Posted on Friday, April 19 @ 07:31:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: amkns
"Rembau 18 Apr 2013 – Walaupun DUN Kota dalam Parlimen Rembau , PAS tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi DUN ini kerana jumlah majoriti BN yang menang sebelum ini hampir 4000 undi, namun kebangkitan rakyat di DUN Kota pada akhir-akhir adalah cukup luar biasa dan di luar jangkaan.
Ceramah yang diadakan di Bilik Gerakan Pekan Chengkau pada malam ini hanyalah ceramah kelompok, namun kehadiran pendengar dan penonton yang hadir adalah lebih ramai dari ceramah umum yang diadakan di sini sebelum ini.
Walaupun penceramah yang hadir pada malam ini bukanlah ceramah terkenal peringkat pusat, namun ianya tidak menghalang penduduk setempat untuk mendengar isu-isu yang dikupas oleh pemimpin Pakatan Rakyat setempat.
Antara yang hadir memberikan ceramah ialah Imam Haji Hoslan Hussein yang merupakan graduan Penjara Kajang, Hj Ghazali Mohd Shom calon PAS DUN Kota, Hj Kamarul Ridzuan Mohd Zain calon PAS DUN Chembong, Yusuf Tapar – Pemangku Cabang PKR Rembau dan Rozmal Malakan – Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau.
Lebih menambahkan lagi semangat para hadiri ialah apabila kelihatan ramai anak-anak muda menjadi petugas di UPU Pekan Chengkau ini.
Lagi gambar-gambar sekitar program di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/kebangkitan-luar-biasa-rakyat-di-dun.html
"
Jangan lari dari bukit itu!!!
Posted on Friday, April 19 @ 07:17:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: IbnuSabah
"Zon perang demokrasi sudah bermula sejak diumum bubarnya parlimen dan DUN pada 3 April 2013 oleh PM atas perkenan Yang DiPertuan Agong.
Rakyat adalah sebahagian dari demokrasi itu, rakyat wajib ambil bahagian, rakyat wajib ambil tahu, kerana kita ada KUASA untuk memilih 222 orang wakli rakyat di peringkat parlimen dan lebih 600 ahli dewan undangan negeri yang juga sebagai wakil rakyat diperingkat DUN.
Setiap parti hanya akan memilih wakil masing-masing. Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP dan rakan seperjuangan PSM/PPPS/APS hanya memerlukan 222 ahli parlimen dan 600 lebih ahli DUN untuk bertanding lawan umno/BN satu lawan satu.
Ini bermakna sekian banyak pemimpin, sekian banyak pula ahli-ahli parti, tentu semua akan dipilih dan tentu pula ada yang dipilih, pasti ramai yang tidak terpilih.
Yang terpilih
Ahli parti atau pemimpin parti yang terpilih adalah mereka yang ditakdirkan Allah Ta'ala untuk memegang amanah kepimpinan, bukan saja-saja nak jadi calon parti.
Saidina Abu Bakar radhiyaLlahu anhu ketika dipilih menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammah salaLlahu alaihi wassalam dalam ucapan dasarnya, antara lain:“Wahai manusia, aku telah diangkat untuk mengendalikan urusan kamu, padahal bukanlah aku orang yang terbaik di antara kamu. Maka jika aku dapat menunaikan tugasku dengan baik, bantulah (ikutilah) aku, tetapi jika aku berbuat salah, maka luruskanlah. Orang yang kamu anggap kuat aku pandang lemah sampai aku dapat mengambil hak daripadanya. Sedang orang yang kamu pandang lemah aku pandang kuat, sampai aku dapat mengembalikan haknya kepadanya. Maka hendaklah kamu taat kepadaku selama aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, namun bilamana aku tidak mematuhi Allah dan Rasul-Nya, kamu tidak perlu mentaatiku”.
Pemimpin politik dan penyokong Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP/PSM/PPPS/APS serta seluruh saf pimpinan jadilah seperti Saidina Abu Bakar radhiayaLlahu anhu. Pasti berbahagialah rakyat, bahagialah penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat.
Jangan ada lagi yang rasa terpinggir dan terkecewa. Sebab semua kita ada peranan masing-masing. Walaupun sekadar tukang sapu bilik gerakan dan pondok parti kita. Setiap kerja walau sekecil mana untuk menangkan perjuangan kita ada imbalan pahala yang akan Allah Ta'ala berikan, tidak dapat di dunia ini, pasti di akhirat kelak Allah Ta'ala tidak mensia-siakan amal ikhlas hamba-hamba-Nya, walau sekadar pemandu jalan untuk kempen di kawasan mengundi.
Yang tak dipilih
Percayalah Allah Ta'ala tidak mensia-siakan setiap hambanya. Yang penting ikhlas kita untuk sebuah perjuangan besar, jika tidak terpilih menjadi calon parti, namun perjuangan kita TIDAK BERAKHIR sebab tidak dipilih menjadi calon parti.
Jangan benarkan hati kecil kita diadu domba dan diwaswiskan oleh syaitan yang dikenali untuk mengubah niat ikhlas kita untuk berjuang menegak keadilan, melawan kezaliman, menentang kejahatan pemimpin rasuah dan zalim yang merompak, meratah harta dan khazanah rakyat, negeri dan negara disiang hari.
Belajarlah menjadi Khalid al-Walid radhiayaLlahu anhu tika dilucut jawatan panglima tentera oleh Khalifah Umar Al-Khattab radhiayaLlahu anhu, Khalid tidak kecewa tetap dia bersama berjuang sehingga perjuangan tentera Islam menang.
Penulis
nukilkan sedikit kisah Khalid Al Walid untuk renung kita semua, khasnya
para pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak terpilih sebagai calon,
sesungguhnya anda ada peranan lain yang akan Allah Ta'ala anugerahkan
kemudian, nanti saja, pastikan anda tidak lari dari bukit itu, ini kisah
Khalid:"Khalid Ibn Walid, yang terkenal sebagai ‘pedang Islam' dilucut
jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13
Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali
lagi pada 17 Hijrah. Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid
tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut:
- Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘attached' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.
- Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.
- Pentadbiran : Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.
Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, beliau berkata :-
"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancer, beliau melucutkan jawatanku"
Lalu seorang lelaki berkata : "Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah"
Kahlid membalas :
"selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku"
Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.
Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a,
"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku"
Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:
"Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya"
Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menerima surat wasiat itu, beliau turut menangis.
Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut dan bagaimana tingginya taqwa beliau dan juga para sahabat yang bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan sebagainya?. Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam, dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin di bawah pentadbirannya makan terlebih dahulu.
Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di sekeliling kita hari ini. Bagaimana mereka jika berada di bawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a.. Sesungguhnya wahai Umar al-faruq kami merinduimu pemerintahanmu.. (dipetik dari Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/797/72/
)
Perang Uhud
Pengajaran
dari Perang Uhud kepada umat Islam dan seluruh saf pimpinan serta
penyokong, pendokong Pakatan Rakyat. Sewaktu Nabi Muhammad sallaLlahu
alaihis salam bersama 1,000 pasukan tentera Islam hendak berdepan dengan
3,000 pasukan kafir Quraisy Makkah.
Nabi
sallaLlahu alaihis salam meminta 50 tentera memanah berada di Bukit
Uhud, sama ada menang atau kalah, perintah Nabi sallaLlahu alaihis
salam: "Jangan tinggalkan bukit itu".
Ketika
hampir menang, tentera yang berada di Bukit Uhud bergerak meninggalkan
kubu pertahanan di bukit. Padah dan akibat tidak dengar dan taat
perintah pemimpin tentera Islam ditimpa kekalahan hingga Nabi sallaLlahu
alaihis salam luka dan patah giginya serta beberapa sahabat gugur
syahid. Dan tentera Islam berundur kembali ke Bukit Uhud berkumpul
semula.
Pengajaran
Perang Uhud penting kepada perjuangan Pakatan Rakyat untuk melawan
umno/BN yang rakus dan sombong dengan tipu daya mereka memperguna segala
jentera kerajaan hatta SPR sendiri seperti sebuah cawangan umno/BN yang
tidak rasmi.
Dengan
mood sokongan rakyat, tanpa penipuan pilihanraya oleh SPR, dengan
ramainya pegawai tinggi kerajaan bersama Pakatan Rakyat, jeneral-jeneral
bersama Pakatan Rakyat, selain sokongan senyap penjawat awam dan kerja
keras para pemimpin Pakatan Rakyat menemui rakyat menjelaskan tentang
pentingnya perubahan dalam PRU 13 kali ini, serta doa seluruh tok guru,
rakyat pencinta keadilan, kebaikan dan demokrasi, sebenarnya tanda-tanda
hampir dengan kemenangan itu semakin jelas nun di atas bukit cahaya
bulan semakin terang, mata yang memandang mengalirkan air mata
kegembiraan, pasti mata terang memandu roket menuju ke bulan. Pakatan
Rakyat akan turun mendarat di lapangan depan pintu Putrajaya.
Solat berjemaah di Masjid Putrajaya
Insya Allah kemenangan Allah Ta'ala akan kurniakan kepada hamba-hamba-Nya yang ikhlas dalam perjuangan ini.
Tumbangkan
umno/BN, runtuhkan ego sombong umno/BN, jatuhkan satu persatu pemimpin
rasuah dan perompak harta rakyat, negeri dan Negara. PASti selamat
rakyat, selamat negeri, selamat Negara, selamat harta dan khazanah
negeri dan Negara.
Insya
Allah, seluruh rakyat bersama pemimpin Pakatan Rakyat akan sujud syukur
di Masjid Putrajaya. Solat Jemaah diimamkan oleh Tok Guru Nik Aziz, Tok
Guru Haji Hadi di Masjid Putrajaya.
Sekian dulu. UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT PAS/PKR/DAP
Allahu Akbar
Reformasi
Ini Kali Lah
Tuukaar!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan