Ahad, 3 Oktober 2010

SILA TAJUK DEMOKRASI MENGARUT...ADA PIHAK MENUDUH PIHAK PEMBANGKANG SUKA MAKI HAMUN...BILA POLITIK..KEDUA2NYA BERBALAS2 HUJAH...RAKYAT NILAILAH....

Sunday, October 3, 2010

MEMALUKAN: 'Tok guru' Umno memakihamun dan meroyan dalam ceramah 'DAP anti Islam'..(video inside)



Oleh: Pria Malaya

Anda tahu kenapa penyokong fanatik Umno tidak memuatturun (download) video ceramah DAP ANTI ISLAM yg diadakan di Besut Terengganu semalam?..anda tahukah kenapa Umno tidak beria2 menyebarkan rakaman video ceramah pemimpin Umno di Besut semalam seperti lazim mereka lakukan sebelum ini?

Jawapannya ialah kerana mereka turut terasa malu dan hina, seorang yang mereka hormat sebagai ustaz lebih banyak memaki hamun dan mencarut di atas pentas secara bertalu-talu, bahkan banyak kenyataan angkuh lagi sombong dikeluarkan oleh penceramah tegar umno ini ceramah semalam..sungguh memalukan, kerana bencikan DAP, PAS di makihamun..

Yang pelik, yg menjadi sasaran makihamun para penceramah parti pekauman Umno ini adalah PAS dan Tok Guru Nik Aziz, bukannya DAP...fikir2kan...wallahua'lam..
Kenapa ‘Tok Guru’ ni suka sebut gilo - Dr Azman Ibrahim Seumur hidup saya tidak pernah menghadiri sebarang program ceramah Umno dan tidak pernah berminat untuk curi-curi dengar ‘kelentong’ penceramah-penceramah upahan mereka. Tapi semalam ketika dalam perjalanan pulang dari menyampaikan kuliah Maghrib dan menziarahi kematian di Jabi, hati saya tergerak untuk berhenti seketika di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, lokasi ceramah Umno yang kalau mengikut poster yang tersebar bertajuk ‘DAP Anti Islam’. Entah apa relevannya tajuk ini sedangkan Besut yang menjadi lokasi ceramah ini tidak mempunyai walaupun setengah cawangan DAP.



Tambahan pula Najib sendiri menawarkan diri kepada Obama untuk mengatasi masalah Islamophobia, tiba-tiba Idris Jusoh menganjurkan ceramah untuk mengapi-apikan sentimen agama dan menyemai kebencian kepada penganut agama lain. Penceramahnya: Idris Jusoh, Alwi Che Ahmad dan seorang yang bernama Abdullah Sa’amah. Saya tidak mengenalinya walaupun dikatakan dia Tok Guru Pondok Genting, Tumpat. Pernah terlihat nama dan gambarnya bersama-sama pemimpin-pemimpin Umno di poster-poster ceramah anjuran Umno Kelantan tetapi saya tidak begitu ambil pusing. That’s not my business. Ketika saya tiba ‘Tok Guru’ ini sedang berceramah. Entah berapa 'upah' yang diterimanya malam tadi (1 Oktober) sehingga begitu bersemangat sekali ‘Tok Guru’ ini berceramah diiringi paluan gendang oleh budak-budak Umno (saya tak pasti pemuda atau putera Umno yang berbaju lambang dacing memenuhi satu kanopi sebagai pasukan sorak dan gendang). Di atas pentas kelihatan beberapa pemimpin Umno tempatan tersenyum kelat dan tertawa, entah kerana lucu atau mentertawakan hujah-hujah dangkal penceramah upahan ini. Trade mark kepada penceramah ini adalah perkataan ‘gilo’ (gila). Tak kurang dari 30 kali perkataan ‘gilo’ diulanginya untuk mengutuk PAS dan PKR. “Baso gilo”, “puak-puak gilo”, “jenis gilo”, “orang gilo”, “Nik Aziz gilo”, “gilo nok jadi PM”, “menate gilo”, “kena masuk hospital gilo”, “penyakit gilo”, “pemimpin gilo” dan macam-macam lagi jenis ‘gilo’ yang diulang-ulang sebut. Sehingga saya mari terfikir, gilakah ‘Tok Guru’ ni? Rupanya benar sebagaimana pernah dikhabarkan seorang sahabat dari Dewan Pemuda PAS Kelantan bahawa ‘Tok Guru’ ini pernah ‘berfatwa’ dalam satu ceramahnya di atas pentas Umno di Tumpat. “Tuan-tuan sokonglah Umno. Ambo beri jaminan siapa yang sokong Umno, dia akan selamat dunia akhirat.” Begitulah taksubnya ‘Tok Guru’ ini dengan Umno. Semalam dia kata “kita kena lawan puak-puak gilo ni (PAS dan PKR). Melawan puak gilo ni adalah jihad di jalan Allah. Nik Aziz kalu tak pandai memerintah, turun! Kalu tak dak ore nak ganti, biar ambo ganti. Ni Tok Guru Haji Loh, Tok Guru hok Sengoti,” ujarnya angkuh. Sekali lagi terdetik di hati saya, gilakah ‘Tok Guru’ ni? Malangnya Umno, kerana terpaksa mempergunakan khidmat manusia sebegini untuk meraih sokongan. Saya cuba meneliti kalau-kalau ada hujah beralaskan fakta yang dikemukakan, tapi ternyata sekadar tin kosong, yang menggambarkan butanya penceramah ini dengan fakta sebenar atau dia sengaja membutakan mata demi RM yang mengalir ke dalam poketnya.

Intipati ceramahnya cuba untuk menggambarkan khianatnya PAS dan PKR bersekongkol dengan DAP untuk menghakis hak orang Melayu Islam di Negara ini. “Puak-puak ni memang gilo, beri tanah kepada orang Cina, bantuan kepada Sekolah Cina. Sekolah Melayu bakpo tak bantu. Kita nak kata apa lagi kalu bukan kerja gilo.” Seranah ‘Tok Guru’ ni lagi disambut paluan gendang dan tepukan hadirin.

Mungkin tak sampai maklumat kepada dia, Umnolah yang bertanggungjawab menghentikan bantuan kepada sekolah agama rakyat (SAR). Kerajaan Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab memberikan semula bantuan kepada SAR termasuklah Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang dikatakan kerajaan kafir harbi. Masih saya ingat, Saudara Misbah, bekas Setiausaha Politik MB Perak memaklumkan bahawa Datuk Ngeh Kho Ham, Pengerusi DAP Perak telah mencadangkan di dalam satu mesyuarat Exco supaya diluluskan pemberian tanah 100 ekar kepada Pondok Pok Teh, Pengkalan Hulu supaya boleh diusahakan dan menjadi sumber ekonomi kepada pusat pengajian Islam ini.

Sedangkan Allahyarham Pok Teh, Tok Guru Pondok ini yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari lepas telah belasan tahun memohon tanah tersebut dari kerajaan Umno tetapi tidak dilayan, padahal Pok Teh adalah ahli Majlis Fatwa Negeri Perak. Di samping kerajaan PR Perak telah memberikan hak milik Tanah kepada orang Cina, penduduk Kampung Baru yang dah hampir 2 generasi tinggal di situ tanpa dapat hak milik, Kerajaan PR Perak juga telah mengurniakan hak milik tanah kepada orang Melayu di Kampung Tersusun dengan jumlah yang jauh lebih banyak berbanding kepada orang Cina.

Buku Sejarah Melayu Tingkatan Lima dibawanya dan ditunjukkan kepada hadirin, “inilah dia rujukan Perlembagaan Malaysia yang telah dipertahankan oleh Umno puluhan tahun tapi dirosakkan oleh DAP, PAS dan PKR.” Disambut dengan tepukan dan paluan gendang pemuda Umno. Saya sekadar ketawa di dalam hati. Kenapa Idris Jusoh tak bekalkan dia buku Perlembagaan yang sebenar walaupun sekadar untuk ditunjukkan kepada hadirin sebab kalau baca pun belum tentu dia boleh faham.

“Pemimpin Umno adalah Hang Tuah yang mempertahankan orang Melayu, DAP ni kafir harbi yang menentang Negara Islam. Pemimpin DAP kata, nak tubuh Negara Islam, langkah mayat dia dulu! Gilonya pemimpin PAS sehingga baca doa untuk orang kafir harbi dalam khutbah Jumaat. Memang gilo sungguh!” ujarnya, mungkin merujuk kes doa untuk YAB Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang yang dah diperjelaskan secara panjang lebar, bagaimana hukum berdoa untuk orang bukan Islam dan dah lama selesai.

Saya tidak berminat untuk mengulanginya lagi. “Kalu kita lok (biar) negara kita kepada puak-puak gilo ni, jawabnya orang Melayu akan jadi serupa Melayu Singapura. Hilang dari muka bumi.” Akhir sekali dia ‘berwasiat’. “Kita kena beri sokongan padu kepada Datuk Seri Idris, Datuk Abdullah Mohd Zain dan pastikan puak-puak gilo ni tak dapat walaupun satu undi dalam pilihanraya akan datang.”

Astaghfirullah, begini sekali rendahnya akhlak dan peribadi ‘Tok Guru’ ni dan butanya dia dengan maklumat semasa. Nak banding dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang dikatakannya ‘gilo’, jauh bumi dengan langit.

Moralnya, hinanya manusia yang menjadi penjilat kebatilan.


Sumber: http://drazmanibrahim.blogspot.com



Penceramah biadap, Umno Besut digesa mohon maaf
Khairul Azlam Mohamad

BESUT, 4 Okt: PAS Kawasan Besut memberikan tempoh 24 jam kepada Umno bahagian memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila).

Ini kerana penceramah jemputan Umno bahagian berkenaan dalam dalam ceramahnya bertajuk ‘DAP Anti Islam’ di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh pada 1 Oktober lalu menggelarkan Mursyidul Am PAS itu ‘gilo’ berulang kali.

Sekiranya, Umno Bahagian Besut gagal berbuat demikian sehingga jam 12 tengah hari 5 Oktober (Selasa), maka PAS kawasan tidak akan teragak-agak mendapatkan nasihat peguam bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit.

Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (gambar) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini berkata, pihaknya telah meneliti kandungan ucapan penceramah jemputan itu, Abdullah Sa’amah yang dianggap biadap.

“Kami telah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan yang dibuat oleh penceramah jemputan, Abdullah Sa’amah yang memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.

“Beliau (Abdullah) menggelarkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila) dan diulang berkali-kali,” katanya.

Menurutnya lagi, situasi tersebut tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mewarnai emosi serta pemikiran penceramah ke arah suatu bentuk ketegangan kepada isu keagamaan dan perkauman.

Justeru itu, katanya PAS Kawasan Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPN) kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik.

Menurutnya, parti politik berkenaan secara jelas mempunyai tendensi serta kecenderungan memupuk budaya liar dan samseng di kalangan masyarakat setempat.


Perkauman: Umno tiada pilihan lain
Abd Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Tindakan-tindakan perkauman pegawai awam akan berterusan selagi Umno memerintah negara ini, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, Umno tiada pilihan lain untuk terus kekal berkuasa selain terus meniupkan api perkauman seperti mereka lakukan sejak dahulu lagi.

"Apa lagi yang pemimpin Umno hendak cakap selain perkauman? Bila bercakap soal demokrasi, rakyat mencemuh mereka kerana mereka tidak demokratik.

"Bila bercakap soal ekonomi, penyokong-penyokong Umno sendiri mempersendakan mereka seperti yang terjadi kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicanang-canangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak), " katanya.

Sebab itulah, kata Mahfuz, amaran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan kononnya kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai awam yang menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama tidak lebih dari semata-mata cakap mulut atau 'lip service' sahaja.

"Kalaupun berlaku pegawai kerajaan bertindak mengapi-apikan perkauman, pemimpin Umno di dalam kerajaan akan berdolak-dalik dan tidak mahu mengambil tindakan.

"Lihat saja bagaimana (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berdolak-dalik dan dengan jelas enggan bertindak terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman.

"Sedangkan, sudah berpuluh-puluh tahun kita lihat begitu ramai guru dan pegawai kerajaan yang dikenakan pelbagai tindakan tindakan semata-mata kerana menyokong PAS.

"Bila hendak mengambil tindakan ke atas guru-guru dan pegawai awam yang menyokong PAS, tidak pula timbul soal bidang kuasa antara Kementerian Pelajaran atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz bagaimanapun melihat perbuatan mengapi-apikan perkauman itu akan menyebabkan Umno semakin dilihat sebagai jenama yang jijik.



BN di persimpangan, Najib mula goyah?
http://kalamperantau.wordpress.com

Barisan Nasional (BN) yang dibentuk menjelang pilahanraya umum 1974 ekoran kegagalan perikatan UMNO-MCA-MIC kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 dilihat begitu sukar untuk ditumbangkan kerana mempunyai semua kekuatan sebagai sebuah perikatan parti-parti politik pemerintah yang gagal disaingi oleh pembangkang.

Beberapa percubaan telah dilakukan untuk menggugat BN dalam beberapa siri pilihanraya umum sebelum ini. Percubaan pada pilihanraya umum ke-8 pada tahun 1990 sehinggakan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebuah komponen BN yang memerintah Sabah ketika itu sanggup keluar BN untuk bersama dengan Gagasan Rakyat yang ditaja oleh Tengku Razaleigh Hamzah (pembangkang melalui Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) ketika itu begitu mencemaskan.

Tetapi cabaran Tengku Razaleigh yang membentuk Gagasan Rakyat (PMS46-DAP-IPF dan PBS) dan Angkatan Perpaduan Ummah (PMS46-PAS-Berjasa-Hamim) tidak cukup kuat untuk menumbangkan dan mencabut ‘hayat’ politik BN sebagai peneraju politik Malaysia. Hanya Kelantan sahaja yang mampu disapu bersih oleh APU. Tiada satu kerusi pun yang mampu dimenangi oleh BN.

Selepas itu BN mampu bangkit semula dalam pilihanraya umum ke-9 pada tahun 1995 dan seterusnya PMS46 dibubarkan selepas itu untuk bersatu dengan UMNO semula. Gagasan pembangkang bersatu pun berkubur dengan berkuburnya PMS46. Walaubagaimanapun APU tinggal PAS, Berjasa dan Hamim hanya mampu bertahan di Kelantan sahaja.

Tetapi dengan kembalinya Ku Li dan rakannya, sekali UMNO sekali lagi tergugat dengan pemecatan Anwar Ibrahim pula pada tahun 1998. Sekali lagi momentum politik meningkat semula khususnya dikalangan orang-orang Melayu. Satu parti baru dikenali, Parti Keadilan Nasional (keADILan) dibentuk bagi menenuhi keperluan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

Sekali lagi gagasan pembangkang yang baru dikenali Barisan Alternatif (BA) oleh keADILan-PAS-DAP-PRM pula dibentuk menjelang pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999. Keputusannya menyebabkan BN khususnya UMNO telah kehilangan pula Terengganu disamping Kelantan yang terus berada ditangan PAS.

Malah Kedah pun mula tergugat bila BN gagal mendapat majoriti dua pertiga. Tetapi keadaan ini tidak lama, DAP yang kurang berjaya dalam pilihanraya umum ke-10 meninggalkan BA dengan menjadikan PAS sebagai ‘kambing hitam’ dengan isu Hudud dan Negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Sekali lagi BN berjaya cemerlang dalam pilihanraya umum ke-11 pada 2004 dibawah pimpinan baru, Datuk Abdullah Ahmad Badawi. Aura Pak Lah hampir-hampir berjaya menyisih PAS dari terus menerajui Kelantan dengan hanya kelebihan tiga kerusi sahaja. Kemudiannya tinggal majority satu kerusi sahaja selepas PAS tewas dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.

Ketika berada diambang keseronokan dengan kemenangan paling besar dalam sejarah, BN mula lupa diri menyebabkan mereka hampir-hampir kecundang dalam pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008. Mereka gagal mendapat majority 2/3 diparlimen dan kehilangan 5 negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kepada BA (PKR-PAS) dan DAP dalam satu pertandingan satu lawan satu. Tetapi Perak dirampas semula BN dalam satu operasi rampasan kuasa setahun selepas itu.

Sejak itu, PKR-DAP-PAS membentuk Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah negeri-negeri yang dimenangi oleh pembangkang selain Kelantan. Kemudiannya dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU ke-12, PR dan BN masing-masing berjaya mengekalkan kerusi masing-masing kecuali Kuala Terengganu dan Hulu Selangor serta Sibu (Sarawak). Kuala Terengganu jatuh ketangan PAS (PR) dan Hulu Selangor pula kembali kepada BN (MIC). DAP (PR) berjaya merampas kerusi BN (SUPP) di Sarawak. Lain-lain kerusi adalah status quo kepada parti yang memenanginya dalam PRU ke-12 lalu.

PR begitu ghairah untuk menawan Putrajaya dalama PRU ke-13 nanti menyebab Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berada dalam zon selesa walaupun projek 16 September untuk membentuk kerajaan baru melalui satu gabungan atau perikatan PR dengan anggota BN yang berpaling tadah gagal. Ramai yang meramalkan Najib masih teragak-agak sama ada membubarkan parlimen serentak dengan pilihanraya Negeri Sarawak atau membiarkan parlimen dibuabarkan selepas keputusan pilihanraya Sarawak diketahui.

BN di ambang kehancuran?

Dalam keadaan sekarang, PR mula berpadu untuk menumbangkan BN walaupun dihadapkan dengan berbagai isu yang dicipta untuk meretakkan pakatan ini. Sebaliknya parti-parti BN pula mula goyah dan hilang keyakinan kepada BN dan UMNO.

Bukan rahsia lagi MCA tidak menolak kemungkinan meninggalkan BN. Begitu juga dengan Gerakan yang tidak senang dengan perkembangan terkini BN. Malah MIC pun boleh meninggalkan BN jika UMNO banyak mencampuri urusan dalam parti tersebut. Lebih-lebih lagi tindakan UMNO mengambil Kongres India Muslim (KIMMA) yang tidak dipersetujui oleh MIC menyertai BN sejak sekian lama sebagai “sayapnya” baru UMNO.

Di Sabah, Sabah Progressif Party (SAPP) telah meninggalkan BN selepas pilihanraya umum ke-12. Kini Liberal Demokratik Party (LDP) juga sedang berkira-kira meninggalkan BN setelah pimpinannya hilang keyakinan dan tidak dapat bekerjasama dengan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi BN Negeri Sabah.

Begitu juga di Sarawak, SUPP antara komponen tertua yang bersama mengasaskan BN dulu dilaporkan berkira-kira untuk meninggalkan BN Negeri Sarawak untuk membentuk kerjasama dengan Sarawak Nasional Party (SNAP) bagi menghadapi pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Perkara ini bukan perkara baru dalam politik Sarawak. Pernah dalam tahun 1980-an dulu, Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) keluar dari BN Negeri Sarawak bekerjasama PERMAS pimpinan Tun Rahman Yaakob memberikan tentang yang sengit kepada BN dalam politik Sarawak. Tetapi selepas beberapa pilihanraya, PBDS kembali semula kepada BN Negeri Sarawak sehinggalah dibubarkan beberapa tahun yang lepas selepas Datuk Leo Moggie bersara dari politik.

Sejak tahun pilihanraya 1996, SUPP telah kehilangan kerusi kepada DAP khususnya dikawasan majoriti Cina di kawasan bandar (Meradong, Bukit Assek, dan Kidurong). Selain DAP menang 3 kerusi, BN juga turut kehilangan dua lagi kerusi kepada Bebas pilihanraya tersebut, BN masih utuh dengan memenangi 57 kerusi di DUN Sarawak.

Kemudian pada pilihan raya negeri 2001 BN meraih kemenangan besar daripada 62 kerusi yang dipertandingkan. Parti Keadilan Nasional (KeADILan), dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) buat kali pertama bertanding dalam pilihanraya Negeri Sarawak. KeADILAN dan PAS tidak memenangi apa-apa kerusi. Ketika itu pembangkang hanya memenangi 2 kerusi, iaitu masing-masing satu DAP dan satu bebas.

Manakala pada pilihan raya negeri Sarawak 2006 pula berlaku sedikit anjakan senario politik di Sarawak, pabila pihak pembangkang SNAP, KeADILan dan DAP berjaya membentuk kerjasama melalui Barisan Bersatu Sarawak. Sementara PAS hanya menjalin kerjasama dengan KeADILan dan bertanding di satu kerusi sahaja, iaitu DUN Beting Maro dalam parlimen Batang Lupar.

Dalam pilihanraya ini, dominasi BN di Sarawak mula goyah. DAP menang lima kerusi (Pending, Batu Lintang, Meradong, Bukit Assek dan Kindurong), KeADILan pula menang kerusi Padungan) dan SNAP kerusi Engkili. Dengan kemenangan DAP di Parlimen Sibu baru-baru ini, momentum untuk menumbangkan BN di Sarawak makin tinggi.

Perkembangan ini sedang dibuat analisa bukan sahaja oleh parti-parti pembangkang, malah oleh komponen BN Sarawak sendiri. Bagi mereka ini peluang untuk mengurangkan cengkaman PBB dan Taib Mahmud sendiri keatas politik Sarawak yang sudah berakar umbi sekian lama. Dengan perkembangan politik semasa, mampukah BN Sarawak ditumbangkan?




VIDEO: Umno Amat Memalukan dan Biadap


Tiada ulasan: