Isnin, 4 Oktober 2010

MENANG KALAH ITU KETENTUAN ALLAH...PERJUANGAN NI SUDAH LAMA...KITA BELUM LAHIR...JANGAN KITA MENDEBIK DADA....SAPE KITA....

Raja Petra tidak lagi sehaluan dengan Pakatan?
Okt 4, 10 9:33am

Raja Petra Kamarudin, yang kononnya dianggap sebagai seorang penulis blog politik bebas, tetapi sebenarnya berpihak kepada pembangkang dikatakan kini tidak lagi sehaluan dengan
Pakatan Rakyat.

Menurut portal berita The Malaysian Insider, Raja Petra, juga dikenali sebagai RPK, menyatakan rasa kurang senang dengan apa yang beliau dakwa kegagalan Pakatan memenuhi manifesto pilihan raya sekalipun sudah menguasai beberapa buah negeri selama lebih dua setengah tahun.

Pernyataan rasa kecewa RPK dilahirkan pada majlis dialog dengan rakyat Malaysia di London pada Ahad yang turut dihadiri oleh pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RPK juga mengancam menarik diri daripada menyokong PR dalam pilihan raya kecil Galas akan datang oleh kerana PR telah gagal memenuhi janji yang dipersetujui sebelum pilihan umum Mac 2008.

Sebagai respons kepada pernyataan RPK, Anwar meminta agar ada persefahaman dan mendakwa banyak pembaharuan tidak dapat dilaksanakan tanpa kawalan kerajaan persekutuan.

- Bernama


PAS akan pilih bukan perokok sebagai calon di Galas
Okt 4, 10 10:59am

PAS akan mengketengahkan calon yang tidak merokok pada pilihan raya kecil DUN Galas akan datang bagi meningkatkan imej Islam parti itu, menurut beberapa laporan akhbar tempatan yang dipetik oleh AFP.

PAS, yang merupakan gabungan Pakatan Rakyat berkata, calon yang bakal dipilih bertanding mempertahankan kerusi dewangan undangan negeri di Kelantan itu mesti mempamerkan perwatakan Islam yang baik serta tidak merokok.

"Perkara pertama, saya akan tolak perokok. Mereka bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri tetapi membazirkan wang,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (atas, kiri) yang dipetik oleh akhbar New Sunday Times.

Menteri Besar Kelantan itu juga memberitahu akhbar Berita Minggu, calon yang akan dikemukakan oleh PAS itu mesti seorang yang warak dan tidak meninggalkan sembahyang serta bukan seorang kaki judi.

Setakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya belum menetapkan tarikh bagi pilihan raya kecil itu tetapi PAS telah memaklumkan bahawa parti itu akan mempertahankan kerusinya itu.

Tiada fatwa yang jelas berhubung pengharaman merokok tetapi Nik Aziz pernah dilaporkan berkata sesetengah ulama Islam menganggap perbuatan merokok adalah haram.

PAS pernah pada 2007 berkata parti itu merancang mencalonkan hanya bukan perokok atau mereka yang merancang meninggalkan tabiat itu pada pilihan raya umum.

- AFP



CERDIK PANDAI BUKAN MESTI IA TIDAK BERPERANGAI BURUK..ATAU SENTIASA BETUL DAN TAK BUAT SALAH...YANG ALLAH JAMIN ADALAH ORANG YANG TAQWA.....


Rasuah: Majistret dihukum denda, penjara
Okt 3, 10 5:37pm

Seorang majistret dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan berkaitan rasuah.

Mohd Firdaus Ramlan, 28, baru bertugas selama dua tahun sebagai majistret di Mahkamah Kuala Krai dan Machang.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memperoleh rasuah berupa wang tunai RM3,000 daripada Md Shani Ishak di sebuah stesen minyak Esso, Machang, kira-kira pukul 10.30 malam, 11 Oktober tahun lalu.

Wang suapan itu dikatakan diperoleh sebagai dorongan baginya melepaskan lelaki berkenaan daripada kesalahan jenayah yang dilakukan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Bagi tuduhan kedua, Mohd Firdaus didakwa meminta rasuah RM5,000 daripada Md Shani di Bilik Majistret, Mahkamah Majistret Kuala Krai di sini, pada 6 Oktober tahun lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang juga boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa, dan Mohd Firdaus diwakili peguam Datuk Shukri Mohammed.

Bagi tuduhan pertama Mohd Firdaus dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000, dan jika tidak dibayar denda, beliau boleh dipenjarakan sehingga 12 bulan, manakala bagi pertuduhan kedua beliau dikenakan hukuman penjara tiga tahun, denda RM25,000, dan jika denda tidak dibayar beliau boleh dihukum penjara 18 bulan.

Hakim Sabariah Othman mengarahkan agar perintah penjara ditangguhkan sehingga Mahkamah Rayuan mendengar dan memutuskan rayuan.

Hukuman denda pula ditangguh tiga bulan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

- Bernama




Tiada ulasan: