'Perang' PERKASA: Siswa berdemo sokong 'Nah' | |||
|
Kira-kira 100 mahasiswa Kolej New Era di Kajang hari ini berhimpun bagi menuntut pentadbiran universiti itu menarik balik pembatalan program Namewee di tempat mereka malam ini. Kumpulan yang dipimpin oleh majlis perwakilan mahasiswa dan persatuan pengajian medianya antaranya bagi menyatakan sokongan kepada penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi itu.
Antara cadangan yang dikemukakan adalah semua pihak - pelajar, Namewee dan juga PERKASA bersemuka dan berdialog bagi mencari jalan penyelesaian.
Siri jelajah itu diadakan sempena 'Nah' - tajuk video terbaru Namewee yang menyentuh mengenai isu perkauman di negara ini yang membabitkan beberapa pengetua sekolah yang menghamburkan kata-kata perkauman kepada masyarkat Cina dan India. Bagaimanapun bahasa yang digunakan dalam videonya itu dikatakan tidak bersesuaian dan menghina orang Melayu.
Dalam satu kenyataan, kolej itu menjelaskan tindakan itu diambil kerana mereka tidak gembira dengan insiden yang berlaku di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) sebelum ini. Kelmarin, perkarangan KLSCAH kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota PERKASA bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya. Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk PERKASA, bendera Malaysia dan membakar gambar Namewee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan