Penjenayah bijak hapuskan bukti
KUALA LUMPUR – Kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain, digambarkan sebagai trend bunuh yang banyak berubah berbanding dahulu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kes bunuh dahulu dengan sekarang banyak perbezaan dari segi kaedah perlaksanaannya, kerana penjenayah kini semakin bijak menghapuskan bukti kejadian.
“Jika dahulu, penjenayah hanya menikam mangsa untuk membunuh tetapi, trend itu telah berubah.
“Sebagai contohnya kes membabitkan Sosilawati. Kita hadir di situ (ladang milik suspek utama di Ladang Gadong, Tanjung Sepat) bukan untuk berseronok tetapi untuk melakukan siasatan,” katanya ketika memberi penerangan berhubung konsep 4P di Bukit Aman, semalam.
Katanya, cara pembunuhan yang semakin rumit untuk dirungkaikan itu memerlukan siasatan yang lebih teliti bagi memastikan penjenayah itu dapat dihadapkan ke muka pengadilan.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk Nouvelles Visages bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.
Suspek mengakui mengikat, memukul, membunuh dan membakar kesemua mangsa, sebelum abunya dibuang ke laut.
Suspek utama berusia 41 tahun yang ditahan juga dikaitkan dengan kes lain membabitkan saudagar batu permata dari India, Alall Kanthan Muthuraja, seorang kontraktor dari Kedah, Shafik Abdullah, 37, dan rakannya.
“Kita sedang menyiapkan kertas siasatan dengan secepat dan sebaik mungkin. Kita jangka dalam tempoh masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas majlis penerangan 4P tersebut
Sinar Harian's Photos - Wall Photos
SHAH ALAM - Pas tidak perlu mempertikaikan strategi UMNO meletakkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan raya Kecil dan dipilih sebagai calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan.
Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, persoalan yang ditimbulkan oleh parti itu adalah disebabkan mereka berasa gusar akan mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil kawasan itu.
“UMNO bersifat dinamik. Kita mengatur strategi bagi setiap pilihan raya kecil mengikut kes dan keperluan setempat. Soal pelantikan pengarah pilihan raya tidak begitu penting. Apa yang penting adalah calon yang akan ditentukan kemudian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, datuk Nik Abdul Aziz Nik mat yang m,endakwa pemilihan Tengku Razaleigh sebagai calon Barisan Nasional (BN) digalas sebagai merendahkan martabat pemimpin veteran itu.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, pelantikan Tengku Razalegh itu itu menunjukkan UMNO sebagai sebuah parti yang praktikal.
“Di sini tidak timbul persoalan siapa yang jadi pengarah bagi pilihan raya. Asas kepada persoalan yang diajukan sekarang adalah kerana kegusaran Pas yang hanya menang tipis 646 majoriti di kawasan itu.
“Kita sedia maklum, Ku Li adalah tokoh yang berpengaruh. Oleh itu, Pas tidak perlu berasa gusar dan perlu meneruskan perjuangan mereka,” katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi berkata, Pas tidak sepatutnya mempertikaikan apa yang dilakukan oleh UMNO kerana ia adalah urusan parti itu.
“Apa motif Pas mahu mempertikaikan keputusan UMNO? Sebarang keputusan UMNO adalah berasaskan peluang untuk menang dan dalam hal ini Tengku Razaleigh paling sesuai, itu adalah strategi UMNO.
“Tak perlu jadikan hal ini sebagai isu dan tak perlu mempertikaikan strategi UMNO kerana strategi UMNO sentiasa berubah-ubah. Kalau benar-benar anak jantan, lawan sahajalah,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, keputusan UMNO itu berdasarkan kepada keputusan pucuk pimpinan dan semua pihak termasuk perhubungan Kelantan menyokong keputusan itu.
“Realitinya, Pas kini berada dipihak yang tertekan dan mereka cuba memecahbelahkan UMNO Kelantan terutama di pihak Ku Li. Bagaimanapun, saya harap mereka dapat bertanding secara gentleman di Galas, buktikan bahawa mereka dapat sokongan rakyat,” katanya
Malaysia Perolehi Semula Enjin Jet Yang Hilang Bulan Ini - Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR: Mahkamah Uruguay telah memutuskan bahawa dua buah enjin F-5E jenis GE J85 21-A yang kini berada di dalam pegangan kerajaan Uruguay adalah hak milik kerajaan Malaysia.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang menghubungi beliau tiga hari lepas bagi memaklumkan keputusan mahkamah itu.
"Kita akan menghantar satu pasukan terdiri daripada pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pejabat Peguam Negara ke Uruguay dalam bulan ini bagi mengambil semula enjin tersebut.
"Jabatan Peguam Negara sedang berusaha menterjemahkan keputusan mahkamah tersebut dalam Bahasa Sepanyol ke Bahasa Inggeris bagi memastikan kandungan dan maksud sebenar tidak mengelirukan mana-mana pihak dan dijangka proses ini akan mengambil masa selama seminggu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan di sini Sabtu malam.
Ahmad Zahid berkata proses pengurusan membawa pulang enjin tersebut akan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara.
Beliau berkata proses itu merupakan perkembangan yang positif di dalam pengurusan kes tersebut dan setiap langkah pastinya perlu mengambil kira kesan secara langsung ke atas proses pendakwaan yang sedang berjalan.
Menurutnya, proses memperoleh semula enjin berkenaan menunjukkan wujudnya hubungan baik antara kedua-dua kerajaan walaupun berlaku kes sedemikian.
Beliau berkata kejayaan kes itu adalah kerjasama baik antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga selesainya kes berkenaan.
Enjin tersebut dilaporkan hilang dari dua kemudahaan TUDM pada 20 Disember 2007 dan 1 Januari 2008.
Ahmad Zahid turut menafikan tohmahan dan fitnah yang mendakwa kedua-dua enjin tersebut bernilai RM100 juta sedangkan keseluruhan sebuah pesawat seumpama itu hanya bernilai RM2.45 juta. - BERNAMA
Rusli Yasmin | ||||
MARANG, 3 Okt: Umno yang menolak Islam sebagai dasar perjuangannya kosong dan tidak mempunyai roh tarbiah, berbeza dengan PAS yang menjadikan tarbiah sebagai asas perjuangannya. Justeru itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, program tarbiah seperti Ijtima' Tarbawi yang dianjurkan oleh Pemuda PAS tidak dapat dianjurkan oleh Umno kerana parti itu tidak mengambil Islam sebagai teras perjuangan. "Umno, dia tolak Islam automatik dia tolak roh, bila dia tolak Islam, Nabi Muhammad pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Allah Taala pun dia tolak," katanya dalam pidato sempena Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS Pusat di Masjid Rusila, malam tadi. Katanya, akibat itu perjuangan Umno hanya setakat dunia sahaja. "Umno kena reti, bila dia tolak Islam, ertinya dia tolak roh, kosongkan roh, yang tinggal jisim saja. "Maka bagi dia segala pembangunan ni, segala hidup ini, khusus untuk dunia sahaja, akhirat dia tak fikir," ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan. Ini, katanya berbeza dengan PAS, yang menjadikan akhirat sebagai matlamat perjuangan, mesti mempunyai kekuatan jasmani dan rohani. "Kita sebagai orang Islam dan memperjuangkan Islam kedua-dua (jasmani dan rohani), kita kena jaga. "Jika kita berpolitik, kita ingat supaya selamat di dalam kubur, kita berpolitik supaya ingat di Padang Mahsyar, berpolitik supaya selamat di dalam syurga,” katanya. Sebelum itu, beliau melancarkan buku terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang bertajuk 'Palestin Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan'. Turut memberikan ceramah ialah Ahli Parlimen Ikhwan Muslimin Mesir, Sheikh Abdul Mas’ud Mohamaed Asqar, Datuk Mahfuz Omar, Ustaz Idris Ahmad dan Ustazah Nuridah Mohd Salleh. Pelabur risau datang kerana rasuah
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan