Tentang sistem dakwat kekal 'terbalik'
Berikutan
pendedahan sensasi di media apabila seorang anggota trafik yang juga
seorang penulis blog pro-Umno boleh mengundi dua lokaliti, Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan semua pihak bahawa terdapat
sindiket terancang yang 'dibiarkan' berlaku demi untuk Umno terus
berkuasa.
Ini bukan kes terpencil, ia boleh berlaku di kalangan semua anggota polis dan tentera khususnya yang telah tamat perkhidmatan dan berhenti. Dengan dua pengenalan diri, 'IC tentera' dan juga 'IC awam' digunakan untuk mengundi lebih dari sekali dan kes penulis blog pro-Umno ini adalah bukti yang jelas.
Berapa ramai jumlah anggota tentera dan polis yang sudah tamat perkhidmatan yang berisiko menafikan sistem demokrasi dengan menjadi pengundi hantu? Ia juga menunjukkan betapa SPR tidak pernah serius membersihkan senarai pengundi lantas menjadi salah satu jalan penipuan pilihan raya.
Di atas sebab yang sama, majoriti rakyat hari ini menuntut penggunaan dakwat kekal bagi mengekang pengundian lebih dari sekali oleh individu sama.
Namun difahamkan sistem dakwat kekal yang akan dilaksanakan pada PRU-13 kelak adalah berbeza dari kebiasaan. Hanya mereka yang sudah dicalit dakwat akan diberikan kertas mengundi. Ia juga bermakna, setiap mereka yang sudah dicalit dakwat kekal boleh mengundi lebih dari sekali dengan sistem 'terbalik' ini.
Justeru itu, SAMM mendesak supaya penggunaan celupan dakwat kekal harus dilaksanakan dengan sistem yang lebih berkesan iaitu dengan meletakkan syarat hanya jari yang bersih tanpa dakwat kekal sahaja layak mendapat kertas mengundi.
Jika SPR terus menggunakan sistem yang serba pincang, ia jelas bermakna pelaksanaan penggunaan dakwat kekal yang diumum hanya untuk mengaburi mata rakyat. Malah ia menjadi satu cara untuk terus menipu dalam pilihan raya. Demokrasi terus dinafikan secara terselindung!
EDY NOOR REDUAN pengarah propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

- Aziz Abdul Hamid · Pengulas Tertinggi · Founder di HSE Starts With MeSaya melihat sistem "celupan dakwat" terbalik ini memungkinkan kertas undi menjadi rosak akibat terkena dakwat yg belum kering.
Mohon supaya desakan terus dibuat serta menghebahkan cara yg betul ttg kaedah penggunaan dakwat sebagaoimana yg digunapakai oleh negara2 lain.... - Amran Ismail · Kota BharuNamun difahamkan sistem dakwat kekal yang akan dilaksanakan pada PRU-13 kelak adalah berbeza dari kebiasaan. Hanya mereka yang sudah dicalit dakwat akan diberikan kertas mengundi. Ia juga bermakna, setiap mereka yang sudah dicalit dakwat kekal boleh mengundi lebih dari sekali dengan sistem 'terbalik' ini.
- Amran Ismail · Kota Bharux faham perenggan ini sila tuan huraikan lebeh lanjutnya , apabila seorang pengundi itu didapati jari nya di tanda dakwat , itu bermakna ia telah pun mengundi, sekira nya dia nak mengundi sekali lagi pengundi itu x layak mengundi
- Fong Syn Joon · Ikuti · Pengulas Tertinggi · Chief Executive Officer di Agry bird BHDapa tak faham......skrg u dah calit dakwat kat jari........dia datang lagi tak perlu calit lagi mintak satu kertas undi nama lain....sama juga dah calit dakwat...cakap org atas suruh
- Shahrul Zharif · Pengulas Tertinggi · Singapore, Singapore
Testimoni penonton 'Tanda Putera'
Saya antara ratusan mahasiswa UIAM Kuantan yang bersama dalam Grand Hall UIAM Kuantan dalam sesi tontonan Tanda Putera anjuran Office of Campus Director UIAMK.
Kelihatan pengawal keselamatan aktif menjaga di luar dewan. Hanya satu pintu sahaja dibuka yang bertampal amaran dilarang merakam tayangan ini. Kehadiran mungkin sekitar 200-300 pada anggaran saya.
Kedatangan agak ramai mungkin kerana sudah mendapat liputan oleh web berita Malaysiakini, dua hari sebelum program.
Acara bermula dengan ucapan ringkas wakil penganjur yang menerangkan tujuan tayangan iaitu supaya mengenang kembali jasa orang terdahulu dan belajar dari sejarah.
Huraian sedikit tentang gagasan 1Malaysia juga diselitkan. Tayangan bermula sekitar 9.30 dan berakhir 11.20 malam.
Elemen persahabatan
Ia mengisahkan pengalaman Tun Abdul Razak (perdana menteri) & Tun Dr Ismail (timbalan perdana menteri) dalam menghadapi tragedi perbalahan kaum 13 Mei, kebijaksanaan mereka mengawal pengikut, ketegasan terhadap komunis, krisis dalaman polis dan askar dalam menghadapi tragedi ini.
Sejarah penubuhan dan kemajuan MAS, FELDA, PETRONAS, DEB juga diceritakan secara ringkas. Ditonjolkan juga elemen persahabatan antara dua tokoh ini sangat hebat dan mampu buat penonton menangis.
Juga ada watak sekelompok mahasiswa pelbagai kaum di UM yang menjadi mangsa pergaduhan ini. Elemen kekeluargaan kedua-dua keluarga ini sangat romantik.
Karakter Tun Razak sebagai pemimpin rakyat ditonjolkan secara jelas. Secara keseluruhan, saya merasakan filem ini sangat baik untuk ditonton.
Adegan sensitif
Kewujudan adegan menggambarkan penyokong DAP bertindak ganas membunuh pengikut Parti Perikatan hasil tiupan semangat oleh pemimpinnya.
Filem ini dilihat cuba menanam kebencian orang Melayu kepada DAP, yang dikatakan punca rusuhan 13 Mei. Ia juga dirisaukan dapat membangkitkan semangat permusuhan Melayu-Cina.
Penilaian mahasiswa
Sejarah ada banyak sudut penilaian. Tanda Putera memaparkan persepsi sejarah dari pihak kerajaan, bahawa DAP punca 13 Mei. Ada juga penilaian sejarah dari entiti lain bahawa Umno adalah punca rusuhan ini.
Sebagaimana buku Sejarah SPM menceritakan PKMM, AWAS, API sebagai golongan kiri yang menimbulkan persepsi negatif, tapi pada sudut yang lain kajian mendapati kumpulan ini banyak berjasa dalam meniupkan roh kemerdekaan.
Juga sejarah cerita Mat Indera, ada yang mendakwa beliau adalah pengkhianat, juga ada yang menganggap beliau adalah hero Melayu.
Maka sebagai mahasiswa, nilailah sejarah dengan membaca banyak versi dan tidak hanya rigid dengan satu sumber penceritaan.
Tayangan menjelang p'raya
Jika tanpa meragui objektif tayangan sebagaimana diterangkan oleh penganjur, saya merasakan ia sangat bagus. Objektif tayangan dilihat tercapai.
Tapi jika antara tujuan tayangan adalah supaya mahasiswa kembali bernostalgia dengan jasa-jasa lama Umno, kejahatan lampau DAP, lalu dapat mempengaruhi undi mahasiswa untuk PRU 13 nanti, saya kira penganjur tersilap besar.
Zaman Internet ini, mahasiswa sudah maklum apa beza Umno zaman Tun Razak dan Umno zaman sekarang. Mahasiswa melihat ketempangan yang ketara dari sudut ketelusan, amanah terhadap harta negara, kegagalan urus tadbir yang baik dan isu perkauman.
Kekaguman kami pada Tun Razak tidak mampu memadamkan kekecewaan mahasiswa terhadap pemerintahan anak Tun Razak. Kami reti membaca dan menilai, kami tahu membezakan pencapaian zaman Tun Razak dan pencapaian zaman anak Tun Razak.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

- Romli Ishak · UPM SerdangPengamatan menarik terpancar tahap kematangan sewajarnya sosok mahasiswa...seharusnya seluruh umat melayu punya kematangan sebegini dalam menilai baik buruk, faham dosa pahala dan jelas arah tuju perjuangan hidup...syabas anak muda
- Hazwan Khalid · Ikuti · Pengulas Tertinggi · Jundi Islam di Bekerja untuk IslamKami reti membaca dan menilai, kami tahu membezakan pencapaian zaman Tun Razak dan pencapaian zaman anak Tun Razak.
- Ed H Mike · Ikuti · Bekerja di Universiti Kebangsaan MalaysiaKami reti membaca dan menilai, kami tahu membezakan pencapaian zaman Tun Razak dan pencapaian zaman anak Tun Razak.
- Хаcмaди Хамдан · Ikuti · Pengulas Tertinggi · Kyiv, Ukraine"Kekaguman kami pada Tun Razak tidak mampu memadamkan kekecewaan mahasiswa terhadap pemerintahan anak Tun Razak. Kami reti membaca dan menilai, kami tahu membezakan pencapaian zaman Tun Razak dan pencapaian zaman anak Tun Razak."
I like! - Alexnesan Nesan · Ikuti · Pengulas Tertinggi · Bandar Sri Aman, Sarawak, MalaysiaI am not surprise by the comments given......kita bukan butahuruf lagi. kita tahu baik dan yang jahat.
- Zainan Ismail · Pengulas Tertinggi · Damansara, Kuala Lumpur, MalaysiaUmNo zaman tun razak warisan dato' onn... la ni najib warisi UmNo-baru dari madey...
- Md Noor Awang · Malacca City, MalaysiaPenilaian dalam konteks ini adalah sesuatu yang subjektif, bergantung kpd individu dan apa yang di nilai....
- Afendi Ali · Pengulas TertinggiTanda Putra, terpulang anda nak membuat penilaian apapun, kalau anda fikir negatif ke, positif ke hak masing2, cuma terbukti dulu kini dan selama2nya insyaAllah BN yg layak memerintah...
- Nordin Bakar · Pengulas Tertinggi · Taiping, Perakhaha, tak berani membubar parlimen walaupun pun dah tarikh luput. Mungkin tengah bakar atau buang fail-fail sulit supaya nanti pakatan ambilalih mereka tak dapat kesan segala rasuah dan pecah amanah. Tapi ingat, Allah maha mengetahui!
- Che Intan Haque · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan MalaysiaSATU2 IDEA PENGARAH JAHAT BERNAMA S###### DIMALAYSIA ATAS SURUHAN MAKHLUK PALING HINA DIBUMI MALAYSIA.
Menghidupkan bumi dengan bergelap
Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong penuh kempen Earth Hour yang akan
diadakan pada Sabtu, 23 Mac depan, bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam di
seluruh negara.
Kempen selama sejam itu akan digerakkan ke seluruh dunia dengan penyertaan sebanyak lebih 135 buah negara. Kempen ini bermula sejak tahun 2007 oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) dan ia berterusan setiap tahun sejak itu.
Kempen ini bertujuan untuk menanam kesedaran masyarakat peri pentingnya penjimatan elektrik sebagai suatu cara menyelamatkan bumi ini.
Menjimatkan elektrik bererti menjimatkan tenaga dan sekali gus akan menyelamatkan bumi ini. Masyarakat dunia khususnya di bandar kurang peka terhadap penggunaan elektrik sehingga mereka menggunakannya 24 jam sehari tanpa henti, yang dianggap sebagai suatu pembaziran tenaga.
Dengan kos hidup yang tinggi, ditambah dengan pembaziran penggunaan elektrik yang tidak berpatutan, kempen ini memupuk sikap supaya masyarakat pada waktu-waktu tertentu perlu menghargai tenaga dengan mengurangkan penggunaannya seminimum mungkin.
Adakalanya manusia menggunakan tenaga elektrik secara berlebihan sehinggakan pada ruang dan tempat yang tidak diperlukan penggunaannya juga masih digunakan dengan pelbagai alasan.
Setidak-tidaknya selama sejam bergelap mengingatkan masyarakat supaya bersyukur dengan nikmat alam yang dikurniakan Allah SWT.
Bayangkan dalam masa sejam bergelap itu, berapa juta ringgit wang pengguna dapat dijimatkan. Bandingkan pula dengan kos elektrik di rumah perdana menteri dan timbalan perdana menteri yang bernilai RM 1188.00 sejam (dibahagikan dengan RM 10, 267,868.15 untuk setahun menurut sumber Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz, menteri di Jabatan Perdana Menteri).
Ini bererti sebanyak RM1,188.00 dalam masa sejam dapat dijimatkan dari perbelanjaan elektrik rumah kedua-dua pemimpin tertinggi negara dan masuk ke kantung kerajaan.
Hakikatnya, dunia ini terlalu tercemar akibat pemanasan global yang boleh menyumbang kepada bencana alam akibat ketidaktentuan pada iklim.
Para saintis berpendapat suhu dunia menjadi semakin panas kerana pelepasan gas karbon dioksida yang berlebihan yang menyebabkan ia memerangkap haba.
Biasanya haba meresap dalam udara dan boleh dilepaskan ke atmosfera, tetapi dengan adanya satu lapisan karbon dioksida berlebihan, ia memerangkap haba.
Sekali gus ia memberi kesan buruk kepada keadaan bumi seperti kecairan di Kutub Utara dan pergerakan ombak yang berubah yang akan memberi kesan kepada hidupan dunia.
Diharapkan masyarakat di seluruh negara terutama di bandar-bandar menyahut kempen ini dengan membantu bersama-sama menghidupkannya.
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL setiausaha, Dewan Pemuda PAS.
HUZIR SULAIMAN setiausaha Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar (LPPAS) PAS Pahang. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

'Kami mahu pentadbiran ada telinga'
Pengerusi
Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar (LPPAS) PAS Negeri
Andansura Rabu melahirkan kekecewaan terhadap kegagalan pengurusan Air
negeri pada Ogos lalu.
Kini seramai 80 NGO dari seluruh negara yang berpayung bawah Solidariti Hijaud pimpinan Zulkefly Mohamad Omar menyerahkan pula memorandum kepada menteri besar pahang pada Disember tahun lalu.
Ia antaranya bagi menuntut reformasi segera dilakukan terhadap tahap kualiti perkhidmatan yang mengecewakan dari Syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) walaupun telah diswastakan beberapa tahun lalu.

Beberapa siri gangguan bekalan air
di seluruh negeri Pahang sepanjang 2 tahun lalu telah pun disenaraikan
dalam memorandum yang diserahkan, termasuklah potensi gangguan bekalan
air kepada penduduk Kuantan dari operasi kilang Lynas yang dikatakan
akan menggunakan 500 meter padu sejam bekalan air untuk operasi harian.
Selepas
penduduk Kuantan dihantui gangguan bekalan air sebelum ini akibat
kerosakan teknikal di Loji Air di Empangan Kobat, paip yang kerap pecah
di Felda Bukit Kuantan serta kerosakan sistem bekalan air ketika
sambutan perayaan, penulis dikejutkan pula dengan rungutan penduduk
Taman Bukit Pelindung dan Taman Alor Akar Kuantan.
Lebih 100 penduduk mengambil keputusan untuk melahirkan kekecewaan mereka secara terbuka kepada PAIP di Bukit Pelindung Kuantan.

Mereka
menuntut PAIP mengambil tindakan segera memastikan bekalan air yang
stabil kepada kediaman mereka dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan
susulan diambil.
Malah mereka juga menuntut penjelasan PAIP sama ada gangguan bekalan air mempunyai kaitan langsung dengan penggunaan bekalan air yang tinggi dari Kilang Lynas, sehingga bekalan air dilihat seolah-olah dicatu oleh untuk memastikan bekalan air mencukupi disalurkan kepada Kilang itu.

Penduduk tidak
boleh dipersalahkan kerana membuat andaian berkaitan punca gangguan
bekalan air kerana sehingga hari ini, sebahagian dari mereka masih tidak
dimaklumkan oleh pihak yang berkenaan. Ramai yang tertanya-tanya,
apakah puncanya? Dan sampai bilakan masalah gangguan bekalan air ini
akan dapat diselesaikan?
Penulis selaku
Setiausaha Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar (LPPAS) PAS
Pahang ingin mendesak maklum balas segera dari pihak kerajaan Pahang dan
PAIP terhadap memorandum yang diserahkan pada Disember tahun lalu.
Sehingga hari ini, tiada satu pun maklum balas diterima oleh Solidariti Hijau dan PAS negeri.
Memorandum itu seolah-olah dibakul sampahkan oleh mereka walaupun cadangan penambahbaikan yang banyak disenaraikan dalam memorandum itu untuk kebaikan seluruh rakyat.

Mengambil sikap mendiamkan diri amat mengecewakan.
Oleh kerana itu, tidak ada pilihan lain buat Rakyat Pahang kecuali menolak UMNO/BN dalam PRU-13 ini.
Negeri
Pahang amat memerlukan mereka yang masih ada ‘telinga' untuk mentadbir
negeri ini. Sesuatu yang amat memalukan buat negeri kelahiran perdana
menteri yang masih bergelumang dengan isu gangguan bekalan air sehingga
ke hari ini.
HUZIR SULAIMAN setiausaha Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar (LPPAS) PAS Pahang. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Lahad Datu: Laporan versi KL vs Filipina
Pencerobohan
Lahad Datu yang telah berlangsung sejak 12 Febuari lalu telah
mengorbankan nyawa anggota keselamatan seramai 9 orang dan 57 orang di
pihak penceroboh. Anak muda merakamkan jutaan penghargaan kepada anggota
keselamatan yang terlibat secara langsung dalam memastikan keamanan
negeri ini khususnya di Lahad Datu.
Bagaimanapun, Gabungan Ngo Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) mendapat maklumat berhubung tindakan pihak tertentu yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dalam kalangan masyarakat Sabah yang dipercayai untuk menimbulkan ketegangan antara kaum. Perkara ini pada hemat anak muda adalah suatu perkembangan yang tidak sihat bahkan akan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.
Selain itu, melihat kepada laporan media yang disiarkan oleh media tempatan dan antarabangsa, GEGAR mendapati terdapat beberapa percanggahan mengenai fakta yang didedahkan. Sebagai contohnya media di Filipina ada melaporkan mengenai tindakan keterlaluan pihak keselamatan Malaysia terhadap masyarakat Sulu di Sabah, namun laporan ini bercanggah dengan laporan media tempatan yang menunjukkan pihak keselamatan Malaysia menjalankan tugas dengan baik tanpa sebarang penganiayaan terhadap masyarakat Sulu.
Kekeliruan ini seterusnya boleh menyebabkan rakyat terpengaruh dengan khabar angin yang tidak tepat. Oleh itu, perbezaan laporan ini perlu sampai kepada rakyat agar rakyat sendiri dapat menilai keabsahan berita yang disiarkan.
Justeru, pendirian anak muda GEGAR ialah:
(1) Menyeru semua pihak daripada pelbagai latar belakang agama, kaum dan bangsa untuk terus mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negeri ini bagi menjaga keharmonian yang telah lama kita kecapi. Segala fitnah yang dilemparkan bertujuan mengapi-apikan permusuhan antara kaum perlu ditangkis dan dikaji kesahihannya terlebih dahulu. Kami di peringkat anak muda sangat cintakan perpaduan seperti mana yang telah kita kecapi selama ini.
(2) Menyeru kepada seluruh masyarakat Sabah agar tidak berasa takut untuk mempertahankan negeri kita daripada sebarang bentuk pencerobohan. Ayuh kita pertahankan kedaulatan negeri dan negara kita daripada pencerobohan pihak luar. ‘Kita bukan memerangi orang sulu, sebaliknya menolak pencerobohan'.
(3) Menyeru media tempatan melaporkan perkembangan sebenar mengenai isu Lahad Datu dengan turut memetik kenyataan media asing seperti media dari negara jiran iaitu Filipina. Hal ini penting bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran menyeluruh mengenai isu yang sedang berlaku.
(4) Menyeru agar rakyat seluruhnya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bumi Sabah daripada sebarang ancaman keselamatan.
Justeru, GEGAR melancarkan sebuah Gerakan Pemantau Media yang akan menyelia perkembangan berita yang disampaikan oleh media tempatan mahupun antarabangsa mengenai isu pencerobohan Lahad Datu. Inisiatif ini dilakukan bagi membolehkan Masyarakat Sabah dapat membuat penilaian secara menyeluruh mengenai isu yang berlaku. Melalui Gerakan Pemantau Media ini juga, masyarakat awam boleh memastikan maklumat yang diterima adalah berasaskan sumber yang sahih dan bukan sekadar khabar angin.
Oleh itu, GEGAR mengumumkan satu talian "hotline" bagi memudahkan masyarakat berhubung secara terus dengan pihak Gerakan Pemantau Media. Orang ramai boleh menghubungi talian hotline 014-875-0414 atau 013-546-7541 untuk mendapatkan maklumat terkini atau melaporkan sebarang perkembangan berhubung isu pencerobohan.
GEGAR mengharapkan inisiatif ini akan dapat menjadi agen perantara maklumat antara masyarakat dan pihak keselamatan. Selain menjadi sumber maklumat, talian Hotline ini juga boleh dihubungi untuk aduan sebarang masalah berkaitan dengan perpaduan dan keharmonian masyarakat awam khususnya dalam jangka waktu pencerobohan Lahad Datu.
Justeru, anak muda berharap dengan sedikit bantuan dan seruan ini akan dapat membantu masyarakat di negeri ini. Anak muda sekali lagi merakamkan jutaan penghargaan kepada para anggota keselamatan yang telah berhempas pulas menjaga keselamatan negeri ini.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Contohi keterbukaan Tun Musa Hitam
Tun
Musa Hitam membuat kenyataan bahawa Malaysia tidak akan bankrap jika
Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negara sekiranya berjaya
mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke-13.
Kenyataannya dirasionalkan bahawa Pakatan akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara supaya berkembang dengan baik dan jika Pakatan memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari negara luar lari.
Tun Musa Hitam adalah bekas timbalan perdana menteri dan dikenali sebagai seorang yang sangat cerdik dan pintar. Beliau amat rasional dengan sesuatu dan bukan hanya menggunakan emosi semata-mata.
Beliau tidak prejudis dan skeptikal terhadap sesuatu yang belum berlaku. Baginya, perubahan yang diimpikan oleh Pakatan Rakyat dan rakyat umumnya mesti dipandang pada sudut positif dan ia menjurus kepada perubahan yang lebih baik dan menguntungkan, bukan merugikan negara.
Sikap keterbukaan yang ada pada Tun Musa Hitam wajar menjadi contoh kepada negarawan yang lain. Beliau tidak cepat melenting dengan menentang apa sahaja yang dibentangkan oleh Pakatan hanya kerana Pakatan itu pembangkang.
Sebaliknya beliau mencermati segala dokumen tawaran Pakatan dan merasa optimis bahawa Pakatan akan menjadi lebih baik dari BN melalui pengamatannya.
Sebagaimana BN, Pakatan Rakyat juga mempunyai akal dan naluri. Mustahil misi Pakatan untuk menjahanamkan atau memufliskan negara apabila mereka memerintah negara dalam keadaan PR bersusah payah berjuang mendapatkan tampuk pemerintahan negara.
Jika tidak sudah pasti rakyat akan menghukum Pakatan dan inilah yang paling ditakuti sebagaimana sindrom ketakutan yang dialami oleh pemimpin negara sekarang.
Secara realiti, prinsip Pakatan adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Dalam erti kata lain, segala dasar yang dilaksanakan Pakatan adalah untuk menguntungkan rakyat, termasuk aspek pembangunan ekonomi negara. Ia juga adalah impian semua kerajaan di dunia ini.
Pemimpin yang bijak apabila mampu menjadikan kepemimpinannya lebih baik dari pemimpin terdahulu. Sebaliknya pemimpin yang merosakkan negara atau menjadikan kepemimpinannya lebih teruk dari pemimpin dahulu adalah pemimpin yang dungu dan bebal.
Sebenarnya yang menjahanamkan negara bukan kerana sikap cakna pemimpin terhadap rakyat melalui kebajikan yang ditawarkan, sebaliknya negara musnah apabila dipimpin oleh pemimpin yang korup.
Masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa, ketirisan, penyelewengan, kronisme, pembaziran dan pemborosan adalah penyakit utama yang membankrapkan negara. Tidak perlu tunggu Pakatan memerintah untuk negara menjadi bankrap.
Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi adalah penyelaras Parlimen Titiwangsa. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Hutan musnah di bumi Pahang
Lajnah
Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pahang (LPPAS) mempertikaikan
sikap hipokrit Umno/BN dalam aspek pengurusan hutan negara apabila
mereka sendiri yang bertanggungjawab mengheret Malaysia ke kedudukan
ketiga tercorot dunia berbanding 132 buah negara.
Perkara ini seperti yang tercatat dalam Laporan Indeks Prestasi Alam Sekitar Dunia yang diterbitkan Universiti Yale Amerika Syarikat baru-baru ini.
HUZIR SULAIMAN setiausaha LPPAS PAS Pahang. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Malah laporan tersebut juga menggambarkan betapa teruknya prestasi
Negara selama sedekad ini (2002-2012) dalam mengurangkan kesan kepada
Daya Tahan Ekosistem dan Sumber Asli Negara.
Memetik kenyataan Pengerusi LPPAS PAS Pahang Andansura Rabu, Umno/BN
sudah kehabisan modal politik sehingga sanggup menuduh Kedah dan
Kelantan, sedangkan pada hakikatnya, merekalah yang sebenarnya gagal
menguruskan hutan di negeri yang ditadbir mereka sendiri dengan baik.
Seperti juga isu air, mereka menghentam Kelantan dan Selangor tetapi
pada hakikatnya di Pahang sendiri krisis air masih tak selesai-selesai,
merujuk kepada memorandum yang diserahkan wakil PAS negeri kepeada
menteri besar Pahang baru-baru ini.
Di Pahang
sendiri, kita boleh lihat banyak penerokaan hutan yang gagal diuruskan
dengan baik, contohnya di Hutan Simpan Kemasul (sebelah Felda Kemasul,
Kg Cemomoi Mancis) yang melibatkan kawasan seluas 3000 hektar, Projek
Empangan Kelau yang melibatkan 1057 hektar Hutan Simpan Lakum, Mukim
Hulu Lepar di Kuantan, manakala Hutan Simpan Tekai, Kg Bantal dan Kg Mat
Daling yang melibatkan 700 hektar kawasan hutan.
Tidak ketinggalan juga kawasan pelancongan di negeri itu khususnya di Mukim Hulu Jelai Cameron Highlands dan di Tasik Chini.

Bukan sahaja pencemaran kepada alam sekitar akibat penerokaan hutan
yang tidak terkawal ini serta kelemahan aspek penanaman semula hutan,
kehidupan masyarakat Orang Asli juga terjejas.
Andansura
berharap Umno/BN khususnya kerajaan persekutuan dan di negeri-negeri
yang ditadbir mereka tidak hipokrit dalam isu ini kerana lebih banyak
pendedahan penyelewengan pengurusan hutan di bawah Umno/BN akan
didedahkan selepas ini.
HUZIR SULAIMAN setiausaha LPPAS PAS Pahang. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan