Akibat kedekut
Ustaz Hamizul Abdul Hamid, | 05 Apr 2013 |
Jawapan: Terima kasih kerana mengajukan persoalan dan semoga Allah SWT memberikan saya kemampuan untuk menjawab persoalan ini. Sememangnya tidak dapat dinafikan, sentiasa wujud di celah hati manusia itu satu penyakit yang bernama kedekut ini. Hakikatnya juga, kedekut adalah salah satu perangai manusia yang berkaitan dengan harta yang telah menghingapi manusia sejak dari zaman dahulu kala.
Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang kafir): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu (segala macam nikmat kehidupan) tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut.” (al-Isra’ : 100)
Lalu, apabila diuji dengan banyaknya harta, maka ada manusia yang tipis imannya akan menjadi manusia yang kedekut. Allah SWT menjelaskan lagi perihal ini di dalam al-Quran yang maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu menyebabkan kamu lalai daripada mengingati Alah, dan sesiapa yang berbuat seperti itu, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (al-Maidah : 9)
Oleh itu, Islam memang mengakui bahawa sifat kedekut ini ada dalam diri manusia. Maka, awal-awal lagi Allah SWT telah memberikan pesanan, agar manusia tidak menjadi kedekut dalam kehidupannya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka, bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka; bahkan ia adalah buruk bagi mereka. (Kelak) Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat.” (Ali Imran : 180)
Walau bagaimanapun, perangai kedekut ataupun bakhil ini masih mendominasi dalam diri kebanyakan manusia, sehingga menyebabkan mereka merasa begitu sayang untuk menafkahkan harta kekayaan mereka ke jalan-jalan kebajikan yang diredai Allah SWT. Misalnya, apabila mahu memberikan sedekah maka mereka memilih wang yang kecil sahaja jumlahnya. Mereka merasa tidak malu kepada Allah SWT, kerana diberikan rezeki yang banyak, mampu membayar saluran tv berbayar, bil telefon dan pelbagai lagi sehingga ratusan ringgit sebulan misalnya; namun untuk memberi sedekah RM10 sebulan pun terlalu berkira-kira.
Rasulullah SAW ada mengingatkan kita di dalam sabda-Nya: “Jauhkanlah diri kamu daripada kebakhilan, kerana sifat bakhil itulah yang membinasakan orang-orang terdahulu. Sifat bakhil telah menyuruh mereka berbuat zalim, maka mereka melakukan perbuatan zalim. Sifat bakhil (juga) telah menyuruh mereka memutuskan tali kekeluargaan, maka mereka memutuskan tali kekeluargaan.” (Riwayat Abu Daud)
Apakah tidak zalim namanya, kerana sanggup membelanjakan wang dan harta ke jalan yang sia-sia, berhibur siang dan malam, makan dan minum secara berlebihan, membeli pakaian mahal tanpa keperluan dan sebagainya lagi; sedangkan pada masa yang sama masih ada saudara-maranya, jiran tetangga malah kaum kerabatnya yang mungkin memerlukan bantuan.
Bukankah semua ini, menzalimi dirinya kerana akan diheret ke neraka kerana melakukan pembaziran dan pada masa yang sama, menzalimi orang lain yang memerlukan? Apakah tidak mungkin, akan tercetusnya perasaan marah, benci dan sakit hati golongan ini andai mengetahui, wang si kaya dihamburkan tanpa sedikit pun diagihkan kepada mereka yang sering kelaparan dan kesusahan?
Maka, apakah akibat daripada sifat buruk kedekut dan bakhil ini? Sudah pasti kita perlu merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam menjustifikasikannya.
Pertama, orang yang kedekut dan bakhil ini boleh dianggap berdosa kepada Allah SWT. Ini selaras dengan apa yang disebutkan di dalam dalil di atas tadi (Ali Imran : 180) dan di akhirat, mereka bakal masuk ke dalam neraka, sesuai dengan hadis Rasulullah SAW: “Bentengilah diri kalian dari seksa api neraka meskipun dengan separuh buah kurma.” (Muttafaqun ‘alaih). Orang yang kedekut, maka tiada banteng api neraka pada dirinya.
Kedua, orang kedekut akan mendapat kesusahan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Firman Allah SWT bermaksud: “Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta dia mendustakan perkara yang baik; maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan.” (al-Lail : 8-10)
Ketiga, sifat kedekut boleh membinasakan diri dan manusia lainnya atau ummah keseluruhannya. Kerana ia mencetuskan sifat tamak haloba, hingga akhirnya mengambil harta yang bukan miliknya dan menidakkan hak orang lain. Hal ini boleh disandarkan kepada al-hadis di atas.
Keempat, manusia membencinya. Nabi Muhammad SAW menukaskan: “Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan jauh daripada api neraka. Orang yang kedekut itu jauh daripada Allah, jauh daripada manusia dan dekat dengan neraka. Sesungguhnya orang yang bodoh tetapi pemurah itu lebih disayangi Allah daripada seorang abid yang bakhil.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Kelima, orang kedekut menjadi lalai hingga terus leka dalam mengumpulkan harta kekayaannya. Allah mengingatkan: “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), hingga kamu masuk ke liang kubur.” (at-Takaathur : 1-2)
Keenam, orang kedekut tidak mendapat keberkatan dalam hidupnya kerana kemungkinan besar hartanya bercampur baur dengan hak milik orang lain. Maka, dia tidak akan merasa bahagia, harta banyak rumahnya luas tetapi terasa tidak cukup dan sempit sekali hidupnya, justeru dia sudah di ambang kebinasaan. Allah SWT menyatakan: “Belanjakanlah (hartamu) pada jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan (dengan mengingkari perintah Allah) dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik.” (al-Baqarah : ayat 195)
Ketujuh, kedekut mengundang kebinasaan sama ada di dunia (binasa hartanya) mahu pun akhirat (harta menyeretnya ke neraka), seperti diperingatkan oleh Nabi SAW, bahawa ada tujuh kebinasaan yang boleh menimpa manusia dan salah satu daripadanya adalah sifat kedekut (mafhum hadis riwayat an-Nasai).
Kelapan, orang bakhil dan kikir tidak mendapat pertolongan di dunia dan akhirat kerana mereka mengabaikan perintah Allah SWT, samalah seperti Qarun: “Lalu Kami (Allah) benamkan dia (Qarun) bersama-sama dengan rumahnya ke dalam tanah, maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya daripada azab Allah; dan dia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.” (al-Qasas: 81)
Kesimpulannya, perangai kedekut ini adalah penyakit hati yang amat merosakkan manusia, sama ada di dunia mahu pun akhirat. Malah, jika dikaji dengan lebih mendalam, masih banyak lagi kesan dan akibat buruk sifat kedekut ini ke atas diri manusia. Namun, untuk ruangan ini, rasanya apa yang dipaparkan di atas sudah memadai. Yang lebih utama, sudahkah kita bersedia untuk mengikis sifat kedekut dan belajar menjadi lebih pemurah dari sehari ke sehari. Wallahua’lam.
Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan sebarang persoalan zakat sila emailkan kepada hamizul@e-zakat.com.my atau untuk info lanjut boleh layari www.e-zakat.com.my atau http://blog.e-zakat.com.my.
Anwar sah tanding Permatang Pauh
Datuk
Seri Anwar Ibrahim malam ini akhirnya membuat keputusan akan kekal
bertanding kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.Pengumuman itu dibuat Taman Pauh dalam kawasan Parlimen itu, di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat, beberapa hari selepas beliau menyatakan kemungkinan bertanding di Perak.
Katanya, beliau membuat pilihan itu kerana hubungannya dengan penduduk Permatang Pauh seperti keluarga sendiri, yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan.
Sebagai contoh, katanya, pada 2004 ketika beliau tidak bertanding, pengundi tetap memilih isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
"Saya balik kampung ada seorang beritahu saya, mana boleh perdana menteri akan datang dari Tambun," katanya
Siang tadi, Anwar berkata, sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, dia akan memilih Permatang Pauh.
Beliau kini mengecilkan pilihannya kepada hanya dua kerusi.
Sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, beliau akan meletakkan Siti Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail di situ, kata Anwar.
Anwar berkata, jika bertanding di Perak, beliau harus menumpukan sepenuhnya di negeri itu dan tidak boleh lagi pusing seluruh negara pada waktu berkempen.
"Saya tidak boleh hanya turun pada hari penamaan calon, kemudian pergi kempen di negeri lain," katanya di hadapan kira-kira 300 orang di Kubang Semang hari ini.
Katanya, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR juga tidak begitu setuju beliau bertanding di Perak dan lebih gemar beliau tetap tinggal di Permatang Pauh.
Serangan balas MB boleh 'lumpuhkan' Kit Siang
Laporan
menggemparkan bahawa Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman
mungkin bertanding di Johor untuk berdepan dengan pemimpin popular DAP
Lim Kit Siang meletakkan DAP dalam keadaan tidak selesa kerana ia mampu
menyapu undi Melayu di Parlimen itu.Berdasarkan komposisi 52 peratus pengundi Cina dan 12 peratus India di kawasan separa bandar itu, DAP sebelum ini yakin mendapat majoriti daripada pengundi bukan Melayu dan separuh daripada 34 peratus undi Melayu, sekali gus dengan mudah menyelamatkan Lim.
Bagaimanapun, pengaruh Ghani dilihat mampu mengekang kehilangan sokongan BN ke tahap paling minimum di Nusa Jaya, salah satu daripada dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Gelang Patah.
Ghani juga dilihat ramai masyarakat Cina di Johor sebagai pemimpin Umno yang sederhana dan rendah diri dan kenaikan harga hartanah di Iskandar - yang juga terletak di Gelang Patah - sebelum ini seolah-olah "tepukan" kepadanya.
Sekiranya menteri besar empat penggal itu selamat dengan 85 peratus undi Melayu di Gelang Patah, DAP perlu meraih 80 peratus undi Cina dan 40 peratus India untuk mengalahkannya dengan majoriti tipis 1.5 peratus.
Najib diasak 2 pemimpin muda di Pekan
Datuk
Seri Najib Razak akan diasak pemimpin muda Pakatan Rakyat dan calon
mahasiswa dalam pertembungan tiga penjuru di Parlimen Pekan dalam
pilihan raya umum akan datang.Pengumuman calon kumpulan mahasiwa Mohamed Bukhairy Mohamed Sufian di Kuala Lumpur hari ini mengesahkan ura-ura persaingan seumpamanya yang kali pertama berlaku di kubu kuat BN itu.
PKR masih belum menamakan calonnya, bagaimanapun Malaysiakini difahamkan anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Fariz Musa hampir sah dipilih bertanding di situ.
Mohamed Bukhairy, pelajar tahun akhir jurusan Sains Politik Islam di Universiti Malaya (UM), diumumkan sebagai calon mahasiswa oleh pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.
Difahamkan, langkah drastik kumpulan antikemapanan itu diambil ekoran kegagalan mereka melobi Pakatan supaya memberi laluan bagi membolehkan berlakunya pertembungan dua penjuru.
"Sekiranya Pakatan Rakyat umum calon, itu (hak) ruang demokratik (mereka). Yang penting kami bukan pengacau.
"Kami ada isu yang kami bawa, yang sehingga kini belum disambut mana-mana parti," kata Safwan.
Pada pilihan raya umum 2008, parlimen Pekan menyaksikan Najib mengalahkan calon PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dengan majoriti 26,464 undi.
Fariz tiada masalah, kongsi misi jatuhkan BN
Pertembungan bersejarah itu, walaupun menarik perhatian pemerhati, mengundang kebimbangan penyokong Pakatan terhadap kemungkinan berlakunya pecah undi antara kumpulan anti-BN.
Sementara itu, Bukhairy yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Mahasiswa (MPP) nasional berkata, beliau menawarkan "polisi baharu pengajian tinggi negara" untuk penduduk Pekan.
"Isu ini adalah isu yag sentiasa malar segar. Setakat ini kita bawa polisi ini, Alhamdulillah ada (penduduk Pekan) yang terima.
"Untuk masalah setempat (penduduk Pekan pula) kita masih mengkaji perkara itu," katanya.
Sementara itu, Fariz sewaktu dihubungi Malaysiakini mengalu-alukan hasrat kumpulan mahasiswa itu meletakkan calon mereka di Pekan atas prinsip berkongsi "misi yang sama" bagi menjatuhkan BN.
"Saya tiada masalah kerana itu hak mereka untuk bertanding," kata Fariz yang tidak melihat situasi itu bakal memecahkan undi PKR atas "kematangan pengundi".
Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan dipilih menjadi calon parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dan menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan PKR.
Khabar angin pemilihan Fariz - bekas timbalan ketua Pemuda PKR dan kini memimpin NGO Jingga 13 - bertambah kencang selepas beliau dilantik sebagai penyelaras PKR bagi Parlimen Pekan bermula 19 Mac lalu.
Ahli politik antara 1,500 miliki syarikat luar pesisir
EKSKLUSIF Ahli
politik ternama Malaysia, kaum kerabat dan rakan kongsi mereka antara
yang memiliki syarikat luar pesisir secara rahsia di Singapura dan
British Virgin Islands (BVI), menurut maklumat dari dokumen yang bocor.Mereka termasuklah anak lelaki bekas perdana menteri Mirzan Mahathir, Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Micheal Chia, yang pernah dikaitkan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Fail-fail yang diperoleh daripada Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) yang berpangkalan di Washington dan diteliti Malaysiakini menunjukkan, seramai 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir - yang digelar Switzerland baru - serta BVI, syura percukaian rendah.
Senarai ICIJ terdiri daripada gabungan taikun yang disenaraikan Forbes, ahli parlimen, pesara politik, penjawat awam dan pasangannya, kerabat diraja, ahli perniagaan terkenal dan tidak terkenal, kongsi gelap dan bekas ratu cantik.
Walaupun beberapa syarikat luar pesisir menjalankan urus niaga sah, yang lain mungkin antara RM871.4 bilion aliran keluar wang haram dalam tempoh 10 tahun, seperti dianggarkan oleh pemantau kewangan yang berpengkalan di Washington Global Financial Integrity (GFI).
Nong Chik (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini memberitahu RZA International Corporation ditubuhkan bapanya, yang berumur 96 pada tahun ini, untuk pelaburan luar pesisir yang sah untuk keluarga.
Melalui e-mel, Nong Chik berkata, RZA tidak digunakan untuk aktiviti yang kabur dan bertujuan mengelakkan cukai atau meyembunyikan urus niaga luar negara.
Sementara itu, Malaysiakini juga cuba mendapatkan komen Mirzan di pejabatnya tetapi pembantunya memberitahu mereka tidak dapat memberikan maklum balas kerana beliau sedang berada di luar kawasan.
Manakala usaha menghubung Chia melalui maklumat daripada dokumen pendaftaran syarikat juga gagal mendapat reaksi.
'Lama tak dengar khabar,' sapa Jui Meng
"Lama
tak dengar khabar" -- ini perkataan pertama terpancul daripada mulut
Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Chua Jui Meng yang tidak kelihatan di
khalayak umum selepas partinya menyerahkan kerusi Gelang Patah kepada
DAP.Memecahkan kesunyiannya hari ini, Chua berikrar menyokong pemimpin popular DAP Lim Kit Siang walaupun pengambilan kerusi itu menyebabkan bekas pemimpin MCA itu kini tiada kerusi.
"Gelang Patang berpotensi besar untuk menang dan saya berbesar hati orang yang mengambilnya dari saya adalah Lim Kit Siang.
"Beliau seorang yang telus, mulia dan tekun berjuang untuk perubahan untuk negara ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Beliau juga menyeru penyokongnya untuk menyokong Lim.
PKR Johor pada 30 Mac lalu dipangku oleh timbalan pengerusi majlis pimpinan negeri Dr Ahmad Faidhi Saidi selepas Chua terus tidak tampil di khalayak umum.
Sikap Chua itu sebelum ini dispekulasikan ekoran perasaan tidak puas hati terhadap keputusan PKR memberikan Gelang Patah kepada Lim, kerusi yang dikatakan diintainya terlebih dahulu.
Kemunculan Chua juga hari ini dilihat sebagai usaha menutup cakap-cakap yang memberikan kesan negatif kepada Pakatan, sekali gus mengelakkan perpecahan sesama parti pembangkang.
TPM bidas dakyah BN 'sudah tua, harus ditukar'
Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas dakyah pembangkang
yang menuduh BN "sudah tua" dan "harus ditukar" memandangkan parti itu
telah menerajui kepimpinan negara sejak lebih lima dekad lalu.
Sebaliknya, Muhyiddn yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Wilayah persekutuan menegaskan BN - dahulunya perikatan - yang mengetuai kerajaan berkeupayaan memenuhi cita-cita dan kehendak rakyat.
"Janganlah mereka (rakyat) terpengaruh dakyah pembangkang yang menyatakan kononnya kerajaan BN sudah tua. Kalau dah tua, harus ditukar. Jadi, dia guna pelbagai slogan, dia sebut ubah, tukar dan sebagainya.
"Tapi rakyat lebih tahu daripada parti pembangkang. Rakyat tahu walaupun sudah lama mentadbir negara, 55 tahun lamanya, parti ini tidak tua, pemimpin bersilih ganti, lebih bertenaga daripada dahulu, berkeupayaan, berkemampuan, ada wawasan dan cita-cita dan memahami kehendak rakyat jelata," katanya.
Sehubungan itu, beliau yang menteri pelajaran mengajak rakyat untuk memberi mandat baru dan pertama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil alih pentadbiran daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi empat tahun lalu.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan ringkas selepas menunai solat Jumaat dan jamuan bersama rakyat di Madrasah Al-Islahiyah Al-Diniyah di Wangsa Maju petang ini.
Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata program transformasi termasuk bantuan kepada rakyat membuktikan kerajaan memberi perhatian kepada semua kelompok tanpa pengecualian.
Oleh yang demikian, beliau berkata sokongan rakyat meningkat secara mendadak dan semangat mereka berkobar-kobar untuk melihat dasar tersebut diteruskan selepas pilihan umum nanti.

DAP: Apakah Taib lebih tinggi daripada SPRM, Najib?
Kenyataan
Abdul Taib Mahmud untuk tidak memberi kerjasama dalam siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membayangkan ketua menteri
Sarawak mengatasi badan itu dan juga perdana menteri, kata DAP.Tokoh pembangkang Lim Kit Siang berkata kenyataan Taib semalam bagaikan satu tamparan kepada Najib Abdul Razak dalam usahanya membasmi rasuah.
Dalam kenyataannya, Lim menambah perdana menteri harus bertindak tegas dalam perkara ini bagi membuktikan beliau benar-benar berpegang teguh dengan ikrar integriti pilihan raya Transparency International-Malaysia (TI-M) yang ditandatangani pada 20 Februari.
Jika tidak, katanya, Taib akan 'memberi pukulan maut' terhadap dakwaan Najib untuk meningkatkan 'pembasmian rasuah' sebagai agenda utama program transformasinya, sedangkan Taib bukan sahaja lebih kuat dari SPRM, tetapi juga daripada perdana menteri.
Sehubungan itu Lim mencabar Najib supaya meminta SPRM untuk meneruskan siasatannya.
"Bola kini di gelanggang Najib. Adakah SPRM akan berundur atau Najib akan mengarahkan SPRM meneruskan membuka siasatan penuh, atau lebih baik lagi, menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI) terhadap semua tuduhan rasuah yang telah dibuat terhadap Taib dan keluarganya? "
Lim berkata walaupun untuk menubuhkan RCI kini di luar kuasa Najib sebagai perdana menteri sementara, tetapi Pakatan bersedia membuat pengecualian untuk menyokongnya.
Semalam, Taib dilaporkan berkata demikian bagi mengulas siasatan SPRM terhadap tuduhan yang dibangkitkan dalam video NGO antarabangsa Global Witness yang dikeluarkan bulan lepas.
Ketua menteri Sarawak itu dilaporkan berkata SPRM tidak layak mendapat kerjasamanya kerana mereka 'nakal dan tidak jujur'.
TPM bidas dakyah BN 'sudah tua, harus ditukar'
Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas dakyah pembangkang
yang menuduh BN "sudah tua" dan "harus ditukar" memandangkan parti itu
telah menerajui kepimpinan negara sejak lebih lima dekad lalu.
Sebaliknya, Muhyiddn yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Wilayah persekutuan menegaskan BN - dahulunya perikatan - yang mengetuai kerajaan berkeupayaan memenuhi cita-cita dan kehendak rakyat.
"Janganlah mereka (rakyat) terpengaruh dakyah pembangkang yang menyatakan kononnya kerajaan BN sudah tua. Kalau dah tua, harus ditukar. Jadi, dia guna pelbagai slogan, dia sebut ubah, tukar dan sebagainya.
"Tapi rakyat lebih tahu daripada parti pembangkang. Rakyat tahu walaupun sudah lama mentadbir negara, 55 tahun lamanya, parti ini tidak tua, pemimpin bersilih ganti, lebih bertenaga daripada dahulu, berkeupayaan, berkemampuan, ada wawasan dan cita-cita dan memahami kehendak rakyat jelata," katanya.
Sehubungan itu, beliau yang menteri pelajaran mengajak rakyat untuk memberi mandat baru dan pertama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil alih pentadbiran daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi empat tahun lalu.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan ringkas selepas menunai solat Jumaat dan jamuan bersama rakyat di Madrasah Al-Islahiyah Al-Diniyah di Wangsa Maju petang ini.
Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata program transformasi termasuk bantuan kepada rakyat membuktikan kerajaan memberi perhatian kepada semua kelompok tanpa pengecualian.
Oleh yang demikian, beliau berkata sokongan rakyat meningkat secara mendadak dan semangat mereka berkobar-kobar untuk melihat dasar tersebut diteruskan selepas pilihan umum nanti.
Sebaliknya, Muhyiddn yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Wilayah persekutuan menegaskan BN - dahulunya perikatan - yang mengetuai kerajaan berkeupayaan memenuhi cita-cita dan kehendak rakyat.
"Janganlah mereka (rakyat) terpengaruh dakyah pembangkang yang menyatakan kononnya kerajaan BN sudah tua. Kalau dah tua, harus ditukar. Jadi, dia guna pelbagai slogan, dia sebut ubah, tukar dan sebagainya.
"Tapi rakyat lebih tahu daripada parti pembangkang. Rakyat tahu walaupun sudah lama mentadbir negara, 55 tahun lamanya, parti ini tidak tua, pemimpin bersilih ganti, lebih bertenaga daripada dahulu, berkeupayaan, berkemampuan, ada wawasan dan cita-cita dan memahami kehendak rakyat jelata," katanya.
Sehubungan itu, beliau yang menteri pelajaran mengajak rakyat untuk memberi mandat baru dan pertama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil alih pentadbiran daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi empat tahun lalu.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan ringkas selepas menunai solat Jumaat dan jamuan bersama rakyat di Madrasah Al-Islahiyah Al-Diniyah di Wangsa Maju petang ini.
Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata program transformasi termasuk bantuan kepada rakyat membuktikan kerajaan memberi perhatian kepada semua kelompok tanpa pengecualian.
Oleh yang demikian, beliau berkata sokongan rakyat meningkat secara mendadak dan semangat mereka berkobar-kobar untuk melihat dasar tersebut diteruskan selepas pilihan umum nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan