Penduduk 'gaduh' lagi dengan TNB, tiga ditahan | |||
|
Menurut beberapa saksi, pekerja TNB cuba menimbus kawasan berlopak di tapak berkenaan bagi memudahkan jentera berat ke kawasan itu.
Namun puluhan penduduk yang mengetahui perkembangan itu cuba menghalang mereka dan pertelingkahan kecil berlaku.
Seorang pekerja TNB terjatuh ke dalam longkang dalam pergelutan itu yang kemudiannya menyaksikan pertikaman lidah antara kedua-dua pihak.
Beberapa saksi mendakwa kejadian yang menimpa pekerja TNB itu tidak ada kaitan dengan ketiga-tiga individu yang ditahan itu.
Penduduk sebelum ini melahirkan kebimbangan mereka kerana khuatir pembinaan menara berkenaan sekali gus juga akan menyebabkan kampung itu terbahagi dua.
Mereka membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu tetapi mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan projek itu.
Apabila siap kelak, projek yang melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 59km, kira-kira satu kilometer jaraknya dari Kampung Sg Terentang itu akan menyaksikan pembinaan lima menara satu tiang.
Projek CAR akan meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik daripada 33kV kepada 275kV dan membantu mengatasi kekurangan kuasa di Lembah Klang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan