Mengenali ulama ‘dalam semak’
| Syed Abdullah Syed Osman , |
Ulama saperti ini mengelirukan minda kita yang tidak konsisten tentang apakah yang hendak disampaikan - sekejap dihukumkan haram dan sekejap dihukumkan halal dan selepas itu dihukumkan harus di dalam tajuk yang sama apabila berada ditempat-tempat berlainan mengikut keadaan semasa. Pendirian tidak tetap ini boleh mengelirukan umat Islam tetapi anehnya mereka ini pandai menyusun kata-kata yang berbelit-belit apabila isu tentang halal haramnya seolah-olah tidak tegas pendirian mereka.
Sayang seribu kali sayang apabila bertungkus lumus belajar sampai ke Universiti Azhar atau Universiti Islam di luar negara yang kadangkala mengambil hingga 10 tahun pengajian tetapi apabila pulang ke tanah air sanggup menjual agama dengan hanya kerana sayangkan jawatan atau pun apabila sudah terasa keselesaan sedikit dan mempunyai kuasa sudah mula berubah hingga tergamak tinggalkan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Mereka ini sepatutnya menjaga Islam dan menegakkan agama dalam keadaan apa sekali pun kerana mereka tahu dan arif tentang tuntutan agama itu sendiri tetapi malangnya berlaku disebaliknya pula. Mereka pandai mengolah kehebatan riwayat Rasulullah SAW dan para Sahabat tetapi malangnya mereka sendiri tidak mengikut jejak langkah sebagaimana para Sahabat kerjakan saperti turun ke padang bersama-sama membuat kerja amal atau membersihkan masjid atau membina masjid dengan kudrat mereka sendiri. Jangan hanya pandai bercerita dan membuat komen tetapi hakikatnya tidak mahu bersama jemaah melakukan kerja-kerja kebajikan serta menjaga jemaah di sekeliling.
Sepatutnya golongan ulamalah yang sepatutnya menjadi pembimbing kepada umat yang dianggap sebagai perwaris Nabi atau pun diibaratkan sebagai bintang-bintang dilangit yang memberikan cahaya dan penunjuk jalan dan bukannya menunjukkan jalan atau lorang yang salah untuk menuju kepada alam akhirat. Benar-benarlah mereka ini cuba menempah azab yang disediakan diakhirat kelak jika sekiranya menyembunyikan yang hak dan tonjolkan yang batil sebagai pegangan mereka.
Sudahlah tidak mahu ikut ajaran Islam yang sebenarnya tergamak pula meminda sana dan sini tentang hukum hakam yang ditetapkan itu seolah-olah dia lebih bijak dari Allah dan Rasul itu sendiri.
Apabila Allah menceritakan dalam Al-Quran tentang bagaimana Iblis laknatullah engkar perintah Allah yakni tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS, Iblis telah diusir dari syurga serta dilaknati – maka kisah ini bukannya untuk diceritakan untuk suka-suka tetapi manusia perlu mengambil ikhtibar bahawa hukum Allah mesti dipatuhi dan tiada kompromi.
Manifesto: Macam Bawang Putih Bawang Merah
| Harakahdaily, | 11 Apr 2013 |

KUALA LUMPUR: BN hendak mengambil untung dari Buku Jingga Pakatan Rakyat itu. BN hendak ambil yang cantik dalam Buku Jingga yang mereka kritik keras itu.
Bagi penulis Aspan Alias, segala-galanya mereka hendak tunjukkan kepada rakyat itu adalah hasil pemikiran dan kerja mereka.
“Kalau kita tengok filem ‘Bawang Putih Bawang Merah’ kita akan mudah memahami isu manifesto BN ini. BN itu membawa watak Bawang Putih dan Pakatan Rakyat itu memegang watak Bawang Merah.,” tulis Aspan di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com, sebagaimana di bawah.
Pada 8hb yang lalu, Bloomberg yang membuat penganalisaan ‘conclusive’ yang keseluruhan manifesto BN yang dibentangkan oleh Najib itu adalah serupa seperti yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat beberapa minggu yang lepas. Dalam bahasa yang pendek ia bermakna manifesto BN itu adalah ciplak ‘Buku Jingga’ Pakatan Rakyat. Itulah pandangan masyarakat antarabangsa terhadap manifesto BN itu.
Ini kenyataan dan itulah hakikatnya. Buku Jingga Pakatan Rakyat itu menjadi percetakan yang menjadi ‘reference’ besar bagi UMNO untuk membentuk manifesto BN kerana apa yang terkandung di dalam Buku Jingga itu adalah realistik dan itulah yang telah menyentuh naluri rakyat yang ramai. Sesungguhnya pimpinan BN selama ini adalah dari golongan yang terlalu ‘kenyang’ dan tidak mempunyai kemampuan untuk membina dasar-dasar yang secocok dengan kehendak rakyat.
Pemimpin UMNO tidak mampu berfikir sendiri kerana mereka adalah dari golongan yang keliru kerana mereka naik ke tampok kuasa dengan wang ringgit serta ampu-mengampu, budaya yang menebal dalam parti itu. Ramai pimpinan baik UMNO telah dicantas di semua peringkat kepimpinan semasa Mahathir menjadi PM. Yang celik hanya Dr Mahathir seorang. Itu sebabnya dalam UMNO hanya pucuk pimpinan sahaja yang dibenarkan berfikir. Yang lain hanya ditugaskan untuk mengangguk dan bertepuk tangan apabila pucuk pimpinannya berucap bergegar-gegar.
Beliau tidak perlukan pemimpin-pemimpin yang baik. Mahathir hanya memerlukan pemimpin yang akur untuk mengekalkan kuasa beliau (Mahathir) sahaja. Mahathir tidak pernah membina kepimpinan pelapis. Ini sahajalah hasil kepimpinan yang diwarisi kepada kita kini. Oleh kerana kepimpinan sebenarnya sudah tiada, maka UMNO terpaksa hidup dengan kepimpinan yang ada hari ini. Bak kata perpatah, ‘Tidak ada rotan akar pun berguna juga’. Maka Najib dan Muhyiddin pun terus menjadi orang penting negara.
Ada ramai pelajar mendapat markah cemerlang walaupun tidak pernah pandai dalam pelajarannya. Tetapi mereka ini ramai juga yang mendapat markah yang tinggi kerana pandai meniru. Ramai siswazah lanjutan mendapat Doktor Falsafah dan ada di kalangan mereka mendapat gelaran ‘DR’ kerana teesis mereka dibuat oleh orang lain. Yang perlu bagi mereka perlu lakukan ialah menyediakan wang yang secukupnya untuk membayar sesiapa yang membantu mereka mendapatkan ijazah lanjutan itu.
Gelaran ‘DR’ yang terhasil dari tiru meniru itulah yang ditayangkan dan mengakui merekalah yang pandai dalam segala-galanya. Tetapi oleh kerana ‘Doctorate’ yang mereka dapati itu bukan hasil dari keringat dan usaha mereka yang sebenarnya itu, maka terdengarlah kata-kata dan ungkapan yang tidak ‘commensurate’ dengan gelaran yang di junjung mereka ke hulu dan ke hilir itu.
Itu jugalah yang berlaku dalam isu manifesto BN ini yang asas pembentukannya adalah dari Buku Jingga Pakatan Rakyat. BN hendak mengambil untung dari Buku Jingga Pakatan Rakyat itu. BN hendak ambil yang cantik dalam Buku Jingga yang mereka kritik keras itu. Segala-galanya mereka hendak tunjukkan kepada rakyat itu adalah hasil pemikiran dan kerja mereka.
Kalau kita tengok filem ‘Bawang Putih Bawang Merah’ kita akan mudah memahami isu manifesto BN ini. BN itu membawa watak Bawang Putih dan Pakatan Rakyat itu memegang watak Bawang Merah. Bawang Putih cuba sedaya upaya untuk meniru kemerduan suara Bawang Merah menyanyi untuk menambat hati anak seorang Raja yang sedang mencari siapa gadis yang didengarnya menyanyi dengan merdu itu.
Apabila Bawang Putih cuba mengambil alih watak Bawang Merah, Bawang Putih pun terus menyanyi lagu nyanyian Bawang Merah itu. Apabila Bawang Putih menyanyikan lagu yang selalu dinyanyikan Bawang Merah itu, bunyi nyanyian Bawang Putih itu ibarat ‘kambing naik junjung’. Tak sedap langsung didengar. Berkerut muka anak Raja itu mendengarnya.
Anak Raja yang mendengarnya tidak tertarik dan terus sahaja anak Raja itu mencari siapa sebenarnya yang menyanyikan lagu yang merdu itu. Akhirnya anak Raja itu berjaya menjejaki Bawang Merah dan akhirnya Bawang Merah dipinang oleh anak Raja dan terus berkahwin. Maka Bawang Merah yang ‘original’ itu akhirnya mendapat kasih sayang anak Raja itu.
Dalam isu ‘manifesto’ BN dan Pakatan Rakyat ini, akhirnya rakyat yang menjadi Raja itu akan tertarik dan menerima Pakatan untuk pilihanraya ini. Rakyat yang menjadi Raja itu akhirnya akan tahu siapa yang sebenarnya berkemampuan untuk melahirkan manifesto yang baik itu.
Bawang Putih itu sesungguhnya perempuan yang tidak tahu malu.
Aisyah dan Aiman Athirah Calon Parlimen di Negeri Sembilan
Posted on Thursday, April 11 @ 07:48:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh www.n9online.net
JEMPOL,
10 APRIL – Dua orang tokoh serikandi Pas, Aiman Athirah Al Jundi dan
Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) telah diumumkan sebagai calon di dua
buah kerusi parlimen di Negeri Sembilan.
Aiman
Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan DMPP akan bertanding di kerusi
Parlimen Jelebu yang sebelum ini (sebelum bubar parlimen) kerusi
tersebut disandang oleh Dato' Seri Utama Rais Yatim, Menteri
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Manakala Aishah akan bertanding
di kerusi Parlimen Jempol.
Pemilihan
mereka berdua telah diumumkan oleh wakil dari pimpinan Pas Pusat iaitu
Tuan Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Pas dan Dato’ Mustafa Ali,
Setiausaha Agung Pas bersama kesemua calon Pas di Negeri Sembilan iaitu;
12 kerusi Dun dan 3 kerusi Parlimen di Muassasah Darul Syarif, Bahau
semalam
Calon bagi kerusi Parlimen, Jelebu ; Aiman Athirah Al Jundi, Jempol ; Wan Aishah binti Wan Ariffin dan Tampin; Zakaria Khalim.
Manakala
calon bagi kerusi Dun, Johol; Nor Azman Mohamad, Sungai Lui; Nor Anif
Selamat, Klawang; Dr Rosli Yaakop, Serting; Abd Rahman Ramli, Senaling;
Zaharudin Othman, Gemencheh; Mohd Nor Yasin, Chembong; Kamarol Ridzuan,
Kota; Ghazali Mat Som, Paroi; Mohd Taufek Abdul Ghani, Labu; Mohd
Khairil Anuar Mohd Wafa, Bagan Pinang; Ramli Ismail, Lenggeng; Zulkefly
Mohamad Omar.
Kehadiran
dua orang serikandi itu bakal ‘memeriahkan’ suasana PRU-13 di Negeri
Sembilan dan yang penting menunjukkan bahawa Pas menghargai peranan
wanita.
“Lebih
20 orang calon wanita mewakili Pas pada kali ini (Pru-13)”, tegas Dato’
Mustafa Ali menjawab soalan wartawan berkaitan isu calon wanita dalam
Pas.
Dalam
pada itu, Hj Mohd Taufek Abd Ghani, Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan
merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan
atas sokongan padu yang diberikan.
“Terima
kasih kepada yang sanggup hadir pada malam ini, kehadiran anda
menunjukkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, semoga pilihanraya
kali ini kita akan mendapat kerajaan yang baru”, ujar beliau yang juga
merupakan bekas ADUN Paroi
www.n9online.net
www.n9online.net
Ini gamaknya punca Noh Omar sunyi sepi sekarang..
Posted on Thursday, April 11 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Blog Gendang Perang
Jika
perkhabaran seperti yang disiarkan dalam printscreen di bawah ini benar
maka ia mungkin faktor penyebab senyap sunyinya Mr Noh Omar.Noh Omar termasuk dalam senarai orang-orang yang digugurkan oleh BN. BN telah melakukan yang terbaik bagi memenangi hati rakyat dengan menggugurkan mereka yang pernah dikaitkan dengan kontroversi.
Noh Omar adalah seorang yang paling banyak kontroversi di Selangor. Bermula dengan tuntutan oleh petani hingga kepada projek udang.
Hasrat Noh Omar untuk menjadi Menteri Besar Selangor jika BN memenagi pilihanraya di Selangor berkecai apabila dia tidak lagi tersenarai sebagai calon.
Tetapi Noh Omar tidak perlu bimbang kerana BN tidak akan menang di Selangor. Selangor akan tetap milik Pakatan Rakyat.
Dah penat-penat melalak sana-sini, tiba-tiba nama digugurkan daripada senarai calon. Frust menonggeng la member. Apa nasib Noh Omar kali ini? Ke mana arah tuju Noh Omar setelah kerjaya politiknya berakhir. Apa macam mau cari makan? wakaka
Undilah pakatan rakyat
Sumber
Jadilah sebahagian daripada sejarah 5 Mei ini
| Harakahdaily, | 11 Apr 2013 |
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, untuk itu anak-anak muda perlu menjadi ejen perubahan pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) ini.
“Perkara terpenting ialah anak-anak muda mesti keluar mengundi dan balik mengundi, samada di luar atau di dalam negara,” tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Tuan Ibrahim juga menyeru agar anak-anak muda mempergiat usaha menyebarkan maklumat ke seluruh pelusuk negara.
Antara cara yang dicadangkan ialah dengan mengunakan kedua-dua medium iaitu tradisional mahupun media baru termasuk emel, Facebook, Twitter, SMS mahupun berhujah di kedai kopi.
“Kita mesti berusaha memastikan majoriti pengundi mengundi dengan maklumat yang cukup di tangan,” tegas beliau.
Tuan Ibrahim juga berkata tenaga sukarelawan juga diperlukan sebagai ejen pemantau pilihanraya.
“Bagi yang bermurah hati dan murah rezeki, bolehlah menyumbang kepada tabung pilihan raya parti-parti Pakatan Rakyat,” tambah Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon akan jatuh pada 20 April, manakala pengundian awal pada April 30.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof turut mengumumkan seramai 13,268,002 orang pengundi berdaftar layak mengundi pada pilihanraya kali ini.
“Jadikan 505 (Mei 5) sebagai tarikh bersejarah dan kenangan manis untuk kita di waktu tua, di mana generasi masa depan boleh berbangga dengan moyang mereka yang telah berjuang dengan membuat perubahan di Malaysia demi hari esok yang lebih baik untuk mereka.
"Ini kali lah!” tegas Tuan Ibrahim.
Transformasi: Rakyat bayar untuk Umno menang lagi?
| Buletin Online, | 11 Apr 2013 |
Melihat pada iklan-iklan propaganda Umno-BN di kaca telivisyen,
menjadikan kita tercari-cari di manakah yang dimaksudkan dengan
'transformasi' sebagaimana yang diwar-warkan, satu usaha dipimpin oleh
Perdana Menteri.
Kalau yang dipamerkan sebagai sebuah premis yang memberikan pelbagai khidmat itu sebuah transformasi, ia masih jauh dari makna sebenarnya suatu pembaharuan yang kononya telah dilakukan.
Empat puluh tahun yang lalu telah ada pusat pelbagai perkhidmatan di kampung-kampung yang memberikan rakyat pelbagai kemudahan seperti membayar bil air, bil elektrik, menjual stem dan menyediakan kemudahan dan lain-lain lagi, semuanya dibuat di satu lokasi, dipusat kecil pihak berkuasa tempatan yang diuruskan oleh seorang kerani.
Skala besarnya, apa yang ada sekarang, seperti mana dipamerkan dalam iklan propaganda Umno-BN, urusan kerajaan yang dibuat pada satu pusat.
Jadi, di mana transformasinya?
Lagu dengan nada 'terima kasih' yang dikumandangkan bertujuan supaya rakyat menyanjung tinggi kerajaan telah mula diputarkan sejak hampir setahun lalu. Dengan memaparkan sketsa masyarakat luar bandar, dan temubual dengan orang-orang kampung, yang cuba menonjolkan puji-pujian kepada kerajaan.
Iklan propaganda ini, sebenarnya telah diulang-ulang oleh arwah Tun Ghaffar Baba sewaktu berkempen lebih tiga puluh tahun dahulu. Kita masih tidak lupa dengan kata-kata yang sering kedengaran, "kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan, bekalan air, bekalan elektrik, jalan raya dan pengangkutan".
Manipulasi suatu tanggungjawab kerajaan yang wajib dilaksanakan oleh mana-mana jua kerajaan pun di dunia ini, telah dijadikan bahan kempen Umno-BN.
Ia wajib ditolak, kerana ia bukan sebuah transformasi, ia cuma proses biasa pembangunan yang dilaksanakan.
Sebelum Najib mememegang tampuk kuasa, mantan Mentei Besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh, telah pun 'beridea' mendahului Najib, cuba untuk menukar (transform) negeri Terengganu menjadi sebuah 'Impian Yang Menjadi Realiti'.
'Masih kah kau ingat' tentang bahan propaganda kartun 'Awang' yang pernah diterbitkan pada zaman Idris Jusoh, memaparkan betapa terkejutnya, seorang anak Terengganu yang bernama 'Awang' apabila pulang dari luar negara melihat pembangunan 'hebat' negeri Terengganu.
Kalau 'karektor' Awang itu benar-benar wujud, dan Awang anak Terengganu itu masa kini, akan benar-benar terkejut, sekiranya beliau kembali ke negeri Terengganu setelah lapan tahun berlalu.
Apa tidaknya?
Awang
yang turun di lapangan terbang 'impian' Idris sebagai lapangan terbang
antarabangsa Sultan Mahmud pasti hairan, lampu-lampu lapangan terbang
hanya dinyalakan dua kali pada waku malam, sekali untuk pesawat MAS
mendarat dan berlepas. Sekali lagi untuk pesawat AirAsia mendarat dan
berlepas, kedua-duanya adalah pesawat domestik, bukan antarabangsa.
Awang juga akan terkejut apabila melihat dari udara, sewaktu pesawat mahu mendarat, betapa hebatnya pembangunan 'yang tidak pernah dilihat', Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bernilai RM292 juta yang pertama di dunia dibangunkan tanpa tiang, benar-benar kini menjadi realiti, sudah tidak bertiang lagi!
Awang juga pasti terkejut dengan kehebatan pembangunan negeri Terengganu, apabila memandu pulang ke kampung halaman dari lapangan terbang menuju ke Kertih, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang diimpikan hanya setakat Bukit Besi dan terpaksa meniti jalan lama untuk sampai destinasinya.
Lalu, Awang pun pasti keliru, mana satu impian dan mana satu realiti?
Transformasi itu bukan sebagaimana iklan-iklan propaganda yang dipaparkan di kaca televisyen kerana lagu 'terima kasih' yang didendangkan cuma adalah untuk memuji-muji, tetapi bukan realiti.
Pembangunan Lapangan terbang termasuk pemanjangan landasan terbang telah meningkat harganya sehingga hampir RM1 bilion dan ditambah dengan harga RM50 juta menampung belanja hakisan pantai akibat penambakan untuk pemanjangan landasan terbang.
Stadium
yang berharga RM292 juta kini pelu diperbaiki dengan harga RM120 juta
dan pembinaan LPT dari harga RM2 bilion kini sudah mencecah kepada RM5
bilion.
Belum dikira kehilangan wang royalti begitu sahaja dengan pembangunan yang tidak memberikan sebarang sumber ekonomi kepada negeri Terengganu dengan perbelanjaan RM300 juta menganjurkan Lumba Perahu Layar Piala Monsun dan membuat binaan-binaan RM1 juta sebuah untuk Taman Tamadun Islam, yang semakin malap!
Ditambah pula dengan angan-angan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said yang mempunyai 'pemikiran terbalik', membangunkan kawasan bebas cukai di dalam hutan di Tasik Kenyir dengan belanja hampir RM300 juta dan membina zoo di kawasan bandar dengan harga hampir RM100 juta.
Transformasi apa yang Najib bawa? Transformasi menjadikan pemimpin Umno-BN kaya raya!
Rakyat membayar cukai untuk pembangunan negara dan kontrak pembinaan diberikan kepada pemimpin Umno, lalu mereka mendabik dada sebagai usahawan berjaya.
Wang royati hak rakyat Terengganu digunakan untuk membina lapangan terbang, menganjurkan Piala Monsun dan membina lebuh raya, lalu tendernya diagihkan kepada pemimpin Umno sehingga mereka menjadi tidak sedar diri.
Iklan-iklan propaganda yang dipamerkan di kaca-kaca TV juga dibayar oleh rakyat, menjadi kempen Umno supaya Umno menang lagi? - http://buletinonline.net
Kalau yang dipamerkan sebagai sebuah premis yang memberikan pelbagai khidmat itu sebuah transformasi, ia masih jauh dari makna sebenarnya suatu pembaharuan yang kononya telah dilakukan.
Empat puluh tahun yang lalu telah ada pusat pelbagai perkhidmatan di kampung-kampung yang memberikan rakyat pelbagai kemudahan seperti membayar bil air, bil elektrik, menjual stem dan menyediakan kemudahan dan lain-lain lagi, semuanya dibuat di satu lokasi, dipusat kecil pihak berkuasa tempatan yang diuruskan oleh seorang kerani.
Skala besarnya, apa yang ada sekarang, seperti mana dipamerkan dalam iklan propaganda Umno-BN, urusan kerajaan yang dibuat pada satu pusat.
Jadi, di mana transformasinya?
Lagu dengan nada 'terima kasih' yang dikumandangkan bertujuan supaya rakyat menyanjung tinggi kerajaan telah mula diputarkan sejak hampir setahun lalu. Dengan memaparkan sketsa masyarakat luar bandar, dan temubual dengan orang-orang kampung, yang cuba menonjolkan puji-pujian kepada kerajaan.
Iklan propaganda ini, sebenarnya telah diulang-ulang oleh arwah Tun Ghaffar Baba sewaktu berkempen lebih tiga puluh tahun dahulu. Kita masih tidak lupa dengan kata-kata yang sering kedengaran, "kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan, bekalan air, bekalan elektrik, jalan raya dan pengangkutan".
Manipulasi suatu tanggungjawab kerajaan yang wajib dilaksanakan oleh mana-mana jua kerajaan pun di dunia ini, telah dijadikan bahan kempen Umno-BN.
Ia wajib ditolak, kerana ia bukan sebuah transformasi, ia cuma proses biasa pembangunan yang dilaksanakan.
Sebelum Najib mememegang tampuk kuasa, mantan Mentei Besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh, telah pun 'beridea' mendahului Najib, cuba untuk menukar (transform) negeri Terengganu menjadi sebuah 'Impian Yang Menjadi Realiti'.
'Masih kah kau ingat' tentang bahan propaganda kartun 'Awang' yang pernah diterbitkan pada zaman Idris Jusoh, memaparkan betapa terkejutnya, seorang anak Terengganu yang bernama 'Awang' apabila pulang dari luar negara melihat pembangunan 'hebat' negeri Terengganu.
Kalau 'karektor' Awang itu benar-benar wujud, dan Awang anak Terengganu itu masa kini, akan benar-benar terkejut, sekiranya beliau kembali ke negeri Terengganu setelah lapan tahun berlalu.
Apa tidaknya?
Awang juga akan terkejut apabila melihat dari udara, sewaktu pesawat mahu mendarat, betapa hebatnya pembangunan 'yang tidak pernah dilihat', Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bernilai RM292 juta yang pertama di dunia dibangunkan tanpa tiang, benar-benar kini menjadi realiti, sudah tidak bertiang lagi!
Awang juga pasti terkejut dengan kehebatan pembangunan negeri Terengganu, apabila memandu pulang ke kampung halaman dari lapangan terbang menuju ke Kertih, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang diimpikan hanya setakat Bukit Besi dan terpaksa meniti jalan lama untuk sampai destinasinya.
Lalu, Awang pun pasti keliru, mana satu impian dan mana satu realiti?
Transformasi itu bukan sebagaimana iklan-iklan propaganda yang dipaparkan di kaca televisyen kerana lagu 'terima kasih' yang didendangkan cuma adalah untuk memuji-muji, tetapi bukan realiti.
Pembangunan Lapangan terbang termasuk pemanjangan landasan terbang telah meningkat harganya sehingga hampir RM1 bilion dan ditambah dengan harga RM50 juta menampung belanja hakisan pantai akibat penambakan untuk pemanjangan landasan terbang.
Stadium
yang berharga RM292 juta kini pelu diperbaiki dengan harga RM120 juta
dan pembinaan LPT dari harga RM2 bilion kini sudah mencecah kepada RM5
bilion.Belum dikira kehilangan wang royalti begitu sahaja dengan pembangunan yang tidak memberikan sebarang sumber ekonomi kepada negeri Terengganu dengan perbelanjaan RM300 juta menganjurkan Lumba Perahu Layar Piala Monsun dan membuat binaan-binaan RM1 juta sebuah untuk Taman Tamadun Islam, yang semakin malap!
Ditambah pula dengan angan-angan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said yang mempunyai 'pemikiran terbalik', membangunkan kawasan bebas cukai di dalam hutan di Tasik Kenyir dengan belanja hampir RM300 juta dan membina zoo di kawasan bandar dengan harga hampir RM100 juta.
Transformasi apa yang Najib bawa? Transformasi menjadikan pemimpin Umno-BN kaya raya!
Rakyat membayar cukai untuk pembangunan negara dan kontrak pembinaan diberikan kepada pemimpin Umno, lalu mereka mendabik dada sebagai usahawan berjaya.
Wang royati hak rakyat Terengganu digunakan untuk membina lapangan terbang, menganjurkan Piala Monsun dan membina lebuh raya, lalu tendernya diagihkan kepada pemimpin Umno sehingga mereka menjadi tidak sedar diri.
Iklan-iklan propaganda yang dipamerkan di kaca-kaca TV juga dibayar oleh rakyat, menjadi kempen Umno supaya Umno menang lagi? - http://buletinonline.net
Rahsia Muhyiddin Yassin akhirnya terbongkar
| http://addin77.blogspot.com, | 11 Apr 2013 |
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin baru-baru ini menuduh PAS sebagai sesat. Tidak elok
kalau tuduhan sesat itu dilemparkan kembali kepadanya.
Meskipun begitu, adalah sukar untuk mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno itu adalah tokoh yang bercakap benar.
Baca lagi di sini.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Ketua Umno Jengka 9, penyokong sertai PAS
| Khairil Abdul Rahim, | 11 Apr 2013 |

Tuan Ibrahim menerima borang permohonan keahlian PAS daripada Yusof, disaksikan Yohanis dan Dr Hamzah.
JERANTUT: Umno Jerantut khususnya Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Tawar menerima tamparan hebat apabila para peneroka Felda meninggalkan perjuangan parti itu dan menyertai PAS.
Malam tadi, Ketua Umno Cawangan Jengka 9, Yusof Hasan, mengisytiharkan diri menyertai PAS bersama para penyokongnya.
Bekas Ketua Kampung Jengka 9 itu membuat perisytiharan demikian sejurus selepas menyerahkan borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada satu majlis yang diadakan di tanah rancangan Felda itu.
Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Jerantut, Dr Hamzah Jaafar.
Yusof yang menyandang jawatan ketua Umno cawangan selama 20 tahun iaitu dari 1987 hingga 2007 dan menjadi ketua kampung Jengka 9 selama 10 tahun 1997 hingga 2007, turut menyerahkan borang PAS mewakili isteri dan para penyokongnya.
Sementara itu dalam ucapannya, beliau bersama penyokong yang terdiri daripada golongan muda, bertekad untuk menumbangkan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana sudah menyedari pengkhianatan yang dilakukan terhadap orang Melayu.
Antara lain, beliau juga meyakini tawaran PAS dan Pakatan Rakyat yang akan membela nasib generasi kedua Felda dan rakyat umumnya melalui konsep negara berkebajikan.
Dalam pada itu, Pengarah PAS Dun Pulau Tawar, Yohanis Ahmad, percaya lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno akan menyertai atau membantu perjuangan PAS memandangkan Yusof seorang yang berpengaruh dan dihormati di situ.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan