Jumaat, 19 April 2013

SEDARLAH ZAMAN BERKUASA KITA DAH TAK DE LAGI

PAS Jerai anjur dialog AES petang esok

Muhammad Faizal, 18 Apr 2013
SHAH ALAM: PAS Kawasan Jerai akan menganjurkan dialog berkaitan dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi memberi penjelasan kepada rakyat tujuan sebenar Pakatan Rakyat ingin memansuhkan sistem tersebut.

Dialog tersebut akan diadakan di UPU Guar Cempedak pada jam 5 petang esok.

Calon PAS bagi Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, dialog dua hala itu akan dapat memberi pemahanan yang mendalam kepada seluruh pengundi dan pengguna jalan raya tentang AES yang dipertahankan oleh kerajaan selama ini.

Menurut beliau lagi, Penasihat Undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff akan dijemput bagi program dialog tersebut.

"Kita (PAS) akan menganjurkan satu dialog terbuka bersama penduduk Parlimen Jerai yang merupakan pengundi dan juga kepada pemandu-pemandu berhubung dengan pelaksanaan AES.

"Perkara ini akan kita bincang dan jelaskan mengapa kita dari Pakatan Rakyat menentang dan akan menghapuskan sistem tersebut, mereka yang hadir boleh bertanya apa sahaja dan kita akan jelaskan," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, rakyat perlu tahu kenapa Barisan Nasional (BN) ingin melaksanakan AES sehinggakan tidak terdapat janji-janji dalam manifesto BN mahu menghapuskan AES jika mereka kekal memerintah.

"AES adalah sistem yang kayakan kroni dan membebankan rakyat, ini perlu diketahui oleh rakyat.

"Perkara paling utama perlu diketahui adalah BN akan meneruskan pemasangan AES jika mereka kekal memerintah, mereka tidak lagi mendengar rintihan rakyat sebaliknya mengekalkan keuntungan untuk kroni," sambung beliau lagi.

Beliau menyeru agar seluruh pengundi dan pengguna jalan raya melapangkan masa untuk hadir mendengar penjelasan mengenai AES agar mereka tahu cerita sebenar di sebalik pelaksanaan yang jelas membebankan rakyat itu.

Pencalonan Nik Abduh tiada kronisme – TG Nik Aziz

Zamani Mohd Zain, 18 Apr 2013
KOTA BHARU: "Saya sepatah pun tidak sebut nama Nik Muhammad Abduh supaya dicalonkan. Semua calon wakil rakyat yang dipilih bertanding sebagai mewakili saya," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar itu berkata, pemilihan tersebut berdasarkan pengalaman anaknya yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik.

“Pencalonan Nik Abduh pada pilihan raya umum ini tidak boleh dikaitkan dengan kronisme atau kekeluargaan,” katanya kepada media selepas perasmian pembinaan dan pelancaran tabung Masjid Al Ihsan Taman Maju hari ini.

Malam tadi Nik Abduh turut disenaraikan sebagai calon PAS yang akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas. Nik Abduh merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.

Oleh itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pencalonan anaknya itu tiada kaitan sebagai kapasitinya sebagai anak Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Menurutnya juga setiap calon PAS yang dipilih akan bertanggungjawab terhadap Nabi Muhammad saw bagi menjaga agama Islam.

Nasib malang calon MB Umno boleh berulang

Aslani M, 18 Apr 2013
MACHANG: Kedua-dua kerusi yang ditandingi calon calon Menteri Besar Umno dan Barisan Nasional (BN) Kelantan ditolak rakyat pada pilihan raya umum 2008.

Mungkinkah situasi serupa akan berulang sekali lagi kali ini apabila calon Menteri Besar Umno BN membolot dua kerusi iaitu Dun Air Lanas dan Parlimen Jeli.

“Sekali bertanding dua kali lagi. Itulah yang berlaku ke atas Datuk Dr Awang Adek Hussin di Bachok pada pilihan raya umum lalu.

“Sekarang berulang pula calon MB Kelantan bertanding di dua kerusi. Apakah sejarah yang berlaku itu akan berulang kembali di Jeli pula tahun ini,” kata Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud pada majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan calon-calon yang bertanding.

Program bermula dengan solat Maghrib, diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang memandangkan keadaan padang becak disebabkan hujan.

Kemudian diikuti munajat, solat Isyak dan solat hajat yang diimamkan Ketua Pengelola Halaqat, Ustaz Abdullah Abdul Razak.

Orang ramai melimpah sehingga ke luar dewan. Ramai juga terpaksa menunaikan solat di atas jalan.

Pada PRU 2008 Awang Adek tewas di kerusi Perupuk kepada Datuk Omar Mohamad dengan majoriti sebanyak 1,270 dan di kerusi Parlimen Bachok kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa (majoriti 2,901 undi).

Nasuruddin juga berkata, apa yang hendak diharapkan kepada Umno, Pulau Batu Putih yang dimiliki Malaysia pun terlepas kepada Singapura.

Ketika ucapannya beliau bertanya kepada puluhan ribu yang hadir sama ada setuju atau tidak calon yang diketengahkan pada PRU kali ini.

Lalu jawab orang ramai “setuju”. “Kita tidak usah mengira siapa calon, apa yang perlu kita lakukan memastikan Umno dan BN kecundang di peringkat negeri dan pusat,” katanya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, calon yang ditampilkan Pakatan Rakyat di Kelantan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Menurutnya calon terbabit terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan.

DAP guna PAS di Semenanjung, PKR di Sabah Sarawak

Hazayani Zakaria, 18 Apr 2013

(Pemimpin PAS dan PKR bersama dalam sidang media DAP petang ini)


KUALA LUMPUR: DAP hari ini mendakwa, Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertujuan menyusahkan parti itu apabila memutuskan barisan kepimpinannya tidak sah 48 jam sebelum hari penamaan calon.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang medianya berkata, surat yang diberikan kepada beliau dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke pada tarikh yang sama juga berbeza.

Dalam surat kepada Guan Eng, ROS menyatakan wujud pertikaian berhubung pemegang jawatan dalam parti itu namun surat kepada Anthony menyatakan siasatan dakwaan itu ditangguhkan ke tarikh 9 Mei.

Guan Eng mempertikai tindakan ROS yang mengeluarkan surat tersebut sebelum siasatan selesai dilakukan.

Guan Eng berkata demikian dalam sidang mediannya hari ini selepas menerima surat dari ROS petang semalam.

Turut serta dalam sidang media ini adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail.

"Tujuan utama mereka tak iktiraf pimpinan DAP kerana nak nafikan hak kami untuk bertanding menggunakan lambang sendiri," kata Guan Eng.

Sehubungan itu, DAP akan bermesyuarat malam ini untuk menimbangkan keputusan menggunakan lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak.


PAS PKR SEDIA BENAR

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut berada dalam sidang media sama menyatakan kesediaan untuk membenarkan DAP menggunakan lambang PAS.

"Perkara ini telah dibincangkan beberapa minggu sebelum ini dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tak ada masalah dengan perkara ini, " katanya.

Nada yang sama turut disuarakan Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution yang menyifatkan tindakan ROS itu sebagai cara untuk meletakkan DAP dalam kesukaran.

"48 jam sebelum penamaan calon, sepatutnya kami tidak berada dalam sidang media ini. Kami harus membuat persiapan terakhir untuk penamaan calon tapi kerana tindakan ROS, kami terpaksa buat mesyuarat tergempar.

"Atas semangat kekitaan, PKR bersedia memberi laluan kepada DAP di Sabah dan Sarawak untuk guna lambang PKR," katanya.


BERITA BERKAITAN

ROS tidak iktiraf barisan kepimpinan DAP

Ustaz yang dipilih calon BN serah semula watikah

Harakahdaily, 18 Apr 2013
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, Mohd Fadzil Abu Kasim, 48, (gambar) menyerahkan kembali watikah yang diberikan kepadanya.

Mohamad Hasan berkata, Mohd Fadzil menemuinya pagi ini, untuk mengembalikan watikah pelantikan itu.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan untuk menyerahkan watikah itu dibuat selepas ada bantahan terhadap pemilihannya sebagai calon.

"Memang ada bantahan berhubung perlantikan saya sebagai calon DUN Johol. Sebab itu saya tarik diri," katanya ketika dihubungi di sini, lapor akhbar pro BN itu.

Mohd Fadzil adalah bekas pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan belajar di Akademi Islam Universiti Malaya sebelum ini.

Menurut Mohamad Hasan, beliau telah menasihatkan calon berkenaan berfikir semula dari segenap sudut sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

"Calon itu datang berbincang dengan saya mengenai perkara ini, pagi tadi dan saya harap keputusan yang dibuatnya tidak dipaksa mana-mana pihak.

"Jika keputusannya masih sama, iaitu mahu menarik diri, saya akan berunding dengan bahagian berkenaan untuk mencari calon baru," katanya kepada media selepas majlis menandatangani borang penamaan calon di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.

Ong Kian Ming ganti Teo Nie Ching di Serdang

Harakahdaily, 18 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Tokoh yang baru menyertai DAP, Dr Ong Kian Ming (gambar) dinamakan sebagai calon untuk parlimen Serdang.

Beliau menggantikan Teo Nie Ching yang akan berpindah ke Skudai, Johor bagi menguatkan penampilan parti Pakatan Rakyat itu di Johor.

Pengumuman calon ini dibuat oleh Setiausaha Agung  DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut senarai yang dikeluarkan, dua Exco Selangor iaitu Ronnie Liu dan Teresa Kok tidak ada. Kerusi Pandamaran yang diwakili Ronnie sebelum ini akan ditandingi oleh Tan Pok Shyong.

Kerusi Kinrara yang diwakili Teresa Kok sebelum ini akan ditandingi oleh Ng Sze Han. Sebelum ini, Teresa Kok juga anggota Parlimen Seputeh.

Dalam pilihan raya kali ini, DAP akan bertanding empat kerusi Parlimen dan 15 kerusi DUN di Selangor.

Berikut adalah senarai penuh calon DAP di Selangor.

Parlimen:

1) P102 Serdang    - Sdr. Ong Kian Ming

2) P103 Puchong    - Sdr. Gobind Singh Deo

3) P106 Petaling Jaya Utara - Sdr. Pua Kiam Wee

4) P110 Klang -    Sdr. Charles Anthony A/L R.Santiago

DUN:

1) N.4 Sekinchan - Sdr. Ng Suee Lim

2) N.6 Kuala Kubu Baharu - Sdri. Lee KeeHiong

3) N.22 Teratai    - Sdri. Tiew Way Keng

4) N.27 Balakong - Sdr. Ng TienChee

5) N.28 Seri Kembangan - Sdr. Ean Yong Hian Wah

6) N.30 Kinrara    - Sdr. Ng Sze Han

7) N.31 Subang Jaya - Sdri. Yeoh Tseow Suan

8) N.34 Bukit Gasing - Sdr. Rajiv A/L Rishyakaran

9) N.35 KampungTunku - Sdr. Lau Weng San

10) N.36 DamansaraUtama    - Sdri. Yeo Bee Yin

11) N.44 Sungai Pinang - Sdr. Teng Chang Khim

12) N.47 Padamaran - Sdr. Tan Pok Shyong

13) N.48 Kota Alam Shah    - Sdr. Ganabatirau A/L Veraman

14) N.52 Teluk Datuk - Sdr. Loh Chee Heng

15) N.56 Sungai Pelek -    Sdr. Lai Nyuk Lan   

Keputusan ROS tak halang DAP tanding PRU13 - SPR

Harakahdaily, 18 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung jawatankuasa pusat DAP tidak akan menghalang parti itu parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

"Tidak affect bolih bertanding," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff melalui SMS kepada Malaysiakini.

ROS hari ini memaklumkan kepada DAP bahawa jabatan itu tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan undi.

Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai.

Sementara itu, DAP dijangka akan mengadakan sidang media khas petang ini berhubung keputusan ROS tersebut.

Difahamkan kesemua pemimpin DAP kini berada di ibu pejabat parti itu dan sedang mengadakan perbincangan.

Mahathir ke London, Kak Ros umum calon?

Harakahdaily, 18 Apr 2013


(Mahathir dan Siti Hasmah di London)

KUALA LUMPUR: Apakah benar pengisytiharan calon-calon Umno dibuat selepas pemergian Tun Dr Mahathir ke London?

Inilah yang berlegar di alam siber sekarang kononnya tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman calon selepas pemergian Mahathir untuk mengelak dari gangguan bekas Perdana Menteri itu.

Tun Dr Mahathir ke London bersama isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali untuk memberikan penghormatan terakhir buat bekas PM Britain, Margaret Thatcher yang meninggal baru-baru ini.

Dalam posting di facebook itu, isteri Najib yang kini lebih dikenali dengan nama Kak Ros didakwa mempunyai perancangan tersendiri di sebaliknya.

"Strategi licik Kak Ros mengisytiharkan calon pilihannya setelah pemergian Tun Mahathir ke London.

"Sepatutnya Najib mengumumkan senarai calonnya pada Jumaat lepas namun telah ditangguhkan sehingga ke hari pemergian Tun Mahathir ke London barulah diumumkan.

"Strategi licik ini bagi memastikan semua calon pilihan Kak Ros dapat diumumkan tanpa gangguan dari Tun Mahathir," tulis posting itu.

Sebelum ini, pakar media Mahathir Rocky Bru dalam blognya mengumumkan nama-mana yang sepatutnya digugurkan.

Namun, nama yang dikatakan akan gugur itu ternyata masih dinamakan sebagai calon BN oleh Najib.

Antaranya Khairy Jamaludin di Rembau, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Kepala Batas dan juga Abdul Azeez Rahim di Baling.

Begitu juga nama-nama saperti Datuk Seri Noh Omar, Datuk Seri Awang Adek serta Datuk Seri Mohamad Zin.

Kesemua mereka diumumkan sebagai calon oleh Najib ketika nama yang disebut Mahathir patut menjadi calon iaitu Datuk Ibrahim Ali di tolak Najib.

Tiada ulasan: