Harakahdaily | ||||||
KUALA LUMPUR, 30 Okt: Umno bukan sahaja mahir memperalat agama, malah orang agama juga dipergunakan untuk kepentingan politik mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad. Katanya, dakwaan berhubung perkara itu bukan fitnah, tapi realiti yang sudah diketahui umum. Beliau merujuk kepada cara kempen Umno di Galas yang memainkan isu agama. "Ustaz-ustaz Umno disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang Umno buat. "Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan umno BN," katanya. Namun apa yang menghairankan katanya, ketika isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo, Monarco pada 9 Ogos 2010, orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. "Mana suara ustaz umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP)?," soalnya. Katanya, banyak lagi bukti orang agama di dalam Umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu. Orang agama di dalam umno ujarnya hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan PAS. Ianya termasuk isu orang bukan Islam masuk masjid yang dibenarkan melalui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. "Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. "Rakyat mula berkata, umno haram duit judi, tetapi halalkan lesen judi," katanya. Beliau turut mempersoal ke mana pergi orang-orang agama di dalam umno yang berkelulusan tinggi, seperti Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. "Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu," katanya.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 30 Oktober 2010
POLITIK ISLAM BERTUNJANG TAUHID....BUKAN EMOSI DAN TIPU DAYA ...JIKA DE DUA...TENTU ADA SATU BENAR ...DAN SATU TAK BENAR...TAK BOLEH DUA2 BENAR....
Umno peralat agama, orang agama untuk politik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan