MASAK la Najib, kes cincin pulak nak terburai...
Posted on Sunday, April 07 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Shalehudin
Skrip Terlewat: Rosmah jadi bibik besan tengok cincin...!!
Semakin
menarik nampaknya cerita cincin permata RM24juta. Isu cincin ni
sebenarnya dah pun agak tenggelam dengan pelbagai isu dan skandal yang
membabitkan keluarga Rosmah dan isterinya, Najib si bibir merah.
Setelah
hamoir dua tahun isu ini timbul, barulah muncul Philip Nassimi (gambar
bawah) Pengarah Barang Kemas Jacob & Co membuat penjelasan, "Natural
Fancy Blue Grade Cushion Diamond Ring" 30.11 karat itu sebenarnya untuk
dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang
bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwan.
Selama
ini rakyat tidak pernah mendengar Rosmah menyebut mengenai kedatangan
Maira, besannya ke Seri Perdana untuk 'melihat' cincin berkenaan.
Andainya memang betul cincin yang dipersoalkan itu dihantar kepada Maira
ketika beliau (Maira) berkunjung ke kediaman Rosmah, logiknya, itulah
alasan pertama yang akan diberikan oleh Rosmah apabila isu ini mula-mula
ditimbulkan hampir dua tahun lalu.
Mengapa
Rosmah sanggup bersumpah bahawa cincin itu tidak ada pada dirinya, tapi
tidak pernah walau sekalipun menyebut cincin berkenaan dihantar kepada
Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev? Mengapa baru sekarang,
muncul tukang emas membuat cerita bahawa cincin itu ditujukan kepada
Maria yang berkunjung ke mahligai Rosmah?
Logiknya, jika
penerangan si tukang emas yang mengatakan Maira adalah pelanggan setia,
apa perlunya Maira meminta cincin berkenaan dikirim kepadanya ketika
beliau mengunjungi Rosmah di Putrajaya? Maira sebagai isteri seorang
Presiden sebuah negara, boleh sahaja terbang ke Jacob & Co, Amerika
Syarikat untuk melihat sendiri cincin berkenaan. Ataupun, minta cincin
berkenaan dikirim kepadanya ketika beliau berada di negaranya,
Kazakstan.
Tapi yang lebih menarik, sejak sekian lama isu ini
menjadi 'bualan hingga ke peringkat antarabangsa' mengapa Maira tidak
pun mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjelaskan isu cincin RM24
ini.
Sepatutnya, Maira sudah sedia maklum bahawa isu cincin yang
kononnya ingin beliau lihat, telah menyeret Rosmah, yang bakal menjadi
besan beliau. Sepatutnya, beliaulah orang pertama yang akan membuat
penjelasan. Bukan tukang emas kedai cincin!!
Sumber: shalehudin.blogspot.com
Harga Kereta: Najib kaki ciplak!
Posted on Sunday, April 07 @ 14:59:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh WTKO
Dahlah
ciplak manifesto Pakatan Rakyat, tapi masih tak nak mengaku. Si Mukhriz
mahathir pula kata manifesto BN berbeza dengan Pakatan Rakyat pasal
turun 20-30% dan lebih baik daripada PR. Nak terkencing aku baca songel
di Mukhriz yang sebelum ini kata Barisan Nasional (BN) tidak akan
membuat janji yang tidak mampu ditunaikan. Tapi sekarang boleh tunai
ke??
Ini
adalah alkisah bagaimana ulasan daripada pimimpin BN @ UMN pasal harga
kereta dan jangan ketawa mereka sidang menjilat ludahnya sendiri.
BN
juga berjanji untuk membina 1,000,000 rumah mampu milik termasuk
500,000 rumah melalui skim Perumahan Rakyat 1Malaysia. Perkara ini
adalah bersamaan dengan tawaran untuk membina 150,000 rumah akan dibina
dalam kategori kos rendah, sederhana dalam tempoh penggal pertama
pentadbiran Pakatan Rakyat.
BN juga berjanji untuk meneruskan
bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan
pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan
gas daripada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Dalam
manifesto Pakatan pula, bayaran royalti itu kepada negeri pengeluar
minyak dan gas itu ditawarkan untuk dinaikkan dari 5 peratus ke 20
peratus.
Pengumuman Najib untuk meningkatkan bayaran melalui
Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada RM1,200 juga menyamai apa hasrat
Pakatan Rakyat yang menawarkan bantuan tunai kepada warga emas sebagai
tanda penghargaan.
KALAU CIPLAK TU MENGAKU AJELAH!!!
Prof Sidek Baba akan mengaku diliwat Anwar Ibrahim?
Posted on Sunday, April 07 @ 14:17:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: lipasmalas
"LIHAT wajah orang tua ini baik-baik, namanya Sidek Baba, dia kini sedang diperkudakan dengan kerap di media arus perdana kongkongan Umno dan BN seperti Utusan Malaysia dan TV3 untuk menyerang Anwar Ibrahim secara bertali arus.
Dimaklumkan, Sidek Baba adalah salah seorang ahli dalam kumpulan khas yang dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, Setiausaha Politik Najib Razak dan diberikan habuan RM15,000 sebulan untuk melakukan tugas khas "membalun" Anwar Ibrahim.
Satu
masa dahulu selepas penahanan Anwar Ibrahim pada 20 September 1998,
Sidek Baba telah ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Rejim Mahathir.
Seminggu selepas ditahan dalam ISA, dia mengaku telah diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Menjelang
PRU13, ramai pihak berpendapat, di dalam menjalankan tugas khasnya
membalun Anwar Ibrahim, dengan upah RM15,000 sebulan ini, Sidek Baba
dijangka akan sekali lagi mengaku pernah diliwat oleh Anwar Ibrahim seperti pengakuannya sebelum ini.
Melihatkan watak lelaki lembut yang dimiliki oleh Prof Sidek Baba ini, dia dijangka akan digunakan untuk mengaku sebagai mangsa liwat Anwar Ibrahim menjelang pilihanraya umum ke 13 sekaligus melengkapkan kempen lucah Umno dan Barisan Nasional bagi meraih sokongan rakyat.
Maka
sebelum dia sekali lagi mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim, bagi
menyiapkan "assignment" membalun Anwar, biar gua balun dia supaya dia
tahu langit tinggi ke rendah. Prof paling bahalol dalam Malaysia...
ReJaM© " Duit punya pasal, gadai maruah pun sanggup..."
Sumber: MiLo SuaM
Media putar belit Ucapan TGNA, Muhyddin jadi bodoh!
Posted on Sunday, April 07 @ 14:11:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh ALBA
Umno Solat Tapi Tidak Mendapat Pahala? Media propanganda UMNO memainkan isu ini bagi tujuan menunjukkan Tuan guru nik Abdul Aziz, seolah-olah menghina orang UMNO.
Tan Sri Muhyiddin pula dengan emosi mengulas dengan KAFIRkan PAS mengatakan PAS Ajaran Sesat!
Dalam
kuliah TGNA menerangkan tentang solat yang tak diterima dan menyebut
tak kira UMNO atau PAS kalau riak Allah tak terima solat.
Pencacai
UMNO yang mengulas kononnya soal dapat pahala itu kerja Allah bukan
kerja TGNA satu hal tak faham dengan isu sebenar asyik nak komen sahaja.
Semua jadi BODOH akibat daripada media UMNO memutar belit cerita
sebenar.
Lagi malang jika ada cerdik pandai agama termasuklah
mufti membuat ulasan tanpa tahu apa cerita sebenar. Mereka telah
terlepas dengan PERINGATAN ALLAH tentang berita fasiq!! Malang sungguh
bangaimana nak menjawab di sisi Allah nanti?
ITU LAH MENTALITI UMNO untuk kekal kuasa... Kalau Tak Bohong Tak Dinamakan UMNO
Paparan lebih jelas
17 perkara Menifesto BN, tiada janji untuk menurunkan harga minyak
Posted on Sunday, April 07 @ 14:01:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: notan
"Assalamualaikum,,
17
perkara yang diumumkan dalam menifesto BN untuk PRU 13 tidak
menampakkan keikhlasan BN untuk membela rakyat.Semuanya sekadar
kosmetik, point penting yang teramat perlu dilakukan kerajaan ialah
membekal minyak, petrol dan disel pada harga yang paling minima.Tetapi
BN mahu mengelak untuk mencacatkan dalam menifestonya kerana mungkin BN
menyedari bahawa dengan memberi harga minyak yang paling minima kepada
rakyat, maka banyak yang akan terlepas untuk mereka dan anak beranak,
oleh itu BN lebih sanggup menawarkan BR1M pada kadar RM1,200.00 setahun
berbanding menjamin harga minyak yang paling minima.Kekalahan yang jelas
kepada menifesto PR yang tegas untuk menurunkan harga minyak dan
memberi kesan pengganda kepada ekonomi rakyat tanpa perlunya BR1M.
Keengganan
BN untuk menurunkkan harga minyak sudah cukup untuk rakyat menolak
mereka kali ini.Amat malang kalau rakyat percaya bahawa BR1M yang
dinaikkan akan memberi kesan pengganda kepada ekonomi rakyat.Kesan besar
hanya akan dirasai apabila punca utama peningkatan indek harga pengguna
diatasi, ia itu dengan menurunkan harga minyak, petrol dan disel.
Tanpa
adanya mekanisma penurunan harga minyak dan kesannya kepada harga
pengguna, maka segala usaha menangani kos sara hidup rakyat akan jadi
sia sia atau mungkin sekadar kosmetik untuk mengkaburi rakyat. Rakyat
harus bijak menilai soal ini kerana negara adalah pengeluar minyak yang
diolah oleh BN kelihatan seperti negara pengimport.Rakyat tidak harus
tertipu dengan hakikat ini, malah hari ini semakin banyak minyak mentah
di temui dalam negara jadi kenapa penemuan dan anugrah ALLAH ini tidak
dapat digunakan untuk mensejahterakan rakyat?
Jawabannya
bergantung kepada keputusan rakyat memilah kerajaan, kalau kerajaan yang
bijak dipilih, maka sumber anugerah ALLAH ini akan menjadi sesuatu yang
menguntungkan rakyat, tetapi kalau kerajaan yang licik dipilih, maka
terimalah akibat kesengsaraaan yang tidak berkesudahan.
Kalau
diperhatikan tiada yang baru dalam menifesto BN kali ini, ianya sekadar
pengolahan semula menifesto yang lalu bagi menunjukkan BN ada matlamat
dalam menawarkan perkhidmatan kepada rakyat, tetapi yang sebetulnya, BN
tidak terikat dengan semua menifesto yang dijanjikan.Lihat saja
mengenai kesihatan, Kerajaan BN saban kali PRU akan berjanji untuk
meningkatkan kemudahan kesihatan tetapi apa yang berlaku, di kebanyakan
hospital kerajaan, keadaaan menjadi semakin sesak hari demi hari.
Untuk
menanggangi kos sara hidup rakyat, bukan bantuan terus dari kerajaan
yang diperlukan tetapi rangsangan dan penjimatan menerusi dasar kewangan
dan belanjawan negara yang diperlukan.Mungkin BN tidak lagi mendengar
nasihat dari pakar ekonomi yang berlambak dalam negara, tetapi BN lebih
fokus untuk membeli undi rakyat.Untuk itu BN akan menampilkan kebaikan
mereka dengan bantuan terus yang diamalkan sekarang dan ingin diteruskan
lagi oleh BN.
Tetapi dasar bantuan terus ini hanya akan
membebankan rakyat, yang terpaksa membayar kadar pendapatan yang tinggi
kepada kerajaan menerusi struktur cukai, lesen dan denda.Rakyat harus
faham mengenai perkara ini kerana kerajaan manggunakan dana yang
dikutip dari rakyat untuk memberi bantuan terus tersebut.
Pendek kata BN sudah gagal menguruskan negara dan perlu ditolak dalam PRU 13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan