Jangan terkejut jika Najib hapuskan PTPTN
Harakahdaily, | 02 Apr 2013 |
“Menjelang tarikh PRU yang semakin dekat, tidak mustahil PM akan mengumumkan langkah drastik termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN dan penurunan harga minyak.
"Ini akan dilakukan demi mendapat sokongan rakyat terbanyak khususnya di kalangan anak-anak muda,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.
Tuan Ibrahim juga mengulas tindakan Najib ke Masjid Sri Petaling dengan memakai kopiah dan berkain sarung dan membawa keluarga untuk beristirehat di The Curve di khalayak orang ramai.
Baginya, tindakan itu tidak mengejutkan apatah lagi bilamana ia berlaku menjelang PRU13.
“Kerana pada pandangan umum, dalam situasi terdesak seperti dialami BN-Umno kini yang sudah di ambang kekalahan, pelbagai wajah boleh dijelma asal ianya berjaya menarik perhatian pengundi.
"Nampaknya satu persatu tindakan yang dilakukan oleh pimpinan PR akan diikuti oleh Perdana Menteri, bahkan tawaran Buku Jingga turut diikuti, walau pada mulanya ia diserang habis-habisan,” kata Tuan Ibrahim.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut berkata tindakan meniru tawaran PR dengan terus mengisytihar melalui pelbagai jenama baru, walaupun asasnya sama, membuktikan Najib kekeringan idea dalam meneruskan kepimpinan negara.
Najib, katanya juga berhadapan pelbagai pergolakan dalaman termasuk agihan kerusi yang masih belum selesai.
"PM juga tertekan dengan kemungkinan kehilangan kerusi Presiden Umno jika gagal memulihkan BN seperti yang dikatakan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
"Walau apapun rakyat tetap menunggu ketibaan hari mereka untuk menobatkan kerajaan baru dan barisan kepimpinan baru yang lebih berwibawa dan mampu menggalas amanah. insyaAllah,” tambah Tuan Ibrahim.
P Pinang tingkat 3 kali ganda peruntukan agama
Harakahdaily, | 02 Apr 2013 |
PULAU PINANG: Negeri Pulau Pinang pada keseluruhannya terus aman, maju dan makmur. Perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat berbilang kaum juga terus meningkat.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, rakyat kini lebih sedar akan pentingnya keharmonian dan perpaduan kaum demi kemajuan dan pembangunan Negeri Pulau Pinang.
"Kejayaan dalam usaha kita untuk berada dalam keadaan aman, bersatu padu dan saling bekerjasama adalah sesuatu yang boleh dibanggakan walaupun kita daripada kaum-kaum yang berlainan keturunan, agama, kebudayaan dan adat resam," ujarnya lagi.
Beliau menyatakan pada Istiadat Mengangkat Sumpah Pelantikan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, hari ini.
Berikut ialah petikan ucapan beliau.
Pada saat yang bersejarah dan penuh gilang-gemilang ini, saya bagi pihak Kerajaan, Pegawai dan anggota perkhidmatan awam serta seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang dengan segala hormat dan sukacita menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena lanjutan perkhidmatan Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi kali kelima.
Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Binti Shariff. Sesungguhnya kami berasa amat bersyukur dan gembira kerana Tuan Yang Terutama Tuan dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan berdua akan terus menjadi payung kepimpinan kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri ini serta terus melakar sejarah dan kejayaan bagi memakmurkan negeri yang amat kita cintai ini.
Negeri Pulau Pinang pada keseluruhannya terus aman, maju dan makmur. Perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat berbilang kaum juga terus meningkat. Rakyat kini lebih sedar akan pentingnya keharmonian dan perpaduan kaum demi kemajuan dan pembangunan Negeri Pulau Pinang. Kejayaan dalam usaha kita untuk berada dalam keadaan aman, bersatu padu dan saling bekerjasama adalah sesuatu yang boleh dibanggakan walaupun kita daripada kaum-kaum yang berlainan keturunan, agama, kebudayaan dan adat resam.
Usaha-usaha Kerajaan untuk terus memantapkan pertumbuhan ekonomi menunjukkan hasil yang menggalakkan di mana ekonomi negeri diunjurkan berkembang 6.3 peratus dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan sebagai penyumbang utama.
Kerajaan Pulau Pinang adalah yang paling bersih di Malaysia, berikutan pengiktirafan oleh Transparency International serta Laporan Ketua Audit Negara yang telah memuji sistem tender terbuka, lebihan belanjawan tahunan serta pengurangan hutang 95% daripada RM630 juta kepada RM30 juta. Salah satu lagi pencapaian cemerlang adalah kejayaan dalam menyelamatkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang telah hampir bankrap setelah ketirisan sebanyak RM230 juta sebelum tahun 2008.
Pentadbiran yang berasaskan prinsip CAT iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus telah membolehkan Pulau Pinang untuk berjaya menarik jumlah pelaburan yang paling besar di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah – bukan sekali tetapi dua kali pada tahun 2010 dan juga 2011. Sepanjang tempoh lima tahun yang lepas iaitu dari tahun 2008-2012, Pulau Pinang telah mencatat pelaburan berjumlah RM36.1 bilion berbanding RM18.7 bilion dalam tempoh lima tahun sebelum itu iaitu dari tahun 2003-2007.
Pulau Pinang kini merupakan negeri paling sesuai didiami di Malaysia dan yang kelapan paling sesuai didiami di Asia. Baru-baru ini, Pulau Pinang juga telah terpilih sebagai lokasi keempat paling baik di dunia untuk persaraan. Pengiktirafan ini adalah bukti bahawa Pulau Pinang sudah menjadi Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat.
Kerajaan Negeri percaya bahawa kekayaan harus dikongsi secara saksama dengan rakyat. Untuk sebab itu, Kerajaan Negeri telah mengagihkan lebihan belanjawan tahunan yang dicapai dalam bentuk bantuan tunai kepada sekolah-sekolah dan juga individu seperti warga emas, OKU, ibu tunggal, bayi baru lahir, penarik beca, pelajar universiti serta pelajar sekolah. Semua program ini telah menelan belanja sebanyak RM150 juta sejak tahun 2008.
Pulau Pinang berjaya mencatat sejarah dengan pelancaran Agenda Ekonomi Saksama (AES) yang berjumlah RM20 juta untuk menjadi negeri pertama di Malaysia untuk menghapuskan kemiskinan dengan memastikan bahawa setiap isi rumah di Pulau Pinang mempunyai pendapatan minima RM770 sebulan. Mana-mana keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM770 sebulan akan “ditambah nilai” oleh kerajaan negeri sehingga mereka mempunyai RM770.
Pulau Pinang juga merupakan negeri pertama yang memperuntukkan RM500 juta untuk tujuan pembinaan perumahan mampu milik. Kerajaan Negeri telah pun membina hampir 4,000 unit sejak tahun 2008 sementara sektor swasta telah menyumbang sebanyak 9,000 unit lagi. Untuk masa depan, Kerajaan Negeri bercadang untuk membina 19,172 unit dengan tambahan 20,000 unit daripada sektor swasta.
Kerajaan Negeri akan melaksanakan projek RM6.3 bilion untuk meleraikan trafik melalui tiga lebuhraya daripada Tanjung Bunga ke Teluk Bahang; Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu; Air Hitam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu serta terowong bawah dasar laut yang akan menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam, Butterworth. Kerajaan Negeri tidak akan membiarkan anak-anak muda Pulau Pinang untuk membesar dalam generasi kesesakan trafik.
Pulau Pinang kini dalam proses menjadi negeri hijau pertama di Malaysia dengan inisiatif-inisiatif hijau, seperti menjadi satu-satunya negeri yang mengamalkan kempen “Tiada Beg Plastik Percuma” serta mencapai kadar kitar semula yang paling tinggi iaitu 24%. Pulau Pinang juga ingin menjadi negeri basikal pertama di Malaysia dengan laluan basikal 200 kilometer.
Kerajaan Negeri telah meningkatkan peruntukan untuk hal ehwal agama Islam hampir tiga kali ganda serta menubuhkan portfolio Exco untuk hal ehwal agama bukan Islam. Pulau Pinang juga kini menjadi ibu kota kesenian, kebudayaan dan warisan di Malaysia dengan Bandar Warisan Dunia Unesco George Town yang bertaraf antarabangsa serta sambutan tahunan Pesta George Town yang berjaya mengumpulkan para penghibur, artis, penulis serta cendekia dari dalam dan luar negeri.
Secara keseluruhannya dalam konteks pembangunan Negeri Pulau Pinang dan kemajuan sosial serta masyarakat, Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan telah banyak menyumbang kepada program-program kebajikan dan kebudayaan Negeri. Sokongan dan galakan yang disumbangkan oleh Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan amat dihargai dan disanjung tinggi. Sesungguhnya sifat keprihatinan Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan tunjukkan menjadi pemangkin dan pendorong ke arah perpaduan yang lebih erat sesama rakyat. Sekalung penghargaan turut diucapkan kepada anggota pasukan keselamatan Polis, Tentera dan Bomba yang tidak pernah berkompromi dalam usaha menjaga keharmonian dan keamanan Negeri ini di bawah kepimpinan dan pemerintahan Tuan Yang Terutama Tun.
Kerajaan Negeri percaya di bawah bimbingan Tuan Yang Terutama Tun, Pulau Pinang akan menjadi lebih bersih, hijau, selamat dan sihat.
Sempena hari bersejarah dan penuh bermakna ini, saya dan seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri serta rakyat Negeri Pulau Pinang ingin mengambil peluang menzahirkan ucapan tahniah dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Tuan Yang Terutama Tun.
Tarikh pilihan raya lebih payah dari hari raya
Harakahdaily, | 02 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man secara sinis melontarkan pertanyaan sama ada rakyat percaya atau tidak bahawa menentukan tarikh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lebih payah daripada tarikh hari raya.
Beliau mengemukakan pertanyaan itu melalui Facebook ekoran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih belum mengisytiharkan pembubaran Parlimen hingga kini.
Tulisan beliau seperi di bawah.
Percayakah anda: menentukan tarikh pilihan raya lebih payah dari menentukan tarikh hari raya.
Dalil: nak raya -» teropong -» nampak anak bulan -» esok raya.
Pilihan raya: teropong -» nampak bulan -» cancel -» teropong lagi -» nampak bulan sabit -» cancel lagi -» teropong lagi -» nampak roket -» cancel lagi
Punya payah nak pilih tarikh.....
Saya tertipu dengan helah penakut Chang Yew
Lim Guan Eng, | 02 Apr 2013 |
Jelas sekali kenyataan Teng semalam menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai niat pun untuk menepati cabaran beliau sendiri terhadap saya. Walaupun saya telah menerima syaratnya yang tidak masuk akal iaitu supaya saya bertanding hanya satu kerusi DUN dan tidak bertanding kerusi Parlimen, sebagaimana yang dikehendaki terhadap saya sebagai Setiausaha Agung DAP untuk memimpin parti saya di peringkat nasional.
Terdapat 3 sebab mengapa saya telah terheret ke dalam penipuan politik Teng. Pertama, dia telah mengeluarkan cabaran kepada saya terlebih dahulu. Jika dia kini menafikannya, kenapa dia menetapkan syarat yang tidak masuk akal supaya saya bertanding hanya kerusi negeri, yang saya terima. Tindakan Teng mendakwa bahawa bukan dia yang melontarkan cabaran terlebih dahulu menunjukkan dia tidak mempunyai keberanian pun untuk mengakui hakikat itu.
Dua, Teng telah pernah menyatakan sebelum ini bahawa "anda mesti bangkit di tempat anda jatuh", yang hanya bermakna bahawa dia akan bertanding semula di Padang Kota. Untuk dia mengatakan bahawa dia bermaksud untuk bangkit di Pulau Pinang dan bukan Padang Kota memperlihatkan dia sebenarnya tidak jujur kerana dia boleh juga maksudkan bahawa dia akan bangkit dari planet Bumi.
Ketiga, dia telah mengumumkan bahawa dia akan menjadi seorang pemimpin yang berbeza dari Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan bersedia untuk bertegas dengan Umno.
Dengan melarikan diri daripada bertanding kerusi sendiri di Padang Kota yang telah disandangnya selama 3 penggal pada tahun 1995 sehingga 2008 menunjukkan bahawa dia hanya bersedia untuk berdiri di belakang Umno.
Tidak kira bagaimana pandai Teng melakukan helah Politiknya, dia tidak boleh lari dari hakikat bahawa beliau sendiri melihat dirinya sebagai wakil Umno dan bukan wakil rakyat, yang jelas berbeza daripada prinsip bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mesti memimpin rakyat dari hadapan dan bukan dari belakang Umno.
Dengan meninggalkan kawasan saya di Air Putih dan memilih kawasan lama Teng di Padang Kota, saya telah memberikan beliau kelebihan yang baik. Padang Kota telah dimenangi oleh DAP dengan majoriti terendah 1,661 undi di antara semua 19 kerusi negeri yang dimenangi oleh DAP di Pulau Pinang pada tahun 2008. Walaupun DAP memenangi kerusi ini dengan majoriti terkecil, dia masih tidak berani untuk kembali bertanding di kerusi lamanya.
Saya mengharapkan pertandingan antara kami akan memberikan pilihan yang jelas kepada rakyat - sama ada untuk kembali kepada UMNO dan memilih kerajaan yang dikepalai oleh kroni BN atau memilih kerajaan yang mesra rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat dan terdiri daripada rakyat. Ini juga adalah tentang dua dasar pentadbiran, satu yang membenarkan rasuah; dan satu lagi yang percaya bahawa kerajaan yang bersih berdasarkan kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan boleh mengatasi sebuah pentadbiran yang korup.
Saya salah kerana menyangkakan bahawa Teng seorang pemimpin yang berbeza daripada Koh Tsu Koon. Malah dia sebenarnya adalah lebih teruk daripada Koh kerana sekurang-kurangnya Koh berani untuk bertanding semula di kerusi DUN beliau. Oleh itu, saya tidak lagi akan melayan permainan politik Teng. Walaupun saya telah tertipu dengan helah politik Teng, sekurang-kurangnya keengganannya untuk bertanding di kawasan lamanya telah mendedahkan Teng sebenarnya bukan pemimpin yang memimpin dari depan tetapi dari belakang Umno.
Sebaliknya saya akan memberi tumpuan kepada mesej saya tentang masa depan jenis apa yang kita mahu untuk anak cucu Pulau Pinang. Pakatan Rakyat percaya dengan Pulau Pinang yang lebih bersih, hijau, selamat dan sihat. Biarlah rakyat Pulau Pinang memutuskan sama ada PR mempunyai dasar-dasar dan prinsip-prinsip serta mempunyai keberanian dan idealisme untuk menyediakan masa depan untuk anak-anak kita dan menyediakan anak muda kita untuk masa depan.
Kebangkitan anak muda di Larut 'luar biasa'
Nazri Abdullah, | 02 Apr 2013 |
Banyak pihak menyifatkan sokongan yang ditunjukkan oleh anak-anak muda di sini terhadap Pakatan Rakyat sebagai luar biasa dan jauh beza berbanding dengan suasana pilihan raya 2008 lalu.
Sokongan itu boleh dilihat dengan kehadiran mereka ke setiap program anjuran Pakatan Rakyat, khususnya konvoi motosikal yang dibuat Dewan Pemuda PAS Larut yang diketuai Ketua Pemuda PAS Larut, Mohd Nazri Din dan timbalannya, Mohd Akmal Kamaruddin.
Mohd Akmal yang ditenui Harakahdaily memberitahu, dalam beberapa siri konvoi yang dibuat sebelum ini, kehadiran anak muda ini bukan ratusan, malah mencecah 5,000 orang.
"Bayangkan, tanpa ada sebarang medium penyebaran yang umum, kita hanya hantar beberapa SMS, tiba-tiba dalam satu jam ribuan yang turun.
"Awalnya orang tak percaya, tapi saya jemput wartawan datang, tengok sendiri mula dari kita hantar satu SMS dan sejam kemudian tengok mereka tunrun berkumpul," katanya.
Terbaru, siri konvoi anak muda Larut berlangsung awal bulan Mac lalu.
Lebih 3,000 orang anak muda menyertai konvoi itu yang menjelajah ke tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) di bawah Larut iaitu Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau.
Pada PRU13 ini, PAS kan bertanding di Dun Selama dan Kubu Gajah sementara Batu Kurau akan diwakili PKR.
Menurut Akmal lagi, fokus pemuda PAS Larut kini adalah menarik serai mungkin anak muda untuk bersama Pakatan Rakyat kerana yakin, mereka adalah tunjang perubahan politik pada PRU13 ini.
"Memang kita jaga anak-anak muda ini. Kita selalu buat perjumpaan, duduk bersama mereka di kedai-kedai kopi, fahami jiwa mereka dan pada masa yang sama kita sampaikan mesej perubahan kepada mereka.
"Alhamdulillah, setakat ini boleh dikatakan anak-anak muda di sini sebahagian besarnya menjadi sukarelawan untuk membantu kita pada pilihan raya ini," katanya.
Harakahdaily turut meninjau suasana pilihan raya di Dun Selama, yang agak jauh ke dalam kampung.
Ternyata apa yang dikhabarkan tentang kebangkitan anak muda, benar sekali.
Di sini, anak-anak muda dengan penunh bangga memakai baju 'rasmi' sukarelawan bertulis 'Sahabat PAS Dun Selama' sambil membuat kerja memasang bendera parti.
Mereka juga dilihat begitu bersemangat dengan masing-masing dilihat sudah mula berkampung di markas yang dibina sendiri sejak beberapa minggu lalu lagi.
Pada 2008, Dun Selama dimenangi calon BN Mohamad Daud Mohd Yusoff yang mengalahkan calon PAS Abu Husin Mohamad dengan majoriti hanya 355 undi.
Mohamad Daud memperolehi 5,240 undi berbanding Husin yang memperolehi 4,885 undi.
Mengikut daftar pemilih yang diwartakan bagi suku ke-3 2012, jumlah pengundi Dun Selama adalah seramai 15,291 orang.
Jika mengikut pecahan kaum pula, majoriti masyarakat di sini adalah Melayu (83.41%), Cina (10.31%), India (6.19%) dan lain-lain (0.17%).
PAS lancar Pusat Media hari ini
Harakahdaily, | 02 Apr 2013 |
(Ustaz Hadi melancarkan Pusat Media PAS hari ini)
KUALA LUMPUR: PAS melancarkan Pusat Media nya hari ini yang terletak di tingkat bawah Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Ia dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini. Hadir sama adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
(Datuk Mustafa berucap mengalu-alukan kedatangan wartawan)
Pusat media yang boleh memuatkan 50 wartawan dan jurugambar serentak itu menyediakan pelbagai kemudahan untuk kemudahan wartawan menjalankan tugas.
Ia termasuklah wifi percuma yang boleh digunakan oleh 30 komputer serentak di samping kemudahan-kemudahan yang lain.
"Mulai hari ini, Pusat Media PAS ini akan menjadi tempat kita membuat sebarang sidang media di Kuala Lumpur ini," kata Ustaz Hadi dalam sidang media sebelum melancarkan pusat itu.
Lebih 50 wartawan dan juru gambar memenuhi ruang itu hari ini dalam sidang media pertama yang dibuat oleh Presiden PAS itu.
'Barisan 1 Malaysia' taktik baru BN?
Muhammad Faizal, | 02 Apr 2013 |
JERANTUT: Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man berpendapat kemungkinan ada maksud tersirat disebalik penukaran
'Barisan Nasional' kepada 'Barisan 1 Malaysia' yang dibuat BN ketika
ini.
Menurutnya, tidak mustahil taktik penukaran di saat menjelang pilihan raya itu dibuat bagi menghalalkan mereka menggunakan logo 1 Malaysia sewaktu hari pengundian nanti.
"Saya merasakan BN bertindak menggunakan perkataan Barisan 1 Malaysia adalah sebagai agenda mereka untuk digunakan sewaktu hari mengundi nanti.
"Kita sedia maklum bahawa menggunakan logo parti tidak dibenarkan sama sekali atas tujuan untuk mempengaruhi pengundi, jadi mereka membuat perancangan sedemikian," jelas beliau ketika program jelajah Negara Berkebajikan di sini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menguatkuasakan subseksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 antara lain menetapkan penggunaan logo parti pada hari mengundi adalah tidak dibenarkan.
Dalam jarak 50 meter dari sempadan mana-mana pusat mengundi, memakai, memegang dan membawa apa-apa bentuk pakaian, barang hiasan, botol air atau payung yang tercetak nama calon atau tertera lambang parti adalah tidak dibenarkan sama-sekali.
Barisan 1 Malaysia kini digunakan oleh BN pada setiap program kempennya.
Terbaru, slogan sama turut dicetak di papan tanda yang dipasang sepanjang laluan Lebuh Raya Utara Selatan.
Antara lain papan tanda tersebut meletakkan gambar individu kononnya membuat huru-hara bersebelahan gambar Najib dan tulisan "Kita Sokong Barisan 1 Malaysia".
Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut mempertikaikan tindakan BN menaikkan papan iklan besar yang meletakkan gambar huru hara dan juga Perdana Menteri.
Menurutnya lagi, apa yang digambarkan pada papan iklan itu seolah-olahnya akan wujud huru hara apabila berlakunya pertukaran kerajaan nanti.
"BN mengambarkan seolah-olah akan berlakunya huru hara apabila mereka tidak lagi memerintah.
"Kita lihat di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah, semuanya berada dalam keadaan aman damai tanpa ada sebarang kekacauann," sambung beliau.
Beliau yang menegaskan tindakan tersebut menunjukkan BN tidak pernah menghormati prinsip demokrasi negara ini dan bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat.

Manifesto PR: Rancangan kartun pun 30 minit
Harakahdaily, | 02 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:
PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) sependapat dengan Pakatan Rakyat
menolak tawaran kerajaan BN menawarkan slot selama 10 minit bagi
menyiarkan manifesto PR dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada
Pilihan raya Umum ke-13 ini.
“PAS WP merasakan tawaran kerajaan melalui RTM itu bukan menandakan suatu pengiktirafan kepada PR, bahkan ianya suatu penghinaan kepada rakyat dan amalan demokrasi di negara ini,” tegas Timbalan Pesuruhjayanya, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.
PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) sependapat dengan Pakatan Rakyat menolak tawaran kerajaan BN menawarkan slot selama 10 minit bagi menyiarkan manifesto PR dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Pilihan raya Umum ke-13 ini.
PAS WP merasakan tawaran kerajaan melalui RTM itu bukan menandakan suatu pengiktirafan kepada PR, bahkan ianya suatu penghinaan kepada rakyat dan amalan demokrasi di negara ini.
Asas penolakan tawaran tersebut amat kukuh kerana slot tersebut hanya dibenarkan berlangsung selama 10 minit. Lebih malang lagi apabila slot tersebut disiarkan secara rakaman, bukannya siaran langsung.
Semua pihak sedia maklum bahawa siaran rakaman terdedah kepada pelbagai suntingan dan PR tidak sanggup berisiko dimanipulasi melalui rakaman tersebut. Sudahlah slotnya hanya 10 minit, ianya dibuat melalui rakaman.
Dengan proses suntingan, berapa minit sebenarnya peruntukan masa untuk PR dalam slot yang diberikan itu?
Bayangkan pula jika slot itu hanya disiarkan di luar waktu kemuncak seperti waktu tengah malam atau waktu pagi, siapa yang akan menontonnya?
Dengan masa 10 minit, apakah agenda dan mesej yang sempat disampaikan?
PAS WP merasa hairan kerana jarang ada rancangan berlangsung selama sepuluh minit di TV. Rancangan kartun untuk kanak-kanak memakan masa paling kurang tiga puluh minit, begitu juga berita utama di waktu kemuncak.
Jika dibandingkan dengan rancangan berbentuk hiburan seperti tayangan filem, perlawanan bolasepak, rancangan realiti TV, konsert, anugerah-anugerah dan sebagainya, berapa lama masa rancangan ini diperuntukkan?
Mengapa pula program politik yang menentukan masa depan rakyat dan negara ini yang berlangsung 5 tahun sekali dan jauh lebih penting hanya diberi masa 10 minit sahaja. Bukankah ia suatu penghinaan?
Jika demikian caranya, wajarlah tahap kebebasan media di negara ini menjunam ke tangga 145 daripada 179 negara di seluruh dunia berbanding 126 pada tahun lalu.
Sebenarnya kerajaan BN merasa gerun sekiranya PR diminati dan disukai penonton. Dalam keadaan ruang media yang terhad seperti sekarang, ceramah anjuran PR dihadiri puluhan ribu rakyat.
Ucapan pimpinan PR sentiasa ditunggu oleh rakyat dan dimuat naik ke dalam youtube serta ditonton oleh ribuan manusia.
Bayangkan pula bagaimana jika PR diberikan ruang masa yang bebas di media secara adil selama sejam atau lebih, mungkin PR tidak perlu bekerja kuat untuk jatuhkan BN dalam PRU13. Kerana itulah ruang demokrasi disempitkan terus supaya mereka masih bernafas sebelum hayat parlimen berakhir.

Pameran ‘Kenapa Mesti Tolak Umno BN’ esok
Harakahdaily, | 02 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Gelombang
Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) akan meneruskan program dengan
menganjurkan pameran ‘Kenapa Saya Mesti Tolak Umno BN’ di hadapan Sogo,
esok.
Jurucakap Tolak, Eikhwan Ali memberitahu, pameran yang akan bermula jam 12.30 tengah hari itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat ibu kota berkenaan kegagalan dan ketidakupayaan Umno BN dalam mentadbir negara.
“Semasa pameran itu berlangsung juga, Tolak akan menghimpunkan tanda tangan rakyat sebagai bukti komitmen rakyat untuk tidak lagi mengundi Umno BN dalam PRU13 akan datang,” ujarnya.
Ahad lalu, Tolak telah menganjurkan Konvoi Anak Muda Tolak Umno BN bermula dari Dataran Shah Alam dan berakhir di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.
Acara yang disertai 500 orang anak muda itu berakhir dengan penangkapan Pengerusi Tolak, Azan Safar di hadapan rumah PM.
Hujung minggu ini pula, Tolak akan memulakan program jelajah ke seluruh negara bermula dari KL ke Seremban dan diikuti dengan Melaka.

Terima kasih Pengarah UMS Labuan – GM13
Harakahdaily, | 02 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: GM13
menyambut baik kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengarah
Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Prof
Madya. Dr Ismail Ali, bertarikh 28 Mac lalu di New Sabah Times.
“Kenyataan itu adalah bagi memberi respons terhadap penangkapan 5 aktivis GM13 yang ditahan polis semasa mengadakan sudut pidato di Bandar Labuan pada 23 Mac lalu,” ujar Pengerusi GM13 Labuan, Al Mughni Shah Jabran.
Ini, ujarnya menunjukkan Dr Ismail sebagai seorang pemimpin yang sangat prihatin terhadap mahasiswa di bawah jagaannya.
“Kami yakin pihak pengarah selaku ahli akademik berpengalaman semestinya memahami konsep kebebasan akademik yang menjadi hak setiap warga universiti,” ujarnya yang juga Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) UMSKAL.
Kenyataan penuh GM13 seperti di bawah.
GM13 menyambut baik kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Prof Madya. Dr. Ismail Ali, bertarikh 28 Mac 2013 di New Sabah Times.
Kenyataan itu adalah bagi memberi respons terhadap penangkapan 5 aktivis GM13 yang ditahan Polis semasa mengadakan sudut pidato di Bandar Labuan pada 23 Mac lalu.
Ini menunjukkan Prof. Madya. Dr. Ismail Ali sebagai seorang pemimpin yang sangat prihatin terhadap mahasiswa di bawah jagaannya.
Kami yakin pihak pengarah selaku ahli akademik berpengalaman semestinya memahami konsep kebebasan akademik yang menjadi hak setiap warga universiti. Hak ini menjadi teras kepada pengajaran dan pembelajaran universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia.
Dalam Magna Carta Universitatum yang ditandatangani lebih daripada 750 Universiti pada tahun 1988, ada menyatakan secara jelas “Freedom in research and training is fundamental principle of University life, and government and universities, each as far as in them lies, must ensure respect for this fundamental requirement. Rejecting intolerance and always open to dialogue”.
Tindakan mahasiswa yang menyatakan pandangan melalui Sudut Pidato kepada masyarakat perlu dinilai dan dibincangkan oleh pihak universiti secara ilmiah.
Hal ini kerana, isu yang dibangkitkan GM13 membabitkan kepentingan negara dan turut melibatkan kepentingan rakyat terbanyak.
Isu pilihanraya merupakan isu yang sangat dekat dengan rakyat, oleh itu tindakan mahasiswa memberi pendedahan berkaitan hak rakyat untuk mengundi perlu ditanggap secara positif oleh pihak universiti.
Mahasiswa sebagai sebahagian daripada warga universiti memiliki hak untuk mengulas isu pilihanraya secara akademik dengan pembawaan tersendiri.
Oleh itu adalah amat tidak wajar sekiranya inisiatif murni mahasiswa ini diheret ke kancah politik sempit oleh pihak universiti.
GM13 sentiasa bersedia untuk memberi penerangan secara terbuka dengan mana-mana pihak. Tindakan GM13 membuat sudut pidato secara terbuka juga menunjukkan kami bersedia menerima apa juga respon daripada masyarakat yang mendengar.
Tindakan mengadakan sudut pidato itu juga tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang bahkan Perlembagaan Persekutuan juga memberi peruntukan eksklusif kepada rakyat untuk mengeluarkan pandangan secara bebas dan terbuka.
Tindakan GM13 ini pada pandangan kami lebih adil sekiranya dibandingkan dengan tindakan sesetengah pihak Universiti yang membenarkan dewan dewan kuliah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburuk-burukkan parti pembangkang dan aktivis mahasiswa.
Agenda doktrinasi dalam dewan kuliah ini juga pada hemat GM13 lebih mencemarkan nama Universiti kerana menunjukkan pihak Universiti mudah diperalat untuk kepentingan politik sesetengah pihak.
GM13 percaya, keterbukaan Pengarah UMS Labuan dalam memberi ruang untuk pensyarah dan mahasiswa memperaktikkan kebebasan akademik secara kreatif dan kritis, akan mempu melonjakkan UMS sebagai peneraju perkembangan akademik yang lebih sihat dan terbuka.
GM13 juga menyeru rakan-rakan mahasiswa terutamanya mahasiswa UMSKAL untuk turut sama memeriahkan prinsip kebebasan akademik bagi membentuk suasana ilmiah yang lebih sihat.
Ilmu yang diperolehi dalam Universiti perlu dicurahkan kepada rakyat bagi mengembalikan status universiti sebagai gerbang ilmu.
Mahasiswa juga perlu menghidupkan kembali fungsi mahasiswa sebagai sarjana rakyat yang berperanan besar dalam membina upaya fikir masyarakat ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang berpengetahuan tinggi.
Tugas ini merupakan tugas asasi mahasiswa sebagai anak muda negara yang sejak akhir-akhir ini semakin diabaikan akibat perlumbaan akademik yang tidak sihat dalam bilik kuliah.

PRU13: Tiga sebab rakyat Johor perlu undi Pakatan
Harakahdaily, | 02 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yakin angin perubahan akan bertiup
kencang di Johor sehingga negeri itu tidak lagi menjadi ‘deposit tetap’
Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Beliau memberikan tiga sebab, pertama berdasarkan perubahan besar sebelum ini sehingga parti pembangkang bertapak dan tidak mustahil akan memenangi majoriti kerusi dan memerintah Johor, lapor Roketkini.
Katanya, perkara yang sama berlaku di Selangor pada 2008 apabila pembangkang yang menggabungkan PKR, PAS dan DAP memenangi 17 daripada 22 kerus Parlimen dan 35 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dan memerintah negeri itu berbanding hanya memenangi enam daripada 48 kerusi negeri pada 1995 hingga 2004.
Bilangan kerusi Parlimen dan Dun yang dimenangi pembangkang (1995-2008)
Justeru, kata Penasihat DAP Kebangsaan itu, tidak ada sebab apa yang berlaku di Selangor pada 2008 tidak boleh berlaku di Johor pada PRU13 nanti.
“Walaupun PR gagal memenangi majoriti kerusi parlimen dan negeri, memadai dengan memenangi sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi di negeri itu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, DAP juga melihat perubahan corak pengundian di Johor sebelum ini (1999 dan 2008), tetapi magnitud perubahan tidak cukup besar, yang pentingnya sokongan terhadap BN di Johor menurun daripada 76% pada 1995 kepada 73% pada 1999 dan jatuh 10% lagi pada 2004 kepada 65% pada 2008.
Menurutnya, rakyat Johor hilang peluang untuk menghantar isyarat jelas kepada BN pada 1999 dan 2008 dan yakin mereka tidak akan mempersiakan peluang ketiga untuk berbuat demikian pada PRU13 nanti.
Katanya, Johor mengalami peningkatan ketara bilangan pengundi baru, kebanyakannya pengundi muda pada PRU 2008 iaitu yang kedua tertinggi jumlah pengundi selepas Selangor.
Peningkatan pengundi baru dan mereka yang berpindah ke Johor selepas ditolak yang meninggal dunia dan yang berpindah dari Johor hampir 300,000 daripada 1.3 juta pada PRU 2008 kepada 1.6 juta sekarang.
“Bilangan pengundi baru berdaftar meningkat sebanyak 450,000 dan mereka akan mengundi mengikut realiti baru politik hari ini yang akan menentukan parti mana yang akan mentadbir di Putrajaya dan memerintah Johor,” katanya.
Beliau yakin majoriti mereka akan mengundi untuk perubahan iaitu Pakatan Rakyat untuk masa depan rakyat Johor dan Malaysia yang lebih baik dan cerah.
Walaupun sudah terlalu lama rakyat Johor membenarkan BN memerintah, beliau yakin pada PRU13 nanti mereka tidak lagi membenarkan BN kekal bertapak di negeri itu.
Johor, negeri kelahiran Kit Siang itu boleh dikatakan negeri yang paling penting di Semenanjung Malaysia pada PRU13 nanti.
Bukan sahaja mempunyai bilangan kerusi Parlimen paling banyak iaitu 26, juga sebuah negeri yang BN tidak lagi boleh menyapu bersih semua kerusi Parlimen dan negeri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan