Rabu, 8 Julai 2009

tak kenal maka tak cinta 6


mungkin kita mengganggap bila telah memiliki ijazah pertama,kedua serta dr falsafah maka kita tidak tergulung orang jahil.Jahil pada Islam ialah tidak mengetahui ilmu agama,sekurang2 ilmu fardu ain,ditambah tidak mengamalkan Islam yang wajib pada diri kita.Ini pun ada yang fikir dengan mengamalkan asas2 Islam telah mencukupi serta memandang hukum2 lain dalam quran tidak payah dilaksanakan.

Lagi malang,jika kita tidak menguntukkan waktu@masa untuk hadir ke majlis ilmu di masjid@surau, majlis2 ini juga sebenar dianggap majlis
zikir yang menjadikan makanan untuk batin atau rohani....jika kita tidak ambilberat@dibiarkan...hati kita akan menjadi mati.

Matinya hati menyebabkan kita menolak perkara makruf dan suka kepada yang batil,serta malas @berat untuk beramal.Renungkanlah, bahawa dunia ini hanya sementara sahaja dan akan ditinggal apabila ajal kita sampai.Gunakan sisa-sisa hidup yang ada ini untuk mencari Syurga Allah swt.

Tiada ulasan: