Isnin, 1 April 2013

TAK SYOK KITA CIPLAK ORANG PUNYA...NAMPAK SANGAT CADANGAN PUAK TU BAIK DAN BETUL

Kesian, Muhyiddin pun rimas tunggu PRU13

Harakahdaily, 01 Apr 2013


(Muhyidin pun sudah rimas dengan tarikh pembubaran Parlimen)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, seorang timbalan perdana menteri setakat ini pun masih meneka-neka bila bosnya Datuk Seri Najib Razak nak membubarkan parlimen.

Mengikut laporan The Malaysian Insider, Muhyiddin mengakui rakyat telah resah menunggu tarikh pilihanraya umum ke 13.

Beliau sendiri turut menunjukkan keresahan dan kebimbangannya tatkala Najib mengambil keputusan untuk membiarkan parlimen terbubar sendiri.

Muhyiddin ‘menolak’ kemungkinan Najib akan membenarkan pembubaran automatik parlimen sebelum PRU13.

“Saya tak fikir Perdana Menteri akan tunggu sehingga genap lima tahun sebelum membubarkan Parlimen. Pilihan raya akan diadakan dalam beberapa minggu pada April,” katanya pada perhimpunan Barisan 1 Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di Stadium  Titiwangsa.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sumber Umno berkata bahawa Najib masih tidak menemui tarikh PRU13 kerana tekanan dalaman Umno.

Sumber itu berkata Najib sedang berusaha sedaya upaya sejak 1.5 tahun yang lalu untuk mencari titik di mana BN boleh menang dan beliau boleh kekal sebagai presiden Umno.

Katanya, Najib sudah lama memanggil PRU13 jika bukan Muhyiddin dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering menunjukkan tidak sabar untuk menolaknya daripada kerusi Presiden Umno sekiranya keputusan PRU13 hambar seteruk pencapaian Tun Abdullah Badawi lima tahun yang lepas.

“Kan saya dah kata. Muhyiddin dah rimas kerana penungguan Najib kini bakal mengakibatkan beliau menjadi Presiden Umno yang pertama menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

"BN menang tipis atau tewas, Najib tetap out. Tapi tidak sama bagi Muhyiddin, BN menang tipis beliau menjadi bakal Perdana Menteri, jika BN tewas beliau Ketua Pembangkang,” kata sumber tersebut yang dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

LAPORAN BERKAITAN


Najib takut bubar kerana tekanan dalaman Umno?


DAP umum pelan 14 perkara untuk kaum India

DAP melancarkan pelan 14 perkara yang dinamakan 'Deklarasi Gelang Patah', yang bermatlamat untuk meningkatkan status sosio-ekonomi masyarakat India rakyat Malaysia yang undi mereka dianggap sebagai kritikal kepada BN untuk mengekalkan kuasa dalam menghadapi cabaran hebat Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

NONEPelan itu yang diumumkan di Johor Bahru semalam, penting
kepada rancangan Pakatan Rakyat untuk membela nasib kaum India, seperti penyelesaian masalah kerakyatan dalam tempoh 100 hari ia mengambil alih Putrajaya. Empat belas perkara dalam Deklarasi Gelang Patah itu ialah:
1. Untuk menyelesaikan masalah kaum India yang tidak bernegara dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan;

2 Untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Negara yang akan membina rumah harga berpatutan dan mampu milik untuk kumpulan yang terpinggir, terutama bagi pekerja ladang India;

3. Untuk memastikan semua sekolah jenis kebangsaan Tamil dibiayai sepenuhnya dan infrastruktur sekolah tersebut setanding dengan 'sekolah kebangsaan'.

4. Untuk melabur dalam latihan teknikal dan vokasional bersama dengan program perantisan untuk menyediakan pendidikan alternatif dan laluan kerjaya untuk pelajar tercicir daripada keluarga kaum India yang berpendapatan rendah.

5. Untuk menyediakan peluang pekerjaan dan menaikkan gaji kakitangan India yang berpendapatan rendah dengan melaksanakan skim gaji minimum RM1,100.

6. Untuk meningkatkan bilangan kaum India dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan), majlis tempatan, dan perkhidmatan awam;

7. Untuk mengasingkan tanah untuk kuil Hindu yang sedia ada dan tanah perkuburan serta mencari tanah gantian untuk kuil dan tanah perkuburan yang perlu dipindahkan;

8. Untuk menyediakan mikrokredit dan lain-lain skim bantuan kewangan kepada peniaga kecil India, dengan tumpuan khas kepada wanita, belia dan perniagaan dari rumah;

9. Untuk menubuhkan Suruhanjaya Aduan Polis dan  Salah Laku (IPCMC) dan membasmi kematian dalam tahanan polis dan kematian dalam tahanan;

10. Untuk mewujudkan satu dana khas bagi menggalakkan pemilikan ekuiti kaum India di negara ini;

11. Untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menangani kemiskinan bandar dan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India;

12. Untuk mewujudkan dasar-dasar yang boleh membantu ekonomi ibu tunggal, termasuk skim pemilikan rumah;

13. Untuk mewujud atau mendaftarkan pelajar India yang cemerlang dari kawasan peladangan dan keluarga miskini, di sekolah  asrama penuh;

14. Untuk memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat dan untuk menghapuskan diskriminasi.

NONEPelan 14 perkara itu diumumkan dalam satu perhimpunan DAP di
sebuah hotel di Gelang Patah yang telah dihadiri oleh penasihat parti itu, Lim Kit Siang dan pemimpin kanan India yang diketuai oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen DAP Charles Santiago dan M Manogaran serta ADUN S Sivanesan


DAH BANYAK TAWAN NEGERI
PUN KATA MIMPI GAK....APA PUNYA CAKAP....NI TAK DE MIMPI TAPI  KATA ADA MIMPI
'Karpal mimpi di siang hari'
Wartawan Sinar Harian
1 April 2013
Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
SHAH ALAM – Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa pembangkang akan mampu menawan tujuh atau lapan negeri pada pilihan raya umum kali ini, sebagai satu keyakinan yang tidak rasional.
Ahmad Maslan berkata, kenyataan tersebut menunjukkan pemimpin pembangkang itu seolah-olah bermimpi di siang hari dan bercakap tanpa asas yang wajar.
Menurutnya, jika pembangkang memberikan keyakinan  sedemikian rupa untuk menang dengan majoriti mudah, Barisan Nasional (BN) juga mempunyai lebih banyak kelebihan kenapa rakyat mahu memberi mandat kepada kerajaan sedia ada selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
“Apa yang membuatkan Karpal begitu yakin untuk tawan tujuh hingga lapan negeri, janji kepada rakyat sebelum ini pun tidak ditunaikan masih berani memberikan keyakinan untuk tawan lebih banyak negeri.

“Jangan terlalu menabur keyakinan jika tidak mempunyai fakta yang lengkap. Kalau setakat yakin, BN juga boleh keluarkan kenyataan dapat tawan semua negeri tetapi hanya rakyat yang boleh memberi mandat dan menilai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Karpal pembangkang sekali lagi mengulangi keyakinannya menawan antara tujuh dan lapan negeri pada pilihan raya umum kali ini dengan menang majoriti mudah termasuk di Negeri Sembilan, Perlis dan Johor.

Ahmad Maslan berkata, kerajaan BN kini aktif membantu rakyat khususnya menerusi saluran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), pelbagai program di seluruh negara membabitkan rakyat di pelbagai peringkat dengan membabitkan peruntukkan yang besar.

“Pembangkang hanya pandai bercakap tetapi tiada benda yang diberikan kepada rakyat, sudahlah pemimpin mereka bermasalah janji juga tidak ditepati,” ujarnya.

Penganalisis: Tempoh sah berkempen baik untuk sentuhan akhir dalam PRU13
Posted on Sunday, March 31 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tempoh kempen sebenar akan memberi laluan kepada pengundi kali pertama mengenalpasti calon mereka dan mungkin mempengaruhi pengundi atas pagar dalam pertarungan sengit ke Putrajaya, kata penganalisis walaupun kedua-dua kem politik telah berkempen secara tidak langsung selama bertahun-tahun.

Pengarah Penyelidik bebas Merdeka Centre for Opinion Research Ibrahim Suffian berkata kurang 10 peratus daripada 13.3 juta pengundi masih belum membuat keputusan, menekankan kelompok atas pagar mahu melihat senarai calon Pilihan Raya 2013 terlebih dahulu dan memerhati bagaimana Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan bertindak balas antara satu sama lain keatas manifesto mereka.

“Setengah individu mungkin mempunyai personaliti memujuk yang boleh mempengaruhi pengundi,” kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider dikala negara sudah hilang sabar menunggu parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu lepas, BN mempunyai masa sehingga 30 April untuk membubarkan parlimen, sebelum ianya terbubar secara automatik dan pilihan raya perlu diadakan 60 hari selepas itu.

“Lebih 90 peratus sudah membuat keputusan mereka. Tapi dalam pilihan raya, ia masih lebih baik buat atau pecah,” tambah beliau yang merujuk kepada tempoh kempen sebenar Pilihan Raya 2013 yang telah dijadualkan sekurang-kurangnya 10 hari.

Pengundi kali pertama yang membentuk 30 peratus daripada kesemua jumlah pengundi dilihat sebagai penentu Pilihan Raya 2013 kali ini dengan separuh daripada mereka terdiri daripada golongan atas pagar, menurut laporan kaji selidik Merdeka Center yang dikeluarkan pada bulan Januari tahun ini.

Ibrahim berkata bahawa kempen sengit telah bermula sejak tahun lepas dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan “Janji Ditepati” manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan kempen “Jelajah Merdeka Rakyat”  ke seluruh negara.

“Janji Ditepati” telah digunakan sebagai tema Hari Kemerdekaan pada tahun lepas, dengan Najib berkata janji-janji yang BN telah laksanakan.

Bendera BN, serta mereka dalam gabungan PR yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP boleh dilihat sudah dipasang diseluruh negara ketika ini walaupun sebelum tempoh kempen rasmi belum diumumkan. Papan iklan yang menunjukkan imej Najib dan mesej keamanan dan keharmonian juga telah diletakkan disetiap sudut bahagian bandar.

Walaubagaimanapun, PR telah bergerak dengan lebih agresif dalam talian bagi melawan monopoli BN dalam media arus perdana, malahan DAP telah pun melancarkan saluran televisyen sendiri iaitu Ubah TV.

PKR juga berkata akan melancarkan lebih banyak video di Facebook untuk menjelaskan kepada pengundi dasar pembaharuan yang dicadangkan dan program ekonomi, berikutan kejayaan video janji mereka tentang kereta murah yang mencecah lebih 1 juta pengguna Facebook dalam hanya tempoh tiga hari.

Malaysia mempunyai lebih daripada 13 juta pengguna Facebook, menunjukkan penembusan 46.28 peratus daripada jumlah keseluruhan 29 juta penduduk, menurut laporan oleh pemantau media sosial laman web Socialbakers.  Sejumlah 64 peratus pengguna Facebook di negara ini berusia antara 18 ke 34 tahun.

Spekulasi pilihan raya umum ke 13 bermula sejak awal tahun 2010 selepas Najib dilantik sebagai perdana menteri keenam Malaysia pada 3 April, 2009.

Anwar pula berhadapan dengan pelbagai tuduhan seks sejak bertahun-tahun, manakala PR membidas balik BN dengan pelbagai tuduhan rasuah, terutamanya skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) melibatkan keluarga bekas menteri Kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Penganalisis politik Wong Chin Huat berkata calon pilihan raya bagi terutamanya bagi kerusi parlimen adalah amat penting.

“Rakyat ambil berat tentang persekutuan, jadi mereka lebih mementingkan tentang siapa yang akan mereka hantar ke persekutuan,” kata Wong kepada The Malaysian Insider.

Tidak seperti Ibrahim, Wong walau bagaimanapun menganggarkan peratusan yang lebih tinggi pengundi atas pagar antara 30 dan 40 peratus, yang menurutnya dibahagikan kepada tiga kumpulan - mereka yang mahu mengundi tetapi belum memutuskan siapa untuk mengundi, mereka yang menyokong parti tertentu tetapi tidak pasti untuk keluar dan orang-orang yang tidak memihak serta tidak pasti jika sama ada mereka akan membuang undi pada hari pengundiaan.

“Tempoh kempen akan berguna untuk orang-orang ini keluar mengundi,” katanya.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian juga menyatakan pendapat sama dengan menyifatkan golongan atas pagar, yang membentuk kira-kira 40 peratus daripada pengundi akan menunggu sehingga tempoh kempen sebenar untuk membuat keputusan.

“Golongan atas pagar biasanya akan menunggu sehingga jam 11 sebelum memutuskan siapa yang akan mereka undi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Tempoh berkempen adalah juga penting supaya penyokong tidak membuang undi protes,” tambah profesor Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Sumber: Malaysian Insider


  Ribuan Penyokong menanti Anwar di Beserah, Pahang
Posted on Sunday, March 31 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"

DSAi berceramah dihadapan ribuan penyokong di Beserah Pahang


Solat Maghrib dan Tazkirah Dato Seri Anwar Di Kg Cherating

Rata rata..jelas menunjukan sokongan padu daripada penyokong PR bertambah dari semasa ke semasa.. mereka juga menolak UMNO nampaknya..pakat pakt kita tunggu ye..

Klik LIKE FAN PAGE ORANG KAMPUNG UNTUK MAKLUMAT TERKINI / TERNOW YE.."


 Persatuan Bas Henti-Henti Dakwa Rapid Penyebab Muflis
Posted on Sunday, March 31 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Afix Redzuan

PETALING JAYA, 29 MAC: Ahli Parlimen Selayang, William Leong mendedahkan Pan Malaysia Bus Operators Association’s (PMBOA) mendakwa syarikat bas Rapid KL yang dimiliki Kumpulan Prasarana Negara Berhad faktor menyebabkan ahli gabungannya berdepan muflis.

Dalam sidang media itu William memaparkan surat aduan pihak PMBOA kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang tidak diendahkan.

Dalam surat bertarikh 9 Januari daripada PMBOA kepada SPAD, persatuan terbabit merungut bahawa ahli-ahlinya tidak dapat bersaing dengan bas Rapid yang turut rancangan untuk meluaskan perkhidmatan bas Rapid ke seluruh negara.

Pada masa ini bas Rapid menjana keuntungan RM180 million, tetapi menerima subsidi sebanyak RM280 million berbanding dengan pengusaha syarikat bas henti-henti yang tidak menerima subsidi.

William juga memaklumkan, sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, pengusaha syarikat bas henti-henti akan diberikan peranan yang sesuai untuk membantu perkhidmatan bas Rapid.

Menurutnya kegagalan perkhidmatan syarikat bas henti-henti hingga mengakibatkan pengambilalihan oleh Prasarana berpunca daripada masalah polisi yang lemah.

“Apa yang diperlukan adalah satu sistem koridor di mana sesebuah syarikat yang diberikan laluan berpendapatan tinggi, mesti diwajibkan melalui laluan-laluan yang kurang mendatangkan keuntungan.

“Kalau tiga syarikat dibenarkan bersaing hanya untuk laluan berpendapatan tinggi, maka mereka tidak akan memberikan perkhidmatan di laluan yang lain,”katanya.

Selain itu, pengusaha bas henti-henti tetap akan mempunyai peranan untuk membawa penumpang, sebagai contoh, dari Petaling Jaya dan kawasan persekitaran ke bandar.

“Kemudian, di bandar, ada perkhidmatan bas (milik negeri), maka kedua-dua operasi ini tidak akan bersaing antara satu sama lain,” katanya pada satu sidang media di ibupejabat PKR hari ini.

Rapid kini beroperasi di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan terbaru dilancarkan di Kuantan.

Beliau menambah PR juga akan menjamin tempoh servis laluan bagi syarikat bas henti-henti, agar syarikat terbabit boleh mendapatkan pinjaman dari pihak bank bagi menambah bilangan bas.

Sumber: selangorku.com


  Datuk Fauzi Abdul Rahman harap berhati-hati, ada gunting dalam lipatan
Posted on Sunday, March 31 @ 19:48:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: setisab

"Tahniah dan selamat berjuang kepada semua calon KeADILanyang telah diumumkan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuantan semalam. 

Datuk Fauzi Abdul Rahman yang dicalonkan untuk Parlimen Indera Mahkota, Kerajaan Rakyat amat berharap agar berhati-hati dengan "Budak suruhan" beliau semasa beliau berada dalam Umno suatu ketika dahulu.

"Budak suruhan" ini masih lagi berdampingan dengan Fauzi, seolah dianya turut sama mendokong perjuangan KeADILan, tetapi dalam masa yang sama dia juga masih dan amat akrab dengan pemimpin Umno yang bakal kehilangan telinga.

Fauzi bolih saja teruskan menaja "budak suruhan" itu, tetapi pesan saya; perlu terlalu berhati-hati. Sebagai maklumat Datuk; sejak Januari 2013 hingga kini, beberapa ribu RM telah Datuk bank in kan ke akaun "Budak suruhan" itu dan dalam masa yang sama, beberapa ribu RM juga telah disalurkan ke akaun "Budak Suruhan" itu dari sumber pemimpin Umno yang bakal kehilangan telinganya kerana keceluparan mencabar. Bila berdamping dengan 'gergaji dua mata', sekali lagi pesan saya; Datuk perlu berhati-hati...!  

Saya tidak mempertikaikan kewajaran mencalonkan dan keabsahan pencalonan Datuk Fauzi, titipan saya sekadar peringatan.

KUANTAN 31 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon Parlimen Indera Mahkota pada PRU 13.


Pengumuman itu dibuat Ketua Umum KEADILAN itu pada ceramah di Balok Makmor sempena program Jelajah Merdeka Rakyat ke Pahang.

Turut bersama-sama Fauzi di pentas ketika pengumuman dibuat ialah Azan Ismail, penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Fuziah Salleh yang mempertahan kerusi Parlimen Kuantan.

Fauzi adalah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

Beliau keluar Umno pada 23 Julai 2008 sebelum mengisytihar menyertai KEADILAN di pejabat KEADILAN Petaling Jaya.

Pada ceramah perdana di Taman Mahkota Aman pula, peguam muda, Murnie Hidayah Anuar diumum bertanding kerusi Parlimen Paya Besar."


 Foto Unik : tikus mahu tolong kawannya yang jadi mangsa ular
Posted on Sunday, March 31 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber indah.com



Mungkin ada yang pernah disakiti teman atau sahabat? Sebagai manusia yang punya keunggulan tertinggi di antara semua mahluk, kita ternyata tetap harus belajar pada naluri hewan. Bahkan pada sepasang tikus putih ini.

Di sebuah kebun binatang, Hangzau Zoo di provinsi Zheijang, China Timur, terjadi pemandangan unik sekaligus mengharukan. Ketika dua ekor tikus putih dimasukkan ke dalam kandang ular untuk makan malam, salah satu tikus tadi langsung didekati ular sebagai santapan pertamanya.

Namun, apa yang terjadi? Teman tikus putih tersebut dengan gagah berani mendekati ular dan menyerang untuk menolong temannya yang sedang dalam bahaya, sekarat dalam mulut ular. Tentu saja tindakan ini teramat nekad, mengingat ular hijau ini adalah jenis ular berbisa. Jadi, bukan saja jauh lebih besar dari ukuran tubuh sang tikus, kekuatan ular ini jauh di atas kelasnya.



Seorang penjaga yang bertugas memberi makan ular ini, menyaksikan dan mengabadikan kejadian tersebut. Ia pun dengan penuh haru mengambil kembali tikus yang menyerang ular pemangsanya. Menurut sang penjaga, tikus ini punya hak untuk memperoleh kesempatan hidup.



Kisah di atas mungkin boleh jadi renungan, begitulah seharusnya kita memperlakukan seorang sahabat, tidak hanya ikut tertawa saat bahagia, tapi juga hadir ketika ia dalam duka dan perlu pertolongan.

Sumber: idahsalam.blogspot.com


 Elak Lacur Patah Kaki, Gadis Indo Berhati Mulia
Posted on Monday, April 01 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Ibnu Hasyim


DUA anggota perubatan merawat Nadia yang patah kaki selepas terjun dari bangunan dua tingkat di Miri semalam.

MIRI - Seorang gadis Indonesia yang tidak rela dijadikan pelacur patah kedua-dua belah kaki selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan rumah kedai di Jalan Sri Dagang di sini ketika cuba menyelamatkan diri daripada majikannya.

Semasa kejadian pada pukul 1.30 pagi kelmarin, mangsa yang dikenali sebagai Nadia, 23, cuba melarikan diri melalui tingkap belakang sebuah bilik yang terletak di tingkat dua bangunan itu.

Nadia yang berasal dari Jawa, Indonesia itu menggunakan kain selimut yang diikat di tingkap dalam usahanya melarikan diri tetapi ikatan kain tersebut terkoyak menyebabkan dia terjatuh dan mengalami patah pada kedua-dua tulang kakinya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gadis itu perlu diberi ganjaran, dan majikan yang cuba merogonya perlu disiasat dan diadili. (Kosmo)

Sumber: ibnuhasyim.com


  Najib ciplak Pakatan Rakyat satu persatu
Posted on Sunday, March 31 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Satu persatu pendekatan dan cara Pakatan Rakyat dan pemimpinnya berkempen ditiru oleh Datuk Seri Najib Razak.

Bukan sembunyi-sembunyi tetapi secara terang-terangan umpama mencuri di siang hari.

Sebelum ini, Najib berjanji memberikan permit teksi kepada individu pemandu teksi selepas buku Jingga Pakatan Rakyat jelas menjanjikan permit teksi individu bukannya syarikat kroni.


(Najib bersimpuh di Masjid Sri Petaling)

Semalam, Najib tanpa segan dan silu membuat perkara yang tidak pernah dibuatnya dalam hidup iaitu memakai kopiah dan pergi menziarahi markas Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling.


(Gambar fail: Ustaz Hadi menziarahi Jamaah Tabligh 21 Februari lalu)

Padahal semua maklum sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meluangkan masa menziarahi pemimpin Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling itu.

Rakaman gambar Najib Razak selepas menziarahi Masjid Jamek, Sri Petaling semalam, dengan berkopiah dan berkain pelikat kini dijadikan sebagai alat propaganda murahan media milik dan kawalan Umnountuk membuat promosi kononya Najib Razak berjiwa Islamik.

Dari semalam lagi stesen-stesen TV terutamanya TV3 dan RTM asyik saja berulang lagi menanyangkan wajah Najib sedemikian rupa.

Tujuannya tidak lain tidak bukan sebagai alat mengemis undi dari warga Melayu/Islam dinegara ini pada PRU 13 nanti.

Adalah dipercayai bukan itu sahaja yang akan ditiru oleh Najib. Harakahdaily dimaklumkan, Najib akan mempastikan segala janji utama Pakatan akan dilaksanakan sebelum pilihan raya ini.

Ini bertujuan untuk membolehkan dia berkata, buat apa undi Pakatan, segala janji mereka sudah dibuat oleh BN.

Antara perkara yang menjadi sasaran adalah menggantikan PTPTN dengan biasiswa dan penurunan harga kereta.

Ini kerana Najib sedar dua perkara ini menjadi tarikan utama pengundi muda yang bakal menentukan hala tuju pilihan raya kali ini.

21 peratus pengundi dalam pilihan raya kali ini adalah pengundi pertama kali, yang tertinggi pernah dicatatkan oleh sejarah pilihan raya kali ini.

Sumber: Harakahdaily

Tiada ulasan: