KEMANA NAK LARI..PANDAI2 TUPAI MELOMPAT AKHIR JATUH KETANAH...KITA TUNGGU KEPUTUSAN MACAM MANA....
Biar ke tali gantung
2010/10/14
KUALA LUMPUR: “Seperti mana azab dilalui ibu saya yang dibunuh kejam, saya mahu semua penjenayah yang bertanggungjawab (melakukan pembunuhan) dibalas dengan hukuman mati di tali gantung,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam, atas tuduhan membunuh ibunya dan tiga individu lain.
“Ada kalanya saya takut untuk membaca akhbar atau mendengar cerita bagaimana kejamnya ibu dan tiga mangsa lain diperlakukan penjenayah. Mereka tidak berperikemanusiaan dan berhati syaitan.
“Saya cuma berharap polis dapat membuktikan jenayah terancang dilakukan semua suspek bagi membolehkan hukuman berat dan setimpal dijatuhkan kepada mereka,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.
Rita berkata, sekuat mana sekali pun hatinya cuba menahan air mata daripada menitis, hakikatnya hanya Tuhan yang tahu penderitaan dan kesedihan dialami.
“Kehilangan ibu merentap kebahagiaan kami adik-beradik yang amat manja dan menjadikan ibu sebagai tempat menumpang kasih sejak kecil
“Sukar dijelaskan apa yang kami rasa selepas kehilangan ibu, namun apa cara sekali pun cita-cita dan impian ibu perlu diteruskan. Hanya doa tidak henti dipohon supaya roh ibu ditempatkan di kalangan hamba yang dilindungi Allah,” katanya.
Ditanya berhubung aktiviti harian selain cabaran perlu dihadapi bagi meneruskan perniagaan kosmetik Nouvelles Visages (NV), Rita memberitahu masih banyak yang perlu dipelajarinya
“Banyak perkara yang perlu diselesaikan terutama membabitkan perjalanan dan kewangan syarikat. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana masih ada pekerja lama yang setia di belakang untuk membantu dan membimbing terutama berkaitan urusan perniagaan syarikat,” katanya.
Menurutnya, kesibukannya untuk menyesuaikan diri dengan situasi terbabit menyebabkan dia belum berpeluang berjumpa stokis produk NV yang terus menyokong produk diasaskan ibunya itu.
“Mengikut perancangan, saya akan berjumpa semua stokis pada Januari depan selepas semua urusan berkaitan pengurusan syarikat diselesaikan.
“Tindakan membekukan sementara aset kewangan milik ibu sedikit sebanyak turut menyukarkan kami untuk menyelesaikan beberapa masalah membabitkan pinjaman dan urusan perniagaan lain,” kata Rita.
Selain Sosilawati, tiga lagi mangsa pembunuhan kejam itu ialah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Banting, sebelum abu mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau, pada 30 Ogos lalu.
Sementara itu, Radin Pangat Ishak, 66, bapa mentua Noorhisham berharap apa yang dilakukan semua tertuduh ke atas menantunya bakal diadili seadil-adilnya di mahkamah dan dia yakin sistem perundangan negara ini tidak akan melepaskan orang yang bersalah begitu saja.
“Kami tunggu dan lihat apa keputusannya. Saya serahkan semuanya kepada pihak perundangan negara. Jika mereka didapati bersalah, saya berharap mereka dijatuhkan hukuman yang berat sesuai dengan kesalahan dilakukan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Radin Pangat berkata, dia dan keluarga tidak berputus asa dan tetap melakukan solat hajat dan doa selamat memohon supaya keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan bukan milik menantunya itu.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Melihatkan penderitaan anak dan cucu yang kehilangan tempat bergantung, sayu hati saya. Disebabkan itu kami sekeluarga memohon supaya Noorhisham hidup. Bagaimanapun, jika sah keputusan DNA itu berpadanan dengan menantu saya, kami sekeluarga reda,” katanya.
Katanya, mereka sekeluarga terutama isteri Noorhisham, Suzana, 38, dan tiga anaknya masih berharap keajaiban berlaku selagi ujian DNA tidak disahkan sepadan dengan pegawai bank berkenaan
Tiga dibebas, 2 masih direman
2010/10/14
KUALA LUMPUR: Polis semalam membebaskan seorang wanita dan dua lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Menurut laman web Polis Diraja Malaysia dalam fFacebook, pembebasan wanita itu dibuat dengan bon mahkamah manakala dua lelaki berkenaan dengan jaminan polis selepas empat suspek kes itu didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting di Selangor, pagi semalam.Difahamkan wanita itu, Jesyntha Clarene Isreal, 27, dan adik lelaki Patmanabhan serta seorang lagi lelaki, dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, tengah hari semalam.
Dua suspek lain masih ditahan reman sehingga esok
Sarung tangan terpalit darah
2010/10/14
SHAH ALAM: Seorang pegawai perubatan memberitahu Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, sarung tangannya mempunyai kesan darah selepas memegang dahi seorang remaja lelaki, dalam Proton Iswara putih, yang terbabas di kawasan perumahan Seksyen 11, di sini, pagi 26 April lalu.
Muhamad Sahid Abdul Karim, 30, yang bertugas di perkhidmatan ambulans Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang (HTAR), berkata kesan itu dilihatnya ketika memeriksa bahagian kepala mangsa, di tempat duduk pemandu kenderaan itu.
“Saya kemudian memegang dahi mangsa untuk cuba memusingkan badan remaja itu untuk tengok sebarang kecederaan.
“Tetapi polis melarang saya mengalihkan mangsa daripada kedudukan sedia ada,” katanya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes polis berpangkat koperal yang dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, jam 1.10 pagi, pada 26 April lalu.
Tertuduh, Jenain Subi, 48, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam didakwa menyebabkan kematian pelajar tingkatan tiga itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, Adilah Ahmad dan Siti Rohaida Che Hamid, manakala tertuduh diwakili peguam bela Salim Bashir dan M Athimulan.
Muhamad Sahid yang juga saksi pendakwaan ke-9, berkata, dia melihat jasad lelaki dengan sebahagian besar badan berada di luar kereta Proton Iswara berwarna putih ketika tiba di tempat kejadian, jam 2.23 pagi, pada hari kejadian. Katanya, kedudukan kereta itu berada antara pagar sebuah rumah dan pokok dan kawasan kejadian sudah dipenuhi anggota polis dan orang ramai yang menyedari peristiwa itu.
“Saya nampak seorang lelaki terbaring secara tertiarap di luar kereta dengan kaki lurus. Cuma bahagian kepala tertekup di atas tempat duduk pemandu,” katanya.
Bagaimanapun katanya, mangsa sudah meninggal dunia berdasarkan tiada denyutan nadi di leher dan tiada degupan jantung dikesan menerusi penggunaan alat steteskop.
Namun katanya, dia tidak dapat mengecam sama ada remaja memakai kemeja-T dan seluar pendek itu adalah Aminulrasyid kerana ditegah polis ketika cuba memusingkan tubuh mangsa.
Sementara itu, ketika ditanya Athimulan sama ada dia ada melihat jasad remaja itu dialihkan, dia berkata, keadaan mayat berada dalam keadaan tertiarap
BAGAIMANA MUTU PEMBUATANNYA...ATAU ADA NAK UNTUNG LEBIH..TU BANYAK ROBOH ATAU MEMANG XBAPE PANDAI BUAT....
'Saya ingat gempa bumi'
2010/10/14
ALOR SETAR: “Saya ingat gempa bumi kerana gegaran begitu kuat sebelum tiba-tiba lantai simen kelas kami runtuh menyebabkan saya terjatuh,” kata Filza Nadirah Idris, 10, seorang daripada 10 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung di sini, yang cedera selepas lantai simen bilik darjah mereka runtuh secara tiba-tiba, semalam.
RAWAT... beberapa murid menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, semalam.
CEDERA...Filza Nadirah terpaksa berkerusi roda ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, semalam.
Sepuluh murid yang cedera membabitkan lima murid lelaki dan lima perempuan. Dua daripada murid perempuan itu patah kaki akibat dihempap batu simen dan almari manakala guru serta lapan murid lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum dibenarkan pulang.
Difahamkan, ketika kejadian, semua murid terbabit sedang mengikuti subjek Pendidikan Islam dengan duduk bersila atas lantai kelas.
Tiba-tiba, lantai simen itu runtuh menyebabkan 10 murid terbabit terjatuh ke dalam runtuhan yang membentuk satu lubang besar sedalam hampir satu meter.
Filza Nadirah berkata, dia dan rakan sekelas menjerit ketakutan selain menahan kesakitan.
Saya jatuh tertiarap di bawah runtuhan simen dan kayu menyebabkan luka di lutut. Saya menjerit dan menangis sekuat hati ketika menunggu bantuan guru mengangkat kami,” katanya yang ditemui di Unit Kecemasan HSB di sini, semalam.
Muhammad Alif Hakim Abu Bakar yang terseliuh tangan kiri berkata, dia masih trauma dan terkejut dengan kejadian itu
JANGAN SYIRIK..MUNGKIN NI KERJA2 JIN TADI
Dapat permata
2010/10/14
JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata dipercayai delima, nilam dan zamrud tiba-tiba jatuh dari siling rumahnya, semalam.
BUKTI...Norizan menunjukkan batu permata yang jatuh di rumahnya, semalam.
Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika Siti Balqis dan ahli keluarganya berada di ruang tamu dan mereka terdengar bunyi benda jatuh dalam biliknya.
Selepas membuat pemeriksaan, mereka menemui sebiji batu delima di atas katil.
Manakala batu kedua pula jatuh jam 2.45 petang di ruang tamu, diikuti batu ketiga pada jam 3 petang.
Kira-kira 20 minit kemudian, sebiji lagi batu delima jatuh di hadapan seorang jurukamera TV3 yang sedang minum bersama kru rancangan Misteri Nusantara di ruang tamu dan terpelanting pada kameranya
Dua biji batu lagi jatuh kira-kira jam 6 petang di ruang tamu dengan salah satu daripadanya berwarna biru dipercayai nilam. Kira-kira sejam kemudian, sebiji batu berwarna hijau dipercayai zamrud pula jatuh di ruang tamu.
Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, dia menyifatkan penemuan batu terbabit sesuatu yang luar biasa dan mungkin ada hikmahnya
Katanya, semua batu berkenaan kini disimpan dalam bekas khas yang direndam dengan air Zam-Zam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan