebatan kita sendiri.

Sedangkan akal, fikiran dan ilmu kita terbatas dan terhad jadi jangan berlagak serba tahu atau terasa hebat.Tua akan melemahkan segala yang ada pada kita termasuk akal dan ilmu.Banyak yang akan kita lupa dan tersasar cara berfikir diisebabkan tua dan nyanyuk.Kaki pin kadang2 jadi tiga atau empat disebabkan sudah bertongkat atau berkerusi roda.Itu pun jika kita sempat tua.Susah kalau kita berfikir terlalu positif,berfikir sempat tua dan sempat bertaubat.Lagi teruk positifnya kita berfikir,dosa kita yang mengunung dan menentang hukum Allah pun kita rasa akan masuk syorga.Ini kita sandarkan kepada hujjah kita yang Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Tidakkah terfikirkah kita bahawa Allah itu juga Maha Adil,Maha Bijaksana juga Allah itu Maha Besar SeksaanNya.Kalau pun memang kita bijaksana bukan bererti bijaksana itu boleh merangkuli sekali bijakasana hal agama Islam.

Semua ilmu perlu dituntut bukan datang dengan sendiri.Rasullullah saw pun belajar dengan Jibrail a.s.Belajar pun mesti berguru bukan melalui pembacaan sahaja.Kalau tidak berguru,guru kita ialah syaitan dan dibantu oleh hawa nafsu serta ditambah dengan kejahilan kita termasuk kemaksiatan yang mengunung pada diri kita.Sabitkanlah segalanya datang dari Allah supaya tidak sombong,bongkak,berlagak,syok sendiri,terasa sangat hebat dan terasa terlalu pandai dan berasa tak mati2 , tak tua2 serta tak sakit2...Ini disebabkan hidup kita terlalu bermewah2,berkuasa,darjat tinggi,popular dsbnya.Ditambah tak pernah atau jarang sangat2 pergi pengajian atau menuntut ilmu di surau2 atau masjid2.Hanya bergantung pada solat,haji,puasa,zakat sudah terasa memadai.Sedangkan haji boleh batal atau tidak sah begitu juga solat,puasa dan zakat.Islam juga boleh batal.

Makan minum itu makanan untuk jasmani.Hati juga perlu makan dan minum.Makan minum untuk hati ialah hadir majlis pengajian @ilmu agama.Samalah kalau kita tak makan minum kita akan jadi sakit dan mati.Begitu juga hati,bila tidak makan dan minum,hati juga sakit dan mati.Matinya hati menjadikan kita susah nak menerima arahan dan memahami agama juga sukar taat pada Allah.Akhirnya kita rasa betul serta tidak rasa bersalah walaupun kita telah banyak meninggal suruhan agama dan dalam masa yang sama kita banyak membuat perkara yang dilarang agama.Ini berlaku disebabkan hati kita sudah lama mati.



tak kenal maka tak cinta 18


Penghuni syorga dan orang bersyukur memang sedikit.Masuk syorga bukan boleh dicita2 sahaja atau diangan2 sahaja.Sedangkan diri tidak mahu bertungkus lumus untuk mendapatkannya.Sentiasa relax2 atau bertangguh2 dalam hendak beribadat kepada Allah tetapi dalam bekerja,belajar dan perkara2 yang membawa duit@keuntungan dunia dibuat bersungguh2 atau tidak berhenti2 juga tidak penat2.Macam rasa tidak mati2 dan tidak tua2.Bukan salah belajar tetapi jangan abaikan hubungan kita dengan Allah dan kerja2 Islam.Hingga menuntut ilmu agama diabaikan.

Mengaku jahil,mengaku tidak tak tahu ilmu Islam tetapi kenapa tidak mahu belajar.Mereka tidak tahu,hendak belajar pun banyak halangan dan sudah belajar payah pula hendak beramal apa yang telah dipelajari.Inikan pula langsung tidak belajar. Semua ini adalah angkara syaitan.Kita pandai cakap aje dan tahu syaitan itu musuh kita tetapi tidak menjauhkannya malahan menyuburkan serta mendekatinya pula.Agak susah kalau kita terdiri dari orang berfikir dari logik semata2 dan pengalaman kita sendiri tetapi tidak menyelidik kenapa Allah takdir begitu.Mungkin itu ujiannya untuk penghapuskan dosanya atau untuk dinaikkan darjatnya disisi Allah.Mungkin juga atas kezaliman diri mereka sendiri.Jangan terlepas pandang kuasa Allah.Allah akan menjaga orang yang menjaga agamaNYA.

Jangan kita fikir orang menjaga agama dan memperjuang agama Allah itu bodoh serta kolot.Mereka ini memikir hari matinya,dalam kuburnya dan nasibnya diakhirat.Mereka bukan pula meminta wang dari kita,sekurang2 ia baik dari orang tidak fikir agama dan beribadat.Itu pun mereka masih lagi berasa kerdil kalau hendak dibandingankan perjuang yang telah gugur syahid dan orang yang berani berjuang dibarisan hadapan menentang musuh Allah atau tentera2 kafir.Mereka ini yang kenal Allah,cinta Allah hingga memberi nyawa untuk Allah.Kita...untuk beri malam dengan beribadah pun tidak mampu.Pastu rasa diri hebat dan betul.Hendak pergi menuntut ilmu ke masjid2 dan surau2 pun susah.Itu pun masih betul.

Bila dah tua baru nak berubah,sudah tentulah terlambat.Masa yang lepas tidak boleh berulang lagi walaupun kita menangis keluar darah sekali pun.Cerdiknya kita,pangkat tingginya kita,kayanya kita,cantiknya kita dan pelbagai lagi kehebatan,itu semua anugerah Allah swt.Maka bersyukurlah dan jangan jadi orang tidak bersyukur,sombong bongkak,takabur,tamak,rakus,ahli maksiat dan lain2 yang sewaktu dengannya.Ini namanya orang kenal makhluk2 dan benda yang diciptaNYA tetapi tidak kenal benar2 PENCIPTA itu sendiri.Cuma rasa2 kenal sebab tidak mahu orang kata kita tidak bertauhid pada Allah.Tapi mereka ini masih degil tidak mahu mendalami ilmu agama.Dikhuatiri bila sudah tua malu pergi masjid atau surau untuk menuntut ilmu.Mereka mencari guru2 agama secara sebunyi2.Ditakuti ilmu yang tidak tepat dan lebih malang jika sesat dan terpesong.Elok menuntut ilmu ditempat2 awam seperti suarau dan masjid kerana jika salah guru mengajar dapat dikesan@tahu.Ini disebabkan bukan yang datang menuntut ilmu bodoh belaka malah mungkin lagi alim@berilmu.



tak kenal maka tak cinta 19


Terima kasih kerana sering melayari blog ini.Moga sedikit sebanyak mendapat ilmu@info dan membuka minda.Lama sudah tak menulis sebab kesibukan tugas serta kesuntukan masa.Kali ini kita bincangkan perkara2 yang sering berlaku pada diri kita.Perkara2 ini semua dari hasutan syaitan...perkara pokoknya ialah sifat sombong.....cuma sombongnya tak begitu ketara malah boleh jadi terselindung langsung.Ia seolah bukan sombong tapi lain dari itu.Disitu letaknya bijaknya syaitan.Ia berlaku tak mengira keilmuan atau tahap agamanya,banyak ibadah atau peringkat umur mahu pun apa segala bentuk kebolehan mengelaknya kecuali orang yang ikhlas.

Apa yang maksudkan itu ialah...sifat degil dan tak mahu mengalah,ego memang sudah tentu begitu sombong dan bongkak.Sukar memaafkan,memikirkan diri sentiasa betul,mengadu domba,memikirkan banyak khidmat yang telah diberi,tidak memikir kebaikan orang hanya memikir kebaikan diri sendiri.Lupa budi orang dan sentiasa ingat budi sendiri.Ingat dan mengira jasa2nya dan lupa jasa2 orang lain.Menarik juga ingat jahat orang dan lupa jahat sendiri.Serta segala mak nenek yang sama waktu dengannya.

Harus juga diingat orang begini pandai menilai diri orang lain dan menilai dirinya orang baik dari orang yang dinilai.Memang susah hendak menghalang tipu daya syaitan.Lebih2 lagi beramal tidak berilmu,jarang hadir ke majlis ilmu ditambah tidak ikhlas hanya mengharap pahala dan fadilat2 semata2.

Yang sukarnya ialah kita terasa dizalimi dan betul lagi benar...sebenar mungkin orang telah memohon dan mengaku kesalahan...bumi mana tak ditimpa hujan.Tapi kerana sifat sombong dan dipengaruhi syaitan kita rasa tidak mahu memaafkan.Kita rasa biar Allah sahaja membalas kesalahan orang itu kepada kita.Cuma diingat adakah kita ini manusia jenis maksum tiada buat salah apa2.Inilah kebijaksana syaitan agar kita terus sombong dan terasa betul.Sombong ini berat menyebabkan tidak mencium bau syurga dari maksud hadis.Kesombongan syaitan juga menyebabkan ia masuk neraka dan kekal didalamnya.

Mungkin ini terjadi disebab kejahilan ilmu...banyak sifat terkeji dalam diri kita.Mungkin solat kita ada yang tak kena.Mungkin ikhlas dalam ibadah tiada dan jelas syaitan masih mampu mengoda kita.Itulah sifat riak atau ujub memang boleh merosakkan amalan kita.

Bagaimana hendak mengatasi...hendak merasa diri masih lagi tidak sebaik mana dari ibadah orang lain....atau amalkan perkara ini...iaitu 3 perkara kalau ingat kita lupa2kan...dan 3 perkara ini jika lupa kita ingat2kan.....

3 perkara kita lupa kita ingat2kan....


i. Dosa kita kepada Allah swt.

ii. Nikmat dan kurniaan Allah kepada kita.

iii.Jasa dan sumbangan orang kepada kita......

3 perkara kita ingat kita lupa2kan....

i. Ibadah kita kepada Allah swt.

ii. Jasa dan sumbangan kita kepada orang

iii.Kejahatan orang kepada kita.



tak kenal maka tak cinta 20


Akhir2 ni orang lebih nampak dan mengejar yang zahir lagi nyata dari yang ghaib atau terselindung ....mungkin ada mengatakan agak abstark@kabur yang ghaib ini.Ini berlaku kerana kita tidak kenal Allah dan belajar Islam...tidak hadir ke majlis pengajian atau asyik mengejar dunia semata2 dengan tujuan untuk menunjuk2 siapa lebih hebat dan kaya raya.Baik segi harta maupun ilmu.

Sebenarnya kita tertipu dengan syaitan yang begitu licik mengoda dan memainkan peranan untuk menjahanamkan kita.Sasaran utama syaitan sudah tentu orang ahli2 agama@alim...supaya cita2nya mudah tercapai.Apabila gulungan ini sesat hala tujunya.Maka orang awam lebih mudah untuk disesat.Contoh...apabila gulungan ini sibuk menghimpun kekayaan dan ilmu serta hidup penuh kemewahan sudah tentu ia menjadi ikutan bagi orang awam.Kerana mereka idola dan penentu halal atau haram.

Contoh lebih mudah...jika anak kahwin ustaz@ustazah pun ada cara bersanding,majlis bercampur lelaki perempuan,ditambah muzik yang terlarang.Maka sudah tentu jadi dalil nyata perkara itu dibolehkan.Pernah kita dengan hebat pakar motivasi itu bercakap tentang Islam dan taqwa serta mengatakan sanding itu haram.Tiba2 anaknya kahwin acara sanding itu diadakan.Ini yang dikatakan cakap tak serupa bikin.

Masa ini Islam@ayat quran serta hadis senjata ampuh untuk melariskan perniagaan.Hukum hudud tenggelam atau takut dibicarakan...Memang undang2 itu ada tapi kalau undang2 ada tapi tiada dikuatkuasakan benda itu tidak berhasil apa2.Berbalik kita kepada ISLAM yang digunakan untuk melariskan perniagaan,ini kerana orang awam telah mula minat pada Islam serta inginkan yang halal serta nak jauhkan yang haram pada makanan dan minuman.

Cuma mereka@kita terlepas pandang dalam halal haram pada berpakaian,pergaulan,bernegara serta bermuamalat dll.Inilah peranan yahudi dan nasrani untuk mengelirukan umat Islam.Baikot makanan dan barangan yahudi tetapi filem2nya tetap ditonton dan digemari.Payah... jika jiwa kita masih kotor serta malas menambah amalan2 sunat...lagi teruklah orang yang meninggalkan amalan wajib.

Mereka sibuk berlumba2 mencari wang,berjenis bentuk cara untuk mendapatkan wang....ratusan ringgit malah ada ribuan ringgit sehari.Adakah ia mengkaji sumber itu halal atau haram...atau bagaimana ia dihasilkan.Kerana mereka@yahudi/nasrani tahu seketul daging yang terjadi dari sumber yang haram...maka haram jugalah untuk masuk syurga.Kalau begitu mudah cari duit....tak payah belajar tinggi2...tutup saja universiti2 yang ada.....

Hanya kita belajar bagaimana nak mengandakan wang...hingga jadi jutawan.Memang tak mustahil boleh jadi jutawan tapi yang halallah tiada penindasan dan penipuan....kalau dah semua jadi jutawan siapa pula hendak buat kerja2 buruh atau setaraf dengannya.Janganlah kita nampak yang zahir sahaja...kereta mewah,banglo dan segala mak nenek yang setaraf dengannya kita belasah saja cara mendapatkan kekayaan itu.Dengan menipu@putarbelit dsbnya.

Kalau kita lihat orang kaya@jutawan yang ada sekarang pun bermula dari perniagaan kecil dahulu.Kecuali kekayaan itu dari hasil komesin.Itu sendiri fikirlah dan jawablah.Siapa tak nak kaya atau tak nak duit...tapi biarlah kita dapat dengan cara yang halal dan sumbernya pun halal.Kita nak masuk syurga tapi buat amalan ahli neraka.Mana boleh...

Kaya dah kaya...tapi kena ....fikir2lah hari tua kita,berkedut,sakit@lemah dan hari kita mati@mampus...semua tu akan tinggal...fikir2lah bila berada didalam tanah dimakan cacing...gelap-gulita dan mungkin seksaan sedang menunggu.....

Tak mati....tak kan tak mati dah ramai yang mati kita tunggu sajalah giliran kita.Padang mahsyar kena fikir2kan juga....jangan fikir duit serta kekayaan semata2...fikir zahir sahaja memang yang ghaib lupa...

Siapakah yang melalaikan....syaitanlah....atau Allah tidak beri taufik dan hidayah sebab telah banyak melakukan kemungkaran ....inilah bala yang paling berat....bila Allah tidak pandang kita dengan RahmatNYA....bertaubatlah....berubahlah....asyik cakap berubah pada kaya kenapa tak berubah taat pada Allah....kaya mana pun kita atau hebat mana ilmu kita serta tinggi mana pangkat kita..... tak boleh mengatasi Kekuasaan Allah.....kata mudah ....bolehkah kita menghalang dari mati....fikir2kanlah....




contoh dari berita di akhbar.....


Jurujual penipu sasar isteri peneroka Felda

SEREMBAN - Jurujual yang berniaga barangan dari pintu ke pintu, kini beralih ke kawasan tanah rancangan Felda di Negeri Sembilan untuk memperdayakan isteri peneroka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Hashim Rusdi berkata, jurujual terbabit menumpu di Felda kerana masyarakat bandar yang sebelum ini menjadi sasaran mula sedar mengenai taktik penipuan golongan itu.

"Mereka tidak menipu banyak, hanya RM50 setiap rumah, tetapi kalau 100 rumah, jumlah yang diperoleh sudah cukup banyak.

“Dengan berpakaian kemas dan petah bercakap, jurujual terbabit mudah jalankan penipuan mereka kerana operasi dijalankan semasa peneroka keluar bekerja di ladang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Pengguna Bestari Daerah Rembau anjuran Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini, hari ini.

Hashim mengingatkan suri rumah di tanah rancangan Felda yang ditipu supaya membuat aduan menerusi saluran betul seperti Biro Pengaduan Awam.

"Cerita penipuan ini kerap kali didedahkan di akhbar tetapi orang ramai enggan jadikannya sebagai pengajaran. Itu belum lagi aduan mengenai sindiket skim cepat kaya yang pernah jadikan peneroka di Felda LBJ sebagai mangsa,” katanya.

Tiada ulasan: