Manifesto: Kata akan bankrap, ciplak pula
| Harakahdaily, | 08 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:
Sejak Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya pada 25 Februari 2013,
para pemimpin Umno-BN telah menyerang bahawa tawaran pembangkang akan
menyebabkan negara muflis.Tapi, Sabtu lepas, BN melancarkan manifesto yang hampir sama dengan apa yang ditawarkan pembangkang.
Rakyat, terutamanya anak-anak muda dan warga internet terus menuduh BN menciplak manifesto PR dengan hanya mengubah ayat-ayat supaya tidak kelihatan sama.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.
Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.
Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.
Media antarabangsa Bloomberg juga memandang perkara ini dalam sudut yang sama.
“Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.
Jadi apakah hikmah di sebalik semua ini.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua ini menunjukkan bahawa janji-janji PR sememangnya boleh dilaksanakan tanpa memufliskan negara sebagaimana yang didakwa BN.
“Sebelum ceduk, Umno-BN kata akan bangkrapkan negara. Selepas ceduk, Umno-BN kata mampu lakukan.
"Tersiratnya ialah Umno-BN mengakui manifesto Pakatan Rakyat sememangnya boleh dilaksanakan. Betul tak?” tulis Tuan Ibrahim di Facebooknya.
Tuan Ibrahim juga menyindir dengan serangkap pantun buat BN.
Rendang ayam lauk lazat,
Terlampau banyak jadi biasa,
Mulut jangan cepat sangat,
Kerana mulut diri binasa.

LAPORAN BERKAITAN
Bloomberg juga dakwa Najib ciplak manifesto Pakatan
BN ciplak manifesto Pakatan dengan ketara
PRC WA seru rakyat di luar negara pulang mengundi
| Harakahdaily, | 08 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Representative Council of Western Australia (PRC
WA) menyeru seluruh rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dan
Australia khususnya untuk pulang menunaikan tanggungjawab kepada tanah
air pada PRU13 yang akan datang.Presidennya, Haji Abdullah berkata, ini sebagai membuktikan cinta kepada tanah air, yang peduli akan kebajikan rakyat Malaysia, anak-anak, ibu bapa, masa hadapan mereka dan yang paling penting masih percaya adanya harapan untuk merubah Malaysia ke arah yang lebih baik walaupun perjuangan dan liku-likunya telah mengambil masa yang sangat panjang.
“Kini sudah tiba masanya kita meneruskan perjuangan yang telah dipikul pejuang-pejuang terdahulu.
“Mesej kita kepada semua parti yang bertanding adalah jelas – hormati hak kami sebagai rakyat, hormati undi kami dan pulangkan hak kami selayaknya,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, desakan terhadap proses pengundian undi yang bersih, bebas dan telus terus menerus dicabar.
Katanya, akses kepada media terus disekat dan Barisan Nasional secara tidak henti-henti menyalahgunakan kuasa menggambarkan keadaan mereka yang cukup terdesak.
Beliau berkata, dengan langsung tidak tahu malu, Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib menelan ludah mereka dengan menciplak manifesto yang telah dibentangkan terdahulu oleh Pakatan Rakyat.
Pun begitu, tanya beliau apakah dengan segala sekatan yang dilakukan, kita akan hanya menyerah kalah dan pulang dari medan perjuangan sebagai orang yang kecewa.
“Kita rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak termasuk badan NGO, orang perseorangan, parti politik yang sebelum ini telah berusaha keras menyeru, mengadakan dialog bagi membentuk lanskap yang lebih baik untuk PRU akan datang. Kini tibalah giliran kita rakyat Malaysia meneruskan perjuangan.
“Setiap daripada kita harus bangkit melawan penipuan dengan menyatakan mesej jelas di peti undi. Kepulangan dan kehadiran anda di tempat pengundian setidak-tidaknya akan membantu meminimakan kesan penipuan yang bakal dilakukan,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya PRC WA turut menyeru semua rakyat Malaysia di luar negara agar menyampaikan seruan untuk pulang mengundi kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat mereka.
“Semoga perjuangan kita akan membuka lembaran baru bagi merealisasikan Negara Berkebajikan. Ini Kalilah!” katanya.
Majlis Perwakilan PAS Western Australia (PRC WA) merupakan organisasi yang terdiri daripada kumpulan professional Malaysia yang menetap di Australia berpusat di Perth. PRC WA telah dirasmikan oleh Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS pada Januari 2012.
PRU13: PAS Pulau Pinang umum calon 10 April
| Mohd Sabri Said, | 08 Apr 2013 |
PULAU PINANG:
PAS Pulau Pinang akan mengumumkan calon yang bertanding di enam Dewan
Undangan Negeri (Dun) dan dua parlimen dalam PRU13 nanti pada 10 April
ini.Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Saleh Man memberitahu pengumuman itu dibuat pada jam 9.00 malam di Markaz Besar Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas.
"PAS Pulau Pinang berharap rakyat akan memberikan undi sebanyak mungkin kerana kemenangan PAS akan melonjakkan lagi prestasi dan kedudukan PAS bersama kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan dibentuk kelak," tegasnya.
Pada Pilihan raya Umum Ke-12 lalu, PAS Pulau Pinang bertanding lima kerusi Dun dan dua parlimen.
Dun yang bertanding kali ini ialah Penaga, Sungai Dua, Permatang Berangan, Permatang Pasir, Bayan Lepas dan Sungai Acheh manakala parlimen pula ialah Tasek Gelugor dan Kepala Batas.
Syed Anis prihatin warga miskin pinggir bandar
| Khairil Abdul Rahim, | 08 Apr 2013 |
KUANTAN: Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan, Syed Anis Syed Hussain (gambar)
yang dipilih mewakili PAS bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun)
Inderapura pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti bertekad untuk membantu
dan membela penduduk miskin di pinggir bandar.Lulusan Universiti Al-Azhar Mesir dan IAIN Indonesia berusia 46 tahun itu berkata, terdapat ramai penduduk setinggan dan miskin sehingga tidak bertanah akibat kurang diambil perhatian oleh pihak kerajaan.
Katanya, antara tempat yang terbabit dengan putaran ganas kemiskinan itu termasuklah sepanjang Sungai Kuantan di Tanjung Punai, Kampung Pahang, Soi dan Charok Paloh.
“Sepanjang beberapa tahun saya meninjau bersama PAS, didapati nasib penduduk tidak banyak berubah seperti ketiadaan tanah lot rumah, sumber ekonomi dan kebersihan walaupun berada di pinggir bandar besar ibu negeri Pahang ini.
“Berdasarkan maklumat daripada penduduk setempat, mereka mengadu wakil rakyat hanya datang waktu-waktu berkempen pilihan raya dan berjanji, kemudian ‘ghaib’ selepas itu dan inilah yang berlaku sejak puluhan tahun,” katanya.
Syed Anis yang merupakan seorang usahawan dan pendakwah sepenuh masa, berkata terdapat beberapa kaedah untuk membantu keperluan utama rakyat termasuklah tawaran PR Pahang sendiri iaitu akan memberi lot tapak rumah kepada yang memerlukan jika memerintah Pahang.
Sebagai Naib Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam sebuah sekolah menengah agama milik kerajaan negeri, beliau juga melihat banyak perkara yang boleh dibantu bagi meningkatkan pendidikan dan prestasi sekolah agama jika PR menguasai Pahang.
Mengenai penglibatan politik pula, bapa kepada lima cahaya mata yang baru pertama kali dipilih bertanding itu sudah tidak asing dengan perjuangan itu kerana allahyarham bapanya merupakan antara pelopor awal PAS Kawasan Pekan dan pernah bertanding PRU 1978.
Abang iparnya pula iaitu Rosdi Arif merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Pahang, abangnya Syed Zubaidi pernah bertanding mewakili PAS di salah satu Dun di Kuantan, abangnya Syed Abdul Rahman merupakan calon Dun Inderapura pada PRU12 lalu.
Manakala anak saudaranya Mohd Iqbal Hamdi pernah menjadi Adun Kuala Pahang (kini Peramujaya), Pekan.
Pada PRU12 lalu, calon BN, Shafik Fauzan Sharif mendapat 3,791 undi manakala Syed Abdul Rahman Syed Hussain (PAS) pula memperolehi 2,918 undi dengan majoriti 873 undi.

Syed Anis melawat sebuah rumah penduduk miskin yang ditimpa musibah.
Manifesto: BN sudah terlewat mahu bela rakyat
| Harakahdaily, | 08 Apr 2013 |

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal kerana Umno BN sanggup meniru Pakatan Rakyat dalam manifesto mereka.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor, pembentangan manifesto BN memperlihatkan BN benar-benar kekeringan idea serta kontang isu untuk ditawarkan kepada rakyat.
Malah, katanya mereka tidak merasa malu dicemuh oleh rakyat kerana meniru idea PR, asalkan boleh mendapat undi daripada rakyat.
Beliau berkata, antara idea yang paling besar ditiru oleh BN adalah menurunkan harga kereta 20-30% secara berperingkat, menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak, memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat, memberikan permit teksi individu, serta mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat.
Bahkan, ujarnya menurut pengkaji politik, terdapat 22 perkara diciplak langsung oleh BN melalui PR.
Tambahnya, tatkala PR membentangkan tawaran melalui manifesto pada 25 Februari 2013 yang lalu, ramai pemimpin Umno mencemuh dengan mengatakan ianya amat populis, boleh menjahanamkan negara, negara menjadi muflis, retorik dan lain-lain lagi.
“Sekarang mereka pula yang menelan ludah mereka sendiri,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Tambahnya lagi, tindakan BN juga menandakan apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat bukanlah sesuatu yang mustahil, tidak rasional dan populis.
Sebaliknya, ujar beliau lagi tawaran PR benar-benar menepati kehendak dan hasrat rakyat serta realistik untuk dilaksanakan kerajaan.
Sebenarnya, kata Riduan BN telah terlewat untuk membentangkan manifesto mereka kepada rakyat.
“Selama 55 tahun mereka memerintah Malaysia, dengan kuasa pemerintahan di samping segala sumber di tangan mereka, mereka telah gagal membela dan membantu rakyat,” katanya.
Menurutnya, BN gagal memahami kehendak rakyat selama ini, dan hanya tersentak untuk menawarkan sesuatu hanya setelah tamat hayat pemerintahan mereka iaitu selepas pembubaran parlimen.
Itupun, katanya lagi mereka hanya berani fotostat manifesto PR dan membentangkannya kembali kepada rakyat.
“Rakyat telah memahami dengan bahasa yang paling mudah, BN terlalu terdesak dan setelah nazak hingga nyawa berada di kerongkong, baharulah mereka merayu meminta nyawa kepada rakyat,” ujarnya.
Macai jerit bontot! bontot! ketika ayat Al Quran dibaca
| Milo Suam, | 08 Apr 2013 |

MACAI upahan Umno sambil membawa bendera Umno dan Barisan Nasional, meneruskan kempen lucah mereka di Johor baru-baru ini.
Dalam sebuah ceramah Anwar Ibrahim, macai-macai upahan ini menjerit bontot! Bontot! Bontot! berulang kali terutama ketika Datuk Seri Anwar membaca ayat Quran. Bagaikan orang kena rasuk hantu bontot mereka terjerit-jerit bagai orang gila.
Klik untuk lihat video dan ulasan sepenuhnya dari Milo Suam.
Kelantan tiada air, orang Kuantan yang demo?
| Omak kau, | 08 Apr 2013 |

Itulah Najib!!!!... Sering kata negeri Kelantan tiada air bersih yang mencukupi setiap kali turun keKelantan jual minyak kepada rakyat Kelantan sebagai alasan mengapa Kerajaan PAS/PR Kelantan dibawah pimpinan TGNA ditukar kepada UMNO/BN.
Nah sekarang negeri mana yang sering tiada bekalan air?....Siap rakyat berdemo dan hantar memo lagi kepejabat Pengurusan Air Pahang Berhad, Kuantan, Pahang tengah hari tadi.
Kata dulang paku serpi... kata negeri orang tapi negeri sendiri lagi teruk dia punya lebih!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan