PAS Selangor seru ahli sertai Himpunan 12 Jan
Saidah Hairan, | 03 Jan 2013 |
Beliau berkata, himpunan 1 juta rakyat itu merupakan kemuncak himpunan yang telah diadakan di seluruh negara bagi menuntut pilihan raya yang bersih dilaksanakan.
"Saya mengarahkan semua ahli dan pimpinan PAS cawangan, kawasan dan negeri serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mesti turun menyatakan kehendak untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih," katanya.
Beliau menjamin ahli dan pimpinan PAS Selangor tidak akan melakukan sebarang provokasi sebaliknya hanya berkumpul secara aman di Stadium sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ahli PAS dan seluruh rakyat Selangor mesti komited menuntut pilihan raya bersih dan adil untuk kita tawan Putrajaya nanti," katanya.
Dalam masa yang sama beliau mengingatkan seluruh ahli dan pimpinan PAS supaya bekerja keras mendekati seluruh pengundi supaya memberi sokongan dan undi kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat.
Pada Himpunan 1 juta rakyat hadiri digalakkan memakai kuning mewakili Bersih, merah untuk R yang menuntut royalti Petroleum Kelantan, hijau mewakili Anti Lynas manakala oren mewakili Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Rumah, kenderaan Presiden R disimbah cat
Harakahdaily, | 03 Jan 2013 |
Menurut Koordinator Pusat Rakyat Cakna Prihatin, Mohammad Faizal Che Yusof, kejadian simbahan cat ke atas rumah, kenderaan dan harta benda Nazri di Kadok, Kelantan yang disedari beliau seawal jam 4.00 pagi tadi adalah ugutan dan tindakan ganas yang kesebelas menimpa penggiat-penggiat R.
“Kami difahamkan laporan demi laporan telah dibuat kepada pihak polis sejak dua tahun yang lalu. Malangnya sehingga kini tiada satu tindakan yang meyakinkan diambil oleh pihak polis bagi mencegah perlakuan jenayah tersebut dari berulang.
“Kami juga penuh yakin bahawa siri-siri ugutan dan kelakuan tak bertamadun tersebut dijalankan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan merasa tergugat dengan kegiatan-kegiatan menuntut hak oleh R,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Baginya, ia dilihat begitu terancang dan bagai dilindungi oleh pihak-pihak tertentu.
Menurutnya lagi, dalam beberapa kejadian lepas, ugutan dan serangan ke atas penggiat-penggiat R begitu ketara.
“Si pelaku dapat dikenal pasti namun tiada sebarang dakwaan atau tindakan pencegahan diambil,” katanya.
Justeru, kata beliau pihaknya menyeru dan menggesa untuk pihak keselamatan memandang Sirius laporan-laporan yang akan dan telah dibuat.
“Kami amat kesal, di sebalik tiadanya perlindungan undang-undang diberikan kepada penggiat R, mereka sebaliknya terus diintip dan diekori oleh pihak cawangan khas Polis Diraja Malaysia,” ujarnya lagi.
Katanya, selaku pihak mendokong aspirasi rakyat dan kedaulatan undang-undang, Pusat Rakyat Cakna Prihatin akan terus menyokong pengukuhan hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, pihaknya menyeru mereka yang di luar sana untuk sama-sama menyokong dan membantu menegakkan keadilan dan memastikan hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dihormati secukupnya.
Emel kepada kami untuk sebarang aduan, pusatrakyatcp@gmail.com – 20 Safar 1434H.
Amanat: Ustaz Hadi ulangi sedia 'live' bila-bila masa
Harakahdaily, | 03 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini sekali lagi menyatakan
kesediaannya tampil secara langsung bila-bila masa sama ada di RTM
mahupun TV3 bagi menjelaskan berhubung 'Amanat Haji Hadi'.
Dalam kenyataan terbaru di Facebook hari ini, Presiden PAS itu turut berkata, hasratnya itu sebelum ini sudah disiar secara terbuka oleh media dan tidak perlu lagi baginya untuk mengemukakan surat rasmi kepada kedua-dua pihak televisyen tersebut.
"Saya tak ada apa apa. Kerajaanlah yang anjur, saya akan pergi bila bila masa dan dimana jua.
"Surat apa lagi, permintaan satu jam bersiaran media telah siarkan secara terbuka jadi tak perlu buat rasmi. Bukan saya yang cetuskan, dia orang yang minta," katanya.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Marang itu menyatakan kesediaannya memperjelaskan 'amanat' yang dipolemikkan Umno BN itu secara langsung di televisyen perdana.
Beliau meminta masa satu jam untuk sesi penjelasan secara langsung itu dan bersedia menjawab soalan dikemukakan sepanjang sesi penjelasan itu nanti.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam kenyataan balasnya berkata, pihaknya tiada masalah memberi ruang berkenaan.
Bagaimanapun beliau meletakkan syarat ia perlu dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada sesuai disiarkan atau tidak.
Sehingga kini, hanya RTM melalui Rais Yatim sahaja yang mengeluarkan kenyataan balas terhadap permintaan Presiden PAS itu, manakala TV3 yang juga lancang menyerang Ustaz Hadi dalam isu tersebut, masih membisu.

Takziah kepada keluarga Pahlawan Negara, Kanang
Harakahdaily, | 03 Jan 2013 |
Kanang meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi selepas dikejarkan ke hospital apabila beliau mengadu mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumah pada kira-kira tengah malam, kata isterinya, Datin Brawang Chunggat.
Kanang, seorang pegawai waran bersara, adalah penerima terakhir Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu anugerah tertinggi untuk keberanian negara selain juga turut menerima Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.) semasa hidupnya.
Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.
"Saya mewakili Lajnah Hal-Ehwal Sabah & Sarawak DPPM, PAS Sarawak dan PAS Kawasan Batang Lupar dengan ini mengucapkan takziah dan berharap agar keluarga mendiang bersabar di atas kehilangan mutiara negara yang tidak ternilai ini," kata Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Hal-Ehwal Sarawak, Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Beliau yang juga Yang Di-Pertua PAS Kawasan Batang Lupar, Sarawak berkata, kehilangan Kanang adalah satu kehilangan kepada negara dan Sarawak.
Sementara itu, seluruh kepimpinan kebangsaan DAP juga mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga mendiang Pahlawan Negara Datuk Temenggong Kanang Langkau, yang telah meninggal dunia awal hari ini di Hospital Umum, Kuching, Sarawak.
Demikian kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi beliau, Datuk Kanang adalah anak Sarawak dan Malaysia yang telah membanggakan negara dengan keberaniannya semasa mempertahankan negara ketika tempoh perkhidmatannya bersama Angkatan Tentera Malaysia.
"Sudah pasti negara kita telah kehilangan seorang wira yang telah banyak berkorban demi memperjuangkan kebebasan dan keamanan," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Akhirnya pihak yang zalim tetap akan tertewas
Aspan Alias, | 03 Jan 2013 |
Semalam
saya menulis tentang isu UMNO yang saya katakan tidak mampu bertahan
lagi. Kali ini saya suka untuk mengiyakan apa yang ditulis oleh
Harakahdaily yang desakan untuk Muhyiddin menyelamatkan UMNO itu
sebenarnya wujud lebih-lebih lagi setelah timbul tuduhan Deepak terhadap
Najib dan isterinya dalam berbagai-bagai isu. Tidak payah di sebut lagi
isu yang dihadapi oleh Najib suami isteri kerana isu itu berkumandang
setiap hari dan menjadi bualan ramai di mana-mana kita berjumpa sesiapa.
Tidak kurang ramainya di dalam UMNO yang sudah bertekad untuk mendesak Muhyiddin mengusahakan permintaan supaya Najib mengundurkan diri dan beliau (Muhyiddin) mengambilalih kepimpinan UMNO untuk menyelamatkan parti itu tersungkur bersama Najib. Bagi saya seorang, usaha untuk memberhentikan Najib itu memanglah satu usaha yang sepatutnya telah dilakukan lama dahulu. Tetapi oleh kerana permainan politik yang berkepentingan peribadi itu lebih dari kepentingan parti, kerajaan dan rakyat, usaha itu tidak dapat dilaksanakan.
“Siapa yang hendak memberitahu Najib itu” merupakan persoalan yang telah ditanya oleh ramai pemimpin UMNO dan saya telah mendengarnya semasa saya masih menjadi ahli parti itu. UMNO sedar yang Najib akan membuat UMNO terkubur jika beliau masih mengetuai parti itu. Tetapi adakah betul jika UMNO berharap untuk Muhyiddin mengambil alih kepimpinan?
Pertamanya jika Najib diundurkan maka setiap ahli kabinet yang ada termasuk Muhyiddin sepatutnya berundur sekali kerana mereka semua ini adalah ahli-ahli kabinet lantikan Najib. Jika Muhyiddin mengambil alih imej parti akan menjadi seperti biasa sahaja dan tidak akan ada perbezaannya. Ini adalah disebabkan mereka semua ini datangnya dari acuan yang sama....hanya namanya sahaja yang berlainan. Tidak seorang pun di dalam kabinet itu yang sepatutnya mengambil alih. Jika Najib di gantikan oleh Muhyiddin ia bukan perubahan namanya.
Isunya ialah bagaimana hendak menukar persepsi rakyat itu. Sebenarnya untuk menukar persepsi rakyat terhadap UMNO itu ia mesti bersama dengan siapa atau kumpulan mana yang menerajui parti itu.. Najib dan Muhyiddin ini merupakan pemimpin yang mempunyai satu mentaliti dan jika perubahan pimpinan UMNO itu adalah di antara manusia yang sama sahaja, sikap dan nilai kepimpinannya pertukaran itu tidak akan memberi makna kepada UMNO. Imejnya akan sama. Isu rasuah yang terlekat kepada UMNO itu akan masih menjadi stigma kekal kepada parti itu dan semuanya sama.
Yang sangat perlu ditukar ialah wajah UMNO itu sendiri dengan imej parti yang berlainan dan ini boleh dilakukan jika UMNO berani bertindak untuk menukar semua pimpinannya yang ada dalam Majlis Tertinggi dan Kabinet yang ada pada hari ini. Pertukaran besar-besaran ini akan membawa harapan baru kepada UMNO untuk berhadapan dengan rakyat yang sudah begitu jemu dengan kelakuan dan sikap serta nilai barisan kepimpinan yang ada pada hari ini.
Rakyat sudah begitu jelak dengan isu-isu skandal kewangan dan rasuah yang terbongkar setiap minggu dan bulan sejak beberapa tahun yang lalu. Kesemua isu ini melibatkan rasuah dan salahguna kuasa yang melibatkan wang rakyat. Keadaan ini seolah-olah tidak dapat diperbaiki lagi dan rakyat telah memberikan persepsi yang UMNO ini sentiasa melakukan kerja-kerja bagaimana hendak mencuri dan membaham harta rakyat tanpa malu dan silu.
Jadi kalau ada usaha dalam UMNO yang inginkan Muhyiddin mengambilalih Najib, ia hanyalah merupakan permainan politik dalam UMNO. Kelemahan yang terdapat kepada Najib itu diambil kesempatan oleh pihak yang ingin mengambilalih kepimpinan negara. Usaha sebegini tentulah ada ‘pengarah’nya dan orang ramai boleh membuat andaian yang agak tepat tentang perkara ini.
Itulah sebabnya saya pernah menulis dengan panjang lebar tidak berapa lama dahulu yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi musuh yang paling bahaya untuk Najib ialah dari dalam UMNO itu sendiri.
Dalam posting yang lepas saya telah mengatakan dengan jelas yang UMNO tidak mampu bertahan lagi. Keadaan ini tidak dapat sesiapa nafikan kerana ramai rakyat sudah hilang keyakinan terhadap UMNO. Apabila rakyat nampak permainan intra parti UMNO itu menyebabkan UMNO kehilangan keyakinan terhadap parti itu.
Tiada siapa dalam UMNO yang sayangkan parti itu. Jika ada rasa sayang kepada partinya tentulah UMNO khususnya kepada pemimpin-pemimpinnya membuat tindakan drastik dengan menukar kepimpinannya secara besar-besaran. Kalau ada sesiapa dalam UMNO yang mengaku mereka berkorban itu hanyalah cerita dongengan untuk menyedapkan ucapan di khalayak ramai semata-mata.
Hanya Pakatan Rakyat mesti berusaha menjauhkan sikap seperti yang ada di dalam UMNO itu jika mendapat mandat rakyat. Bagi orang Melayu mereka tetap mempunyai tuah kerana PAS mampu untuk menjadi pengganti kepada UMNO kerana parti itu jelas begitu serius dalam pertarungannya untuk membela bangsa Melayu dan Islam dengan sepenuh kudrat yang ada.
Pandangan saya ini tentulah dibantah oleh penyokong tegar UMNO, tetapi itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya yakin apa yang saya perkatakan ini akan terbukti dalam masa yang tidak berapa lama lagi. PAS berkemampuan untuk bekerjasama dengan semua bangsa di negara ini kerana Islam itu adalah agama yang adil dan saksama.
PAS mempunyai kerjasama yang begitu rapat dengan DAP yang sangat di gusarkan oleh UMNO di tambah pula dengan sokongan PKR yang memberikan impak yang begitu besar terhadap keutuhan Pakatan yang bertujuan untuk kebaikan bersama itu.
Bagaimana pun akhirnya ketentuan Maha Pencipta jugalah yang akan terlaksana. Tetapi percayalah, perjuangan menentang kezaliman itu adalah perjuangan yang pasti mendapat kejayaan. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Himpunan 12 Jan: Bebas semua tahanan ISA
Syukri Razab, | 03 Jan 2013 |
Hari
ini merupakan hari yang ke setahun, empat bulan dan 19 hari daripada
tarikh pengumuman pemansuhan ISA yang dibuat oleh Perdana Menteri pada
sambutan hari Malaysia tahun 2011. Cukup nyata bahawa pengumuman itu
sekadar pengumuman kosong apabila sehingga ke hari ini, masih ada
tahanan ISA yang dikurung di Kem Tahanan Kamunting.
Tidak cukup dengan itu, pengumuman itu juga diikuti dengan penggubalan satu undang-undang yang mirip kepada ISA walaupun tidak serupa. Undang-undang ini turut menghalalkan penahanan tanpa bicara dan penangkapan sesuka hati oleh pihak polis.
Akibat penipuan Kerajaan ini, 23 orang masih menjadi mangsa akta zalim ISA. Mereka yang masih ditahan adalah sembilan orang warganegara Malaysia, seorang warga Pakistan, lima warga Sri Lanka, seorang warga India, seorang warga Iraq, dua orang warga Indonesia, seorang warga Bangladesh, dan tiga orang warga Filipina.
Sekiranya merujuk kepada perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, tahanan terakhir hanya akan dibebaskan pada bulan Januari 2014 iaitu dua tahun empat bulan selepas ISA diumumkan termansuh.
Sepanjang tahun 2012, GMI konsisten mendesak pihak Kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri untuk membebaskan kesemua tahanan ISA. Semasa pengumuman pemansuhan dibuat, seramai 45 orang masih ditahan di Kem Tahanan Kamunting dan ramai pihak menyangkakan pemansuhan tersebut akan diikuti pembebasan kesemua tahanan ISA. Amat mengecewakan apabila Kerajaan enggan membebaskan tahanan atas alasan pembebasan perlu dibuat berdasarkan perintah tahanan.
Namun, hasil daripada desakan demi desakan daripada rakyat, 25 orang telah dibebaskan dalam masa setahun tiga bulan. Pembebasan terbaru yang dibuat ialah pada 21 Disember 2012 yang membabitkan dua orang tahanan iaitu Nyelang Anak Mesidi daripada Sarawak dan Hemachandran A/L Thiyagarajah tahanan warga Negara Sri Lanka.
GMI percaya kesemua pembebasan ini dibuat hasil daripada desakan daripada rakyat kerana kesemua tahanan dibebaskan lebih awal daripada tempoh perintah tahanan.
GMI telah mengambil inisiatif untuk turun bertemu rakyat terbanyak dengan turut serta secara aktif dalam jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Johor, Penang dan Perak.
Ruang yang disediakan semasa himpunan itu telah GMI gunakan sebaik mungkin bagi mendedahkan rakyat mengenai cerita sebenar disebalik pemansuhan ISA.
Di setiap lokasi himpunan, GMI telah mengedarkan risalah mengenai kempen Bebaskan Tahanan ISA kepada masyarakat umum selain berkesempatan memberi ucapan penerangan di pentas yang disediakan untuk aktivis NGO. Melalui desakan yang konsisten daripada rakyat, GMI percaya kerajaan akan terpaksa akur untuk membebaskan kesemua tahanan ISA.
Bagi meneruskan momentum desakan rakyat ini, GMI menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk turut sama menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini.
GMI juga menyatakan solidariti penuh bersama himpunan ini memandangkan salah satu tuntutan yang diketengahkan ialah menuntut kerajaan membebaskan kesemua tahanan ISA. Sehingga dimansuhkan, ISA pernah memanjarakan lebih 10 ribu mangsa yang tidak pernah dibuktikan bersalah dimahkamah.
Bahkan pada Oktober 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa penahanan 5 orang aktivis rakyat di bawah ISA pada tahun 2001 adalah salah dan mahkamah memerintahkan agar kerajaan membayar pampasan kepada kelima-lima aktivis tersebut.
Oleh itu GMI menyeru semua bekas mangsa ISA, keluarga mangsa, dan seluruh rakyat Malaysia untuk turun dan menyuarakan tuntutan agar Kerajaan segera membebaskan kesemua tahanan ISA pada Himpunan 12 Januari nanti.
Penulis ialah anggota Sekretariat Gerakan Mansuhkan ISA dan Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Siaran langsung: Ustaz Hadi bukan macam Najib
Harakahdaily, | 03 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR:
Seharusnya kerajaan menimbangkan permintaan Datuk Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang, Presiden PAS untuk menjelaskan isu amanat yang diucapkan
pada tahun 1981 secara siaran langsung di televisyen tanpa dolak dalik
lagi.
“Ini kerana, permintaan ini lahir dari hasrat Presiden PAS sendiri tanpa melalui sebarang syarat yang ketat dan sukar.
“Yang menghairankan, beliau diserang siang dan malam, kenapa kerajaan pula enggan membenarkan Presiden PAS itu tampil menjelaskan kenyataan beliau,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor kepada Harakahdaily.
Katanya, kesediaan Presiden PAS untuk bertemu di kaca televisyen menunjukkan beliau berjiwa besar dan sanggup berlapang dada untuk bersemuka sekalipun menghadapi pelbagai risiko sabotaj oleh pihak lain.
Ini, katanya berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun berkali-kali didesak oleh rakyat.
Beliau berkata, permintaan Presiden PAS untuk ‘on air’ di televisyen ada rasionalnya kerana umum mengetahui media utama negara tidak pernah berpihak kepada pembangkang.
Tambahnya, apa sahaja boleh terjadi sekiranya rakaman dibuat dengan pelbagai manipulasi dan suntingan, lebih-lebih lagi ianya berlaku dekat dengan pilihanraya umum ke-13.
“Ada kebarangkalian keseluruhan ucapan Presiden PAS hanya tinggal beberapa minit sahaja selepas suntingan. Ini yang tidak diinginkan oleh Presiden PAS dan seluruh ahli PAS,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas dan jujur menangani isu amanat yang dikatakan mencetus polemik dan ‘perpecahan’ sesama umat Islam itu, mereka perlu memberi Presiden PAS peluang untuk memperjelaskannya.
Katanya lagi, kerajaan tidak perlu risau sekiranya kebenaran akan terserlah daripada siaran langsung itu.
“Jika Presiden PAS di pihak yang benar dan rakyat menerimanya, ia adalah untuk kebaikan umat Islam seluruhnya. Manfaat untuk umat Islam adalah lebih aula diutamakan daripada kepentingan politik sendiri,” ujarnya.

Kes pegawai MB dapat projek ke SPRM Putrajaya
Harakahdaily, | 03 Jan 2013 |
Ini berhubung pendedahan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di persidangan Dun baru-baru ini tentang satu perjanjian di antara pemilik tanah Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang dan syarikat yang dimiliki pegawai khas Zambry.
Penyerahan itu dibuat Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS negeri itu ke pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.
Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam laporannya berkata perjanjian tersebut berdasarkan BOT (build-operate-transfer) di mana syarikat pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus projek itu.
"Oleh kerana ianya melibatkan laporan salahguna kuasa terhadap Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir, dan menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak khasnya dan Rakyat Negeri Perak amnya adalah menjadi desakan kami agar ianya perlu disegerakan siasatan terhadap laporan tersebut," katanya.
Menurut beliau lagi, semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati salah seorang pengarah syarikat pemaju tersebut adalah pegawai khas kepada Zambry dan juga seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Umno Bahagian Lumut.
Dakwanya lagi, syarikat tersebut tidak aktif dan beliau mempersoal bagaimana projek perhotelan hak milik Kerajaan Negeri Perak tersebut boleh diberikan kepadanya.
"Rujukan di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) juga didapati permohonan untuk mendapatkan kelulusan pembangunan di Rumah Perak tersebut telah dipohon dan menunggu kelulusan sahaja.
"Bagi kami banyak persoalan timbul dan keraguan di atas pengurniaan yang tidak dibuat tender terbuka atas projek tersebut," katanya.
Pengerang 'menangis'!
Mazlan Aliman, | 03 Jan 2013 |
Pang Kim Yong, 62, isterinya Ong Ah Eng, 58, dan anaknya OKU Pang Kee Hoo, 20, membunuh diri di rumahnya Kampung Jawa, Pengerang 1 Jan lalu.
Pang Kim Yong bekerja di sebuah restoran di Sg Rengit. Bila isterinya di serang ahmar beberapa tahun lalu, dia berhenti kerja untuk menjaga isteri dan anak lelakinya. Dia mendapat bantuan daripada JKM sebanyak RM300 sebulan.
Dia tinggal di atas tanah orang Melayu berpuluh tahun lamanya dengan aman dan damai. Namun, apabila timbul isu pengambilan tanah Pengerang, Pang sangat susah hati. Dia mengeluh dengan kekawan, ke mana dia dan keluarganya nak pergi. Oleh kerana dia hanya menumpang tanah orang, pampasan yang dia dapat cuma RM20 ribu sahaja.
Pang orang miskin. Dia marah kerajaan ambil tanah, yang menyusahkan rakyat miskin sepertinya. Dia luah kepada kenalan baiknya, Ah Chye. Nak pindah rumah lain, harganya RM65 ribu ke atas.
Dia jumpa pemimpin MCA tempatan dan luah perkara yang sama. Bahkan, terkeluar dari mulut Pang, nak bunuh diri. Tak sanggup nak hidup lagi. Kawan-kawan tak anggap ia serius, walaupun simpati macam mana Pang berkorban jaga isteri dan anak yang sakit. Seorang lagi anak perempuannya bekerja di Singapura.
Akhirnya, sekitar 10 pagi 1 Januari lalu, tiga beranak ini ditemui mati; dipercayai lemas tidak boleh bernafas dalam bilik kecil yang ditutup semua lubang angin!
Salah seorang pemimpin MCA Pengerang, Tan Yong Seng dalam China Press, mengakui tiga beranak ini bunuh diri ada kaitan dengan isu pengambilan tanah.
Pagi ini saya bersama YB Salahudin, Dato' Dr Mahfodz Mohamed, YB Dr Boo Cheng Hau, Hj Aminulhuda Hassan, Suhaizan Kaiat, Cik Anis Afida Azli, Cikgu Normala Sudirman dan ramai pimpinan Pakatan Rakyat memberi penghormatan terakhir kepada ketiga-tiga beranak ini sebelum dibawa ke Pusat Pembakaran Ulu Tiram.
Sedih rasanya mendengar cerita dari ahli keluarga dan sahabat handai, tragedi keluarga miskin yang kecewa atas sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan BN. Harga pembangunan yang meragut nyawa marhaen miskin!
Kancil putih bergegas tinggalkan rumah Nazri
Aslani M, | 03 Jan 2013 |
KOTA BHARU: Kancil berwarna putih yang menderum seawal jam 4 pagi tadi dilihat bergegas meninggalkan rumah Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Nazri Deraman.
Adik Nazri, Fikri, 23 bersama seorang lagi rakan kebetulan masa itu berkawal di Kampung Nilam Puri ekoran kejadian pecah rumah kerap berlaku kebelakangan ini.
“Adik saya melihat Kancil terbabit bergegas meninggalkan jalan di hadapan rumah saya.
“Beliau menefon saya sejurus kereta tersebut berlalu. Mereka berkawal tidak jauh dari rumah saya terkejut kerana mendengar deruman enjin kereta yang begitu kuat,” katanya memberitahu media di rumahnya hari ini.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan aktivis R termasuk setiausaha, Hisyamuddin Ghazali dan peguam Mohamad Faizal Che Yusof datang melihat kesan simpahan cat merah di kereta dan dinding rumah Nazri. (Gambar)
Kereta Nissan X-Trail juga pecah cermin belakang, manakala cat disambah sehingga ke papan hadapan kereta (dashboards).
Bahagian belakang (bonnet) dan kerusi penumpang juga berselerak dengan cat merah. Satu botol berisi cat (botol sos) juga ditemui di bawah kereta.
Sebuah lagi kereta milik isterinya, Waja juga disimbah cat merah di bahagian tepi. Cat merah juga disimbah ke dinding rumah sehingga terkena dua basikal anaknya.
Satu botol sos yang berisi cat merah ditemui pecah berhampiran kereta Waja. Cat juga berselerak di atas parkir.
“Isteri saya juga ada mendengar seperti bunyi benda jatuh, namun kurang jelas kerana kebetulan pada masa itu hujan lebat.
“Saya balik ke rumah daripada menghadiri program ceramah di Pasir Puteh pun lebih jam 1 pagi tadi. Tindakan pihak tidak bertanggungjawab terbabit semata-mata mahu mengugut aktivis R.
“Lagi pun sebelum ini aktivis R, Jeming Hassan pernah diugut bunuh melalui facebook. Dua tahun lalu Setiausaha R, Hisyamuddin juga ditampar di Kampung Sireh Kota Bharu,” katanya.
Malah ketika perhimpunan aman di hadapan Kota Darulnaim tahun lepas tujuh aktivis R dicederakan penyokong Umno, yang berkebetulan berhimpun di tempat sama.
Nazri berkata, pihak terbabit tidak sepatutnya melakukan perbuatan ganas kerana perjuangan menuntut royalti untuk rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik.
“Saya meminta orang terbabit menghentikan perbuatan khianat. Kami tidak pernah takut dengan ugutan mereka.
“Cuma saya minta mereka yang melakukan khianat tersebut memohon maaf secara terbuka semasa hayat kita masih ada sekarang,” ujarnya.
Ketika ditanya mungkinkah kejadian itu ada kaitan dengan Umno, namun katanya beliau tidak mahu memburuk sangka kepada sesiapa.
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Organ jadi saksi, MCA fobia hudud kata anggota dipotong
Harakahdaily, | 03 Jan 2013 |
Tan Cheng Lian, Ketua Wanita MCA Pulau Pinang yang memberikan reaksinya kepada ucapan tahun baru TG Nik Aziz yang menyeru rakyat Malaysia untuk membuat pilihan terbaik dalam PRU13 nanti.
Nik Aziz membuat rayuan tersebut berdasarkan satu nasihat yang lazim didengari di dalam Islam, mengingatkan umat Islam mengenai Surah Al-Fussilat ayat 19-21, bahawa semua anggota badan akan menjadi saksi amalan manusia di padang Mahsyar kelak.
Surah Al-Fussilat (19:21)
Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).
"Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar," tulis Nik Aziz di laman blognya sebagai ucapan Tahun Baru.
Nasihat itu sememangnya mudah difahami oleh orang Islam, tapi bagi MCA, terutamanya Tan yang ditakutkan dengan imej hudud yang dicanangkan partinya sendiri berkata, nasihat itu adalah amaran bahawa tangan dan anggota badan akan dipotong!
“Ini adalah kekesalan sekali lagi, Menteri Besar Kelantan Nik Aziz telah menggunakan balasan akhirat untuk menakutkan dan meningkatkan sokongan.
"Dalam ucapan Tahun Barunya, Mursyidul Am PAS itu telah menyimpulkan bahawa bahagian anatomi manusia mungkin terpotong di akhirat apabila beliau menggesa pengundi 'tidak membuat pilihan yang salah' jika mereka yakin, tiap-tiap bahagian badan, termasuk tangan yang mengundi, akan menjadi saksi pada hari kiamat,” kata Tan (GAMBAR) dalam kenyataannya semalam.
Tan juga mengutuk Nik Aziz dengan berkata beliau telah sampai ke tahap terdesak dengan menyalahgunakan nasihat tersebut.
Tan juga berkata, memberikan amaran mengenai balasan di akhirat untuk kezaliman, yang menjadi kepercayaan semua agama, sebagai satu bentuk ugutan.
“PAS tidak sepatutnya menggunakan ketakutan pada balasan di akhirat ke dalam minda penyokongnya terutamanya mereka yang alim.
"Ini adalah satu bentuk memeras ugut atau mengelirukan pengundi untuk memilih PAS pada peti undi,” kata Tan.
MCA, yang tewas teruk di PRU 2008, telah menyerang PAS secara habis-habisan dengan memfokus kepada hasrat parti itu untuk mengemukakan Hudud untuk orang Islam di Kelantan.
Rakan Umno tersebut juga seringkali mendapat kutukan daripada umat Islam dalam pelbagai kenyataan yang menghina hukum Islam dan nilai umat Islam.
Mahasiswa tubuh GM13 hadapi PRU
Hazayani Zakaria, | 03 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan
13 kumpulan mahasiswa menubuhkan Gerakan Mahasiswa PRU ke-13 (GM13)
dengan menyediakan sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa yang memberikan
fokus sepenuh masa bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
13 kumpulan tersebut terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Putra Malaysia (PMIUPM), Demi Mahasiswa KUIS (DMK), Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Watch 13, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) dan Sisters In Movement (SIM).
Menurut Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir, GM13 akan memberi fokus kepada isu-isu universiti dan mahasiswa serta bersedia dengan polisi pengajian tinggi negara yang baru sebagai solusi kepada kepincangan pengajian tinggi negara.
"Perjuangan mahasiswa dekad ini menyaksikan gerakan mahasiswa konsisten melawan undang-undang rimba Auku yang membelenggu idealisme dan aktivisme mahasiswa lebih 40 tahun.
"Begitu juga gerakan mahasiswa cakna dan prihatin terhadap nasib mahasiswa yang diikat dengan hutang pengajian PTPTN sehingga gerakan mahasiswa menuntut pendidikan percuma buat penuntut institusi pengajian tinggi," kata beliau dalam sidang media di Dataran Merdeka, dekat sini hari ini.
Sehubungan itu katanya, GM13 menganjurkan forum khas bagi menerangkan agenda mahasiswa yang lebih terperinci.
"Forum ini akan melibatkan panel dari ahli akademik, ahli politik dan wakil mahasiswa dan akan diadakan pada 5 Januari 2013, sabtu di sekitar Lembah Klang," katanya.
10,000 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat
Sementara itu, Syis berkata, GM13 akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari ini bagi menyatakan agenda mereka.
"Mahasiswa akan berpatisipasi dalam himpunan raksaksa tersebut dengan agenda dan identiti sendiri, dengan tema putih," katanya.
Selain itu juga katanya, GM13 menyediakan 'Lori Mahasiswa' bagi jelajah ke kampus-kampus utama sekitar Lembah Klang.
'Jelajah Mahasiswa Untuk Malaysia' akan berlangsung sekitar 20 hingga 30 Januari ini merangkumi 13
buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Ini bertujuan untuk memasarkan agenda mahasiswa kepada kampus-kampus seluruh Malaysia secara menyeluruh.
"Selain itu, GM13 turut mengambil peluang untuk membuka pentas pidato di kawasan-kawasan strategik
untuk menceritakan kepada masyarakat secara langsung tentang segala penindasan dan
kezaliman yang dilakukan penguasa terhadap mahasiswa.
"Demi menyahut cabaran Menteri Pengajian Tinggi tempoh hari, GM13 tidak teragak-agak untukbertindak lebih berani dan serius dalam mendepani PRU13. Ini adalah signal bahawa GM13 benar-benar serius dengan agenda yang ingin dibawa," tegasnya.

Putu Halba di musim banjir
Salmah Mat Husain, | 03 Jan 2013 |
(Nurihan Majid menjual putu halba di pusat perpindahan banjir)
RANTAU PANJANG: Putu halba merupakan kueh yang paling popular di musim tengkujuh di sebelah Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu.
Kebanyakkan peniaga menukar jenis jualannya buat sementara waktu semata-mata untuk mencari rezeki berganda di musim ini.
Di Kelantan kueh ini banyak dijual di pekan-pekan kecil di setiap jajahan di negeri ini, termasuk di rumah khusus untuk mencari rezeki dengan kueh ini.
Putu halba diperbuat dari ubi kayu dicampur dengan gula melaka, gula, halba dan seterusnya dicecah dengan kelapa menjadi tarikan ramai untuk dinikmatinya ketika panas.
Harakahdaily sempat merakamkan seorang peniaga kueh ini di tempat perpindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjung, Rantau Panjang.
Nurihan Majid, 47, pada asalnya meniaga tapai ubi kayu di Kedai Salor, namun menukar kueh ini kerana ianya lebih laku ketika musim banjir.
“Ketika jualan hari biasa, nak dapat RM40 pun sukar, tapi rezeki musim tengkujuh ni alhamdulillah kadang-kadang dapat juga RM200 sehari,”ujarnya.
Kerana tidak menang tangan, beliau dibantu oleh seorang rakan Hasnah Deraman, 35.
Bermula jam 10.00 pagi, Nurihan memulakan jualannya sehingga 4.00 petang kecuali jualannya habis awal berbanding biasa.
Menurut Nurihan, tahun lepas beliau dapat menjualnya enam biji RM2 kerana ubi sendiri, namun sekarang ubi beli yang telah siap diparut, harga agak mahal.
“Syukurlah walaupun musim tengkujuh, kami masih dapat mencari rezeki dan pendapatannya lebih berbanding biasa,”ujarnya yang tinggal di Kampung Gajah Mati, Pasir Mas.
Beliau mengakui dengan pendapatannya itu dapat membantu suami menyediakan kelengkapan sekolah pada anak-anaknya seramai tiga orang.
Menurutnya, sebelum ini beliau tidak mengetahui bagaimana cara untuk membuatnya, bagaimanapun setelah mendapat tunjuk ajar dari kawannya, akhirnya beliau cuba membuatnya sejak tujuh tahun lalu.
Dakwaan Deepak: Najib diminta jawab dalam 48 jam
Harakahdaily, | 03 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR:
PAS memberikan tempoh 48 jam kepada Datuk Seri Najib Razak dan
isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor agar menjawab dakwaan peniaga
permaidani, Deepak Jaikishan terhadap mereka berdua.
"Jika tidak, kita akan menganggap kedua-duanya bersalah sebagaimana yang dituduh oleh peniaga karpet berkenaan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Beliau membuat permintaan itu ekoran dakwaan bertubi-tubi yang dibuat oleh ahli perniagaan itu terhadap Najib dan isterinya.
Namun sehingga kini, Najib dan isteri serta pemimpin BN belum membuat sebarang jawapan mengenai tuduhan itu.
Ketika dakwaan pertama dibuat oleh Deepak sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau akan menjawabnya.
(Ini isu jenayah yang tidak boleh dibiarkan tanpa penjelasan - Husam Musa)
Namun, tidak ada apa-apa jawapan diberikan Zahid selepas itu.
"Saya meminta, jika Najib dan Rosmah tidak mahu menjawab pun, pemimpin BN kena membuat penjelasan mengenai hal ini.
"Alasan sedang bercuti di luar negara tidak boleh diterima langsung kerana ia perkara yang sangat besar dan dakwaan ini sangat serius.
"Saya hairan bagaimana orang seperti Tun Dr Mahathir pun boleh senyap sedangkan ini isu besar negara yang melibatkan pelakuan jenayah dan perlu diberikan penjelasan," kata Husam.
Jika selepas 48 jam, Najib dan pemimpin BN tidak membuat sebarang penjelasan, Husam berkata, beliau sendiri akan membawa perkara ini ke Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
"Antaranya saya akan mencadangkan agar buku yang ditulis Deepak diedarkan secara besar-besaran kepada orang ramai," kata Husam.
KOMEN PEMBACA

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Zul Naim Ismail nanti najib jawab...... ko siapa nak bg tempoh kt aku..... and saya tak kenal dia kenapa nak komen
-
-
Mie Lobotomy Klu sy msti dh dakwa deepak, hntr siasat deepak. Tikus menari2 xkan kucing lapar duk sengih je
-
Saiful Nizam bahaya jawab... nanti jd isu hangat... lg baik diam... kalau nak dgr jawapan kena tunggu parti bn tersungkur.. masa tu kat dlm mahkamah x blh lari dah , mcm mana pun kena jawab gak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan