Sabtu, 6 April 2013

MEREKA JUGA WARGA EMAS CUMA HIDUP MEREKA TAK MEREMPAT....INGGAT2!LAH KEMATIAN...INGAT2! SYURGA DAN NERAKA....INGAT2! JUGA KUBUR YANG GELAP GULITA...DUK SORANG2 SERTA PERTANYAAN MALAIKAT

Orang Cina dengar kuliah TG Nik Aziz

Salmah Mat Husain Foto Zam Zamani Mohd Zain, 06 Apr 2013

(Cina mendengar kuliah Jumaat TG Nik Aziz di Dataran Ilmu, Kota Bharu)

KOTA BHARU: Percayakah anda jika diberitahu kaum Cina juga mendengar kuliah Jumaat yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Dataran Ilmu, bersebelahan bangunan  PAS Kelantan.

Namun inilah yang berlaku yang disifatkan sebagai hasil kerjasama antara PAS, PKR dengan DAP di bawah Pakatan Rakyat yang telah membuahkan hasil yang cukup ‘manis’ untuk Islam.

Ini kerana  golongan bukan Islam bukan sahaja boleh menerima perjuangan PAS, sebaliknya turut mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Semalam, sekumpulan masyarakat Cina dari Hulu Langat, Selangor telah berkesempatan mendengar kuliah Jumaat yang disampaikan Tuan Guru di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

Lawatan mereka selama dua hari untuk meninjau perkembangan politik di Kelantan selepas Parlimen dan Dun Kelantan dibubarkan dua hari lalu, mereka mengambil kesempatan untuk mendengar kuliah Jumaat.

Rombongan berkenaan mengambil tempat di ruang Pusat Penerangan PAS Negeri yang terletak di tingkat bawah bangunan PAS, Medan Ilmu.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, ketika diminta mengulas perkara itu turut mengakui berhubung fenomena itu.

Malah menurutnya, ia bukannya perkara baru sekarang ini.

“Bukan hanya umat Islam yang melawat negeri ini mengambil kesempatan mendengar kuliah agama dari Tuan Guru, sebaliknya golongan bukan Islam juga,”ujarnya.

Sebelum ini ada seorang anggota Parlimen dari DAP mendengar kuliah agama Tuan Guru termasuk pemimpin masyarakat bukan Islam Kelantan sendiri, antaranya Kenny Chua.
Tukang emas: Cincin RM24j bukan untuk Rosmah
3:48PM Apr 6 2013
VIDEO | 3.50 min

Tukang emas yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) Jacob & Co akhirnya tampil menyokong penjelasan isteri perdana menteri Rosmah Mansor bahawa cincin kontroversi RM24 juta yang dibawa masuk ke negara ini bukan bawah namanya atau dibeli olehnya.

Philip Nassimi, MD of Jacob & Co rosmah ring 2Dalam sebuah wawancara video, Pengarah Barang Kemas Jacob & Co Philip Nassimi (kiri) berkata, "Natural Fancy Blue Grade Cushion Diamond Ring" 30.11 karat itu sebenarnya untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwan.

"Ia dibawa untuk pameran dan penelitian sahaja, bukan untuk dijual - untuk perhatian Maira Nazarbayev, (yang berada) bawah jagaan Madam Rosmah Mansor

"Oleh kerana Maira Nazarbayev menjadi tamu di kediaman perdana menteri, barangan itu dihantar dengan keadaan begitu.

"Alasan kenapa dalam House Airway Bill, disebut nama Madam Rosmah Mansor, kerana untuk menghantar barangan berharga ke Malaysia - Kuala Lumpur - ia perlu dihantar bawah jagaan rakyat tempatan Malaysia dan bukannya warga asing," katanya.

Beliau menjelaskan, House Airway Bill merupakan dokumen biasa untuk menghantar barangan berharga AS ke dalam atau luar negara.

Peluang cerah untuk PAS menang parlimen Lenggong

Muhammad Faeez Azahar, 06 Apr 2013

(Asmuni berucap dalam himpunan jentera pilihan raya PAS Perak)

LENGGONG: PAS Perak berkeyakinan tinggi untuk menang Parlimen Lenggong dalam PRU13 ini berikutan gerak kerjanya yang sangat baik.

Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Asmuni Awi berkata, keyakinan itu disuarakan setelah melihat gerak kerja jentera kawasan Lenggong yang sangat mantap.

Katanya, walaupun kawasan majoriti Melayu itu diklasifikasi 'underdog', PAS Perak tetap mensasarkan Lenggong antara satu daripada 7 parlimen yang ditandingi akan berjaya ditawan.

Dalam pilihan raya umum ke 12 lalu, calon PAS Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria kalah kepada calon BN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dengan majoriti sebanyak 4,919 undi berbanding dengan majoriti 5,632 dalam PRU 11.

Lenggong mempunyai kira-kira 81 peratus pengundi Melayu, 17 peratus Cina dan 1.7 peratus India.

Parlimen ini mempunyai dua DUN iaitu Kenering dan Kota Tampan yang kedua-duanya dimenangi calon BN dalam pilihan raya lalu.

"Gerak kerja parti pada pilihanraya kali ini telah dijalankan sejak awal lagi dan persediaan ini berbeza dengan pilihanraya sebelum ini," kata Asmuni ketika menyampaikan taklimat dalam program Ijtimak Jentera PRU13 PAS Perak di Kampung Luat, Lenggong.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat yakin usaha gerak kerja PAS Lenggong yang diketuai Yang Dipertuanya, Razman Zakaria (gambar kiri) akan menghasilkan kemenangan dalam PRU13 nanti.

Dalam pada itu, Asmuni menegaskan, semua arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan hendaklah dipatuhi sebaik mungkin.

Kata Asmuni, segala polemik yang timbul antara parti komponen Pakatan Rakyat mahupun jentera itu sendiri hendaklah diselesaikan secara berhemah agar tidak menjejaskan gerak kerja.

Jelasnya lagi, PRU13 adalah pilihanraya paling getir buat Umno-BN untuk mengekalkan kuasanya setelah melihat suasana rakyat yang inginkan perubahan.

"Pakatan Rakyat harus menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menjatuhkan Umno-BN.

"Kalau Umno-BN kalah kali ini, kita simpan mereka di Muzium Umno dan jika kita kecundang, kita lihat apa yang mereka akan buat kepada rakyat," jelasnya lagi.

Ribuan hadir ke program tersebut terdiri daripada jentera, pimpinan kawasan serta negeri dan bakal-bakal calon PAS.

Pimpinan PAS Pusat yang dijenput menyampaikan amanat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
'Undurkan Taib atau mansuhkan saja SPRM'
3:06PM Apr 6 2013
Perdana menteri patut menggesa Tan Sri Taib Mahmud berundur kerana enggan memberikan kerjasama terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan penyalahgunaan lesen pembalakan anggota keluarga ketua menteri Sarawak itu, kata DAP.

lim guan engJika tidak, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (kiri), perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak lebih baik memansuhkan sahaja suruhanjaya itu ekoran kegagalan melaksanakan tugasnya.

"Bukan sahaya tidak bekerjasama dan menjawab dakwaan itu, Taib sebaliknya pilih menyerang SPRM," kata Lim dalam kenyataannya hari ini.

"Jika Taib tidak berundur atau terlepas daripada hukuman dengan kenyataan yang memalukan itu, Najib patut mansuhkan sahaja SPRM, ekoran SPRM bukan ditubuhkan untuk menentang rasuah tetapi melindungi rasuah."

Taib pada Khamis lalu berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan SPRM berhubung siasatan mengenai urus niaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya.

NONESPRM juga tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa "nakal" dan "tidak jujur", kata Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur.

Taib juga menafikan tanggapan bahawa isu yang dibongkarkan melalui video NGO antarabangsa Global Witness akan menjadi bebanan kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan siasatan sedang dijalankan ke atas maklumat video yang antara lain merakam dakwaan yang menunjukkan bagaimana ahli keluarga Taib dan rakan perniagaannya menyalah guna lesen pembalakan untuk memperkayakan diri.

Suruhanjaya itu sudah menyerbu pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video itu.
Kedegilan mengaku silap akan tenggelamkan M'sia

Peristiwa berdarah di Lahad Datu menjadi ujian kebijaksanaan kerajaan dan kesetiaan seluruh rakyat terhadap negara.

Walaupun berbeza kaum, agama dan fahaman politik, namun tugas mempertahankan negara apabila diceroboh dan keselamatannya diganggu gugat adalah kewajipan bersama mengikut agama, adat dan akal yang waras.

Maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan seluruh ahlinya mendoakan Allah melimpahkan rahmat kepada anggota keselamatan yang terkorban dan dimasukkan ke dalam kalangan para syuhada, sekurang-kurangnya syahid akhirat dan disembuhkan mereka yang tercedera, serta dikembalikan keamanan dan keselamatan negara.

Walau bagaimana pun muhasabah wajib dilakukan terhadap kerajaan yang diamanahkan menjaga keselamatan negara. Dalam hal ini pihak tentera dan polis tidak boleh dipersalahkan, kerana banyak asas dari sudut politik yang kukuh menunjukkan bahawa peristiwa seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

Pasukan keselamatan juga tidak sepatutnya menjadi mangsa korban musuh yang tercipta dengan sebab kecuaian politik mereka yang memimpin negara sejak mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun yang lalu.

Persoalan asas yang kita ingin tanya ialah: "Mengapa asas keharmonian yang sedia ada di daerah itu tidak dijaga dan dibina dengan baik?"

Hakikatnmya ialah, kedudukan serantau, kejiranan, serumpun, sekeluarga dan seagama cuma dipisahkan oleh sempadan geografi dua negara. Malaysia mempunyai hubungan kejiranan dengan Filipina, dan sama-sama menjadi anggota ASEAN sejak penubuhannya pada 8 Ogos 1967 lagi.

Orang-orang Suluk, atau grup etnik Tausug pula mempunyai hubungan keluarga, agama dan budaya yang sama dengan sebahagian besar penduduk keturunan Sulu di Sabah yang sukar dipisahkan.

Hubungan rapat ini menjadikan aktiviti keluar-masuk antara rakyat kedua-dua negara berada pada kedudukan yang paling sukar untuk dikawal secara keras oleh pasukan keselamatan yang bertugas.

Tragedi ini berlaku kerana pihak politik yang berkuasa tidak menyelesaikan akar-usul masalah ini secara bijaksana sehingga berlakulah kemalangan yang sangat menyayat hati itu.

Di samping kemarahan membara terhadap penceroboh yang tidak beretika, namun sifat kemanusiaan tetap berada dalam setiap orang yang berperasaan.

Muhasabah wajib dilakukan dengan meneliti dan memahami kerana beberapa perkara.

Laksana Pakistan melahirkan Bangladesh

Pertama, pemisahan secara sempadan negara yang berbeza dimulakan oleh penjajah asing terhadap rantau ini, mereka sengaja meninggalkan bom jangka selepas mereka meninggalkan tanah jajahan dengan niat jahat, setelah mereka melaksanakan agenda pecah dan perintah di zaman penjajahan dahulu.

Bukan sahaja pembahagian rantau ini di antara penjajah Inggeris, Belanda dan Sepanyol dan selepasnya Amerika juga mengambil tempat di Filipina secara khusus.

Kedua, perjanjian juga di buat oleh penjajah ini secara menipu sultan-sultan dan raja-raja yang dilemah dan dihilangkan kedaulatannya.

Ketiga, setelah masing-masing mencapai kemerdekaan dengan negara yang berbeza dan mempunyai kedaulatannya, mengapa segala syarat perjanjian yang sudah lapuk di zaman penjajah yang sudah pulang ke negeri masing-masing, dengan pihak yang sudah diletakkan dalam lipatan sejarah masih lagi wujud?

Mengapakah pihak kerajaan dalam negara kita ini masih menghidupkan lagi perjanjian seperti ini?

Keempat, negara Malaysia dan Filipina pula yang terlibat secara langsung dalam perjanjian damai yang memberi kuasa autonomi kepada Bangsamoro di Mindanao.

Mengapa terlepas pandang terhadap wilayah dan kepulauan yang lain bersamanya, sehingga penyelesaiannya tidak lengkap dan masalahnya tidak selesai?

Perkembangan pendidikan, ekonomi dan sosial terbiar dan terus terbiar, kerana kerajaan Umno-BN lebih menumpukan kepentingan politik mengejar kerusi mendapat takhta dan harta semata-mata, tanpa perhatian terhadap pendidikan, ekonomi dan sosial di kawasan berkenaan.

Rakyat miskin terus di rumah dalam air sejak turun temurun, hanya segelintir di daratan dengan kemudahan yang terhad tanpa penyelesaian.

Semua kecuaian tanpa cakna ini boleh menempah kesan negatif dalam kehidupan dan boleh mencetuskan ketegangan berbagai kaum. Semua perkara ini perlu dimuhasabah dengan adil dan ikhlas walaupun tercalar diri sendiri.

Tindakan ketenteraan mempertahankan kedaulatan negara, langkah menjaga keselamatan rakyat wajib dilaksanakan dengan berhemat, dalam masa yang sama jalinan hubungan tersebut di atas wajib diperbetulkan.

Jangan ikut contoh buruk yang pernah dilakukan oleh penjajah semasa darurat dahulu, penyelesaiannya secara mengepung dan memaksa semata-mata tanpa pendekatan yang lain. Perlu difahami bahawa perasaan manusia tidak boleh dikepung dan dikongkong sepanjang masa, walau pun jasadnya dikepung dan dikongkong secara paksaan.

Peristiwa 13 Mei 1969 wajar menjadi iktibar apabila ia ditangani sendiri oleh pemimpin di masa itu. Ditubuhkan Jawatankuasa Muhibbah melibatkan kerajaan dan seluruh pemimpin masyarakat, agama dan kaum yang berpengaruh tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan politik.

Seterusnya ditangani secara politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Konfrontasi dengan Indonesia juga dapat ditamatkan dengan pendekatan ini, walaupun ada yang terkoban dan cedera, akhirnya berakhir dengan damai tanpa dendam.

Janganlah pihak kerajaan Umno-BN terus menerus berdegil tidak mengaku kesilapan atau mahu menangguk di air keruh, kerana kedua-duanya akan menenggelamkan kita semua, atau laksana Pakistan yang melahirkan Bangladesh.


NONEDATO SERI ABDUL HADI AWANG presiden PAS. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Pak Lah: Kit Siang bimbang ditolak di tempat sendiri
11:11AM Apr 6 2013
Tindakan beberapa pemimpin pembangkang termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang untuk tidak mempertahankan kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kerana bimbang ditolak oleh pengundi di kawasan mereka, kata bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata kecenderungan para pemimpin pembangkang melompat kerusi menunjukkan mereka gagal memberi khidmat kepada pengundi dan membawa pembangunan di kawasan yang diwakili mereka.

NONE"Seandainya mereka ini aktif di kawasan seperti wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN), sudah pasti akan terus pertahankan kerusi yang ada," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Program Baiki Rumah oleh Giat Mara di Pokok Jenerih, di Kepala Batas semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Kit Siang, yang sebelum ini menyandang kerusi Parlimen Ipoh Timur, di Perak, mahu bertanding di Parlimen Gelang Patah di Johor.

Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, berkata rakyat perlu sedar tentang perkara itu dan membuat keputusan yang sewajarnya kerana pasti ada sebab mengapa pemimpin pembangkang enggan mempertahankan kerusi mereka.

Beliau meminta rakyat terus memberi mandat kepada kerajaan BN kerana terbukti mereka menjaga kebajikan rakyat menerusi pelbagai program transformasi.

- Bernama

Tiada ulasan: