
Ibrahim Ali: Kenapa Zul dapat tapi saya tidak
Presiden
kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak
diberikan laluan oleh untuk bertanding atas tiket BN bagi mempertahankan
Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.
Justeru, beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum pada 5 Mei ini, lapor Astro Awani.
Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana kerana tidak diberikan alasan sedangkan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN di Parlimen Shah Alam.
"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya.
"Tapi saya ingin nyatakan di sini walaupun saya bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN. Saya kira hal Pasir Mas ini kes terpencil," beliau dipetik sebagai berkata kepada portal berita itu.
Ibrahim dilaporkan berkata demikian kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh kira-kira 300 penyokongnya.
Tak dendam pada BN
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Zulkifli sebagai "calon rakan BN" untuk bertanding melawan penyandang kerusi itu dari PAS Khalid Samad.
Bagaimanapun, di Pasir PAS, Ibrahim yang disebut-sebut bertanding atas tiket BN tidak mendapat peluang itu apabila ia diberikan kepada BN sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan Che Pa.
Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, beliau tidak berdendam dengan BN atau Umno apabila memutuskan mahu bertanding sebagai calon bebas.
Beliau malah menasihati semua anggota PERKASA supaya menyokong calon yang dikemukakan oleh BN di kerusi-kerusi lain.
Katanya, keputusan beliau itu dibuat atas permintaan penduduk Pasir Mas dan masih ada banyak agenda yang mahu diperjuangkannya, khususnya yang menyentuh hal ehwal orang Melayu dan agama Islam.
Dalam masa yang sama, Ibrahim berterima kasih kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak kerana memilih Zulkifli bertanding menggunakan tiket BN.
Ketika penyandang Kota Belud Abdul Rahman Dahlan menerima sorakan paling gemuruh ketika diumumkan mempertahankan kerusinya, rakannya Ronald Kiandee tidak begitu beruntung.
Pengumuman Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman (di rostrum)
bahawa Ronald akan mempertahankan kerusi Beluran disambut suara bu
daripada sebahagian daripada peserta dalam bilik yang penuh sesak.
Tidak lama selepas pengumuman dibuat, juga kedengaran suara bantahan lantang datang daripada seorang anggota Wanita Umno Lahad Datu yang hadir.
Beliau menjerit berulang kali dengan berkata tiada sesiapa akan menyokong calon Lahad Datu yang bukan anak kelahiran tempatan sebelum keluar daripada bilik acara di ibu pejabat parti itu di Karamunsing.
Musa sebelum itu mengumumkan bahawa Lahad Datu, yang diserang oleh 'Kesultanan Sulu', tidak akan dipertahankan oleh penyandangnya Datu Nasrun Datu Mansur, tetapi akan ditandingi oleh ahli perniagaan Yusuf Afdal.
Zulkifli sebelum ini menang di Kulim Bandar Baru menggunakan logo PKR sebelum menjadi wakil bebas.
Namanya diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN Selangor di Shah Alam hari ini.
Pertembungan ini pasti mengimbau kembali kes 2010 apabila Zulkifli dipecat oleh PKR, ekoran kes berkaitan Khalid.
Tindakan itu diambil antaranya kerana beliau membuat laporan polis terhadap Khalid atas dakwaan menghina enakmen Selangor yang menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Menariknya juga, Zulkifli juga kali ini akan menentang calon daripada PAS, yang juga parti lamanya, sebelum menyertai PKR sebelum ini.
Najib ketika mengumumkan nama Zulkifli menyifatkannya sebagai "calon rakan BN".
Sementara itu, Bernama melaporkan, Zulkifli bertekad menumbangkan Khalid kerana kejatuhan Pakatan di Shah Alam, yang merupakan ibu negeri dan paksi kekuatan Selangor, bakal membuka jalan yang luas bagi BN merampas kembali negeri itu.
"Saya cukup yakin dengan sokongan yang ditunjukkan jentera BN di sini, kita akan jatuhkan calon pembangkang di Shah Alam dan mengembalikan Selangor kepada BN.
"Saya bersama jentera BN akan merangka strategi terbaik memastikan kemenangan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Najib: Zul 'calon rakan BN'
Khalid dalam pilihan raya umum lalu memperoleh 33,356 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Shamsuddin yang mendapat 24,042 undi pada 2008.
Sementara itu, ketika ditanya mengapa bertanding bawah tiket BN, Zulkifli hanya menjawab ringkas:
"hanya BN yang mampu membela nasib rakyat", tanpa menjelaskannya dengan
terperinci.
Mengulas kedudukan pencalonannya sama ada menjadi calon bebas atau bakal menyertai Umno selepas ini, beliau menjawab: "Buat masa ini saya di bawah BN, sebagai calon BN".
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui parti melalui perjalanan yang penuh berliku dan telah belajar daripada kesilapan yang dilakukan.
Beliau bagaimanapun percaya bahawa inilah masa yang sesuai untuk BN menebus kesilapan di mata rakyat.
"Kami akan membetulkan semua kesalahan kami," ikrar Najib yang juga pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu.
Najib berkata beliau berazam untuk mengembali negeri itu kepada "kebaikan di bawah pemerintahan BN" bertentangan dengan apa yang didakwanya "janji-janji kosong" kerajaan Pakatan yang menerajui negeri itu sejak lima tahun yang lalu.
"Apa yang kita janji, kita akan tunaikan, ini adalah janji kami," katanya, mengulas mengenai manifesto mereka untuk negeri ini yang akan dilancarkan esok.
Najib berkata demikian ketika mengumumkan calon-calon BN bagi 76 kerusi parlimen dan negeri yang dipertandingkan di Selangor, dalam pilihan raya umum nanti.
Sementara itu, sekurang-kurang 10 kerusi parlimen yang ditanding calon BN di negeri itu bakal berdepan dengan pertarungan sengit calon Pakatan Rakyat. Mereka ialah:
Sabak Bernam: Mohd Fasiah Mohd Fakeh (calon baru-UMNO) lawan Profesor Abdul Aziz Bari (pakar perlembagaan-PKR)
Hulu Selangor: P Kamalanathan (penyandang-MIC) lawan Khalid Jaafar (ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR)
Kuala Selangor: Datuk Irmohizam Ibrahim (calon baru-Umno) lawan Dr Dzulkefly Ahmad (penyandang-PAS)
Selayang: Datuk Donald Lim Siang Chai (timbalan menteri kewangan-MCA) lawan William Leong (penyandang-PKR)
Gombak: Datuk Dr Rahman Ismail (Umno) lawan Azmin Ali (penyandang-PKR)
Ampang: Dr Rozaidah Talib lawan Zuraida Kamaruddin (penyandang-PKR)
Puchong: A Kohilan Pillay (timbalan menteri luar-Gerakan) lawan Gobind Singh Deo (penyandang-DAP)
Subang: A Prakash Rao (calon baru-MIC) lawan R Sivarasa (penyandang-PKR)
Shah Alam: Zulkifli Noordin (rakan BN) lawan Khalid Samad (penyandang-PAS)
Kota Raja: Murugesan Sinnandavar (MIC) lawan Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang-PAS)
Justeru, beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum pada 5 Mei ini, lapor Astro Awani.
Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana kerana tidak diberikan alasan sedangkan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN di Parlimen Shah Alam.
"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya.
"Tapi saya ingin nyatakan di sini walaupun saya bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN. Saya kira hal Pasir Mas ini kes terpencil," beliau dipetik sebagai berkata kepada portal berita itu.
Ibrahim dilaporkan berkata demikian kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh kira-kira 300 penyokongnya.
Tak dendam pada BN
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Zulkifli sebagai "calon rakan BN" untuk bertanding melawan penyandang kerusi itu dari PAS Khalid Samad.
Bagaimanapun, di Pasir PAS, Ibrahim yang disebut-sebut bertanding atas tiket BN tidak mendapat peluang itu apabila ia diberikan kepada BN sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan Che Pa.
Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, beliau tidak berdendam dengan BN atau Umno apabila memutuskan mahu bertanding sebagai calon bebas.
Beliau malah menasihati semua anggota PERKASA supaya menyokong calon yang dikemukakan oleh BN di kerusi-kerusi lain.
Katanya, keputusan beliau itu dibuat atas permintaan penduduk Pasir Mas dan masih ada banyak agenda yang mahu diperjuangkannya, khususnya yang menyentuh hal ehwal orang Melayu dan agama Islam.
Dalam masa yang sama, Ibrahim berterima kasih kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak kerana memilih Zulkifli bertanding menggunakan tiket BN.

Sorak, bu di pengumuman calon Umno Sabah
Pengumuman calon Umno Sabah hari ini bercampur baur antara sorakan ceria dan nada tidak menyenangkan.Ketika penyandang Kota Belud Abdul Rahman Dahlan menerima sorakan paling gemuruh ketika diumumkan mempertahankan kerusinya, rakannya Ronald Kiandee tidak begitu beruntung.
Pengumuman Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman (di rostrum)
bahawa Ronald akan mempertahankan kerusi Beluran disambut suara bu
daripada sebahagian daripada peserta dalam bilik yang penuh sesak.Tidak lama selepas pengumuman dibuat, juga kedengaran suara bantahan lantang datang daripada seorang anggota Wanita Umno Lahad Datu yang hadir.
Beliau menjerit berulang kali dengan berkata tiada sesiapa akan menyokong calon Lahad Datu yang bukan anak kelahiran tempatan sebelum keluar daripada bilik acara di ibu pejabat parti itu di Karamunsing.
Musa sebelum itu mengumumkan bahawa Lahad Datu, yang diserang oleh 'Kesultanan Sulu', tidak akan dipertahankan oleh penyandangnya Datu Nasrun Datu Mansur, tetapi akan ditandingi oleh ahli perniagaan Yusuf Afdal.

Naib presiden PERKASA Zul Noordin calon BN Shah Alam
Naib
presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin dipilih
sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.Zulkifli sebelum ini menang di Kulim Bandar Baru menggunakan logo PKR sebelum menjadi wakil bebas.
Namanya diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN Selangor di Shah Alam hari ini.
Pertembungan ini pasti mengimbau kembali kes 2010 apabila Zulkifli dipecat oleh PKR, ekoran kes berkaitan Khalid.Tindakan itu diambil antaranya kerana beliau membuat laporan polis terhadap Khalid atas dakwaan menghina enakmen Selangor yang menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Menariknya juga, Zulkifli juga kali ini akan menentang calon daripada PAS, yang juga parti lamanya, sebelum menyertai PKR sebelum ini.
Najib ketika mengumumkan nama Zulkifli menyifatkannya sebagai "calon rakan BN".
Sementara itu, Bernama melaporkan, Zulkifli bertekad menumbangkan Khalid kerana kejatuhan Pakatan di Shah Alam, yang merupakan ibu negeri dan paksi kekuatan Selangor, bakal membuka jalan yang luas bagi BN merampas kembali negeri itu.
"Saya cukup yakin dengan sokongan yang ditunjukkan jentera BN di sini, kita akan jatuhkan calon pembangkang di Shah Alam dan mengembalikan Selangor kepada BN.
"Saya bersama jentera BN akan merangka strategi terbaik memastikan kemenangan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Najib: Zul 'calon rakan BN'
Khalid dalam pilihan raya umum lalu memperoleh 33,356 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Shamsuddin yang mendapat 24,042 undi pada 2008.
Sementara itu, ketika ditanya mengapa bertanding bawah tiket BN, Zulkifli hanya menjawab ringkas:
"hanya BN yang mampu membela nasib rakyat", tanpa menjelaskannya dengan
terperinci.
Mengulas kedudukan pencalonannya sama ada menjadi calon bebas atau bakal menyertai Umno selepas ini, beliau menjawab: "Buat masa ini saya di bawah BN, sebagai calon BN".
Najib: Barisan baru tebus kesilapan BN S'gor
Selepas
kekalahan mengejut pada tsunami politik 2008, BN Selangor berikrar mahu
membetulkan kesilapan sekali gus merebut kembali negeri perindustrian
itu dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui parti melalui perjalanan yang penuh berliku dan telah belajar daripada kesilapan yang dilakukan.
Beliau bagaimanapun percaya bahawa inilah masa yang sesuai untuk BN menebus kesilapan di mata rakyat.
"Kami akan membetulkan semua kesalahan kami," ikrar Najib yang juga pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu.
Najib berkata beliau berazam untuk mengembali negeri itu kepada "kebaikan di bawah pemerintahan BN" bertentangan dengan apa yang didakwanya "janji-janji kosong" kerajaan Pakatan yang menerajui negeri itu sejak lima tahun yang lalu.
"Apa yang kita janji, kita akan tunaikan, ini adalah janji kami," katanya, mengulas mengenai manifesto mereka untuk negeri ini yang akan dilancarkan esok.
Najib berkata demikian ketika mengumumkan calon-calon BN bagi 76 kerusi parlimen dan negeri yang dipertandingkan di Selangor, dalam pilihan raya umum nanti.
Sementara itu, sekurang-kurang 10 kerusi parlimen yang ditanding calon BN di negeri itu bakal berdepan dengan pertarungan sengit calon Pakatan Rakyat. Mereka ialah:
Sabak Bernam: Mohd Fasiah Mohd Fakeh (calon baru-UMNO) lawan Profesor Abdul Aziz Bari (pakar perlembagaan-PKR)
Hulu Selangor: P Kamalanathan (penyandang-MIC) lawan Khalid Jaafar (ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR)
Kuala Selangor: Datuk Irmohizam Ibrahim (calon baru-Umno) lawan Dr Dzulkefly Ahmad (penyandang-PAS)
Selayang: Datuk Donald Lim Siang Chai (timbalan menteri kewangan-MCA) lawan William Leong (penyandang-PKR)
Gombak: Datuk Dr Rahman Ismail (Umno) lawan Azmin Ali (penyandang-PKR)
Ampang: Dr Rozaidah Talib lawan Zuraida Kamaruddin (penyandang-PKR)
Puchong: A Kohilan Pillay (timbalan menteri luar-Gerakan) lawan Gobind Singh Deo (penyandang-DAP)
Subang: A Prakash Rao (calon baru-MIC) lawan R Sivarasa (penyandang-PKR)
Shah Alam: Zulkifli Noordin (rakan BN) lawan Khalid Samad (penyandang-PAS)
Kota Raja: Murugesan Sinnandavar (MIC) lawan Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang-PAS)
Tiga negeri bakal dapat MB baru
Dalam
keriuhan pengumuman calon BN yang diumumkan hari ini, beberapa buah
negeri bakal dijangka mendapat menteri besar baru selepas pilihan raya
umum 5 Mei ini.
Johor, Melaka dan Perlis antara negeri yang disebut bakal mendapat menteri besar baru selepas penyandangnya sebelum ini berpindah ke kerusi parlimen atau tidak mempertahankan kerusi mereka yang sedia ada.
Di Johor, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman tidak mempertahankan kerusi tradisinya - DUN Serom - sebaliknya berpindah ke parlimen Gelang Patah menentang tokoh DAP Lim Kit Siang.
Oleh itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) antara
calon yang disebut-sebut dilantik ke jawatan itu selepas diumum
bertanding kerusi DUN Permas dalam pilihan raya umum kali ini.
Pada pilihan raya umum lalu, Mohamed Khaled menang kerusi Pasir Gudang dengan menewaskan calon PKR Md Rizan Mohd Saman dengan majoriti 17,281 undi. Pasir Gudang mempunyai dua DUN iaitu Permas dan Johor Jaya.
Situasi yang sama juga berlaku di Melaka, apabila penyandangnya Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding di kerusi parlimen Bukit Katil. Beliau bakal berdepan dengan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.
Pilihan raya umum 2008 menyaksikan Mohd Ali menang di DUN Bukit Baru - antara tiga kerusi dalam parlimen Bukit Katil - dengan majoriti 2,708 undi menewaskan calon PAS Bakrin Sidek.
Antara calon yang dispekulasi menggantikan Mohd Ali ialah ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Idris Haron (kanan) yang akan bertanding kerusi DUN Sungai Udang.
Idris sebelum ini adalah ahli parlimen Tangga Batu, menang dengan majoriti 14,500 undi menentang calon PKR Zainon Jaafar.
Di Perlis pula, Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu mengundur diri daripada bertanding sebarang kerusi DUN di negeri itu.
Beliau memberi kepercayaan kepada Ketua Wanita Umno negeri Rela Ahmad untuk mempertahankan DUN Bintong yang disandangnya sebelum ini.
Rela bakal berdepan dengan Setiausaha Pilihan Raya PAS Perlis Abd Jamil Kamis.
Sehubungan itu, calon menteri besar yang disebut-sebut menggantikan tempat Md Isa adalah muka baru, Azlan Man yang diumumkan bertanding di DUN Pauh.
Azlan adalah pegawai tinggi kerajaan dan pernah bertugas sebagai pegawai khas kepada Syed Hamid Albar. Beliau bakal berdepan dengan tentangan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis Idris Yaacob.
Johor, Melaka dan Perlis antara negeri yang disebut bakal mendapat menteri besar baru selepas penyandangnya sebelum ini berpindah ke kerusi parlimen atau tidak mempertahankan kerusi mereka yang sedia ada.
Di Johor, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman tidak mempertahankan kerusi tradisinya - DUN Serom - sebaliknya berpindah ke parlimen Gelang Patah menentang tokoh DAP Lim Kit Siang.
Oleh itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) antara
calon yang disebut-sebut dilantik ke jawatan itu selepas diumum
bertanding kerusi DUN Permas dalam pilihan raya umum kali ini.Pada pilihan raya umum lalu, Mohamed Khaled menang kerusi Pasir Gudang dengan menewaskan calon PKR Md Rizan Mohd Saman dengan majoriti 17,281 undi. Pasir Gudang mempunyai dua DUN iaitu Permas dan Johor Jaya.
Situasi yang sama juga berlaku di Melaka, apabila penyandangnya Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding di kerusi parlimen Bukit Katil. Beliau bakal berdepan dengan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.
Pilihan raya umum 2008 menyaksikan Mohd Ali menang di DUN Bukit Baru - antara tiga kerusi dalam parlimen Bukit Katil - dengan majoriti 2,708 undi menewaskan calon PAS Bakrin Sidek.
Antara calon yang dispekulasi menggantikan Mohd Ali ialah ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Idris Haron (kanan) yang akan bertanding kerusi DUN Sungai Udang. Idris sebelum ini adalah ahli parlimen Tangga Batu, menang dengan majoriti 14,500 undi menentang calon PKR Zainon Jaafar.
Di Perlis pula, Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu mengundur diri daripada bertanding sebarang kerusi DUN di negeri itu.
Beliau memberi kepercayaan kepada Ketua Wanita Umno negeri Rela Ahmad untuk mempertahankan DUN Bintong yang disandangnya sebelum ini.
Rela bakal berdepan dengan Setiausaha Pilihan Raya PAS Perlis Abd Jamil Kamis.
Sehubungan itu, calon menteri besar yang disebut-sebut menggantikan tempat Md Isa adalah muka baru, Azlan Man yang diumumkan bertanding di DUN Pauh.
Azlan adalah pegawai tinggi kerajaan dan pernah bertugas sebagai pegawai khas kepada Syed Hamid Albar. Beliau bakal berdepan dengan tentangan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis Idris Yaacob.

Pengumuman BN tutup spekulasi MB baru Perak
Spekulasi
siapa bakal menjadi menteri besar jika BN menang di Perak dalam pilihan
raya umum ke-13 terjawab apabila tiga menteri kabinet yang
disebut-sebut diletakkan di kerusi Parlimen.
Mereka adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Nazri Abd Aziz dan Datuk Seri Husni Hanadzlah.
Selain itu, bagi Pengerusi Umno Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kader pula kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.
Sebelum ini terdapat khabar angin tiga menteri itu berhasrat menjadi menteri besar, dakwaan yang dikatakan disebarkan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengannya.
Beberapa pemimpin BN negeri sebelum ini memberitahu Malaysiakini, dakwaan itu disebarkan individu yang mempunyai kepentingan peribadi dan tidak mendapat projek tertentu.
Bagaimanapun, Februari lalu, tiga menteri pusat itu menyuarakan sokongan kepada Zambry dengan harapan beliau kekal sebagai menteri besar.
Zambry mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Pakatan Rakyat, bawah menteri besarnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selepas peristiwa tiga wakilnya keluar parti dan menyokong BN.
Tutup ruang perpecahan dalaman
Pemerhati politik melihat langkah itu kena pada tempatnya bagi merutup kemungkinan berlakukanya perbalahan dalaman ketika berdepan dengan keadaan genting pada 5 Mei nanti.
Sementara itu, Zambry yang membuat pengumuman calon BN Perak hari ini berkata, parti itu menampilkan 35 calon muka baru bagi kerusi DUN serta lima calon baru bagi kerusi Parlimen.
Menurut Zambry, dengan adanya muka baru yang datang dari pelbagai latar belakang profesional, ia bersesuaian dengan transformasi yang dibawa oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.
"Sesuai dengan transformasi yang digagaskan perdana menteri, BN Perak kali ini menampilkan 35 muka baru, iaitu hampir 60 peratus daripada 59 kerusi DUN. Bagi Parlimen BN Perak tampilkan lima muka baru.
"Dalam proses meremajakan parti, ia sesuai dengan peningkatan pengundi muda. Untuk pilihan raya kali ini kita ketengahkan 11 calon yang mewakili generasi muda," katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengumumkan calon BN Perak di ibu pejabat Umno negeri, di Ipoh, Perak hari ini.
Ayer Hitam adalah salah satu DUN dalam parlimen Jerlun yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu. Satu lagi DUN adalah Kota Siputeh.
Keputusan parti mempertaruhkan Mukhriz di kerusi tersebut menguatkan lagi desas-desus beliau akan dilantik menjadi menteri besar jika BN menawan semula negeri itu.
Perkara ini sudah lama dispekulasikan, malah pemerhati politik menganggapnya sebagai masalah kerana Mukhriz sering dilihat berusaha menepis cakap-cakap itu.
Kemungkinan itu juga dikatakan kurang disenangi oleh akar umbi, termasuk penyokong pengerusi badan perhubungan Umno negeri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Ahmad Bashah mungkin boleh bersetuju, tetapi tidak semestinya menjadi penyokongnya.
Oleh itu, soal penerimaan Mukhriz sebagai calon MB masih tidak jelas dan ini mungkin boleh menjejaskan peluang BN.
Daripada aspek lain pula, Mukriz yang dilihat sebagai 'legasi' bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin memberi masalah kepada BN dalam rangka menawan negeri Jelapang Padi itu.
Ini kerana difahamkan terdapat kelompok 'anti-Mahathir' dalam BN sendiri yang mungkin gelisah dan tidak senang dengan kemungkinan itu.
Sementara itu, Ahmad Bashah, penyandang kerusi DUN Bakar Bata pula akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.
Beliau dijangka berdepan dengan bekas pembantu kepada ketua umum PKR, Eekmal Ahmad.
Sementara itu, bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid akan bertanding kerusi parlimen Padang Terap menentang penyandangnya Nasir Zakaria pada pilihan raya umum nanti.
Mahdzir terpaksa melepaskan kerusi Pedu yang disandangnya sebelum ini dan ia diserahkan kepada Kama Nooriah Ibrahim.
ParlimenLangkawi: Datuk Nawawi Ahmad
Jerlun: Datuk Othman Aziz
Kubang Pasu: Datuk Mohd Johari Baharom
Padang Terap: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Pokok Sena: Datuk Sahlan Ismail
Alor Star: Datuk Seri Chor Chee Heung
Kuala Kedah: Dr Zaki Zamani Abdul Rashid
Pendang: Datuk Othman Abdul
Jerai: Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Sik: Dr Mansor Abdul Rahman
Merbok: Prof Ismail Daud
Sungai Petani: Dr Shamsul Anuar
Baling: Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
Padang Serai: Datuk Heng Seai Kie
Kulim Bandar Baharu: Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir
DUNAyer Hangat: Mohd Rawi Abdul Hamid
Kuah: Nor Saidi Nayan
Kota Siputeh: Datuk Abu Hasan Sharif
Ayer Hitam: Datuk Mukhriz Mahathir
Bukit Kayu: Hitam Ahmad Zaini Japar
Jitra: Aminuddin Omar
Kuala Nerang: Badrul Hisham Hashim
Pedu: Kama Nooriah Ibrahim
Bukit Lada: Ahmad Lebai Sudin
Bukit Pinang: Mokhtar Md Nor
Derga: Dr Cheah Soon Hai
Bakar Bata: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Kota Darul Aman: Loh Gim Hooi
Alor Mengkudu: Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah
Anak Buki: Datuk Hashim Jahaya
Kubang Rotan: Datuk Latt Shariman
Pengkalan Kundor: Norhasnita Md Isa
Tokai: Najmuddin Darus
Sungai Tiang: Datuk Suraya Yaacob
Sungai Limau: Mohd Fadzilah Mohd Ali
Guar Chempedak: Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail
Gurun: Dr Leong Yong Kong
Belantek: Datuk Mohd Tajudin Abdullah
Jeneri: Mahadzir Abdul Hamid
Bukit Selambau: M Maran
Tanjung Dawai: Datuk Tajul Urus Mat Zain
Pantai Merdeka: Datuk Ali Yahaya
Bakar Arang: Dr Lee Yean Wang
Sidam: Bee Shiong Heng
Bayu: Datuk Azmi Che Husain
Kupang: Harun Abdul Aziz
Kuala Ketil: Mohd Khairul Azhar Abdullah
Merbau Pulas: Datuk Marlia Abdul Latif
Lunas: S Ananthan
Kulim: Chua Thiong Ghee
Bandar Baharu: Nor Sabrina Mohd Noor
Mereka adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Nazri Abd Aziz dan Datuk Seri Husni Hanadzlah.
Selain itu, bagi Pengerusi Umno Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kader pula kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.
Sebelum ini terdapat khabar angin tiga menteri itu berhasrat menjadi menteri besar, dakwaan yang dikatakan disebarkan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengannya.
Beberapa pemimpin BN negeri sebelum ini memberitahu Malaysiakini, dakwaan itu disebarkan individu yang mempunyai kepentingan peribadi dan tidak mendapat projek tertentu.
Bagaimanapun, Februari lalu, tiga menteri pusat itu menyuarakan sokongan kepada Zambry dengan harapan beliau kekal sebagai menteri besar.
Zambry mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Pakatan Rakyat, bawah menteri besarnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selepas peristiwa tiga wakilnya keluar parti dan menyokong BN.

Bekas naib presiden TM lawan Anwar di Permatang Pauh
Bekas
naib presiden Telekom Malaysia Bhd Dr Mazlan Ismail yang dipilih
sebagai calon Barisan Nasional (BN) kawasan Parlimen Permatang Pauh,
yakin mampu menggugat kedudukan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Saya akan dedahkan kepincangan dalam pakatan pembangkang (PR) yang diterajui Anwar," katanya.
"Saya bekas naib ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, dan pernah menjadi Pengarah PRU PAS negeri pada PRU 1999 dan 2004, dan saya yakin pengalaman itu dapat menjadi bekalan dalam menempuh perjuangan politik di Permatang Pauh.
"Insya-Allah, saya yakin menang, dan telah bersedia berkhidmat untuk masyarakat sebagai ahli politik sepenuh masa," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
Mazlan, 53, berkata menerusi sokongan padu jentera BN dan strategi rapi yang telah diatur sejak tiga bulan lepas, beliau yakin dapat menggugat kedudukan Anwar dalam mempertahan kerusi parlimen itu.
Mazlan berkata sebagai anak tempatan, beliau tidak mempunyai masalah untuk bertemu penduduk dan pengundi di kawasan Permatang Pauh, malah sudah berbuat demikian ketika menyokong parti pembangkang sebelum ini.
Anak tempatan Permatang Pauh itu memiliki Ijazah Komunikasi Elektronik dari University of Salford United Kingdom (UK) dan PhD dalam Intelectual Capital Management dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
"Walaupun ia merupakan kali pertama saya bertanding pada pilihan raya, namun sokongan peringkat akar umbi BN telah memberikan motivasi kepada saya untuk tidak rasa takut dengan populariti Anwar," katanya.
- Bernama
"Saya akan dedahkan kepincangan dalam pakatan pembangkang (PR) yang diterajui Anwar," katanya.
"Saya bekas naib ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, dan pernah menjadi Pengarah PRU PAS negeri pada PRU 1999 dan 2004, dan saya yakin pengalaman itu dapat menjadi bekalan dalam menempuh perjuangan politik di Permatang Pauh.
"Insya-Allah, saya yakin menang, dan telah bersedia berkhidmat untuk masyarakat sebagai ahli politik sepenuh masa," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
Mazlan, 53, berkata menerusi sokongan padu jentera BN dan strategi rapi yang telah diatur sejak tiga bulan lepas, beliau yakin dapat menggugat kedudukan Anwar dalam mempertahan kerusi parlimen itu.
Mazlan berkata sebagai anak tempatan, beliau tidak mempunyai masalah untuk bertemu penduduk dan pengundi di kawasan Permatang Pauh, malah sudah berbuat demikian ketika menyokong parti pembangkang sebelum ini.
Anak tempatan Permatang Pauh itu memiliki Ijazah Komunikasi Elektronik dari University of Salford United Kingdom (UK) dan PhD dalam Intelectual Capital Management dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
"Walaupun ia merupakan kali pertama saya bertanding pada pilihan raya, namun sokongan peringkat akar umbi BN telah memberikan motivasi kepada saya untuk tidak rasa takut dengan populariti Anwar," katanya.
- Bernama
Tutup ruang perpecahan dalaman
Pemerhati politik melihat langkah itu kena pada tempatnya bagi merutup kemungkinan berlakukanya perbalahan dalaman ketika berdepan dengan keadaan genting pada 5 Mei nanti.
Sementara itu, Zambry yang membuat pengumuman calon BN Perak hari ini berkata, parti itu menampilkan 35 calon muka baru bagi kerusi DUN serta lima calon baru bagi kerusi Parlimen.
Menurut Zambry, dengan adanya muka baru yang datang dari pelbagai latar belakang profesional, ia bersesuaian dengan transformasi yang dibawa oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.
"Sesuai dengan transformasi yang digagaskan perdana menteri, BN Perak kali ini menampilkan 35 muka baru, iaitu hampir 60 peratus daripada 59 kerusi DUN. Bagi Parlimen BN Perak tampilkan lima muka baru.
"Dalam proses meremajakan parti, ia sesuai dengan peningkatan pengundi muda. Untuk pilihan raya kali ini kita ketengahkan 11 calon yang mewakili generasi muda," katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengumumkan calon BN Perak di ibu pejabat Umno negeri, di Ipoh, Perak hari ini.

Mukhriz turun DUN, kuatkan spekulasi bakal MB
Timbalan
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir akan
bertanding di kerusi DUN Ayer Hitam dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.Ayer Hitam adalah salah satu DUN dalam parlimen Jerlun yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu. Satu lagi DUN adalah Kota Siputeh.
Keputusan parti mempertaruhkan Mukhriz di kerusi tersebut menguatkan lagi desas-desus beliau akan dilantik menjadi menteri besar jika BN menawan semula negeri itu.
Perkara ini sudah lama dispekulasikan, malah pemerhati politik menganggapnya sebagai masalah kerana Mukhriz sering dilihat berusaha menepis cakap-cakap itu.
Kemungkinan itu juga dikatakan kurang disenangi oleh akar umbi, termasuk penyokong pengerusi badan perhubungan Umno negeri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Ahmad Bashah mungkin boleh bersetuju, tetapi tidak semestinya menjadi penyokongnya.
Oleh itu, soal penerimaan Mukhriz sebagai calon MB masih tidak jelas dan ini mungkin boleh menjejaskan peluang BN.
Daripada aspek lain pula, Mukriz yang dilihat sebagai 'legasi' bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin memberi masalah kepada BN dalam rangka menawan negeri Jelapang Padi itu.
Ini kerana difahamkan terdapat kelompok 'anti-Mahathir' dalam BN sendiri yang mungkin gelisah dan tidak senang dengan kemungkinan itu.
Sementara itu, Ahmad Bashah, penyandang kerusi DUN Bakar Bata pula akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.
Beliau dijangka berdepan dengan bekas pembantu kepada ketua umum PKR, Eekmal Ahmad.
Sementara itu, bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid akan bertanding kerusi parlimen Padang Terap menentang penyandangnya Nasir Zakaria pada pilihan raya umum nanti.
Mahdzir terpaksa melepaskan kerusi Pedu yang disandangnya sebelum ini dan ia diserahkan kepada Kama Nooriah Ibrahim.
ParlimenLangkawi: Datuk Nawawi Ahmad
Jerlun: Datuk Othman Aziz
Kubang Pasu: Datuk Mohd Johari Baharom
Padang Terap: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Pokok Sena: Datuk Sahlan Ismail
Alor Star: Datuk Seri Chor Chee Heung
Kuala Kedah: Dr Zaki Zamani Abdul Rashid
Pendang: Datuk Othman Abdul
Jerai: Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Sik: Dr Mansor Abdul Rahman
Merbok: Prof Ismail Daud
Sungai Petani: Dr Shamsul Anuar
Baling: Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
Padang Serai: Datuk Heng Seai Kie
Kulim Bandar Baharu: Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir
DUNAyer Hangat: Mohd Rawi Abdul Hamid
Kuah: Nor Saidi Nayan
Kota Siputeh: Datuk Abu Hasan Sharif
Ayer Hitam: Datuk Mukhriz Mahathir
Bukit Kayu: Hitam Ahmad Zaini Japar
Jitra: Aminuddin Omar
Kuala Nerang: Badrul Hisham Hashim
Pedu: Kama Nooriah Ibrahim
Bukit Lada: Ahmad Lebai Sudin
Bukit Pinang: Mokhtar Md Nor
Derga: Dr Cheah Soon Hai
Bakar Bata: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Kota Darul Aman: Loh Gim Hooi
Alor Mengkudu: Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah
Anak Buki: Datuk Hashim Jahaya
Kubang Rotan: Datuk Latt Shariman
Pengkalan Kundor: Norhasnita Md Isa
Tokai: Najmuddin Darus
Sungai Tiang: Datuk Suraya Yaacob
Sungai Limau: Mohd Fadzilah Mohd Ali
Guar Chempedak: Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail
Gurun: Dr Leong Yong Kong
Belantek: Datuk Mohd Tajudin Abdullah
Jeneri: Mahadzir Abdul Hamid
Bukit Selambau: M Maran
Tanjung Dawai: Datuk Tajul Urus Mat Zain
Pantai Merdeka: Datuk Ali Yahaya
Bakar Arang: Dr Lee Yean Wang
Sidam: Bee Shiong Heng
Bayu: Datuk Azmi Che Husain
Kupang: Harun Abdul Aziz
Kuala Ketil: Mohd Khairul Azhar Abdullah
Merbau Pulas: Datuk Marlia Abdul Latif
Lunas: S Ananthan
Kulim: Chua Thiong Ghee
Bandar Baharu: Nor Sabrina Mohd Noor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan