Sabtu, 6 April 2013

SAMPAI TEMPUH TAMAT...SAMPAI SAAT2 AKHIR BARU BUBAR...TAK GEMENTAR KE...BAGI MACAM2 SEBELUM TU TAK BAGI.....TAK GEMENTAR KE....CIPLAK ORANG PUNYA TAK GEMENTAR KE...HAIRAN ORANG MACAM NI

Muhyiddin dakwa Anwar mula gementar
Wartawan Sinar Harian
6 April 2013
muhyiddin
.
KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang malam tadi memutuskan untuk kekal bertanding di Permatang Pauh mula  "gementar" susulan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

"Apabila Perdana Menteri berkata Anwar takut bertanding di Permatang Pauh, dia (Anwar) ingin menunjukkan dia tidak takut. Dia balik semula, tetapi saya fikir hati dia gementar, sebab dia tahu BN meletakkan calon-calon hebat.

"Jadi, dia dah berkira-kira, kalau dia duduk lama di Permatang Pauh, dia tidak boleh tahan, tetapi bila PM cabar dia, dia malu, dan balik semula ke Permatang Pauh," kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.

Dipetik Bernama, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, keputusan Anwar tidak sebegitu penting untuk pengundi di Permatang Pauh kerana mereka sudah kenal Anwar Ibrahim yang tidak mementingkan pembangunan dan kemajuan kawasan itu.

"Sesiapa yang tidak pernah pergi ke Permatang Pauh, boleh pergi lihat apa yang Datuk Seri Anwar sebagai wakil rakyat telah buat di sana. Saya percaya waktu ini, pengundi di Permatang Pauh boleh bijak menilai, siapa sebenarnya Anwar Ibrahim," jelas beliau.
Muhyiddin: 'Kit Siang lebih mementingkan diri'
Wartawan Sinar H
6 April 2013
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Umno Tan Sri MuhyiddinYassin
KUALA LUMPUR - Pengundi di Gelang Patah perlu bijak menilai dan membuat pilihan tepat dengan memilih Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan BN yang telah membangunkan kawasan itu sehingga menjadi paksi pertumbuhan ekonomi di selatan tanah air.
  
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengundi perlu melihat bagaimanakah kerajaan BN telah membangunkan satu kawasan yang tidak mempunyai apa-apa pembangunan, menjadi satu tempat pertumbuhan ekonomi yang paling pesat di negara ini.
  
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai strategi DAP yang dikatakan mahu membunuh MCA di Johor dengan meletakkan Penasihatnya Lim Kit Siang sebagai calon di Gelang Patah.
  
Timbalan Perdana Menteri berkata kerusi Parlimen Gelang Patah perlu dipertahankan kerana ia menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor iaitu Nusajaya.
  
"Daripada sebuah kawasan yang tidak mempunyai sebarang pembangunan, hari ini Nusajaya dibangun dan dimajukan oleh kerajaan BN negeri dan pusat sebagai salah satu kawasan pembangunan penting untuk Malaysia dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan pendidikan," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di sini.
  
Dalam pada itu, beliau menyifatkan tindakan Kit Siang itu sebagai seorang ahli politik 'payung terjun', di mana pemimpin veteran itu tidak mempunyai apa-apa 'attachment' dan tidak dikenali oleh orang di Gelang Patah.
 
"Kit Siang lebih mementingkan diri. Dia fikir dia ikon pemimpin Cina. Pernah dia (Lim) sebut bahawa dia hendak berjuang untuk orang Cina, sedangkan kawasan Gelang Patah adalah didiami pelbagai kaum.
  
"Yang penting bukan calon yang diletakkan untuk melawan Kit Siang sahaja, pengundi dapat menilai bagaimana BN telah menempuhi segala cabaran dan bantahan untuk membangunkan Gelang Patah, sehingga pelaburan dan kemajuan ekonomi meningkat," katanya.
  
Sejak pilihan raya umum 1969, tokoh DAP itu yang kini penyandang kerusi Parlimen Ipoh Timur, pernah bertanding di beberapa kawasan Parlimen antaranya Bandar Melaka, Petaling, Kota Melaka, Tanjong dan Bukit Bendera.

Ditanya mengenai keputusan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kekal bertanding di Permatang Pauh, Muhyiddin berkata:
  
"Apabila Perdana Menteri berkata Anwar takut bertanding di Permatang Pauh, dia (Anwar) ingin menunjukkan dia tidak takut. Dia balik semula, tetapi saya fikir hati dia gementar, sebab dia tahu BN meletakkan calon-calon hebat.
  
"Jadi, dia dah berkira-kira, kalau dia duduk lama di Permatang Pauh, dia tidak boleh tahan, tetapi bila PM cabar dia, dia malu, dan balik semula ke Permatang Pauh," katanya.
  
Katanya, keputusan Anwar tidak sebegitu penting untuk pengundi di Permatang Pauh kerana mereka sudah kenal Anwar Ibrahim yang tidak mementingkan pembangunan dan kemajuan kawasan itu.   

"Sesiapa yang tidak pernah pergi ke Permatang Pauh, boleh pergi lihat apa yang Datuk Seri Anwar sebagai wakil rakyat telah buat di sana. Saya percaya waktu ini, pengundi di Permatang Pauh boleh bijak menilai, siapa sebenarnya Anwar Ibrahim," jelas beliau.  - Bernama
Kes dadah, rumah polis ditembak bertalu-talu di Seremban

6 April 2013
SEREMBAN - Seorang pegawai polis dan keluarganya berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Taman Seremban Jaya, di sini ditembak bertalu-talu oleh dua lelaki, malam tadi.
Ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pegawai polis berkenaan sedang tidur manakala isteri dan dua anaknya sedang menonton televisyen.

Jurucakap polis berkata, sebaik mendengar bunyi tembakan tersebut pegawai polis terbabit terjaga dari tidur dan terus menyelamatkan anak serta isterinya yang berada dalam keadaan ketakutan.

"Apabila tembakan itu berhenti anggota polis berkenaan terus meninjau di luar rumah dan melihat dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC melarikan diri," katanya di sini hari ini.

Katanya, hasil siasatan polis menemui sembilan kelongsong peluru di hadapan rumah mangsa dan dipercayai pistol yang digunakan adalah jenis Walters 9 milimeter.

Katanya, tembakan rambang itu tidak mengenai mangsa dan keluarganya sebaliknya beberapa bahagian rumah seperti siling di ruang tamu dan pintu rumah mangsa.
"Kita syaki kejadian ini ada kaitan dengan satu ugutan yang diterima mangsa berhubung dengan satu tangkapan berkaitan dengan dadah baru-baru ini dan buat masa ini kita menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk memburu suspek yang terlibat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamarudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - Bernama
Raja Bahrin jawab spekulasi tanding di Kuala Terengganu
W. SAIDATUL FADZILAH W. NAJEMUDIN
6 April 2013
Raja  Bahrin
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah
KUALA TERENGGANU – Pas membayangkan bahawa Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kenyataan tidak rasmi itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dalam ceramahnya di Pasar Chabang Tiga, di sini, malam kelmarin, sekali gus membenarkan spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini.

Sebaliknya, Raja Bahrin, seorang arkitek terkenal, ketika ditemui selepas program ceramah tersebut memberitahu, beliau belum menerima tawaran rasmi daripada mana-mana pihak.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak mendengar secara tidak rasmi berhubung pencalonan beliau di kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan menyatakan kesediaan menggalas tanggungjawab tersebut, sekiranya diberi kepercayaan.

“Cara tidak rasmi begitulah tetapi saya belum dapat tawaran rasmi lagi dan saya dengar-dengar begitu (akan dicalonkan) tetapi saya kena tunggu tawaran yang rasmi. Kita tidak boleh cakap selagi tidak rasmi,” katanya.

Selain Raja Bahrin, program ceramah Pakatan Rakyat (PR) turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan Tengku Hassan.

Ditanya sama ada beliau bertanding atas tiket Pas, Raja Bahrin, memberitahu beliau ada menerima tawaran tidak rasmi daripada parti itu dan mengakui beliau adalah ahli Pas.

“Tunggulah. Saya tidak boleh kata apa-apa lagi kerana orang lain yang sudah jadi Yang Berhormat pun belum sah lagi bertanding. Saya ini baru, takkan mahu didahulukan oleh parti. Kena tunggulah, tapi saya tidak nafi tawaran itu saya dengar, insya-ALLAH,” katanya.

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mengesahkan Raja Bahrin antara nama yang sedang dinilai Pas untuk dicalonkan.
Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, juga disebut-sebut sebagai calon Pas, tetapi difahamkan beliau tidak berminat.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu disandang Mohd Abdul Wahid Endut yang menang dalam pilihan raya kecil pada 2009. Sebelum itu kerusi itu disandang oleh calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Razali Ismail.
Abdul Ghani lawan Kit Siang?
Wartawan Sinar Harian
6 April 2013
Abdul Ghani Othman
Abdul Ghani Othman
LEDANG - “Tak mau, tak mau...nantilah," kata Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang enggan mengulas lanjut ketika ditanya spekulasi beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU13.

Beliau kemudian meninggalkan pihak media sebelum masuk menunaikan solat Jumaat di Masjid  Batu 18, Sengkang, Bukit Gambir  dekat sini, semalam.

Terdahulu kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, Abdul Ghani melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sengkang dan PDM Parit Babok,  diiringi bekas Ahli Parlimen Ledang, Ir  Hamim Samuri dan Ketua Pemuda Umno  Ledang, Zaidi Abd. Majid.

Kelmarin, akhbar tempatan melaporkan beberapa pemimpin Umno di peringkat negeri mencadangkan Abdul Ghani bertanding di Parlimen Gelang Patah menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Abdul Ghani dikatakan sebagai calon paling sesuai untuk bertanding di kawasan  itu yang merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia yang dibangunkan dan dilancarkan semasa di bawah pentadbirannya.

Di Skudai, MCA seakan memberi laluan malah tidak menolak kemungkinan Abdul Ghani bakal bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi lek berkata, belum ada sebarang keputusan mengenai isu pertukaran kerusi di Parlimen milik MCA itu diperbincangkan.

“Perbincangan di kalangan pemimpin komponen BN akan diadakan, keutamaan kita adalah untuk menang dan mampu pertahankan kerusi yang disandang.

“Kita yakin pengundi mahukan calon yang mempunyai rekod yang baik. Abdul Ghani mempunyai ‘track record’ yang terbukti sebagai menteri besar yang diterima oleh semua kaum,” katanya.

Soi Lek menggesa masyarakat negeri ini khususnya di Gelang Patah agar tidak terpedaya dengan hasutan pembangkang seterusnya memberi sokongan terhadap calon BN dengan berpegang kepada semangat gagasan 1 Malaysia.

“Berdasarkan ramalan DAP, mereka yakin mampu memperolehi 85 peratus sokongan kaum Cina kerana jumlahnya di Parlimen Gelang Patah telah mencecah lebih 53 peratus. DAP sudah memperolehi 45 peratus undi daripada masyarakat Tiong Hua.

“Untuk menang di Gelang Patah, DAP berpendapat hanya memerlukan lima peratus daripada sokongan kaum Melayu dan India. Bagi memperolehi undi pengundi Melayu mereka mengharap Pas,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebarang keputusan berhubung isu calon hanya akan diputuskan di peringkat Pusat.

“Saya enggan ulas, sama ada ia benar Abdul Ghani bertanding di peringkat Parlimen sekali gus ke federal. Biar pucuk pimpinan Pusat tentukan,” katanya.
Isu calon: Samy Vellu marah dengan Palanivel, Dr Subramaniam

6 April 2013
Samy Vellu
Samy Vellu
KUALA LUMPUR -  Bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu melahirkan rasa marah dengan Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berhubung isu "calon boleh menang".
  
Beliau percaya mereka salah faham dengan kenyatannya pada Rabu, sehari selepas Parlimen dibubarkan apabila beliau berkata beliau merupakan calon boleh menang untuk kawasan Parlimen Sungai Siput, sebagai jawapan kepada soalan pemberita.
  
Samy Vellu berkata beliau tidak meminta Palanivel untuk beliau dicalon bagi kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13," katanya dalam kenyataan sebagai respon kepada kenyataan Palanivel terdahulu bahawa Samy Vellu tidak akan bertanding dalam pilihan raya kali ini.
  
"Palanivel dan Dr Subramaniam salah faham kenyataan saya semasa sidang akhbar majlis penyerahan sumbangan di Bukit Aman kepada keluarga para wira yang terkorban di Lahad Datu, Sabah.
  
"Memang benar saya memberitahu pemberita bahawa saya yakin saya adalah calon boleh menang. Tetapi tidak bermaksud saya meminta kepada Palanivel yang saya mahu bertanding semula di Sungai Siput,” tambahnya.
 
Samy Vellu berkata beliau sedih dengan kenyataan mereka yang tidak menggambarkan maksud beliau sebenarnya.
   
“Mereka (Palanivel dan Dr Subramaniam) perlu menghubungi saya dahulu untuk mengetahui apa yang berlaku di sidang media (di Bukit Aman) sebelum membuka mulut," katanya dan menambah kedua-kedua mereka menunjuk ketidakmatangan dalam politik.
  
"Saya telah berjuang dalam politik untuk kedua-duanya (Palanivel dan Subramaniam) dalam MIC semasa saya menjadi presiden parti.
  
"Mereka perlu ingat di mana mereka berada sekarang, kerana politik yang saya  perjuangan untuk mereka," katanya.
  
Samy Vellu berkata beliau yang mendapat kepercayaan Najib dengan melantiknya sebagai Penyelaras BN di Sungai Siput, akan memastikan BN merampas kembali kerusi tersebut tidak kira siapa pun calon BN.
  
"Saya akan terus bekerja di Sungai Siput untuk melaksanakan apa yang diamanahkan oleh Najib kepada saya,” tambahnya.
   
Samy Vellu merupakan Anggota Parlimen Sungai Siput lebih tiga dekad sejak 1974 sehingga beliau kalah kepada Dr Michael Jeyakumar Devaraj dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan majoriti 1,821 undi pada pilihan raya umum 2008. - Bernama
Khalwat: Kantoi zip seluar terbuka
Wartawan Sinar Harian
6 April 2013
Khalwat: Kantoi zip seluar terbuka
Anggota polis memeriksa keadaan lelaki dan pasangannya yang ditahan.
KULIM - Sepasang kekasih berusia 40 dan 50-an ditahan ketika leka memadu asmara di dalam kereta di pekarangan bangunan tinggal di Kilang Sagu dekat sini, kira-kira jam 3.15 pagi kelmarin.

Sebelum itu, pasangan berkenaan yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan setelah kereta dinaiki mereka memasuki jalan mati.

Ketika siasatan dijalankan, pemandu kereta yang merupakan seorang wanita memaklumkan dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak manakala kekasihnya juga sudah beristeri dan mempunyai lima anak.

Semasa ditahan, kedua-dua pasangan kekasih itu menafikan perbuatan mereka sehinggalah polis mendapati zip seluar lelaki serta butang seluarnya terbuka manakala beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui di atas lantai bahagian pemandu.

Wanita berkenaan memaklumkan dia terpaksa mencari hiburan di luar kerana suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori enggan melayani nafsunya kerana beralasan dia sudah berusia.

Bagaimanapun setelah berkenalan dengan kekasihnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, mereka sering berdua-duaan di sekitar kawasan gelap terutama di belakang bangunan tinggal untuk berjumpa dan melakukan hubungan seks kerana tidak mampu menyewa bilik di hotel atau rumah tumpangan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan kawasan bangunan tinggal dan lokasi tersorok untuk mereka melakukan aktiviti tidak sihat kerana ia boleh mengundang kepada kejadian jenayah seperti samun dan sebagainya.

“Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pasangan lelaki mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 1982,” katanya.

Tiada ulasan: