Hab hiburan tetap salah
SHAH ALAM - Ulama Muda UMNO akan sentiasa menegur segala kesilapan pemerintah, termasuk berhubung rancangan mewujudkan hab hiburan sekiranya bercanggah dengan ajaran Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU), Fathul Bari Mat Jahya berkata, teguran yang dibuat mestilah dalam bentuk ‘sir’ atau rahsia bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan yang lebih besar.
“Secara prinsipnya, pusat hiburan, tidak kira di mana pun ia berada, tidak kira dibina oleh sesiapa pun, selagi bercanggah dengan hukum Allah, secara dasarnya tetap salah.
“Tetapi soal menegur, itu (hal) antara kami dan pemerintah dan tidak sewajarnya didedahkan (kepada orang ramai),” katanya dipetik dari portal web, Malaysiakini.
Fathul Bari berkata, pandangannya itu dibuat berdasarkan contoh daripada atsar atau pertuturan sahabat Nabi Muhammad yang bernama Usamah bin Zaid.
Beliau berkata, sahabat Rasulullah itu memilih menegur kelemahan khalifah ketika itu Usman bin Affan secara tertutup dan tidak dihebahkan kepada orang ramai.
Mengulas bantahan pelbagai NGO Islam terhadap perkara itu, Fathul Bari berharap persoalan kepentingan Islam diutaran tanpa sikap prejus dan merentasi kepentingan politik kepartian kerana menurutnya “yang benar itu tetap benar”.
Nama 'Mohammed' paling popular di Britain
LONDON - Nama 'Mohammed' disahkan sebagai nama bayi lelaki paling popular di Britain bagi tahun 2009, menurut satu senarai baru yang dikeluarkan, semalam.
Kedudukan nama yang diambil sempena Nabi Muhammad itu meningkat dari tempat ketiga tahun lalu ke kedudukan tertinggi, mengatasi nama 'Jack' yang sebelum ini menjadi nama paling popular sejak 14 tahun lalu.
Senarai rasmi nama popular itu menunjukkan seramai 7,549 bayi baru lahir diberikan nama Mohammed dengan 12 ejaan berbeza termasuk Muhammad dan Mohammad.
'Olivia' pula dikenal pasti sebagai nama bayi perempuan paling popular, diikuti dengan Ruby dan Chloe.
Sejumlah 706,248 bayi dilahirkan di England dan Wales, tahun lalu
Kementerian Pelajaran pantau pelajar jual komputer riba 1Malaysia
PUTRAJAYA - Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan berhubung dakwaan terdapat pelajar menjual komputer riba di bawah program Komputer 1Malaysia yang diberikan secara percuma oleh kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun beliau, yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya belum mendapat maklumat mengenai kesahihan dakwaan tersebut.
“Sebab itu, di peringkat kementerian kita hendak memantau atau merekodkan pemberian itu... dan ia bukan sahaja digunakan di rumah tetapi turut dibawa ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Jalur Lebar, di sini, hsemalam.
Komputer itu diberikan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 bagi kawasan luar bandar dan bawah RM5,000 bagi kawasan bandar berdasarkan nisbah yang ditetapkan.
Muhyiddin berkata, beliau tidak pasti sama ada disebabkan faktor tidak mampu melanggan perkhidmatan jalur lebar telah membuatkan mereka terpaksa menjual komputer riba tersebut. Oleh itu, guru sekolah boleh menyemak sejauh mana pelajar terbabit masih menyimpan komputer riba yang diberikan
Jangan tabur janji kosong
SUNGAI SIPUT – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, memberi peringatan kepada semua pemimpin masyarakat supaya tidak menabur janji kosong kepada rakyat sekiranya belum pasti tentang kesahihan sesuatu perkara.
Beliau berkata, sikap jujur dan berterus-terang lebih disenangi rakyat kerana tidak membuat mereka menaruh harapan tinggi.
Menurutnya, sekiranya sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan atau memerlukan jangka masa panjang, rakyat perlu tahu kerana ia membabitkan kepentingan mereka.
“Jangan kerana menjaga kepentingan, kita menabur janji mengatakan masalah itu boleh diselesaikan sedangkan perkara itu belum pasti.
“Jika boleh diselesaikan kita katakan boleh selesai dan jika tidak boleh, katakan kepada rakyat masalah itu tidak boleh diselesaikan serta mungkin perlukan jangka masa panjang atau gunakan pendekatan lain.
“Buat janji kosong sedangkan masalah tidak selesai membuatkan rakyat tertunggu,” katanya pada sidang media selepas lawatan beliau ke Kampung Tersusun Kemuning di sini, semalam.
Beliau turut menyelar tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang disifatkan sebagai berlagak “hero” dengan membawa rakyat melakukan demonstrasi jalanan bagi menyelesaikan masalah.
“Berbincang adalah pendekatan paling baik selesaikan masalah bukannya nak tunjuk hero kepada rakyat.
“Ada cara untuk selesaikan masalah rakyat, jika wujud perbuatan ini (demonstrasi) akan melambatkan lagi proses penye�lesaian,” katanya
Lagi gambar askar Zionis hina tahanan Palestin didedah
BAITULMAQDIS - Sebuah kumpulan hak asasi manusia mendedahkan beberapa gambar terbaru menunjukkan tentera Israel menghina tahanan Palestin termasuk menconteng rumah penduduk semasa perang Gaza pada 2008 hingga 2009, Isnin lalu.
Salah satu daripada gambar itu menunjukkan tentera Israel melukis simbol Zionis, Star of David dan menulis perkataan 'Akan Kembali Lagi' menggunakan cat penyembur pada dinding sebuah rumah.
Pendedahan itu dilakukan oleh pertubuhan Breaking the Silence yang dianggotai bekas pegawai tentera Israel.
Penaung pertubuhan itu, Yehuda Shaul berkata, puluhan gambar penghinaan diterima daripada bekas tentera Israel yang berkhidmat di kawasan Palestin.
"Perbuatan ini adalah sesuatu yang dianggap biasa bagi tentera Israel kerana mereka mengawal dan memerintah orang awam setiap hari," katanya
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 30 Oktober 2010
BUATLAH APA YANG KITA CAKAP....JANGAN BERBELIT2....SEKUAT MANA PUN...MATI JUGA...SALAH KEPADA ALLAH TIADA KEAMPUNAN ALLAH....MAKA NERAKALAH TEMPATNYA.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan