Puteri Umno: Wartawan menyamar kurang ajar | ||
|
Menurut ketua penerangannya, Nordiana Shafie, apa yang dinyatakan oleh wartawan portal berita itu, Boo Su-Lyn dalam tulisannya hanya petikan sebahagian daripada ucapan yang disampaikan oleh timbalan pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin
“Wartawan tersebut sengaja memanipulasikannya untuk membangkitkan kononnya Umno adalah parti perkauman,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengiringi exconya Seriwani Sabtu membuat laporan polis berhubung hal terbabit di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.
“Mereka tidak beretika, tidak tahu menghormati majlis yang diadakan, dan melakukan sesuatu yang tidak wajar sebagai seorang wartawan,” jelasnya.
Dakwa Nordiana, sesi ceramah yang diadakan adalah tertutup dan pengumuman telah pun dilakukan bagi meminta pihak media keluar dari dalam dewan semasa program dialog bersama negarawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin lalu.
Kurang ajar
“Kita buat laporan polis kerana kita menafikan dakwaan yang ditulis oleh wartawan tersebut malahan semua ahli-ahli pergerakan Puteri yang hadir dalam majlis tersebut bersedia untuk menjadi saksi,” tegasnya.
Dakwa Nordiana lagi, semasa majlis tersebut, wartawan berkenaan telah berlegar-legar di sekitar dewan tetapi telah diminta keluar oleh urus setia apabila menyedari kelibat beliau.
“Lebih teruk lagi, penghinaan dilakukan apabila Boo turut menyamar dengan memakai tudung dan menyelinap masuk ke dalam majlis. Bukankah itu satu perbuatan yang kurang ajar,” katanya.
Program sehari yang yang berlangsung Isnin lalu dihadiri 1,200 ahli pergerakan itu turut melibatkan sesi ceramah tertutup yang disampaikan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affendi dan dialog bersama mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengikut portal berita itu, Hamim didakwa menghina dengan melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.
Pegawai kanan BTN itu juga dilaporkan oleh Boo sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.
Ini bukan kali pertama kes wartawan menyambar menimbulkan kemarahan orang ramai. Pada 8 Julai tahun lalu, dua wartawan majalah Al-Islam daripada Kumpulan Utusan Melayu yang dimiliki Umno, menyamar sebagai penganut Katholik bagi menyiasat khabar angin terdapat usaha memurtadkan gadis Islam.
Wartawan itu mengikuti upacara Kristian di dua gereja di Kuala Lumpur – termasuk memakan roti suci yang disuapkan oleh paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar – dianggap menghina Katholik dan menimbulkan provokasi.
Namun, tiada pemimpin Umno ataupun Puteri yang tampil membidas tindakan berkenaan
Tangkapan Zunar: Hisham terus membisu | ||
|
"Saya cuma katakan terdapat begitu banyak kes dengan fakta yang berbeza. Kita tidak mahu membuat komen kerana masih di bawah siasatan,” katanya apabila ditanya mengenai tindakan pantas polis menahan Zunar berbanding dengan kejadian dakwaan rasis yang lain.
Zunar ditangkap beberapa jam sebelum beliau dijadual melancarkan buku komik terbarunya, , Cartoon-O-Phobia pada 24 September lalu.
Hishammuddin sebelum ini berkata Zunar ditangkap kerana menghina sistem perundangan negara, agama dan juga berhubung isu penggunaan kalimah allah.
Tengku Fakhry kecewa gelaran ditarik balik | ||
|
Pemasyhuran kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar pada 13 September lepas.
Dalam satu kenyataan semalam, Tengku Muhammad Fakhry berkata beliau kecewa dengan tindakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V melucutkan gelaran Temenggong dan semua anugerah yang diberikan kepadanya sebelum ini.
Katanya beliau menerima nota daripada Setiausaha Kerajaan Datuk Mohd Aiseri Alias semalam yang memaklumkan mengenai keputusan Sultan Kelantan itu.
"Saya kecewa tetapi tidak terkejut kerana baginda dilihat sebagai wajar untuk mengambil tindakan itu," katanya.
Sultan Muhammad ke-V turut menarik balik Darjah Kerabat Yang Dihormati (DK) (Al-Yunusi) serta Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi) yang sebelum ini dianugerahkan kepada adinda ketiga baginda itu.
- Bernama
70 lagi warga emas pulang semula wang ehsan | ||
|
Habsah Said, 81, dari Permatang Damar Laut, berkata beliau kecewa dan terkejut apabila mendapat tahu bahawa program menghargai warga emas anjuran kerajaan negeri itu diperoleh daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.
"Bagi orang Islam, kami tidak dibenarkan menerima wang daripada sumber yang dilarang dan ia dianggap sebagai "duit haram" yang mana kami buat keputusan untuk memulangkannya semula," katanya pada satu sidang akhbar yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu di George Town, hari ini.
Katanya beliau menerima wang itu sebelum ini kerana berpendapat ia sebahagian daripada usaha kerajaan negeri bagi menghargai golongan warga emas.
Seorang lagi warga emas Zainab Abu Bakar, 67, dari Kampung Melayu, berkata beliau memutuskan untuk memulangkan wang itu kepada kerajaan negeri secara sukarela.
"Saya tak boleh terima wang itu kerana ia diperoleh daripada kegiatan perjudian dan kerana itu ia dianggap duit haram," katanya.
Sebelum ini, kira-kira 50 warga emas memilih untuk memberikan wang itu kepada Umno Bayan Baru sebelum ini untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri manakala 20 lagi hadir pada hari ini untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, Abdul Rahim mahu Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abdul Kassim supaya meletak jawatannya, atas kegagalan memaklumkan orang ramai sebelum mengagihkan dana itu.
"Sebagai Exco Agama, Abdul Malik gagal menunaikan tanggungjawabnya dan oleh itu beliau perlu meletakkan jawatan," katanya sambil menambah bahawa Umno Pulau Pinang akan mengembalikan wang itu secara rasmi kepada kerajaan negeri tidak lama lagi.
Khamis lepas, sembilan warga emas dari Bertam dan Pinang Tunggal di Seberang Perai memulangkan semula wang RM100 kepada kerajaan negeri selepas mendapati bahawa wang itu diperoleh dari sumber haram.
Baru-baru ini, Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dipetik sebagai berkata bahawa beliau menerima menerima sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri dan dialamatkan kepada seorang pegawai kelab itu yang memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menerima RM500,000 baki daripada sumbangan daripada kelab itu.
Pengundi Pulau Pinang yang berumur 60 tahun ke atas yang telah mendaftar dalam program itu layak mendapat bantuan RM100 setahun manakala waris mereka akan menerima RM1,000 selepas kematian mereka.
- Bernama
YB Umno diminta pulangkan gaji wang 'haram' | |||
|
Tindakan itu supaya kakitangan Islamnya tidak 'termakan wang haram'. Sekretariat itu mendakwa ada unsur-unsur perjudian dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan empat nombor ekor di akhbar itu.
“(Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat juga) mencabar Umno agar mengarahkan semua GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di bawah pengaruh mereka supaya memulangkan semua pendapatan gaji semula kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih daripada percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak,” kata mereka ketika membacakan kenyataan media.
Katanya, tertekan dengan keupayaan itu, Umno memfitnah kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.
“(Justeru) cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada Umno membuktikan diri mereka adalah 'pembela Melayu yang sebenar', seperti yang selalu mereka war-warkan.
Warga emas ditipu
“Kami juga menyeru agar Umno benar-benar membantu merubah nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh dengan membela jatuh bangun mereka dan bukan hanya berlagak hebat di televisyen dan di dada-dada akhbar,” kata Syed Mikael pada persidangan akhbar di Prai, semalam.
Turut menadatangani kenyataan bersama ini adalah Setiausaha Pemuda DAP, Pulau Pinang, Ng Wei Aik dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Pulau Pinang, Mohd Nor Harun.
Dua hari lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang diberikan itu selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.
Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat itu juga mendakwa kumpulan warga emas berkenaan telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang juga setiausaha perhubungan Umno Pulau Pinang.
“Simpati kami adalah kerana mereka ini telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN mereka yang melatah berasaskan maklumat yang tidak betul.
"Ini bukti jelas, bahawa Umno sanggup buat apa saja, hingga sanggup menidakkan hak rakyat, semata-mata mahukan populariti politik murahan!” kata Syed Mikael.
Ng pula menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan 'memperbodohkan' mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.
Diaturkan Umno
“Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," katanya.
"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.
"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah,” katanya lagi.
BENDA@PERKARA KEDEPAN DALAM ILMU ALLAH...KITA CUMA AGAK2...SEKARANG ORANG SUDAH PANDAI MENILAI....
Najib: Kesan buruk jika BN hilang kuasa | ||
|
Dalam ucapannya pada majlis Malam Sejuta Harapan Ke-6 sempena ulangtahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-20, di Kuala Lumpur malam semalam, beliau turut melahirkan rasa kesal kerana hasrat YBK untuk mendirikan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah ditolak oleh kerajaan negeri Selangor atas alasan yang tidak munasabah.
"Impian saya nak lihat di Serendah, tapak YBK itu tetap dibangunkan, kalaupun bukan UiTM, boleh dimajukan untuk bantu orang miskin. Ini akan terjadi hanya jika Selangor dipimpin semula oleh Barisan Nasional, ini akan menjadi kenyataan", katanya.
Sementara itu Najib berkata, kerajaan tidak pernah dan tidak akan mengabaikan golongan miskin dan golongan kurang bernasib baik meskipun pelbagai program trasformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) diperkenalkan.
"Kita sentiasa meneliti apa yang dilakukan kini. Setiap gagasan kerajaan kita tidak lupa memasukkan aspek keperihatinan terhadap kategori miskin dan kurang bernasib baik," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan