Nak pilih BN? Tengok ni dulu!
| Al Husseyn, | 08 Apr 2013 |

Mamat Umno/BN seekoq ni tidak ada langsung rasa bersalah atau malu bila ditanya mengenai van jabatan Penerangan yang digunakan untuk majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur kelmarin di sini
Macam mana nak pilih BN? BN sekarang nie menggunakan HARTA KERAJAAN, dalam kempen mereka. Bila orang tanya, diaorang marah nak main lepuk orang pulak! Memang sah lanun sebab itu lagak macam itu!
Klik untuk baca ulasan penuh Alhusseyn
Pastikan kerajaan baru dipilih berkualiti - TG Nik Aziz
| M Faqih, | 08 Apr 2013 |
GUA MUSANG: Seperti
juga projek tanam semula, dalam tempoh 25 tahun pokok getah dan sawit
perlu ditebang dan diganti pokok baru. Bagi meningkatkan hasil, benih
yang ditanam perlu lebih berkualiti.“Begitu juga hayat kerajaan akan berakhir dalam tempoh lima tahun. Jadi kerajaan yang dipilih mesti mampu memberi pulangan hasil sehingga boleh dibawa ke akhirat kelak,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berucap merasmikan perletakan batu asas pembinaan Pejabat Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) bersebelahan tapak pasar minggu di sini hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Hussin, ketua-ketua jabatan, Ketua Whip MDGM, Hussin Embong dan pemimpin masyarakat.
Menteri Besar berkata, kerajaan pun ada tempoh hayatnya setiap lima tahun sekali, seperti juga pokok getah dan sawit perlu ditanam semula selepas 25 tahun.
Menurutnya tiada kaedah lain yang lebih baik melainkan menggunakan acuan Islam dalam mengurus tadbir kerajaan.
“Kerajaan kena berpandu kepada Islam. Lagi pun sepanjang pentadbiran di bawah dasar Islam sejak 23 tahun, tidak ada pemimpin dan pegawai yang ditangkap kerana rasuah.
“Rasuah boleh membawa seseorang masuk ke dalam neraka. Sedangkan barat cuba memisahkan agama dan politik bagi mengelirukan umat Islam,” ujarnya.
Beliau juga berkata, pelbagai skim berkebajikan diwujudkan kerajaan negeri bagi memanfaatkan kepada rakyat miskin termasuk gerbang az Ziwaaj, al It’aam, Takaful Kifaalah dan pelbagai lagi.
Mat Jusoh sebelum ini memberitahu pejabat MDGM setinggi tiga tingkat dibina dengan kos RM7.9 juta dijangka siap dalam tempoh 15 bulan.

Katanya, pejabat baru akan dilengkap dengan kemudahan kaunter pandu bayar bagi membolehkan orang ramai membayar cukai menggunakan kenderaan.
“Ketika menunggu untuk membayar cukai dalam kenderaan sambil-sambil itu kita boleh membaca akhbar Sinar Harian atau Harakah,” katanya.
Sementara itu di majlis lain di Kesedar Inn Menteri Besar menyaksikan pelancaran dan majlis menandatangani perjanjian pelaburan Kumpulan Sumberjaya dengan Pulai Mining Sdn Bhd.
Perjanjian yang ditandatangani tersebut bagi membolehkan Sumberjaya mengusahakan perlombongan besi dan emas di kawasan seluas 179 hektar di Kampung Pulai, Gua Musang.
22 perkara diciplak BN dari manifesto Pakatan
| Harakahdaily, | 08 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli
hari ini mendedahkan sebanyak 22 perkara yang dijanjikan dalam manifesto
BN adalah menciplak dari Pakatan Rakyat.
Manifesto yang dibentang Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak kelmarin kata Rafizi, bukan perkara baru tetapi sekadar meniru idea Pakatan Rakyat.
"Analisa terhadap janji-janji Barisan Nasional menunjukkan bahawa sebahagian besar dari janji-janji yang dimasukkan bukanlah idea baru, tetapi diciplak dari Pakatan Rakyat atau adalah idea yang sama yang kini digunakan di oleh Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, tindakan BN menciplak idea-idea asal yang sudah pun sinonim dengan Pakatan Rakyat seperti menurunkan harga kereta, menghapuskan tol dan lain-lain mengesahkan bahawa negara mempunyai kewangan yang kukuh selama ini untuk melaksanakan program-program ini.
"Alasan yang diberikan selama ini hanyalah dolak-dalih politik, tetapi oleh kerana tekanan yang kuat dari rakyat akhirnya Barisan Nasional tidak ada pilihan lain kecuali menciplak idea-idea ini," katanya lagi.
Beliau turut menyenaraikan janji-janji yang diciplak seperti berikut:
1. Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20% - 30% secara berperingkat
2. Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak
3. Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah
4. Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet
5. Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat
6. Menambahbaik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam
7. Memberikan permit teksi individu
8. Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail)
9. Membina Lebuhraya Pan Borneo
10. Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat
11. Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan
12. Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak
13. Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah
14. Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil
15. Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej
16. Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
17. Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi
18. Mewartakan semua tanah adat
19. Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf
20. Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru KAFA dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik
21. Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok
22. Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam
Manifesto yang dibentang Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak kelmarin kata Rafizi, bukan perkara baru tetapi sekadar meniru idea Pakatan Rakyat.
"Analisa terhadap janji-janji Barisan Nasional menunjukkan bahawa sebahagian besar dari janji-janji yang dimasukkan bukanlah idea baru, tetapi diciplak dari Pakatan Rakyat atau adalah idea yang sama yang kini digunakan di oleh Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, tindakan BN menciplak idea-idea asal yang sudah pun sinonim dengan Pakatan Rakyat seperti menurunkan harga kereta, menghapuskan tol dan lain-lain mengesahkan bahawa negara mempunyai kewangan yang kukuh selama ini untuk melaksanakan program-program ini.
"Alasan yang diberikan selama ini hanyalah dolak-dalih politik, tetapi oleh kerana tekanan yang kuat dari rakyat akhirnya Barisan Nasional tidak ada pilihan lain kecuali menciplak idea-idea ini," katanya lagi.
Beliau turut menyenaraikan janji-janji yang diciplak seperti berikut:
1. Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20% - 30% secara berperingkat
2. Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak
3. Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah
4. Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet
5. Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat
6. Menambahbaik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam
7. Memberikan permit teksi individu
8. Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail)
9. Membina Lebuhraya Pan Borneo
10. Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat
11. Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan
12. Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak
13. Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah
14. Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil
15. Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej
16. Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
17. Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi
18. Mewartakan semua tanah adat
19. Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf
20. Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru KAFA dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik
21. Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok
22. Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam
20 pondok Kelantan sokong kepimpinan TG Nik Aziz
| Rizal Tahir, | 08 Apr 2013 |

KOTA BHARU: Sebanyak 20 institusi pondok seluruh Kelantan hari ini berikrar menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pada masa yang sama mereka turut berikrar untuk turut serta bersama PAS dan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada PRU13 akan datang.
Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Ustaz Ahmad Shairazi Atiqullah, selepas mesyuarat khas di JKR 10, tengah hari tadi.
Menurut Shairazi, program khas Ijtima Ulama’ dan Guru Pondok dari 20 institusi pondok seluruh negeri ini akan diadakan pada 14 April ini bermula 4.00 petang hingga 12.00 malam.
Menurutnya, 100 orang yang hadir hari ini hanyalah wakil-wakil dari pondok seluruh Kelantan untuk berbincang berhubung program khas itu.
“Seramai 4,000 orang ulama serta pelajar pondok akan berkampung di Pondok Pasir Tumbuh untuk menghadiri program tersebut,” ujarnya.
Menurutnya, majlis perasmian akan dilakukan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan penutup oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sehubungan itu, semua guru serta pelajar pondok di seluruh Kelantan diminta hadir pada program itu.
Turut hadir pada mesyuarat itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud, Ustaz Muhammad Mustapha, Ustaz Nik Razi Nik Mat dan lain-lain kepimpinan ulama dan pondok.
Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Hassan Mahmod, ketika menjawab soalan media berkata, dakwaan yang mengatakan ulama pondok tidak menyokong Tuan Guru amat tidak benar.
Menurutnya, yang ada hanya seorang dua ‘orang pondok’ yang tidak mempunyai pelajar di pondoknya.
“Mana-mana pemimpin pondok dan pondok bertauliah semuanya memberi sokongan pada kepimpinan Tuan Guru,” ujarnya.
Bloomberg juga dakwa Najib ciplak manifesto Pakatan
| Harakahdaily, | 08 Apr 2013 |

(Laporan dari Bloomberg)
KUALA LUMPUR: Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib menciplak manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang sama.
Laporan bertajuk "Malaysia’s Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar’s" itu, Bloomberg melaporkan, Perdana Menteri Najib Razak berjanji akan melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.
"Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.
Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.
Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.
Dalam laporannya, Bloomberg juga menyatakan, menjelang pilihan raya kali, Najib telah memperbanyakan perbelanjaan kerajaan, pusingan kedua pemberian tunai (BR1M), menaikkan gaji pegawai kerajaan, polis dan tentera.
Najib juga telah memohon maaf kepada pengundi atas segala kesilapan yang BN buat sebelum ini.
"Saya mohon maaf dengan ikhlas jika kami membuat silap sebelum ini," kata Najib sebagaimana dilaporkan media antarabangsa itu.
Lepas 50 tahun baru tahu cara turun harga kereta?
| Muhammad Faizal, | 08 Apr 2013 |
Bercakap
dalam program Bicara Minda dan Sesi Dialog anjuran Sinar Harian petang
ini beliau berkata, janji dalam menifesto terbaru BN itu sepatutnya
sudah selesai lama dahulu kerana mereka mempunyai kuasa untuk
melaksanakannya."Manifesto ini benda yang belum buat lagi. Masalahnya dia (BN) dah perintah 50 tahun lebih, kenapa tak buat lagi.
"Kenapa dah memerintah 50 tahun lebih baru nak turun harga kereta, bila kita (Pakatan Rakyat) nak buat baru dia janji nak buat, dulu dia tak tahu macam mana nak turunkan harga kereta?," soalnya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat pula katanya, biarpun baru berusia empat tahun lebih, namun telah berusaha membuat perubahan memenuhi kepentingan rakyat setakat kemampuan dan kuasa yang ada pada kerajaan negeri.
Malah dalam banyak perkara, negeri negeri Pakatan Rakyat dilihat lebih mendahului BN dalam memperkenalkan perubahan dalam memberi bantuan kepada rakyat.
Sehubungan itu rakyat ujarnya boleh menilai kemampuan dan keikhlasan kedua-dua parti dalam manifesto masing-masing dan tidak tertipu dengan 'pancingan undi' menjelang pilihan raya.
"Masa pilihan raya kecil Kuala Berang dulu dia boleh kempen nak buat lapangan terbang di Kuala Berang pada hal lapangan terbang Kuala Terengganu ada dah," katanya lagi.
Dalam dialog yang membicangkan tajuk 'Kerajaan Berkebajikan: Persepsi dan Realiti' itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut ditanya adakah pemerintahan BN selama ini boleh dikira sebagai berkebajikan kepada rakyat.
Abdul Hadi dalam jawapannya berkata, berkebajikan bukan sahaja soal membangunkan negara secara fizikal tetapi lebih penting dari itu adalah bagaimana mengurus hasil negara secara amanah dan adil.
Masalah yang berlaku sekarang ini katanya apabila pemimpin yang dilantik tidak amanah dalam menguruskan hasil negara sehingga berlaku kebocoran dan salah guna kuasa.
"Saya tidak nafikan apa yang dibuat kerajaan ini ada nilai berkebajikan, infrastrukturnya, eletriknya, jalan rayanya, itu kebajikan, tapi bagaimana menguruskannya.Yang 2 bilion jadi 4 bilion. Negeri Terengganu negeri darul iman, tapi sekarang jadi darul runtuh
"Masalahnya bocor, tangkap ikan letak dalam bubu, dapat sekor masuk, dapat sekor masuk, tapi bila angkat bubu, ikan ada sikit, tengok bawah bubu bocor," katanya memberi analogi.
Dialog hari ini dipengerusikan oleh Kolumnis Sinar Harian Tan Sri Abdullah Ahmad.
Pada awal program tadi turut mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Abdul Hadi kerana menjadi presiden parti politik pertama tampil ke pentas Bicara Minda Sinar Harian.
"Untuk rekod, saya tulis surat kepada semua parti termasuk parti pemerintah, tetapi yang paling cepat jawab adalah Datuk Seri Abdul Hadi," katanya.
Umno cuba ‘halalkan’ salah guna premis
| Muhammad Faeez Azahar, | 08 Apr 2013 |

IPOH: PAS Perak mendapat maklumat bahawa Umno sedang berusaha untuk ‘menghalalkan’ penyalahgunaan premis awam seperti dewan orang ramai yang dilakukan mereka ketika ini di seluruh negeri.
Pengarah Pilihan raya PAS Perak, Asmuni Awi berkata, pelbagai cara dan helah sedang dilakukan termasuklah cuba memberi tawaran sewa kepada Umno.
Katanya, tindakan tersebut adalah salah kerana bercanggah dengan sistem demokrasi dan konsep keadilan.
“Langkah untuk memanipulasi keadaan itu adalah langkah yang tidak betul.
“Kalau pun ada cubaan menawarkan sewa, tawaran tersebut hendaklah dikeluarkan kepada umum termasuklah kepada pihak PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dan Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss serta Safarizal Saleh.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, pihak yang bertanggungjawab terutama Setiausaha Kerajaan Negeri haruslah berani mengambil tindakan kerana ketika ini kedudukan semua parti politik adalah sama rata selepas sahaja pembubaran parlimen.
Katanya, ketika ini negeri ini di bawah kerajaan sementara dan segala perkara terletak di bawah kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri.
Tegas Asmuni, pihaknya akan menghantar memorandum kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mendesak pihak tersebut mengambil tindakan dan mengarahkan semua premis milik masyarakat itu dikosongkan.
“Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika tidak mengosongkan premis tersebut dalam tempoh yang ditetapkan kerana ianya jelas melanggar undang-undang,”katanya yang juga seorang peguam.
Kata Asmuni, lebih daripada 817 dewan orang ramai telah disalah gunakan, itu tidak termasuk pejabat penghulu, perpustakaan dan surau.
Tegas beliau, BN haruslah berani menggunakan premis sendiri untuk beroperasi seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, tindakan tersebut turut bertentangan dengan kod Tataetika Pilihan Raya yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Beliau turut menunjukkan satu contoh tentang salah guna premis iaitu Rumah Orang-Orang Tua Islam Seri Payung di Kampung Ara Payung, Batu Gajah.
Katanya, sepanduk ‘Undilah Barisan Nasional’ telah dinaikkan dan menutup papan tanda rumah orang-orang tua itu dan dijadikan bilik gerakan BN.
“Rumah tersebut adalah hak Jabatan Kebajikan Masyarakat namun ia disalahgunakan oleh Umno untuk dijadikan bilik gerakan BN.
“Kami kesal dengan tindakan tersebut dan berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan