Gelombang TOLAK Pahang dikacau di setiap persinggahan
| Harakahdaily, | 16 Apr 2013 |

(Gelombang Tolak di Pahang menggusarkan Umno kerana sambutan anak muda)
PEKAN: Lebih 150 anak muda dan mahasiswa telah menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak BN (TOLAK) yang bermula dari Temerloh ke Pekan Ahad lalu.
Konvoi tersebut bertujuan untuk menyebarkan idea anak-anak muda mengenai dalil-dalil mengapa masyarakat harus menolak Umno-BN dalam PRU13 nanti.
Lebih
4000 helaian risalah berjaya diedarkan. Konvoi bermula seawal 9 pagi
singgah mengedarkan risalah dan pidato terbuka di pasar sehari Temerloh,
pasar sehari Maran, kawasan kampung di Maran, Pantai teluk Cempedak
Kuantan dan yang terakhir di pasar malam Peramu Jaya Pekan.Konvoi yang diiringi oleh motor kuasa besar dari ARC Pahang ini mendapat sambutan hangat dari pemandu lain.
Antara gelagat pemandu ketika melihat konvoi ialah dengan mengangkat tangan dan membunyikan hon sebagai tanda sokongan.
Selepas mengedarkan risalah TOLAK dan memberikan pidato jalanan di Peramu Jaya Pekan, sedikit kekecohan tercetus apabila sekumpulan Pemuda BN datang menghalau aktivis TOLAK yang didakwa kononnya mencetuskan provokasi dan perpecahan.
Seperti biasa, mereka menggunakan hujah “ini tempat kami, minta kebenaran dulu atau sila berambus”.
Gelombang TOLAK di Pahang berakhir dengan pentas Kebangkitan Anak Muda di Kg Mengkasar, Pekan yang menampilkan 13 pemidato anak muda dari pelbagai segmen rakyat.
Antaranya adalah wakil dari GAMIS, SAMM, Jingga 13, Orang Asal, Pertubuhan Nisa’, SIGMA, Anti Lynas, Pemuda PAS dan Ketua Ulama PAS Pahang.
Turut berceramah pada malam itu adalah Ustaz Abu Kasim calon Pakatan Rakyat untuk DUN Peramu Jaya dan Cikgu Fariz Musa calon Pakatan Rakyat untuk Parlimen Pekan. Ceramah yang dihadiri oleh hampir 1,000 orang itu turut diserikan dengan program BBQ ayam.
Sewaktu pidato dari Presiden Gamis, Azan Safar menceritakan jelajah TOLAK seluruh Malaysia telah berjaya meningkatkan sokongan dan semangat untuk menolak Umno-BN.
Gelombang TOLAK ini dilihat mencetuskan ketakutan kepada Umno-BN kerana mereka sering diganggu oleh Pemuda BN di hampir semua tempat persinggahan. Cermin kereta aktivis TOLAK turut dipecahkan oleh para penyokong BN di Perak.
Sehari sebelumnya pada 13 April, hampir 100 orang aktivis GAMIS Pahang turun padang bertemu dengan masyarakat peneroka Felda di 10 UPU berbeza di Dun Jengka.
Program sehari suntuk itu bermula dengan ziarah rumah ke rumah dan berakhir dengan ceramah kelompok oleh mahasiswa di semua UPU yang terlibat.
(Klik untuk saksi video)
Henti bernafas sekejap
| Tuan Ibrahim Tuan Man, | 16 Apr 2013 |

1. Henti bernafas sekejap. - Apabila henti bernafas, otak akan kosong sekejap.
2. Tarik nafas dalam-dalam.
3. Senyum (Lebih elok, senyum pada cermin dan lihat diri senyum).
4. Tanya diri - siapa saya?
5. Tanya diri - mengapa saya di sini?
6. Ingat Allah.
7. Ingat Allah tidak akan membebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu.
8. Kuatkan semangat dan belajar sayangkan diri sendiri.
9. Ambil 5 minit setiap langkah, jangan fikir jauh.
10. Terus mara ke depan dengan senyum.
Diharap 10 langkah ini dapat membantu kita menghilangkan stress.
SENYUM.
Pengamal media baru sambut hangat Husam di Putrajaya
| Harakahdaily, | 16 Apr 2013 |
(Husam bersama pengamal media baru di Putrajaya)
PUTRAJAYA: Meskipun dirancang dalam masa kurang 48 jam, pertemuan Datuk Husam Musa dengan pada semua Facebooker, Twitter, blogger dan pengamal media baru di Putrajaya disambut dengan hangat.
(Husam memberikan ucapan kepada pengamal media baru di Putrajaya)
Program Santai itu diadakan di Foodcourt Presint 8 malam tadi. Husam menyatakan penghargaan kepada warga media baru yang melontar pandangan yang dianggapnya “terlalu penting” untuk diambil perhatian.
“Perubahan dalam Negara perlu bermula dengan sikap & idea-idea positif & saya lihat, warga maya Putrajaya mampu & telah membuktikan kebolehan itu dalam pertemuan singkat tadi.
Insya-Allah, sebelum PRU nanti saya akan mengadakan lagi sessi yang sama & meluangkan lebih banyak masa dengan anda semua,” tambahnya lagi.
Gambar-gambar Program Santai itu boleh dilihat di sini:
Umno tidak layak perkasa pondok di Kelantan
| Muhammad Yusri Amin, | 16 Apr 2013 |

KUBANG KERIAN: Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Hassan Mahmood berkata, Umno tidak layak memperkasakan Islam khususnya memperkasakan pembangunan pondok di Kelantan.
Beliau berkata, parti Umno itu sendiri tidak berasaskan Islam, bahkan tidak meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perjuangannya.
Hassan yang juga Pengarah Ijtimak Ulama dan Guru-Guru Pondok Kelantan menambah Umno Barisan Nasional berpura-pura untuk memperkasakan pondok dalam manifestonya menjelang PRU13.
“Hingga kini negeri-negeri yang Umno BN perintah itu sendiri tidak dibangunkan pondok dan tidak memberi bantuan ke arah itu. Menjelang PRU13, mereka datang membuat ‘tawaran’ di Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Ijtimak Ulama dan Guru-Guru Pondok di Kelantan malam tadi.
Ijtimak bertemakan ‘Mempertahankan Kerajaan Islam Kelantan’ dihadiri lebih 2,000 peserta dari lebih 20 buah pondok di Kelantan itu berlangsung di Pondok Pasir Tumboh dekat sini.
Antara pengisian Ijtimak ialah pembentangan kertas bertajuk Pertahankan Kelantan: Satu Jihad, disampaikan Dr Abdul Basit Abdul Rahman di samping ceramah bertajuk Kelantan Menerajui Perubahan oleh Datuk Dr Fadzli Hassan.
Perasmian penutup Ijtimak disempurnakan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob.
Miskin tegar di bandar, Umno datang tabur janji
| Khairil Abdul Rahim, | 16 Apr 2013 |

Rosli mendukung anak kecil penduduk setinggan di bandar Kuantan.
KUANTAN: Setiap kali menjelang pilihan raya umum (PRU), pada ketika itulah pemimpin Umno akan masuk ke merata ceruk berjanji untuk menyelesaikan masalah setinggan dan kemiskinan.
Namun masalah tersebut tidak pernah berkurangan, malah makin menjadi-jadi lantaran janji-janji yang ditabur bukan untuk ditunai tetapi untuk mengaut undi.
Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan, Rosli Abdul Jabar, berkata antara kawasan setinggan dan kemiskinan tegar di bandar ini ialah di Kampung Tanjung Lumpur, Teluk Baru, Tanah Putih Barat, Tanah Putih Feri, Jalan Sentul, Sungai Derhaka dan Kempadang.
Beliau yang juga calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri Tanjung Lumpur pada PRU kali ini berkata, pihaknya mempunyai bukti di kawasan kemiskinan melampu ini juga berlaku fenomena kelahiran anak luar nikah yang tinggi.
“Permasalahan kemiskinan dan setinggan di ibu negeri Pahang ini sangat kritikal, kerajaan BN jelas gagal menangani isu ini. Yang peliknya, dalam bajet tiap-tiap tahun dikatakan peruntukan diberi kepada rakyat, tetapi mereka ini dah berpuluh tahun tidak keluar-keluar juga dari garis kemiskinan.
“Ada pemimpin yang salahkan rakyat yang dihimpit kemiskinan, tetapi kerajaan sebenarnya yang gagal menyediakan keperluan asas seperti tanah supaya mereka boleh usahakan membina rumah sendiri.
“Dengan kos hidup yang melambung penghuni setinggan ini makin menderita, tetapi pemimpin Umno datang lagi menabur janji,” katanya ketika ditemui.
Rosli yang juga pengasas dan pengetua Ma'had Tahfiz Darul Fikri Kuantan, berkata berdasarkan bantuan yang PAS beri secara berkala, terdapat lebih 200 keluarga daif dan Orang Kurang Upaya (OKU) dalan Dun Tanjung Lumpur sahaja.
Tambahnya, kerajaan BN dan pemimpin Umno sebenarnya tidak serius menangani masalah kemiskinan walaupun janji sudah diucapkan puluhan tahun, sedangkan di Tanah Putih Feri cuma ada 30 keluarga kebanyakan mereka buruh kontrak dan di Tanjung Lumpur sebagai nelayan.
“Ertinya jika ada fokus, saya percaya kemiskinan dapat dibendung sedikit demi sedikit. Sebab itu selalu saya tekankan kepada kelompok yang tidak bernasib baik ini, jika memilih PAS bermakna sesuailah dengan dasar negara berkebajikannya.
“Sebab itu apabila saya terangkan Tawaran PR Pahang ialah memberikan tanah lot rumah dan memudahkan urusan tanah, mereka sangat gembira dan teruja kerana menyediakan tanah jauh lebih mustahak daripada bantuan one off,” katanya.
Rosli berkata, gejala sosial pemuda pemudi di sini juga agak teruk selain daripada sumber pendapatan golongan muda juga perlu dititikberatkan kerana berada di bandar besar seperti Kuantan terpaksa menghadapi kos hidup yang tinggi.
“Itu cerita kawasan setinggan, yang dalam bandar juga banyak rungutan iaitu masalah parkir dan saman. Dan terbaru penduduk Kuantan terpaksa menghadapi kesukaran akibat masalah air yang kritikal,” ujarnya.
Rosli hampir memenangi memenangi Dun Tanjung Lumpur pada PRU 2008 apabila kalah tipis dengan majoriti 496 undi. Rosli Abdul Jabar mendapat 5,982 pesaingnya dari BN, Datuk Wan Adnan Wan Mamat yang mendapat 6,478 undi.
Wan Adnan ialah Ketua Umno Bahagian Kuantan.
Apakah perbezaan PRU 2008 dengan PRU 2013?
“Terus terang saya katakan, 2008 dulu saya calon bidan terjun saja iaitu hanya ketahui sebulan sebelum PRU. Tapi Alhamdulillah, kali ini saya lebih bersedia dan bekerja dari awal dan sudah bertemu hampir semua pengundi dalam Dun ini.
“Begitu juga dulu, belum ada isu Lynas seperti sekarang yang ditentang penduduk habis-habisan. Saya perhatikan semangat jentera juga lebih tinggi berbanding 2008. Kaum Cina lebih melihat isu ekonomi. Kejayaan PAS rasanya ialah berjaya memecahkan tembok perkauman yang dibina Umno,” jelasnya.
Mengenai komposisi pengundi pula, terdapat 20,000 orang dengan pecahannya Melayu 62%, Cina 38% dan India 2%.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan