Rabu, 8 Julai 2009

tak kenal maka tak cinta 7


Kejahilan tidak terhenti pada agama,malah (tidaklah semua orang)....yang ada ijazah,diploma bergulung2..mungkin melambak2 kursus yang dihadiri tapi jahil dalam menjalani sebagai petugas penjawat awam.Belum lagi dikira sebagai penjawat hamba Allah@mahkluk Allah yang ditimbang segala dosa dan pahala.

Lebih2 lagi sudah bergelar pentadbir yang dulu masuk sebagai pekerja biasa yang belum disahkan jawatan.Bila berada di atas, ia lupa masa ia di bawah,dan mungkin dulu ia juga tergulung dalam orang yang mengutuk dan mempersoalkan pentadbirnya ketika ia belum jadi pentadbir,malang lagi kalau dulu pun ia bukan pekerja contoh....cuma contoh pekerja pakar bodek.Apabila dibelakang pentadbir macam2 umpat keji.Ia dulu pekerja sering ponteng,yang sering bercakap 'penatlah,letihlah,dan macam2 lagi,yang menunjukkan ia pekerja biasa sahaja bukan pekerja super....tidak tahulah kalau ia superman yang pakai seluar dalam di luar.Bila jadi pentadbir ia tidak guna bicara seolah-olah ia super, semua tahu,mudah2 mengatakan orang2 bawahan lambat datang dapat gaji haram dan sebagainya.

Haram bukan terletak pada curi masa tapi termasuk rasuah,salahguna kuasa,menindas,cakap tidak serupa bikin,yang lucu,ia sendiri mengutamakan kerja2 peribadi dari bertanggungjawab sebagai penjawab awam.Dosa pahala Allah swt yang menentukan,walaupun garis panduannya telah dinyatakan dalam hukum agama.

Tiada ulasan: