UMNO Johor Mau Benamkan Karier Politik Ghani Othman Ditangan Lim Kit Siang!!!!!!
Posted on Sunday, April 07 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Omak Kau!!!
Kini permainan politik dari kalangan pihak tertentu yang mau bunuh karier politik Datuk Ghani Othman sudah mula terungkai.
Cara paling licik ialah syorkan beliau bertanding di Parlimen Gelang Patah lawan dengan Pengerusi DAP, YB Lim Kit Siang.
Sudah
menjadi rahsia terbuka dan umum betapa Ghani Othman kini bukanlah
seorang pemimpin UMNO yang disenangi dan mendapat sokongan padu dari
kalangan UMNO Johor sendiri.
Ghani
Othman dilihat masih berdegil dan tidak mau menerima betapa beliau kini
sudah mula dipinggirkan oleh ahli-ahli dan penyokong UMNO
sendiri...Rakyat kebanyakkan jangan ceritalah....Masih berkeras kepala
mau juga bertanding pada PRU 13 ini.
Jadi cara mudah untuk bunuh
karier politiknya ialah provok agar dia sanggup dan berani bertempur
dengan Lim Kit Siang.. sekali gus dikira strategi serampang dua mata..
Dibenarkan dia bertanding dalam masa yang sama pastikan dia tersungkur
bila bertempur.
Killing two birds with one stone!!!!..Win win situation...Rakyat untung para pemimpin UMNO Johor lega hati.
Sumber: omakkau.blogspot.com
Ibrahim Ali akan dedah rahsia Pakatan Rakyat yang mengejutkan
Posted on Sunday, April 07 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: setisab
"
Datuk Ibrahim Ali akan dedahkan dua rahsia penting:
1- Kenapa KATAK bunyi ^ong ^^ ong ^^^ong....
2- Kenapa KATAK keluar lendir bila melompat.
Dua
'rahsia' yang boleh 'mengejutkan' rakyat Malaysia akan didedahkan
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali
selepas hari penamaan calon pilihan raya umum ke-13.
Katanya
rahsia tentang pemilikan aset pemimpin pembangkang tertentu dan tentang
kerjasama antara parti-parti pembangkang itu, boleh menggugat keyakinan
para penyokong terhadap parti pembangkang.
"Saya mempunyai
maklumat tentang dua rahsia ini iaitu berhubung masalah kerjasama antara
PAS, DAP dan PKR serta maklumat tentang pemimpin tertentu yang
menguasai aset tertentu dalam pakatan pembangkang tetapi tidak boleh
didedahkan sekarang...dua perkara itu juga dijangka mampu mengejutkan
rakyat Malaysia.
"Saya akan serahkan maklumat itu kepada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin pada malam esok dan terpulang
pada beliau (Perdana Menteri) sama ada akan mendedahkannya atau tidak.
"Namun
saya sendiri akan mendedahkannya sekiranya beliau tidak berbuat
demikian. Saya berani pikul tanggungjawab itu," katanya kepada pemberita
di Kuala Lumpur.
Pakatan Rakyat mempunyai lebih ramai calon Melayu berbanding BN
Beliau
sebelum itu membuat laporan polis berhubung kewujudan akaun Facebook
palsu yang menggunakan namanya untuk menghantar berita-berita tidak
benar mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala
Lumpur, hari ini.
Ibrahim juga mengesahkan bahawa beliau akan
bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas, Kelantan, namun
masih merahsiakan nama parti politik yang akan diwakilinya.
Beliau
berkeyakinan tinggi Barisan Nasional (BN) dapat menubuhkan kerajaan di
Kelantan kerana pemerintahan PAS selama 23 tahun tidak menunjukkan
prestasi yang baik.
Ibrahim juga yakin rakyat Kelantan yang
berada di Selangor dan Kuala Lumpur sudah dapat menentukan kepimpinan
yang bakal dipilih untuk mentadbir Kelantan di masa akan datang.
Berhubung
laporan polis yang dibuatnya petang ini, Ibrahim menggesa pihak polis
mengambil tindakan sewajarnya dan seterusnya merujuk kes itu kepada
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal
pasti dalang yang bertanggungjawab.
"Tindakan ini dilihat cuba
untuk mensabotaj saya... saya buat laporan ini bagi melindungi diri saya
sebab macam-macam perkara boleh dikeluarkan dalam akaun ini dan mungkin
boleh mengelirukan orang ramai memandangkan pilihan raya sudah hampir,"
katanya.
- Bernama"
Sinar Harian & Utusan menipu angka kehadiran di Stadium Bukit Jalil
Posted on Sunday, April 07 @ 11:06:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh WTKO
Sinar
Harian melalui berita rasminya menyebut majlis pelancaran manifesto
BN dihadiri lebih 50,000 penyokong BN termasuk barisan pemimpin
parti-parti komponen BN yang berdiri bersama Pengerusi BN di atas
pentas.
Berita yang sama juga disebut dalam Utusan Malaysia
kononnya 50,000 penyokong hadir sedangkan mengikut en.wikipedia.org
stadium itu hanya mampu menampung 16,000 orang sahaja.
Sila rujuk
https://en.wikipedia.org/wiki/Putra_Indoor_Stadium
Katakanlah tambah 5000 - 6000 orang lagi di tengah stadium baru boleh memmuat 22,000 orang sahaja.
50,000 suatu angka yang keterlaluan. Kalau nak menipu pun biarlah ada logik akal.
Kalau
Utusan menipu itu kita rasa taklah kisah, memang tabiat semulajadi
utusan suka buat lawak apa tah lagi hampir pilihan raya.
Yang menyedihkan SINAR HARIAN juga mengikut tabiat buruk utusan.
Paling malang SINAR HARIAN mengubah berita daripada BERNAMA, sedangkan dalam berita rasmi bernama menyatakan 16,000.
Perbuatan
ini bukan sahaja mencemarkan SINAR HARIAN malah juga membuatkan
seolah-olah BERNAMA juga menipu. Pihak BERNAMA patut mengambil tindakan
kepada SINAR HARIAN dalam hal ini.
Sila rujuk di sini untuk berita asal BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=940139
Manakala SINAR HARIAN menipu menjadikan angka 16,000 kepada 50,000. Sila rujuk di sini
http://www.sinarharian.com.my/politik/najib-jelas-sebab-pilih-stadium-putra-lancar-manifesto-bn-1.147371
Sinar
Harian pun nak jadi lidah syaitan macam Utusan juga. Saya minta orang
yang bertanggungjawab dalam Sinar Harian menghukum orang yang membuat
kerja onar dan jahat ini agar SINAR HARIAN boleh dipercayai
SINAR
HARIAN telah merosakkan reputasinya sebagai sumber berita. Etika
kewartawanan telah dicemari oleh sebahagian orang yang mengurus SINAR
HARIAN atas dasar 'membesarkan tembolok'.
WARTAWAN dan MEREKA
YANG TERBABIT DENGAN KEWARTAWAN harus memastikan UMNO @ BN hancur demi
menjadikan dunia kewartawan mulia!!!
Orang orang umno Kelantan susah hati
Posted on Sunday, April 07 @ 10:36:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: anaabdullah
"Mengapa
pulak? Betulkah apa yang diberitakan itu, sedangkan puncuk kepimpinan
negeri berusaha sedayapuaya untuk menumbangkan PAS di Kelantan. Malah
diusahakan dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menang.
Terutama
sekali menerusi bantuan kewangan BRIM, TEKUN dan Amanah Akhtiar yang
memainkan peranan yang sangat penting untuk meraih sokongan disamping
JAPIM yang berperanan bahawa perpaduan Islam adalah segala galanya.
Penggunaan
wang dicakapkan oleh Najib ketika membentangkan manifesto BN di Stadium
tertutp Bukit Jalil bukan beli undi telah dapat di Buktikannya.
PRU 11, (2004) Kerajaan PAS Kelantan hampir hampir tumbang dek usaha membeli undi yang dilakukan umno/BN.
usaha
itu dikesinambungkan secara besar besaran dan dapat dibukitkan dalam
pilihanraya kecil Manek Urai, Kuala Kerai yang mana Calon PAS menang
dengan majuriti 46 undi sahaja.DUN Galas Gua Musang juga pilihanraya
kecil calon pas tewas mudah.
Memang orang orang umno Kelantan
sudah susah hati. Maklum sahaja sepanjang negeri serambi Mekah ini di
perintah PAS serba serbi mudah, termasuk mudah dapat projek. Lebih lebih
lagi wang kerajaan pusat ditadbir PPP dibawah kuasa umno negeri.
Orang orang umno Kelantan susah hati kerana katanya kerajaan Kelantan yang diterajui PAS akan tumbang pada PRU 13 nanti.
Bagi
Tan Sri Abdullah Ahmad tetap mengatakan BN tetap gagal menumbangkan
Kelantan dalam tulisan terbaru yang bertajuk: Najib atau Anwar.
Bayangkan
apabila ia menjadi reality, maka serba serbi yang mudah itu akan
bertukar menjadi payah mendapat peluang untuk mendapat projek projek.
Lebih lebih lagi wang kerajaan pusat akan dimasukkan dalam akauan wang
yang disatukan.
Dan sememangnya selama ini orang orang umno
Kelantan sangat senanghati apabila umno/BN Kalah di negeri Serambi Mekah
kerana serba serbi menjadi mudah untuk mendapat peluang apabila projek
kerajaan ditadbir oleh PPP."
Gambar Yang Tidak Wajib Di Siar Dalam Media Perdana
Posted on Sunday, April 07 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: abuluqman
"
semangat orang muda kita yang menuntut luar negara, katanya gambar ini di ambil di atas bukit Nabi Musa (Mount Sinai)
PAS UNTUK SEMUA !! ♥ ♥ ♥ ♥
Kemeriahan
PRU13 Semakin Terasa... Pelakon Abu Bakar Omar Isytihar Sokong PAS
& Akan Membantu Jentera Pilihanraya PAS Di Parlimen Titiwangsa...
#Zed Zaidi "Bengang" Tak Agak-Agak?... ::.kikiki.::
Ini Mendapatkan Berita Terkini/ Semasa KLIK SINI "
PRU 13: Pimpinan Mesti Berhati-hati Beri Kenyataan
Posted on Sunday, April 07 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Mutaligat
Pimpinan
Pakatan Rakyat diingatkan supaya berhati-hati membuat kenyataan akhbar
pada musim pilihanraya ini. Kita tahu pihak musuh memang menanti apa
sahaja kenyataan yang boleh mereka spin dan putar bagi memberikan
kelebihan kepada mereka.
Media pencacai memang diarahkan membuat
provokasi semasa sidang media ataupun semasa bertemu secara adhoc dengan
wartawan. Memang mereka diberi tugas untuk melakukan provokasi yang
menyebabkan pimpinan kita tersilap membuat kenyataan. Malah lebih teruk
kadang-kadang berita yang dikeluarkan jauh tersasar dari kenyataan
sebenar. Apatah lagi kalau memang benar pemimpin kita tersasul.
Oleh
itu diharapkan semua pimpinan supaya bersedia dengan
provokasi-provokasi seperti ini. Kita mengharapkan pihak pimpinan supaya
tidak melayan sebarang soalan-soalan yang nakal yang tidak berkaitan.
Jangan nanti niat kita untuk menjawab persoalan yang timbul akhirnya
menjadi 'backfire' kepada kita.
Sumber: mutaligat.blogspot.com
Lebih banyak Bilik Gerakan Pakatan Rakyat di DUN Kota diaktifkan
Posted on Sunday, April 07 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: amkns
"
Rembau
6 April 2013 – DUN Kota dalam Parlimen Rembau adalah antara DUN di
Negeri Sembilan yang mempunyai paling banyak tempat mengundi atau UPU
(Unit Peti Undi).
Sebanyak 15 UPU terdapat di DUN Kota iaitu
Titian Bintangor, Kota, Selemak, Kg Kendong, Astana Raja, Kg Batu, Pekan
Cengkau, Kg Bongek, Kg Pulau Mampat, Kg Penajis, Semerbok, Kg Gadong,
Legong Ulu, Kg Chengkau Ulu dan Kg Sawah Raja
Ianya adalah
merupakan satu tugasan yang sukar untuk jentera pilihanraya Pakatan
Rakyat di DUN Kota untuk mempastikan semua Bilik Gerakan di 15 UPU ini
aktif.
Walaubagaimana pun kehangatan PRU 13 telah merancakkan
lagi semangat juang para petugas di DUN ini. Pada hari ini, dua Bilik
Gerakan yang amat penting di DUN ini dengan pengundi yang hampir 2000
orang di setiap UPU telah berjaya diaktifkan berhampiran dengan pusat
mengundi iaitu di Kg Kendong dan Kg Selemak berhampiran Sekolah
Kebangsaan Kota di Kendong dan Sekolah Kebangsaan Salak Nama di Selemak.
Turut
hadir dalam gotong royong di UPU Kg Kendong ialah Hj Ghazali Mohd Shom
(Penyelaras PAS DUN Kota), Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS
Rembau) dan Izamri Med (Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota).
Gambar sekitar UPU Kendong dan Selemak di pas-n28-kota.blogspot.com"
Adik Najib Menipu Duit Pekerja
Posted on Sunday, April 07 @ 09:02:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh WTKO
Di
Dungun beratus-ratus orang telah piket di hadapan Bangunan Bank CIMB
Cawangan Dungun membantah kerana kenaikan gaji yang dijanjikan tidak
ditunaikan.
Dalam piket selama dua jam bermula pukul 11 pagi,
pekerja dari seluruh Semenanjung memegang kain rentang serta sepanduk
yang menuntut pihak pengurusan CIMB lebih peka dengan kehendak dan
keperluan mereka.
Setiausaha
Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) J. Solomon berkata piket
itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap CIMB yang tidak memberi
hak kebebasan untuk pekerja menyuarakan pendapat.
"Pada
masa ini, di CIMB Bank, pekerja diganggu, didiskriminasi dan didera
secara literal, pekerja dinafikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat,"
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau juga mendakwa pihak CIMB tidak menjalankan tugas mereka sewajarnya dalam menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
"Sebanyak
27 aduan pekerja tidak dapat diselesaikan setakat ini, pihak tertinggi
CIMB Bank enggan menyelesaikan aduan di peringkat yang paling rendah,"
katanya.
Solomon berkata seramai 100 pekerja kontrak
sementara yang berkala turut dinafikan jaminan pekerjaan dan hak untuk
kehidupan lebih baik seperti di bawah kontrak tetap.
"Pekerja ini tertakluk kepada diskriminasi yang melampau," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan