Posted on Wednesday, April 03 @ 20:09:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Wasukalu
Pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri SEMENTARA, Najib Altantuya hari ini memberi kuasa kepada rakyat sama ada memilih beliau atau orang lain menerajui kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Najib Altantuya berulang kali mahu mendapatkan mandat sekali lagi bagi meneruskan pembangunan dan khidmat kepada rakyat yang mula diusahakan sejak mengambilalih jawatan dari Abdullah Ahmad Badawi pada awal April tahun 2009.
Manakala bagi Pakatan Rakyat, misi untuk menawan Putrajaya akan digiatkan dengan mengemukakan tokoh-tokoh terbaik untuk menyakinkan rakyat supaya misi itu tercapai.
Dari segi pengumuman calon, Pakatan Rakyat mendahului lawannya dengan mengumumkan sebahagian calon pralimennnya di beberapa negeri tumpuan seperti Johor BN dan Pulau Pinang serta Pahang.
BN pula masih bersikap menyembunyikan calon-calonnya tetapi umum menjangkakan banyak sekali muka baru bakal diketengahkan kali ini. Ramai juga menteri dan ketua menteri bakal digugurkan jika diramal dari faktor usia dan perkhidmatan mereka.
Ramai yang memperkatakan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim; Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Perlis, Mohd Isa Sabu dan beberapa bekas menteri kabinet akan digugurkan kali ini.
Abdullah, Ku Li digugur?
Malah dua tokoh besar Umno – bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Menteri Kewangan – Tengku Razaleigh Hamzah – spekulasi bertiup kencang bahawa mereka digugurkan kali ini.
Bagaimanapun, sehingga Najib Altantuya tidak mengumumkannya, ia sekadar spekulasi semata-mata.Tetapi bolehlah dikatakan bahawa, pilihan raya umum ini hanya untuk parti-parti berkelas besar saja.
Pemain utama hanya berkisar kepada Umno, MCA, PAS, DAP dan PKR manakala parti-parti baru dan serpihan seperti parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Parti Progresif Penduduk (PPP) serta beberapa yang lain sekadar pemerhati sahaja.
Menjelang hari penamaan calon dan seterusnya pengundian, BN dijangka lebih tertekan kerana harapan besar untuk menebus kekalahan luar biasa pada tahun 2008 di mana buat pertama kali kehilangan majoriti dua pertiga.
Barangkali kelemahan pimpinan Abdullah sudah tangani tetapi banyak kerusi yang BN kalah masih berada dalam keadaaan sukar terutama kerusi-kerusi bandar majoriti pengundi Cina. Apatah lagi dengan kempen secara agresif dan berterusan oleh Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim.
Pemimpin popular itu sejak lebih setahun lalu telah melondehkan BN terutama beberapa pemimpin utama termasuk Najib serta Ketua Wanita, Shahrizat Abdul Jalil.
Mata tertumpu ke Johor, Selangor
Selangor dan Johor menjadi negeri tumpuan tetapi tidak boleh mengenepikan Pulau Pinang dan Kelantan kedua-duanya negeri diperintah Pakatan Rakyat. Begitu juga Perak yang pernah ditadbir Pakatan Rakyat selama setahun pada 2008.
Negeri Sembilan juga menarik kerana dalam pilihan raya 2008 ia hampir jatuh kepada Pakatan Rakyat.
Pahang, Melaka, Terengganu serta Sabah dijangka kekal kepada BN walaupun Pakatan Rakyat bermati-matian menyerang BN di negeri-negeri tersebut.
Sebagai satu lonjakan moral, banyak sekali tokoh-tokoh baru muncul bersama Pakatan Rakyat, antaranya bekas pegawai polis, tentera serta pegawai kanan kerajaan pusat.
Manakala peranan badan bukan kerajaan (NGO) juga elok untuk dilihat seperti Perkasa yang mirip parti politik tertentu.
Tetapi tidak syak lagi pilihan raya ini menjadi yang paling diperkatakan oleh rakyat jelata. Adakah rakyat memilih Najib Altantuya atau Anwar?
....
http://www.wasukalu.com
Semua menteri besar dan ketua menteri BN kekal
Posted on Thursday, April 04 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: mohdnoorawang
"Dewan Rakyat bubar. Najib Razak tersasur menyembut tarikh bubar dewan dalan ucapan (baca teks) langsung dikaca tv1. Najib baca 3/4/2012, tapi dalam teks 3/4/2013. Mungkin Najib Razak bekas perdana menteri gemuruh seluruh badan apabila membaca teks ucapan.
Mungkin pilihanraya umum ke-13 bakal menyaksikan semua menteri besar dan ketua menteri menang di atas tiket Barisan Nasional kekal bertanding dan jika menang kembali menjadi menteri besar dan ketua menteri.
Terengganu satu negeri yang menjadi kotak simpan UMNO/BN pilihanraya umum ke-13 kekal DS Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu jika BN/UMNO menang PRU13.
Pahang masih kekal dengan DS Adanan, Johor kekal dengan DS Ghani, Ngeri Sembilan kekal DS Hasan, Melaka DS Ali kekal sebagai ketua menteri dan menteri besar jika BN/UMNO menang PRU13.
Mengikut sumber berita Perak Ds Zamrry kekal menteri besarbegitu juga Ngeri Perlis masih Dr Isa jika BN/UMNO menang PRU13. Itu berita terakhir mungkin ada perubahan disaat hari penamaan calun.
Bagiamana pula Negeri Selangor, Negeri Kedah, Negeri Kelantan, negeri Pulau Pinang siap pula bakal menjadi menteri besar dan ketua menteri jika PRU13 BN.UMNO menang ?.
Bagi negeri Sabah DS Musa Aman kekal ketua menteri jkka BN/UMNO menang PRU13. Sarawak hanya bertanding peringkat dewan rakyat sahaja atau parlimen. Dewan Undangan negeri Sarawak telah selesai mengadakan pilihantaya umum negeri yang lalu. "
Isu Jui Meng tanding di Johor selesai
Posted on Thursday, April 04 @ 00:39:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh JAMILAH HAMZAH dan MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, isu pertindihan kerusi di Johor antara DAP dan PKR sehingga cetus tanggapan bahawa Datuk Chua Jui Meng diketepikan telah menemui jalan penyelesaian.
Menurutnya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan dengan Jui Meng mengenai kerusi untuk ditandingi beliau di Johor.
Jui Meng merupakan Pengerusi PKR Johor.
Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan bertanding hampir 100 kerusi di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan oleh itu, tidak ada masalah untuk meletakkan calonnya di mana-mana kawasan yang dikenal pasti sesuai.
Tambah beliau, PKR juga akan melihat senario politik di Johor untuk meletakkan Jui Meng di kawasan yang sesuai.
"...Anwar telah berjumpa dan berbincang panjang dengan Chua (Jui Meng) semalam mengenai soal itu.
"Kita perlu melihat senario politik yang berlaku di sana dan akan menawarkan kawasan yang sesuai kepada Chua (Jui Meng) di Johor," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Sebelum ini, kerusi di Gelang Patah menjadi kontroversi apabila antara pemimpin DAP dan pemimpin PKR negeri Johor.
Bagaimanapun, Anwar yang juga pembangkang telah memutuskan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di kawasan tersebut, sekali gus didakwa menyebabkan Jui Meng tidak berpuas hati dan tidak menghadiri majlis pengumuman itu 18 Mac lalu.
Bekas menteri kesihatan itu menaruh harapan tinggi untuk bertanding di Gelang Patah sehingga sanggup bertikam lidah dengan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dalam mempertahankan hak PKR di situ.
Kini terdapat spekulasi dalam kalangan media alternatif bahawa Jui Meng bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Johor walaupun perkara itu dinafikan pucuk pimpinan PKR.
Tempat Jui Meng sebagai orang nombor satu dalam PKR negeri kini dipangku timbalannya Dr Ahmad Faidhi Saidi manakala Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula dicadang mengetuai jentera pilihan raya PKR di Johor.
Pemimpin PKR Johor yang lain turut merasa kecewa.
Azmin juga berkata, setakat ini PR telah mengenal pasti 90 peratus calon yang akan diturunkan pada PRU13.
Katanya, masalah yang berlaku di Pahang-Temerloh dan Perlis-Kangar telah diselesaikan dengan rakannya iaitu Pas.
Beliau menambah, PKR akan meletakkan calon di Wilayah Persekutuan Labuan, Setiawangsa dan Bera sebagai ganti kerusi yang bertindih. - SInar Harian
Tentera dan Polis okey je...cumanya Menteri taraf Cap Ayam !
Posted on Thursday, April 04 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: tokpepijat
" Sekonyong-konyong Sepupu PMNajib Hishamudin memuji PDRM dan ATM sebagai bertaraf "first class". Sejak kes Lahad Datu, sudah puluhan kali Menteri Polis ini berulang-alik antara Putrajaya dengan Lahad Datu.
Beria benar Hishamuddin memuji PDRM dan ATM.
Sudah lama rakyat perhatikan perangai Hishamudin. Padanya ada bodek,mengampu,kuat ugut tetapi menikus. Berlagak macam berani.
Hey Sham! Dah lama rakyat tahu PDRM dan ATM bertaraf dunia. Hanya Menteri UMNO terutamanya masih bertaraf Cap Ayam.
Taraf JKKK lebih tinggi dari pemikiran Menteri UMNO!
Tentera dan Polis okey je... cumanya Menteri taraf Cap Ayam !"
Najib ke Mekah ? : Rosmah Mansur akan Bertudung Litup Berjilbab : Satu Strategi ?
Posted on Thursday, April 04 @ 00:12:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: ulitmayang
"11.35 pagi 3 April 2013 [ walaupun Najib sebut 2012 , wajib ada pihak yang beritahu bekas PM bahawa tahun ni adalah 2013 bukan 2012 ] , Parlimen dibubar secara rasmi.
Penantian yang penuh menyiksakan bagi ke semua ahli politik di Malaysia , samada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan rakyat Malaysia keseluruhannya tertunggu – tunggu , sejak beberapa bulan yang lepas.
Dikatakan
Najib ditekan oleh Muhyidin supaya Najib mengisytiharkan segera
pembubaran parlimen. Tetapi , maklumat dibelakang menyebut , Mahathir
yang terlalu takut untuk mendesak Najib menentukan tarikh pembubaran
parlimen. Sudah banyak kali tarikh2 yang dicadangkan oleh Najib dan
‘think tank’ masa yang sesuai. Semua nya ditolak oleh PM ‘de facto’
Mahathir
So,
menjelang PRU13 dimana tarikhnya akan diumukan SPR bebrapa hari lagi ,
pelbagai strategi untuk menarik undi akan dilakukan kedua – dua pihak.
Sebagai contoh , bilamana Presiden PAS berkunjung ke Masjid Tabligh
suatu ketika dulu , telah memaksa Najib juga ke sana beberapa hari lalu.
Lupa
kan soal apa kata rakyat dan orang ramai. Tapi , perang psikologi ,
untuk membentuk perpepsi rakyat , bahawa parti aku dan aku yang terlebih
mesra rakyat , lebih baik , lebih menonjol , lebih terkehadapan dan
seumpamanya , perlu dibuat dalam keadaann sekarang.
Dikatakan
, dalam beberapa hari lagi , Najib akan ke Mekah dan Madinah , bagi
mengerjakan umrah dan mungkin juga menemui bebrapa ulamak di sana. Cuma ,
jangan terperanjat nanti , sekembalinya Najib dan isteri serta
rombongan akan tertonjol kelainannya.
Difikrikan
adakah sekembali nya rosmah , ianya berubah 100% , dari tidak bertudung
kepada bertudung litup , menutupi rambut dan kepala keseluruhannya.
Malah fesyen tudungnya nanti boleh mengalahkan muslimat PAS , yang
sentiasa berjilbab
SOALAN
PERTAMA
: Adakah dengan strategi ini , pengundi – pengundi wanita Melayu yang
membentuk majoriti pengundi , terutama di felda dan kampong akan merasa
selesa dan kekal dengan UMNO ?
KEDUA
: Adakah dengan strategi ini juga persepsi pengundi – pengundi wanita
akan dapat dibentuk , iaitu UMNO benar – benar melakukan transformasi
bukan setakat dalam kerajaan , malah parti juga keluarga ?
KETIGA :
Adakah dengan strategi ini nanti , 5% yang diperlukan oleh Pakatan
Rakyat untuk ke Putrajaya , dari pengundi – pengundi Melayu dapat
dihalang daripada berhijrah dari atas pagar kepada PR dan dari UMNO ke
PR ?
NOTA
Bagi
penggemar tegar dan 'hard core' Teori Machaevali di Malaysia , iaitu
Mahathir , antara falsafah utamanya ialah 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA'.
So
, bagi Mahathir , walaupun terpaksa menipu Tuhan , menghina Nabi dan
mempermain- mainkan hukum agama , ianya semuua dibolehkan
Maka
, sekiranya Rosmah sekembalinya dari 'menunaikan' umrah nanti ,
bertudung litup , berjilbab , ianya bukan sesuatu yang pelik.
Najib mengaku kalah sebelum bertanding!
Posted on Thursday, April 04 @ 00:10:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh WTKO
Dalam twitter, Dato' Seri Mohd Najib memberi komitmen bahawa peralihan kuasa akan berlaku secara aman dan tertib. Banyak makna daripada kenyataan twitter Najib ini.
Secara umumnya keyakinan DS Najib bahawa BN mengekalkan kedudukan adalah tipis. Bersumber daripada keyakinan yang nipis ini Najib kelihatan tidak ceria semasa pembuburan parlimen pagi tadi.
Kita tunggu dan lihat bagaimana rakyat menghukum pengkhianat amanah dalam PRU-13 nanti.
Posted on Thursday, April 04 @ 00:10:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh WTKO
Dalam twitter, Dato' Seri Mohd Najib memberi komitmen bahawa peralihan kuasa akan berlaku secara aman dan tertib. Banyak makna daripada kenyataan twitter Najib ini.
Secara umumnya keyakinan DS Najib bahawa BN mengekalkan kedudukan adalah tipis. Bersumber daripada keyakinan yang nipis ini Najib kelihatan tidak ceria semasa pembuburan parlimen pagi tadi.
Kita tunggu dan lihat bagaimana rakyat menghukum pengkhianat amanah dalam PRU-13 nanti.
Posted on Thursday, April 04 @ 00:05:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Mohd Farhan Darwis
JOHOR BARU, 3 April — PAS hari ini menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan peralihan kuasa secara aman sekiranya berlaku pertukaran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rakyat juga akhirnya menyuarakan rasa lega dengan pengumuman Najib membubarkan Parlimen hari ini setelah menanti sekian lama untuk Parlimen dibubarkan.
"PAS juga mengalu-alukan jaminan PM kalau pun berlaku peralihan kuasa ianya akan berjalan dengan aman, dan PAS juga memberi jaminan bahawa peralihan kuasa ini akan berlangsung dengan penuh aman damai.
"PAS menyeru seluruh jentera dan petugas parti agar meningkatkan gerak-kerja bagi memastikan Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU13 kali ini,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya sejurus pembubaran Parlimen itu diumumkan perdana menteri.
Najib membuat pengumuman tersebut dalam siaran langsung di stesen televisyen kerajaan Radio Televisyen Malaysia.
"Ini bakal merupakan kali terakhir rakyat akan dibiarkan dalam keadaan rimas selama dua tahun untuk mengetahui tarikh pilihanraya.
"PAS bersama Pakatan Rakyat berjanji akan mengumumkan tarikh pilihanraya setahun lebih awal apabila kami diberi mandat memerintah negara selepas PRU13 nanti,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi.
PRU-13 akan menyaksikan parti politik dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Daripada jumlah itu, 137 kerusi dikuasai BN, manakala 29 (DAP), 23 (PAS), 23 (PKR), Parti Sosialis Malaysia (PSM) 1, Parti KITA 1, dan 8 kerusi lagi diwakili ahli Parlimen Bebas.
Pilihan raya kali ini juga menunjukkan sejumlah 13.3 juta pengundi berdaftar akan mengundi bagi memilih calon wakil rakyat pilihan mereka.
Sumber: themalaysianinsider.com
Bila Najib meniup wisel, ada blog kononnya Pakatan Rakyat bersifat Bodoh!!!
Posted on Wednesday, April 03 @ 20:04:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh FS
Malas nak tulis, tapi tulis juga, kerana ada dikalangan blog dikatakan blog Pakatan Rakyat boleh bersifat bodoh setelah Najib meniup wisel dan menghala senjata sesama sendiri.
Artikel daripada laman www.mediaperak.net sangat mengecewakan. Saya lebih suka pihak yang terbabit bekerja keras bagi memenangkan negeri Perak yang telah dikhianati daripada membuat persepsi tak menentu dan menyalah orang lain. Bantu DS Anwar yang mungkin akan bertanding di sana.
Artikel yang dirujuk adalah:-
PAS Terengganu hanya bermimpi siang hari hari jika ....
Masalah kepada PAS Terengganu ialah barisan kepimpinannya yang terdiri daripada golongan tua dan sebahagian besar sudah kalah beberapa kali dalam pilihan raya. Tokoh nombor satu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Yahya Ali (Setiausaha PAS Terengganu) golongan tua yang beberapa kali kalah dalam pilihan raya.
Jika PAS masih meletakkan mereka impian untuk merampas semula Terengganu akan hancur berkecai. PAS mesti berani meletakkan muka baru di kalangan pemuda yang aktif dan luas pengetahuan mengenai politik negara.
Rakyat Terengganu bukanlah mengharapkan Umno semata-mata tetapi mereka tidak mahu kepada pemimpin PAS yang tidak boleh membawa kemajuan kepada mereka. Pilihan raya umum 1999 menunjukkan rakyat negeri itu menolak Umno dan memilih PAS.
Malangnya Abdul Hadi yang menjadi menteri besar memerintah secara `kontorversi’, rakyat akhirnya menolak PAS dan memilih Umno pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.
Meskipun masa telah berlalu, orang lama PAS yang sudah tidak relevan lagi dengan rakyat masih berkeinginan mahu menjadi wakil rakyat.
Kesimpulannya, PAS hanya bermimpi siang hari hari jika masih meletakkan muka-muka lama yang sebenarnya rakyat sudah `meluat.’
Umno pun bengong dengan Najib
Posted on Thursday, April 04 @ 01:08:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Subky Latif
INI kalilah dan ini harilah (3 April) baru Parlimen dibubarkan. Beberapa minggu dulu orang bertanya, ‘Jadikah Parlimen dibubarkan minggu depan?’ Lepas itu bertanya lagi, ‘Jadikah Parlimen bubar lusa?’ Lepas itu, ‘Jadikah esok?’
Sebelum rencana ini ditulis tanya lagi, ‘Jadikah hari ini?’
Itulah dia rakyat sekaliannya naik mamai sejak dua tiga bulan lalu, susah nak berkira hendak menetapkan tarikh anak kahwin, payah nak menempah tiket kapalterbang hendak melancong takut pada hari yang ditentukan itu jatuh pada musim kempen dan pilihanraya.
Rasa nak gila itu menjadi-jadi apabila tempoh lima tahun mandat 2008 dulu berakhir 8 Mac lalu. Tak ada lagi Perdana Menteri di dunia buat tak tahu saja tentang bila nak bubar Parlimen. Hingga ada negeri yang terbubar sendiri, dia buat dak saja.
UMNO sekalian sudah jadi bengong dengan sikap kurang peduli Perdana Menteri tentang bila hendak diadakan pilihan raya. Secerdik Dr. Mahathir pun tak dapat hendak duga hati anak didiknya itu.
Sama dengan sekalian penduduk dunia berteka teki bila Presiden Bashar Assad hendak berhenti? Bila perang saudara Syria itu hendak dihentikan? Dan sekarang orang tanya bila Assad hendak mati?
Orang tanya Najib tentang bubar Parlimen sama seperti orang tanya Presiden Assad bila hendak berundur. Satu sedang diasak oleh pemberontak bila hendak menghentikan perang dan satu lagi terdesak sebab Putrajaya hendak diambil melalui pilihanraya.
Bukan orang ramai saja nak gila dan jadi bodoh oleh ketidak-pedulian Perdana Menteri itu, penyokong-penyokong UMNO pun sudah tak tahu apa nak jawab dengan pertanyaan orang ramai dan pertanyaan antara mereka sesama sendiri.
Semua orang sudah perli, permainkan penyokong-penyokong UMNO kata begitu dan begini tentang parti dan pemimpinnya.
Masing-masing sudah berkata, mereka takut tidak sempat mengundi. Mati dulu baru Parlimen bubar. Memang sebenarnya ramai orang-orang yang menunggu sejak lebih setahun dulu sudah mati. Jangan yang menangguhkan haji wajib kerana takut pillihanraya diadakan mati dulu sudahlah. Kalau mereka mati dulu mungkin mereka dapat juga pahala haji kalau penangguhkan itu dibuat atas sebab syarak. Tetapi kesiannya mereka tidak dapat tengok Kaabah.
Rata-rata orang UMNO malu hendak menghadap masyarakat yang peka dan prihatin tentang politik pilihanraya ini. Tak tahu apa hendak dijawab.
Orang pun mulalah perleceh Perdana Menteri dan UMNO. Orang kata PM tak tahu hendak buat keputusan.
Dulu Tun Hussein ketika baru jadi Perdana Menteri, tidak dapat bertangguh lagi hendak mengangkat Timbalan Perdana Menterinya. Orang kata tunggu adakan pemilihan UMNO dulu. Siapa yang UMNO pilih jadi Timbalan Presiden, jadikanlah dia Timbalan Perdana Menteri. Jika dia angkat Timbalan Perdana Menteri dulu, hilanglah peluang bagi UMNO untuk menentukkan pilihan mereka.
Husein Onn kata, dia mesti pilih dulu kerana takut orang nanti kata dia tak tahu untuk membuat keputusan. Yang itu takut orang kata dia tak tahu hendak membuat keputusan, dan yang ini pula tak takut langsung orang kata tak tahu buat keputusan.
Dengan semua kerenah itu, tak jatuhkan semangat orang-orang UMNO hendak menghadapi pilihanraya, dan tak malukah hendak berhadapan orang ramai yang kritis itu? Dan sekalian kaki tangan kerajaan yang tak tahu hendak buat keputusan sendiri tidak malukan hendak mempertahankan kerajaan dan pemimpin yang peka dengan pandangan umum?
Semuanya boleh jadi bodoh dan sudah bengong.
BUBAR: Adegan yang tak ingin Amno lihat... (Saksikan...)
Posted on Wednesday, April 03 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Shalehudin
SAH MCA AKAN DAPAT TELUR PADA PRU 13 NANTI!!
Pengerusi MCA Selangor Donald Lim Siang Chai merayu pengundi di negeri itu agar tidak menolak terus parti itu di Selangor kerana mereka telah bekerja keras berbakti kepada rakyat sejak lima tahun lalu walaupun kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008.
"Saya harap rakyat berilah kami sedikit undi, janganlah bagi kami telur (tiada kerusi langsung)," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan Oriental Daily News.
Pergh!!!!
Itu hari bukan main cakap besar sombong lagi kata semua kerusi yang MCA tumpas pada PRU 12 yang lalu akan dirampas...Hari ini bunyi sudah lain macam.. sampai cakap janganlah beri MCA makan telur pula... Ertinya dia sedar selaku pemimpin MCA, bahawa kali ini MCA akan bungkus tutup kedai.
Sumber: shalehudin.blogspot.com
Inilah Antara Jasa Akibat Perjuangan Sesat UMNO
Posted on Wednesday, April 03 @ 19:26:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Tok Janggut
800x600 Ingatkah kita akan peribahasa yang berbunyi “kemana lagi tumpahnya kuah jika tidak ke nasi”, atau “ayah borek anaknya rintik”. Selalunya peribahasa ini ditujukan kepada satu-satu keluarga dimana bagaimana akhlak dan perangai si ayah maka begitu jugalah yang akan di tradisi oleh si anaknya.
Namun begitu peribahasa ini juga sesuai untuk digunakan kepada satu-satu parti atau jemaah atau pemerintah dimana bagaimana akhlak dan perangai pemimpin atau ketuanya maka begitu akhlak dan perangai ahli, penyokong atau rakyatnya.
Kata-kata dari dua orang gadis diatas sebagai membuktikanya apabila dua orang pemimpin yang disebutkan itu sememang sudah diketahui oleh rakyat akan akhlak dan perangainya. Sombong, takbur, penipu, salahguna kuasa dan yang paling utama sekali dikenali sebagi manusia yang paling lantang berani menghina syariat Allah dan Sunnah Nabi. Maka segala akhlak dua pemimpin ini telah menjadi ikutan dan idola bukan sahaja bagi dua orang gadis ini malahan mungkin ratusan atau jutaan rakyat Malaysia yang jahil dan buta agama.
Inilah dia bukti jasa perjuangan UMNO yang begitu lama mempersendakan syariat Allah, Sunnah Nabi dan para ulama maka lahirlah sebahagian rakyat yang yang jelas sesat aqidah dan telah rosak imanya angkara perjuangan UMNO yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang juga telah
rosak akhlak dan pegangan agamanya.
Mengikut kaedah syara', barangsiapa yang menyamakan sifat, akhlak dan kebijaksanaan manusia lain sama atau mengatasi Nabi Muhammad SAW maka orang tersebut boleh jatuh kufur atau murtad apatah orang yang dikatakan sama atau lebih bijka dan Nabi itu adalah manusia yang sudah dikenali kehidupanya yang penuh dengan kemungkaran, merekacipta fitnah, menipu rakyat, merompak harta negara dan sering mempersendakan syariat Allah.
Oleh itu. Masih adakah manusia yang kononya beriman kepada Allah dan Rasul yang sanggup mengikuti kedua orang pemimpin seperti ini apatah lagi dibiarkan terus memimpin negara? Jika "ya", bersedialah menghadapi dimana makin ramai yang akan rosak akhlak, iman dan aqidahnya. Jika yang didakwa sebagai tok guru, ustaz, lebai, ustazah yang masuk UMNO pun jadi bercelaru pegangan agamanya, inikan pula yang jahil dan buta hatinya. Wallahualam.
Dah!!! Pecah Lubang.... kes Lahat Datu
Posted on Wednesday, April 03 @ 18:45:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: abanag
"Semakin lama, kes lahat Datu, semakin terungkai.,hasil pemerintahan korup BN selama lebih setengah abad.
PENANGKAPAN dan pertuduhan terhadap suspek Koperal Hassan Basri daripada Polis Cawangan Khas Lahad Datu di bawah Seksyen 130M iaitu melakukan komplot jenayah hanyalah 'Tip Of Iceberg' dan PDRM wajar melakukan siasatan lebih terperinci dengan mengheret 'Musang Berbulu Ayam dalam PDRM' yang selama ini bersekongkol dan melindungi PATI dan pengganas.
Penangkapan
seorang lagi pegawai Polis Marin yang sedang disoal siasat dan belum
dihadapkan ke mahkamah hanyalah 'Berita Di Sebalik Cerita' sebenar yang
tidak diketahui oleh Polis Malaya; tetapi diketahui oleh Warga Felda
terutama Pegawai Kanan Felda yang sudah silih bertukar ganti.
Sekitar 1995, ada pihak yang telah melaporkan bahawa Hassan Basri telah melindungi PATI yang bernama Benjamin (berbangsa Timur) dan keluarganya seramai 12 orang di kebun milik Hassan di Jalan Silam, namun laporan tersebut tidak diendahkan sekalipun laporan kedua dibuat pada 2002 ketika Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah.
Benjamin
adalah banduan yang dipenjara kerana terlibat dalam Skandal IC Palsu
dan Wang Palsu. Setelah dibebaskan dan dihantar balik ke negara asalnya,
Indonesia, Hassan Basri telah menggaji Benjamin sekalipun ketika itu
beliau tahu Benjamin adalah PATI yang memasuki negara ini secara haram.
Penglibatan
Hassan Basri dengan insiden Tanduo hanyalah di peringkat berkomplot
dengan Pengganas Sulu yang kebanyakannya 'Warganegara Penyu' (Pemilik IC
Projek) yang telah lama bergelumang dengan kegiatan jenayah termasuk
penyeludupan rokok, syabu dan barang bersubsidi dari bumi Lahad Datu ke
Tawi-Tawi dan Zamboanga.
Penangkapan
Hassan dan beberapa orang pegawai polis (Marin) tidak menyelesaikan
masalah penyelewengan dan khianat kerana memerlukan penubuhan RCI bagi
menyiasat 'Sikitul' yang bersembunyi di sebalik jawatan dan pakaian
seragam; demi untuk masa hadapan Sabah yang gemilang.
Kampung
Tanduo adalah 'Zon Gelap' seperti Pulau Languyan di Filipina kerana
majoriti PATI mendarat di Tanduo dan Syurga bagi penyeludup barang
bersubsidi seperti beras, tepung gandum, gula, minyak diesel, baja dan
barangan haram seperti minuman keras, rokok dan dadah.
Sebelum
'Pengganas Sulu' mendarat di Tanduo atas jemputan 'Komander Mat Bom',
penduduk sudah lama melaporkan kehadiran kumpulan berpakaian seragam dan
kemasukan senjata api kepada Ketua Kampung di sekitarnya, termasuk Yang
Berhormat; tetapi semuanya 'bagai ayam Jantan kehilangan telur' tidak
berani bertindak kerana tidak mahu menanggung risiko diculik atau
dibunuh pengganas.
'Sikap
Tidak apa' dan bertolak ansur dengan pengganas telah menyebabkan Bumi
Tanduo yang indah disirami darah perwira; malah Kampung Tanjung Batu,
Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tegupi, Tanjung Labian dan Lok Buani musnah
dalam pertempuran yang boleh dihindarkan jika pasukan keselamatan
mendengar rayuan penduduk kampung membentengi mereka daripada Pengganas
yang terkepung.
Namun
PDRM belum sedar bahawa begitu ramai pegawai kanan polis yang terlibat
dengan penyeludupan manusia dan hidup mewah dengan menjalankan kontrak
kerja atau 'merampas' ladang kelapa sawit di Sahabat Pinggir dan Zon
Keselamatan yang telah dikeluarkan daripada Felda Sahabat secara
bersindiket.
Ramai
pegawai kanan polis, termasuk yang sudah meninggal dunia, berpencen
atau bersara sukarela yang melakukan kegiatan berkenaan secara terang
atau bersembunyi di sebalik nama isteri dan sanak saudara; demi untuk
memperkayakan diri dengan menghalalkan cara, termasuk menggaji PATI yang
ditangkap dan bersubahat dengan Pegawai Kanan Felda untuk menjual buah
kelapa sawit yang sebenarnya ditanam Felda tetapi dikeluarkan setelah
pengukuran semula.
Kegiatan
pengganas di Tanduo, Tanjung Batu, Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tanjung
Labian, Lok Buani dan sebagainya telah lama berlaku tetapi
disembunyikan pegawai polis yang rasuah dan mencari makan sehinggalah
menyembunyikan kematian dua anggota RELA di Lok Buani sekitar 1996-1997
dan pernah disiarkan oleh akhbar tempatan dan nasional.
Penglibatan
Ahmad Malandi @ Mat Bom dalam isu tuntutan tanah dan berakhir dengan
pencerobohan oleh 76 pengganas Sulu (6 daripadanya wanita) sebelum
mereka menggaji lebih daripada 200 WargaPenyu yang memiliki MyKad
Malaysia melalui 'IC Projek Mahathir'.
Wargapenyu
ini telah direkrut dan ditawarkan gaji antara RM1,000 hingga RM1,600
USD (mengikut pangkat) sebulan sebagai 'Pengawal Keselamatan' beruniform
untuk menjaga tanah Mat Bom tiba-tiba terkejut apabila mereka
dijenamakan semula sebagai 'Tentera DiRaja Sulu' yang terpaksa berjuang
untuk mendapatkan 'kedaulatan' Sabah oleh Sultan Palsu, 'Setan Paduka
Mahashari Maulana al Sultan Mohammad Jamalul Kiram III ibni Almarhum
Sultan Punjungan al Shariful Hashim.
Ketua
Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera sepatutnya belajar daripada
kesilapan kerana Sabahkini.net telah menyalurkan maklumat lebih awal
(berdasarkan risikan dan maklumat pendudukkampung) kepada mereka (Polis)
bahawa pengganas sudah memasuki Kampung Tanjung Batu, Pasusul dan
bertebar ke Kembara Sakti; tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas
sehinggalah 30 penduduk kampung ditawan pengganas di Tanjung Batu; juga
diremehkan PDRM.
Bezanya
'Panglima perang' di zaman Rasulullah ialah mereka berada di medan
hadapan dan bukannya duduk bersantai di resort ketika perwira negara
bertarung nyawa. Paling menjengkelkan ada pegawai kanan kerajaan
mengatakan bahawa Kampung Tanduo yang ditutup pihak berkuasa dan 20
keluarga 'penduduk tempatan' yang tinggal di situ akan ditempatkan di
kawasan baru; akan dijadikan 'Pusat Pelancongan' adalah kenyataan yang
paling tidak bermaruah.
Kampung
Tanduo adalah salah satu daripada 13 Kampung tradisi yang telah
dirampas FELDA kerana termasuk dalam Zon Sahabat Pinggir dan Zon
Keselamatan setelah Kerajaan Berjaya menyerahkan 245,000 ekar tanah adat
kepada Felda untuk dibangunkan sebagai kawasan penempatan semula
masyarakat nelayan dan miskin dari seluruh Sabah; sebaliknya membatalkan
lebih 3,000 geran tanah yang telah dikeluarkan RSP, Surat Tawaran dan
geran draf.
Namun
malangnya FELDA mungkir janji dan menjadikan Semenanjung Dent sebagai
'Lombong Emas' dan menjadi zon menternak PATI dan menyuburkan kegiatan
keganasan. Ikuti episod akan datang 'FELDA Lindungi Pengganas?'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan