Amanat Haji Hadi: Batasan iman dan kufur
Akademi Tarbiyah DPPM , | 04 Jan 2013 |
"Saudara-saudara sekalian. Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
"Percayalah saudara-saudara sekalian. Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'..." - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Isu tanah: Propaganda murahan tajaan Umno
M Faqih, | 03 Jan 2013 |
KOTA BHARU:
Temuilah sesiapa sahaja yang bersedia memburukkan kerajaan negeri dan
PAS, pastinya ada peluang untuk disiarkan di muka hadapan akhbar.
Kalau sebelum ini pemimpin NGO Umno yang sering dimuatkan dalam akhbar Umno, namun sekarang tidak kira siapa lagi, boleh muat janjinya menghodohkan kerajaan negeri.
Inilah kaedah yang diulang-ulang bagi memastikan propaganda murahan setiap kali menjelang pilihan raya mampu membantu Umno Kelantan.
Sedangkan isu pembangunan tanah bagi projek ladang hutan di Gua Musang sudah dijelaskan berkali-kali tiada kaitan dengan jawatan Menteri Besar Perak ketika Pakatan Rakyat menang pada Mac 2008.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, nampak sangat pemimpin Umno ketandusan isu sehingga mengulang-ulang perkara sama tanpa fakta.
“Sepatutnya tidak berbangkit lagi isu tanah yang cuba dikaitkan dengan pemimpin DAP Perak kerana penjelasan panjang lebar sudah diberi.
“Tanah itu dimajukan kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat swasta di Gua Musang pada 2005. Anehnya mengapa pula cuba dikaitkan dengan tawaran jawatan Menteri Besar di Perak pada Mac 2008.
“Tidak sukar bagi memahami isu terbabit kalau diteliti kronologi yang berlaku. Lagi pun dua pemimpin DAP yang cuba dikaitkan Umno hanya membeli saham syarikat terbabit tahun lepas,” katanya di sini.
Akhbar Umno sebelum ini mendakwa tanah tersebut diberi kepada pemimpin DAP Perak sebagai habuan setelah mereka menyerah kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.
Lagi pun projek ladang tersebut mendapat sokongan dua kementerian iaitu Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menghantar surat kelulusan kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005.
Surat itu ditandatangani menteri terbabit Datuk Peter Chin Fah Kui.
Manakala surat kedua daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia bertarikh 16 Januari 2006 turut menyokong permohonan syarikat tersebut.
Surat tersebut ditandatangani Timbalan Menteri di kementerian berkenaan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Dr Muhammad Fadzli berkata, beberapa akhbar masih lagi memainkan isu tanah seluas tanah 10,526 hektar dimajukan projek ladang hutan, biar pun penjelasan sudah diberi.
Forum jawab fitnah Umno
Sehubungan itu katanya, bagi membolehkan orang ramai mendapat penjelasan lebih lanjut forum bertajuk “Gadai Tanah Kelantan: Menjawab Fitnah Umno” akan diadakan di Kelantan Trade Centre pada 5 Januari ini bermula jam 9 malam.
“Exco Pendidikan, Datuk Mohd Amar Abdullah akan menjelaskan secara terperinci isu tersebut memandangkan tanah yang dimajukan terbabit milik Yayasan Islam Kelantan,” katanya di sini.
Manakala Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud akan menghuraikan isu-isu yang ditimbulkan berkaitan Amanat Haji Hadi.
Oleh itu orang ramai dijemput hadir bagi mendengar kupasan berkaitan isu berkenaan untuk mengelakkan mereka terpengaruh dakyah murah disebarkan media Umno.

Siapa mentadbir negara sekarang, Najib di mana?
Aspan Alias, | 04 Jan 2013 |
Najib
sekarang diam membisu. Segala tuduhan terhadap beliau dan isterinya
tidak mendapat apa-apa jawapan dan beliau terus mendiamkan diri.
Seketika ini Najib tidak bercakap bergegar-gegar lagi dan beliau
nampaknya duduk diam sahaja sedangkan banyak perkara sedang berlaku yang
berkait dengan beliau. Isu Deepak terus mengganas dalam pemikiran
rakyat yang ramai. Buku tentang Deepak sedang beredar di mana-mana. Buku
setebal dua puluh enam muka itu sedang menjadi bahan telaah ramai.
Semuanya berhubung kait dengan Najib dan isteri beliau. Apa yang
diperkatakan oleh Deepak membabitkan Altantuya dengan akuan bersumpah
satu dan dua menjadi tajuk perbincangan ramai.
Isu Deepak tidak berhenti setakat itu. Ia terus melebar dan sampai pula membabitkan ‘land-scam’ yang melibatkan Kementah, syarikat Deepak dan syarikat Raja Ropiah dan banyak lagi isu yang berkaitan dengannya. Musa Hasan tetap dengan kejutannya dengan membuat beberapa ‘pembongkaran’ dan UMNO nampaknya tidak dapat mengelak dari menghadapi isu-isu ini dengan debaran dan kerunsingan. Najib dan Hisham sedang berada di kedudukan seperi telur di hujung tanduk.
UMNO terpaksa mengalihkan pandangan ramai dengan menimbulkan isu Amanat Haji Hadi yang berusia 32 tahun itu. Nampaknya persepsi buruk rakyat terhadap UMNO dan seluruh kepimpinannya tidak akan membuatkan BN sebagai pihak yang ‘formidable’ lagi dalam siasah negara. Sehari dua ini Najib agak senyap kerana, beliau berada di luar negara bercuti dengan isteri beliau mengikut sumber yang boleh dipercayai.
Di mana beliau bercuti tidak pula saya tahu. Tetapi bercuti itu penting kerana dengan berehat Najib akan dapat merehatkan otak beliau yang terlalu sarat dengan isu beliau dan isteri yang sekali gus telah merosakkan imej negara dan rakyatnya sendiri. Najib terus membisu dan dengan membisu itu ia melambangkan betapa hampirnya kenyataan Deepak dan Musa Hasan itu kepada keadaan yang sebenarnya berlaku yang selama ini dilindungi dari pengetahuan ramai.
Nampaknya Muhyiddin sedang melakukan segala-galanya dan ini mungkin menandakan apa yang dirancang oleh Dr Mahathir Mohamad untuk Najib menjadi PM buat sementara itu semakin hari semakin kelihatan kebenarannya. Betullah apa yang dikatakan oleh setengah pihak dahulu Najib hanyalah diletakkan sebagai PM sementara kerana permainan di dalam UMNO itu akan menjadikan Najib sebagai pemimpin yang tidak berupaya untuk hidup sebagai pemimpin utama negara kerana ‘baggage’nya yang terlalu besar. Penggal Najib menjadi PM hanyalah sebagai memenuhi masa buat sementara Muhyiddin dapat menajamkan kukunya di dalam kepimpinan parti dan negara.
Saya selalu berkata semasa dalam parti itu dulu, sokongan yang didapati oleh seorang tokoh utama negara itu bukannya sokongan yang ‘legitimate’. Ia hanyalah sokongan politik sementara. Mahathir pernah berkata, “there is no permanent friend and enemy in politics’. Nampaknya Najib hanyalah menjadi jambatan sementara sahaja. Najib berguna kepada setengah pemimpin di bawahnya sementara mereka dapat menajamkan kuku untuk menusuk tengkuk beliau (Najib) sahaja.
Masalah yang dihadapi oleh Najib sekarang ini dipergunakan oleh lawannya di dalam parti sendiri sebagai isu yang begitu selesa untuk menjatuhnya. Sekarang Najib keseorangan. Kita tidak tahu siapa yang memerintah sekarang ini. Ramai berpendapat Mahathirlah yang sedang memerintah negara sekarang ini. Inilah kehendak Mahathir sebenarnya. Itulah sebabnya beliau menyampah dengan Abdullah Badawi kerana Abdullah tidak membenarkan beliau masuk campur dalam urusan negara semasa beliau (Pak Lah) menjadi PM.
Saya ulangi yang saya pernah menulis dua tiga kali dalam blog ini yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi mereka yang berada di dalam UMNO itu sendiri. Musuhnya di dalam UMNO itu lebih susah untuk beliau kendalikan kerana musuh-musuh itu berada di sekeliling beliau (Najib) sendiri. Kita mesti faham yang harimau yang mengendap itu lebih merbahaya dari serigala yang berhadapan secara berdepan. Sekarang ini harimau itu sedang bersedia untuk menerkam kerana Najib tidak mempunyai ilmu mempertahankan diri yang kuat. Walaupun harimau yang merancang untuk melakukan penerkaman itu sudah tua tetapi oleh kerana Najib tidak membuat persediaan yang berhati-hati maka Najib akan jatuh tersembam di hadapan mereka ini.
Permainan di dalam UMNO sekarang ini bertambah ‘interesting’ dan kita akan melihat keadaan ini akan semakin hari semakin serius. Inilah akibatnya jika kita memelihara harimau walaupun harimau itu harimau tua. Najib terlalu percaya dengan mereka yang tidak jujur dan membiarkan rakan dan taulan yang jujur terhadap beliau yang sebaliknya beliau anggap sebagai musuh. Najib bermusuh dengan musuh kepada musuh sebenar beliau.
Tidak salah jika saya katakan yang UMNO akan mati sekali lagi walaupun caranya agak berlainan dari cara ia mati pada tahun 1988 dahulu. Kejatuhan UMNO kali ini adalah ‘imminent’ dan jika ia jatuh kali ini UMNO ‘tak akan dapek bongkar laie’.
Bagi Pakatan Rakyat pula janganlah jadi seperti apa yang terjadi dalam UMNO jika di beri mandat oleh rakyat. Bagi orang Melayu samada yang berada di dalam UMNO atau di luar parti itu, bersatulah. Jika tidak mahu menyertai DAP atau PKR sokonglah PAS kerana buat masa ini kerjasama di antara ketiga-tiga parti ini adalah baik.
Jangan pula menjadi UMNO dan BN apabila menjadi kerajaan, kerana rakyat akan kecewa tidak terhingga jika berlaku perkara yang sama apabila mendapat mandat nanti.
Satu perkara yang parti-parti dalam Pakatan Rakyat jauhi dari berlaku ialah berbohong. Pemimpin-pemimpin jangan berbohong seperti pemimpin UMNO. Lidah jangan bercabang macam lidah biawak. Jangan bertindak berlandaskan perkauman. Semua kaum itu adalah kejadian Tuhan. Kalau marah dengan kaum yang lain bermakna kita marah dengan Tuhan yang menjadikannya.
Pemimpin-pemimpin yang bakal diberi mandat ini mesti membuat pengakuan tidak melakukan rasuah terutamanya kerana rasuah itu adalah sehina-hina perbuatan dan jangan bertindak mengikut sentimen parkauman. Kali ini siapa yang melakukan kesilapan oleh kerana permainan politik peribadi akan menerima hukuman dari rakyat.
Harap semua faham dan bacalah perasaan rakyat dengan betul. Untuk membuat keputusan dengan baik elemen yang sangat perlu ialah kebersihan jiwa kita sendiri. Jika jiwa kita di selaputi elemen kotor tidak mungkin kita akan bertindak dengan baik serta jujur. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Mahkamah benar rayuan Surau Al-Rafiq ke atas Jais
Harakahdaily, | 04 Jan 2013 |
PUTRAJAYA: Mahkamah
Rayuan membenarkan rayuan dengan kos Surau al-Rafiq di Damansara ke
atas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan dua yang lain berhubung
pencerobohan dan penggeledahan yang dilakukan oleh anggota-anggota
penguatkuasa Jais dan pihak polis pada 30 September 2007.
Rayuan tersebut didengar petang semalam di hadapan tiga panel Hakim yang diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Alizatul Khair Khairudin dan hakim Datuk Aziah Ali di mana ketiga-tiga panel hakim tersebut sebulat suara bersetuju dengan hujah peguam perayu sekaligus membenarkan rayuan perayu iaitu Surau Al-Rafiq.
Surau Al-Rafiq telah pada tahun 2007 memfailkan Saman Pemula melalui 11 ahli jawatankuasa surau tersebut ke atas pihak Jais, Mais dan Kerajaan Selangor yang pada masa itu di bawah pemerintahan Umno BN bagi mendapatkan perintah deklarasi bahawa tindakan Jais menceroboh dan menggeledah Surau Al-Rafiq di Damansara pada 30 September 2007 adalah tindakan yang tidak sah dan bercanggah dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.
Pada 30 September 2007 pihak surau telah menganjurkan kuliah agama di surau tersebut pada pukul 10 pagi di mana kuliah tersebut dikendalikan oleh Ustaz Nasir Zakaria (sekarang Ahli Parlimen Padanbg Terap).
Ustaz Nasir adalah penceramah agama yang mempunyai tauliah mengajar yang diberikan oleh pihak Jais sendiri. Meskipun program kuliah berjalan dengan aman anggota anggota penguatkuasa Jais dibantu oleh pihak polis telah menceroboh Dan melakukan penggeledahan ke atas surau tersebut selepas tamatnya kuliah.
Malahan anggota penguatkuasa Jais telah berada di surau tersebut sejak subuh hari yang sama. Penggeledahan telah dilakukan tanpa sebarang waran geledah.
Sebelum saman tersebut difailkan pihak Jais telah beberapa kali cuba mengganggu aktiviti agama di surau tersebut atas dakwaan surau tersebut telah menjemput penceramah politik dari PAS seperti Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Dalam saman pemula yang difailkan melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pihak surau telah mencabar pencerobohan dan penggeledahan tersebut atas alasan ianya tidak sah kerana ketiadaan waran geledah dan juga ianya juga bercanggah dengan hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Aktiviti kuliah agama adalah menurut saman tersebut adalah termasuk dalam kebebasan mengamalkan dan menyebarkan agama dan ianya adalah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Saman tersebut telah didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaleha Yusuf yang memutuskan pada 24 November 2011 menolak saman tersebut. Pihak surau yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut telah memfailkan rayuan ke atas keputusan tersebut.
Ketika membenarkan rayuan tersebut semalam, Mahkamah Rayuan berpuas hati dengan hujah peguam perayu bahawa pihak Jais tidak boleh menceroboh dan menggeledah surau tersebut tanpa waran geledah. Memandangkan pihak Jais gagal mendapatkan waran sebelum penggeledahan dibuat maka penggeledahan tersebut adalah tidak sah dan terbatal.
Pihak Surau Al-Rafiq diwakili oleh Azhana Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala pihak Jais. dan Kerajaan Selangor diwakili Azhari Mohd Hanit dan pihak Mais pula diwakili oleh Khairulnisa Sairah dari Tetuan Rashid Asari & Co.

Batal penjelasan 'amanat' bukti Umno penakut
Harakahdaily, | 04 Jan 2013 |
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, ianya juga membuktikan Umno hanya berani melawan sorang-sorang.
"Terbukti dan teruji Umno sebuah parti yang tidak berani berhujah dan suka memfitnah. Umno hanya berani bercakap tanpa lawan.
"Berani melawan dengan lawan yang diikat kaki tangan, kemudian istihar dia sebagai pemenang, kerana lawannya telah dipukul TKO," katanya.
Semalam Kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan mengumumkan membatalkan rancangan untuk menyiarkan penjelasan Presiden PAS itu berhubung amanat yang dibuat pada 1981.
Menterinya Datuk Seri Rais Yatim berkata penyiaran amanat Hadi itu akan bercanggah dengan satu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.
Bagaimanapun, Rais dilihat cuba berbohong kerana Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa berkaitan amanat yang diucapkan Hadi di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 itu.
Sebaliknya, hanya Majlis Fatwa Negeri Melaka yang pernah mewartakan fatwa tersebut.
Mengulas lanjut, Idris berkata, isu amanat menambah satu lagi hujah bahawa memang Umno bukan parti yang suka mencari kebenaran.
Isu ini katanya dibiarkan untuk dipolitikkan menjelang pilihanraya di dalam usaha memancing undi.
Katanya Umno memperalatkan semua pihak untuk dijadikan pelampung bagi menyelamatkan kapal Umno yang sudah hendak karam.
Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa orang mufti telah diambil untuk menjadi benteng pertahanan Umno, jelasnya.
"Walau pun isu ini sudah berlalu lebih 31 tahun sejak 7 April 1981. Tindakan Jakim dan ulamak pengampu yang tumpang sekaki telah tercalar.
" Apa tidaknya isu yang sudah berlalu lebih 31 tahun baru disedari tentang bahayanya. Masyarakat melihat betapa lembabnya institusi ini, seolah-olah menjadi talian hayat untuk Umno," ujarnyaya lagi.
Idris berkata, kesediaan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk bersemuka dengan semua pihak yang dilantik oleh kerajaan menunjukkan kewibawaan beliau seorang ulamak yang bertanggungjawab atas apa yang berliau nyatakan.
Sebaliknya penolakan pihak kerajaan untuk membenarkan Presiden PAS untuk menjelaskan selama sejam di dalam televisyen secara langsung menampakkan sikap pengecut pihak kerajaan.
"Tuan Guru Haji Hadi meminta sejam sahaja, selebihnya pihak kerajaan boleh membalas kembali hingga kiamat.
"Pemimpin Umno takut hujah yang dikemukan oleh Presiden Pas akan mempengaruhi orang ramai dan merbahaya, ini diakui sendiri oleh Khairi Jamaludin Ketua Pemuda Umno. Umno bimbang orang akan meninggalkan Umno dan menyertai perjuangan PAS," katanya.
Harga sebenar saham FGV RM3.50 seunit?
Harakahdaily, | 04 Jan 2013 |
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, sudah banyak contoh betapa harga saham yang bukan membayangkan harga pasaran sebenar akan memperjudikan nasib para pelabur kecil kerana terpedaya dengan kenaikan yang diperbuat tersebut.
“Dengan melakukan tindakan ini bermakna kerajaan terlibat dalam kegiatan spekulasi pasaran saham yang amat bahaya bukan sahaja kepada pelabur tetapi juga kepada ekonomi negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Ini, ujarnya akan menjadikan kerajaan tidak bertanggungjawab kepada pasaran modal dengan memalsukan aliran pasaran sebenar.
Justeru, katanya Teras kesal apabila analisis bebas menunjukkan harga sebenar saham FGV adalah RM3.50 seunit sedangkan RM4.62 adalah harga kerana campur tangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain.
Jika ini berlaku, katanya FGV bagaikan menjadi saham kasino yang diperjudikan di bursa saham, melonjakkan harga saham secara palsu, memancing pelabur, dan kemudian membiarkan ia jatuh merudum apabila sampai masanya pelabur hendak menjual saham.
Tambahnya, paling malang ialah pelabur di kalangan peneroka Felda sendiri.
Menurutnya, mereka diberi pinjaman untuk membeli saham dan akhirnya terjebak dengan hutang untuk dibayar dengan bebanan yang amat berat.
Lain pula, kata beliau di kalangan pelabur besar seperti pengerusi FGV dan lembaga pengarahnya yang mendapat saham dan menjualnya awal untuk mendapat keuntungan.
Kini, kata Mohd Azmi dengan harga minyak sawit mentah yang telah susut 23 peratus daripada RM3,225 setan metrik kepada RM2,477 manakala gred harga tawaran getah beku gred SMR CV jatuh 12 peratus daripada RM10.87 kepada RM9.61 sekilogram, kerajaan tidak mungkin dapat bertahan dengan memaksa institusi-institusi terus menyuntik dana bagi menaikkan harga saham komoditi itu di bursa saham.
“Pasaran saham bagaikan nafas yang turun naik. Kenaikannya hanya boleh bertahan jika pasaran dunia ujud trend yang meningkat tetapi ketika sebaliknya bila pasaran dunia jatuh, bursa yang menyenaraikan industri berkenaan didalam papan perniagaannya akan pasti menjunam kerana pasaran domestik tidak cukup besar untuk bertahan dengan harga saham yang tinggi,” ujarnya lagi.
Selesai dahulu penempatan graduan Bahasa Inggeris
Harakahdaily, | 04 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan
Mahasiswa Pendidik Kebangsaan (GMPK) menggesa Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) segera menyelesaikan masalah pengangguran graduan Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang masih berlarutan.
“GMPK melihat KPM gagal mengatasi masalah yang berulang dalam proses penempatan guru ini. Ini bukan kali pertama bahkan saban tahun ia berlaku seolah-olah tidak ada perancangan jangka masa yang panjang untuk menyelesaikan permasalahan ini,” ujar Pengerusi GMPK merangkap Naib Presiden Gamis, Mohd Faiz Ismail.
Katanya, GMPK akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat supaya menyegerakan selesai masalah pengangguran guru dengan mempercepatkan penempatan guru dan GMPK turut akan menyampaikan bantahan terhadap hasrat kerajaan Malaysia mengambil guru Bahasa Inggeris dari India sedangkan (graduan) guru Bahasa Inggeris masih belum ditempatkan lagi.
Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pernah mengeluarkan kenyataan tidak beretika yang mempermainkan harapan graduan ISMP.
Dalam siaran Berita Harian online bertarikh 13 September 2012, beliau mengatakan seramai 10,200 graduan ISMP yang menganggur akan diketahui pada 28 September 2012 yang akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2013.
Graduan ISMP tertungu-tunggu berita tersebut tetapi malangnya pada tarikh tersebut tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari Perdana Menteri Malaysia ataupun KPM sehinggalah Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri (TPM) mengeluarkan kenyataan berhubung isu pengangguran graduan ISMP seminggu kemudiannya iaitu pada 4 Oktober 2012.
Dalam kenyataan tersebut, sekali lagi TPM memberi pengharapan seperti sebelum-sebelum ini bermain dengan ekstensif masa umpama menunggu buah yang tidak tahu hujung jatuhnya bila.
Walhal, graduan pendidikan dari institut pengajian tinggi terpaksa mananggung pinjaman PTPTN yang perlu dibayar, terbelenggu dengan perangkap kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan kerana memengang status graduan pendidikan, dan ia memberi tekanan emosi dengan janji yang tidak pasti dari kerajaan khususnya KPM.
Selain itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) turut mendesak agar kerajaan Malaysia menyelesaikan masalah pengangguran terhadap graduan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
Presiden Gamis, Azan Safar turut menempelak kerajaan dengan mengatakan mahasiswa pada hari ini dibebankan dengan hutang pendidikan, kos sara hidup yang tinggi dan peluang pekerjaan yang kian tipis.
“Sungguh kasihan mahasiswa sekarang dibuli oleh kerajaan sendiri. Pekerjaan tak dapat, hutang sudah menimbun di belakang.
“Atas dasar inilah Gamis menyokong teguh pendirian supaya menyelesaikan masalah pengangguran di Malaysia. Ini tidak syak lagi menambahkan keyakinan Gamis untuk meneruskan kempen ‘Mahasiswa Mahu Tukar Kerajaan’,” katanya lagi.

Tuan Guru Nik Aziz lihat kereta disimbah cat
Harakahdaily, | 04 Jan 2013 |
(TG Nik Aziz melihat kereta Nazri yang disimbah cat merah)
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa menyaksikan sendiri bagaimana kereta Presiden 'R", Nazri Deraman yang disimbah cat merah pagi ini.
Beliau ke rumah Nazri di Nilam Puri sebaik sahaja selesai menyampaikan kuliah di medan ilmu pagi tadi.
Kereta Nazri yang dipecahkan dan disimbah cat oleh individu yang tidak dikenali semalam akan mengepalai perarakan 50 buah kereta menuntut royalti minyak ke Jeli pagi ini.
Menurut saksi, kereta Kancil berwarna putih yang menderum seawal jam 4 pagi semalam dilihat bergegas meninggalkan rumah Nazri Deraman.
Adik Nazri, Fikri, 23 bersama seorang lagi rakan kebetulan masa itu berkawal di Kampung Nilam Puri ekoran kejadian pecah rumah kerap berlaku kebelakangan ini.
Kereta Nissan X-Trail juga pecah cermin belakang, manakala cat disambah sehingga ke papan hadapan kereta (dashboards).
Bahagian belakang (bonnet) dan kerusi penumpang juga berselerak dengan cat merah. Satu botol berisi cat (botol sos) juga ditemui di bawah kereta.
Sebuah lagi kereta milik isterinya, Waja juga disimbah cat merah di bahagian tepi. Cat merah juga disimbah ke dinding rumah sehingga terkena dua basikal anaknya.
Satu botol sos yang berisi cat merah ditemui pecah berhampiran kereta Waja. Cat juga berselerak di atas parkir.
Rais pernah kata 'kalau dengar dari RTM, langsung tak berbunyi'
Harakahdaily, | 04 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: “Tuan-tuan dengarlah, tapi kalau
dengar daripada TV3, mungkin lain bunyinya. Kalau dengar dari RTM,
jangan katakan lain bunyi, langsung tak berbunyi...”
Demikian sedutan ucapan Datuk Seri Dr Rais Yatim sewaktu menjadi Timbalan Presiden Parti Melayu Semangat 46 pada satu majlis satu ketika dahulu.
Kini beliau selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan membuat kenyataan yang berbelit-belit berhubung ‘Amanat Haji Hadi’ apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta diberikan masa satu jam untuk menjelaskan ‘amanat’ itu secara langsung menerusi TV1 dan TV3.
Di bawah adalah ulasan daripada blog Pejuang Rakyat berhubung perkara itu.
Rais Yatim cakap berbelit-belit. Sekejap macam tu. Sekejap macam ni. Dulu dia sendiri mencadangkan agar diadakan forum Amanat Hadi dengan menjemput lain-lain tokoh agama. Kemudian dua orang mufti menolak cadangan ini. Rais terkial-kial malu. Sekarang buat keputusan batalkan forum yang dia sendiri cadangkan. Nampaknya Amanat Hadi benar-benar menghuru-harakan UMNO sekarang ini. Mereka fikir dengan menimbulkan semula Amanat Hadi, mereka akan mendapat keuntungan besar. Tapi kini serba tak kena. Rais sendiri mengakui Radio dan TV merupakan hak rakyat tapi dia sendiri tak menghayati kata-katanya sendiri. Rais makin gelabah nampaknya. Lain-lain pimpinan UMNO pun turut gelabah dengan isu Amanat Hadi ini. Padahal mereka yang bangkitkan semula setelah 30 tahun berlalu. Biasalah, bila kuasa dalam tangan, boleh buat apa saja., Korang bandingkan kenyataan Rais Yatim hari ini berbanding sewaktu Rais menjadi pembangkang tahun 1990 dulu. Lihat video di bawah. Fikir-fikirkanlah...
http://www.youtube.com/watch?v=5GueIDtXVNg&feature=player_embedded

Sisa sembelihan ayam dalam dewan ceramah HKR
Wan Nordin Wan Yaacob, | 04 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR:
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk keras tindakan sabotaj
pihak tertentu yang melemparkan sisa sembelihan ayam di Dewan Dato'
Fauzi, Sekinchan Selangor pagi tadi.
Menurut Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin, pihaknya mengesan kejadian itu pagi tadi semasa membuat pemeriksaan ke dewan tersebut bagi menjalankan kerja-kerja mempersiapkan dewan bagi tujuan Ceramah Mobilisasi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan diadakan di sana malam ini.
(Gambar: Dewan dibersihkan daripada sisa sembelihan ayam.)
Katanya lagi, pihak terbabit telah membuang sisa perut ayam di luar dinding dewan.
Beliau yang juga anggota Jawatankuasa HKR 112 berkata, tindakan itu tidak lain adalah berniat jahat dan khianat terhadap program membabitkan agenda pro-rakyat.
Beliau mengharapkan insiden seumpama itu tidak berulang lagi di lokasi-lokasi lain selepas ini menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari ini di Stadium Merdeka.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa pada Ceramah Mobilisasi HKR malam ini di Sekinchan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar akan melancarkan perasmian sebuah van sempena HKR 112.
Katanya lagi, van yang akan dimuatkan dengan sistem audio (PA) itu akan dikendalikan SAMM bagi tujuan mengumumkan secara bergerak ke serata lokasi di seluruh negara tentang HKR112.
"Akan dilancar malam ini, dan terus bergerak hingga 12 Januari ini bagi mengumumkan HKR112," kata beliau.

Mufti Johor minta maaf, tangguh pindah kubur
Laporan Husnol Ahmad, | 04 Jan 2013 |
PENGERANG: Majlis Amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur Islam untuk pembangunan hub minyak dan gas (Rapid) kawasan Pengerang telah diadakan di Kampung Teluk Empang pada jam 2.30 petang semalam.
Kehadiran Mufti Negeri Johor amat dinanti-nantikan oleh sebilangan besar penduduk bagi mendapatkan penjelasan penuh terhadap kecuaian yang telah dilakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor dan kontraktor yang dilantik.
Semasa di dalam ucapan taklimat oleh Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ) Haji Rashid, beliau memberitahu bahawa kerja-kerja pemindahan kubur Islam tidak berwaris telah dilakukan secara sempurna dan mengikuti hukum syarak serta fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti.
Beliau menambah bahawa sebagai pelaksana yang bertanggung jawab, beliau telah dan sentiasa mematuhi ketetapan serta mendapat tunjuk ajar dari pihak mufti sendiri.
Haji Hasnul Ahmad, anak jati kelahiran Pengerang telah mendedahkan perkara sebenar akan kejadian di mana berlaku banyak kecuaian yang dilakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor (PIJ) selaku agensi pelaksana projek pemindahan kubur Islam semasa menggali perkuburan islam tanpa waris di Kampung Jawa dan di Kampung Sebong.
Beliau mendedahkan bahawa, pelaksana dengan secara sengaja tidak menghormati jenazah dengan melakukan pengurusan lebih teruk dan buruk. Nilai etika kemanusiaan telah hilang dan taraf jenazah Islam lebih rendah dari haiwan peliharaan.
Beliau memberitahu bahawa syarat yang telah ditetapkan Mufti Negeri Johor tidak tepati oleh pelaksana. Pengkebumian mayat-mayat yang digali sama keperluan dan peraturan bagi mengebumikan jenazah yang baru meninggal dunia.
Beliau menambah adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan tertibnya proses pemindahan kerana ianya adalah fardu kifayah buat semua umat Islam.
Beliau menggesa agar Mufti Johor memberhentikan serta-merta kerja-kerja penggalian semula perkuburan Islam sama ada perkuburan yang berwaris atau tidak berwaris.
Mufti Negeri Johor, Datuk Tahrir di dalam ucapannya menggariskan panduan-panduan dan peraturan khusus bagi melaksanakan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur Islam.
Beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) dan kontraktor yang dilantik agar memastikan semua syarat-syarat dipatuhi.
Di samping itu beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) agar membina perparitan di kawasan perkuburan baru di Kampung Punggai disebabkan perkuburan baru tersebut becak dan air bertakung.
Pihak pelaksana juga diminta agar membina pagar di perkuburan baru agar binatang liar tidak menceroboh dan manggali perkuburan. Kemudahan jalan masuk juga hendaklah diturap jalan tar.
Kawasan perkuburan baru juga di minta agar di tanam dengan pokok-pokok dan lanskap setelah tinjauan dibuat oleh beliau mendapati perkuburan tersebut ibarat padang jarak padang terkukur.
Sehubungan dengan insiden yang berlaku, Mufti Johor akan memastikan kerja-kerja pemindahan kubur ditangguhkan sehingga segala permasalahan selesai.
Beliau telah memohon maaf secara terbuka kepada penduduk Islam di Pengerang dan terhadap kecuaian yang telah berlaku hingga menyebabkan kemarahan penduduk.
Jika kita meneliti huraian tauhid - amanat - Tuan Guru Haji Abdul Hadi itu, ia tidak lain adalah "bahasa penegasan" terhadap ayat Allah Taala yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." (Surah al-Baqarah: ayat 208)
Kekeliruan isu ini dihidupkan adalah tidak lain politik Umno untuk menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu kepada PAS. Harapan mereka (Umno) supaya isu kafir-mengkafir menenggelamkan isu-isu rasuah, pecah amanah, korupsi dan kebejatan batang tubuh pemimpin-pemimpin Umno. Umno sedar undi Melayu perlu dipungut dengan apa cara sekalipun dengan cara mendungukan mereka terhadap persoalan akidah dan perjuangan.
Kalaulah amanat itu berbunyi, "...Barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir..."
Lalu kesannya wujud suasana keliru dan saling tuduh menuduh sehingga kafir-mengkafir dalam masyarakat, maka adakah perlu "kenyataan" - amanat - di atas ditarik balik demi mengelakkan pecah-belah? Jika jawapannya ya, bagaimana jika dienggani dengan hujah bahawa amanat di atas adalah sama dengan maksud ayat al-Quran dalam Surah al-Ma'idah ayat 44!
Adakah kita akan kata, oleh kerana "ayat itu" memecah-belahkan umat Islam, maka ayat Allah ini mesti ditarik balik! Dilupuskan! Maha Suci Allah dari sifat-sifat kekurangan. Sudah pasti desakan lupus! Tarik balik! Bahaya! Pemecah belah umat! Itu bukan jawaban balas bagi orang yang beriman dengan penuh kefahaman terhadap ayat-ayat Allah. Maka setiap Muslim mesti takut untuk mendesak "amanat" yang membawa pengertian ayat al-Quran itu ditarik balik kerana ia umpama mencabar maksud al-Quran di dalam surah al-Maidah yang telah dijelaskan tadi.
Justeru apakah penyelesaian agar tuduh-menuduh yang memecahbelahkan tidak berlaku? Jawabannya hanya satu, iaitu memberikan peluang kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, agar "amanat" ataupun dalam bahasa akademiknya, "huraian tauhid" itu dijelaskan, disyarahkan dan ditafsirkan. Hasil kefahaman yang bersuluh daripada tafsiran itulah, akan lenyaplah segala tuduh-menuduh yang mengelirukan, lalu terhasillah satu kefahaman yang satu terhadap amanat di atas.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meminta siaran televisyen rasmi memberi ruang selama satu jam supaya dapat menjawab isu tersebut. Beliau juga bersedia untuk bermuzakarah dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diminta oleh Datuk Seri Rais Yatim. Cuma pertemuan tersebut perlu dirakam oleh pihak PAS sama. Sepatutnya pihak JAKIM juga perlu bersifat proaktif memanggil Tun Dr Mahathir yang mengatakan Malaikat juga membuat salah. Mana suara JAKIM dan ulama pengampu ketika Tun menyuarakan perkara yang bertentangan dengan akidah?
Jika timbul kekeliruan terhadap sesuatu kenyataan, ia mesti dipohon penjelasan, bukannya ditakwilkan nafsi-nafsi atau penafsiran syok sendiri tanpa melibatkan "orang yang tertuduh", Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Jika berlaku begitu, ia seperti orang yang mendengar satu ayat daripada al-Quran:
"Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada perkara itu adalah tanda bagi kaum yang menggunakan akal" (Surah An Nahl : ayat 67)
Lalu tanpa penjelasan dan penafsiran yang benar, maka orang yang naif akal fikirannya mengatakan bahawa arak itu halal berdasarkan kefahaman tekstual ayat daripada surah an-Nahl di atas tanpa merujuk "Sohibul Nas" atau orang yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam ilmu tafsir.
Maka, pentakwilan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terhadap kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah sangat tidak tepat kerana menganggap kenyataan beliau (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang) membawa kepada kepercayaan sesat dalam kalangan masyarakat, antaranya yang didakwa oleh MAIK bahawa "amanat" tersebut membawa:
1. Kepercayaan bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang Umno.
2. Kepercayaan bahawa haram makan sembelihan orang Umno.
3. Kepercayaan bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadi atau imam yang dilantik Umno dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera.
4. Kepercayaan bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong Umno.
5. Kepercayaan bahawa jenazah orang Umno tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad.
6. Kepercayaan bahawa tidak boleh membenarkan orang Umno melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/ Islam.
7. Kepercayaan bahawa tidak boleh mengebumikan orang Umno di tanah perkuburan Islam.
8. Kepercayaan bahawa ibadah orang Umno tidak diterima Allah.
Sedangkan yang disebut oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tiada langsung kenyataan yang mengkafirkan Umno. Yang disebut oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak salah dari konsep "da'ie wa mad'u" - pendakwah dan orang yang di dakwah -. Sebagai contoh seorang yang menegur bahawa, "Orang tidak sembahyang adalah perbuatan yang menjatuhkan diri ke lembah kekafiran", sangat berbeza dengan kenyataan orang yang mengatakan, "si fulan - si fulan itu kafir". Perbahasan ini akan lebih jelas difahami jika kita menghadami perbahasan Imam Yusuf Al Qaradawi di dalam bukunya "Zohirotu al Ghuluww fi Takfir", bahawa terdapat perbezaan antara orang yang mentakwilkan perbuatan kafir dengan menuduh orang kafir.
Pentakwilan "dungu" MAIK dalam memahami petikan bernas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sangat mengecewakan apabila intitusi yang sepatutnya menguasai hal ehwal agama berakal naif. Tafsiran MAIK ibaratnya kisah tentang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak murid tentang bahayanya minuman keras. Guru tersebut telah mengambil dua ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.
"Cuba perhatikan murid-murid. Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul."
Semua anak murid tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Sang guru tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
"Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang saya tunjukkan sebentar tadi?"
Dengan penuh yakin anak-anak muridnya yang naif pentakwilannya mengatakan, "Untuk mengelakkan kecacingan, minumlah arak..."
Sedangkan tujuan eksperimen yang dinyatakan oleh sang guru itu tadi bertujuan sebaliknya. Begitulah "amanat tuan guru" yang menimbulkan kehangatan. Ia sebuah amanat yang pendek yang dipetik daripada ceramah tuan guru yang panjang, lalu ditulis dan disebarkan. Ada yang faham dengan mudah dengan makna tauhid yang mendalam, ada juga orang yang perlukan penjelasan.
Sebagai bukti wujudnya ribuan kitab tafsir dan syarahan oleh para ulama mufassirin kita di sepanjang zaman di dalam menjelaskan maksud daripada petikan-petikan ayat al-Quran, al-hadis, athar dan kata-kata hikmat pujangga Islam. Maka memohon hak untuk menjelaskan maksud huraian "amanat" oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah benar dan hak di atas hak.
Siapa Yang Mempertahankan Haknya, Matinya Mati Syahid
Berkenaan mati syahid, hadis Nabi Muhammad SAW jelas memperlihatkan bahawa seseorang itu boleh dianggap mati syahid, meskipun kematiannya bukan di medan peperangan antara orang Islam dengan orang kafir. Nabi SAW bersabda (maksudnya), "Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia (mati) syahid, sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya (nyawanya), maka dia (mati) syahid. Sesiapa yang mati mempertahankan agamanya, maka dia (mati) syahid. Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan keluarganya, maka dia (mati) syahid."
Hadis ini direkodkan oleh Abu Daud, Nasa'ie, Ibnu Majah dan Tirmizi. Imam Tirmizi menilainya hasan sahih, manakala Syaikh Nasiruddin Albani menilainya sahih (dalam Sahih al-Targhib Wa al-Tarhib)
Ringkasnya, "mati syahid" dalam hadis ini adalah kematian yang berlaku ekoran perjuangan mempertahankan harta, nyawa, agama atau kaum keluarga, bukannya kematian yang disebabkan oleh peperangan terhadap orang kafir semata-mata. Justeru, dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mati syahid sesiapa yang mati dalam perjuangan menentang Umno, tidak boleh dijadikan tapak yang kukuh untuk melancarkan dakwaan bahawa beliau telah mengkafirkan Umno.
http://www.tarbawi.my/
Tak selenggara pam punca gangguan air di KL
Harakahdaily, | 04 Jan 2013 |
Katanya, krisis air yang berlaku di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur adalah berpunca daripada kegagalan syariakat itu menyelenggara Rumah Pam Air Wangsa Waju.
“Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklan Rumah Pam Wangsa Maju.
“Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Waju pada 2 Januari dan melalui pemerhatian dari buku log operasi pam untuk tahun 2012, didapati bahawa pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki,” katanya dipetik Selangorku.
Lawatan itu adalah sebahagian siasatan yang dilakukan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor bagi mengenal pasti punca krisis air yang terbaru itu.
Menurut Abdul Khalid lagi, terdapat lima unit pam di Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut.
Syabas ujarnya patut menyelenggara semua aset pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan syarikat itu.
“Gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak kepada siri-siri kegagalan SYABAS memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktud dalam Perjanjian Konsesi.
“Justeru, Kerajaan Selangor mendesak kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA),” tegasnya.
Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor selepas siatan mereka membuat kesimpulan bahawa Syabas:
- gagal menyelenggara aset dan fasiliti bekalan air yang terletak dibawahnya bermula dari 1 Januari 2005 seperti di dalam perjanjian konsesi.
- gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di Rumah Pam berkenaan dan kegagalan ini menyebabkan kerosakan lebih besar berlaku yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna
- gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut
- gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada Kerajaan Selangor.
Pertandingan menulis Harakahdaily, hadiah pertama RM10,000
Harakahdaily, | 04 Jan 2013 |
Hadiah utama pertandingan ini adalah berupa wang tunai bernilai RM10,000, kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000.
17 tulisan lain akan diberikan hadiah sagu hati berupa wang tunai bernilai RM100.
Berikut adalah maklumat penuh pertandingan ini.
Satu pertandingan menulis artikel berdasarkan ayat Al Quran yang berkaitan dengan tuntutan membentuk kerajaan yang adil.
Tujuan
1. Mengajak rakyat agar berfikir dan menuntut kerajaan yang adil dibentuk di negara ini.
2. Mendekatkan rakyat dengan ayat al-Quran.
3. Mengajak rakyat agar berhujjah dengan al-Quran.
Sekretariat penilai terdiri daripada Dewan Ulama PAS Pusat, Persatuan Ulama Malaysia dan penulis politik.
Al-Quran surah an-Nisa, ayat 58 yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.
Berdasarkan ayat di atas, buat satu tulisan, artikel, esei dan anda bakal memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000.
Hadiah
1 X Pemenang Utama RM10,000
1 X Pemenang Kedua RM5,000
1 X Pemenang Ketiga RM3,000
17 X Hadiah Saguhati RM100
Syarat penyertaan
1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
2. Setiap penulis hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja. Jika menghantar lebih daripada satu, penyertaannya akan ditolak.
3. Karya mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu mengikut standard ejaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Setiap penyertaan hendaklah sampai kepada penganjur selewat-lewatnya pada jam 12 malam 18 Januari 2013.
4. Format kiriman emel mestilah dalam bentuk “notepad” atau “word”. Font yang digunakan mestilah Times New Roman bersaiz 14; single spacing, justified, left indent, dan selang sebaris bagi setiap perenggan.
5. Panjang esei hendaklah sekitar 1500 – 2000 patah perkataan.
6. Pengirim mesti menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, emel, nombor telefon dan pekerjaan (jika pelajar, sila nyatakan institusi pengajian) pada bahagian hujung esei. Penyertaan mestilah disertakan gambar berukuran pasport.
7. Karya mestilah yang asli dan tidak disalin daripada mana-mana esei atau artikel penulis lain. Karya yang dihantar akan menjadi milik pihak penganjur.
8. Kakitangan Harakah dan Harakahdaily serta keluarga mereka tidak boleh menyertai pertandingan ini.
9. Keputusan sekretariat penilai adalah muktamad dan pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur melalui telefon dan emel. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap risiko kesilapan teknikal.
10. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi hasrat penganjur tanpa perlu memaklumkan peserta.
Hantarkan esei anda ke emel budayaharakahdaily@gmail.com
Dua pemimpin PAS selamat terima menantu
Harakahdaily, | 04 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Dua pasangan anak pimpinan PAS selamat diijabkabulkan hujung minggu lalu.
(Anak dan menantu baru Datuk Kamarudin Jaffar)
Sabtu lepas, Datuk Kamarudin Jaffar, AJK PAS Pusat meraikan menantu baru beliau, Norita Syazana binti Mohd Taroni yang berkahwin dengan anak beliau, Saiful Adli Kamarudin.
Majlis resepsi dibuat di Dewan Seri Delima, Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat, Anuar Tahir turut meraikan kedua-dua mempelai itu.
Selasa, 1 Januari lepas, Anuar Tahir pula mengadakan resepsi untuk anak dan menantu barunya.
(Anak dan menantu baru Anuar Tahir)
Ia diadakan di Dewan Sirim, Shah Alam.
Anak beliau selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya dan majlis resepsi diadakan Selasa lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan