Selasa, 30 April 2013

ADA YANG BODOH TAHAP GABAN...ADA YANG BODEK TAHAP GABAN...ADA YANG CARI DUNIA TAHAP GABAN...ADA YANG PENIPU TAHAP GABAN

Debat Gombak Setia: Wakil Umno gagal hadir

Harakahdaily, 30 Apr 2013

(Hasbullah [kiri] bersama YDP PAS Gombak ketika menunggu ketibaan calon BN, namun sampai habis tidak datang)

GOMBAK: Bertempat di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, sepatutnya berlangsung debat antara calon PAS iaitu Ustaz Hasbullah Ridzwan dan calon Umno Datuk Said Anuar bin Said Ahmad malam ini.

Debat yang bertajuk “Agenda Gombak Setia” ini dianjurkan oleh Pemuda PAS Gombak.

Namun, peluang penduduk tempatan ingin menyaksikan perdebatan terbuka antara dua orang bakal wakil rakyat itu tidak tercapai kerana calon dari Umno itu gagal hadir.

Majlis yang bermula jam 9.00 malam itu akhirnya ditamatkan sekitar jam 11.00 malam selepas hanya calon PAS yang berucap.

Dalam ucapannya, calon PAS iaitu Ustaz Hasbullah Ridzwan memperkenalkan diri kepada khalayak dan menyatakan harapannya agar suasana politik di Malaysia suatu hari nanti menjadi lebih matang dan bertanggungjawab.

“Tujuan diadakan program seumpama ini ialah kita mahu membudayakan suasana politik yang matang. Hujah mestilah di lawan dengan hujah. Rakyat pula hadir sebagai menuntut hak sebagai pengundi untuk mengetahui apakah manifesto dan khidmat yang ditawarkan oleh kedua-dua belah pihak,” ujar Ustaz Hasbullah.

Dalam ucapannya juga, beliau menyentuh peri pentingnya rakyat memilih pemimpin yang amanah, yang menegakan keadilan dan kesaksamaan.

Beliau memetik ayat al-Quran dari Surah an-Nisa bagi mengambarkan seruan tersebut.

“Manifesto Pakatan Rakyat bukan bersifat pemberian sementara tetapi pemberian jangka panjang. Manifesto datangnya dari suara hati rakyat, bukan sekadar untuk memancing undi.
"Oleh sebab itu, Umno Selangor tersilap cetak pada salah satu kain rentangnya yang menyatakan akan memberikan 20 liter air percuma. Sedangkan Kerajaan PR beri 20 meter padu percuma setiap bulan,” katanya.

Beliau turut mengulangi tawaran PR seperti penghapusan saman AES, menurunkan harga kereta, menurunkan harga petrol, membina rumah mampu milik, menhapsukan tol dan lain-lain lagi.

(Hasbullah ketika bercakap kepada media)

Ucapan beliau diselanng seli oleh tepukan gemuruh para hadirin yang hadir.

Sebagai mengisi kekosongan wakil Umno, YDP PAS Gombak, Ustaz Salahuddin Nasir turut menyampaikan ucapan.

Beliau mengimbau kembali sikap Umno yang sejak dulu takut berdebat secara bersemuka.
Contohnya dalam isu kafir mengkafir yang pernah berlaku suatu masa dahulu – akhir Umno berselindung di sebalik penyimpan mohor besar raja-raja dan debat tentangnya dibatalkan.

Ustaz Salahuddin turut menyeru agar penduduk Gombak setia memberikan undi kepada Ustaz Hasbullah bagi mewakili DUN Gombak Setia.



Kenali calon anda bagi DUN N17 Gombak Setia


Perihal

Ustaz Hasbullah Ridzwan adalah Ketua Pemuda PAS Selangor dan merupakan anak jati kelahiran Selangor yang lahir, dibesarkan dan menetap di Gombak.

Biografi

LATAR BELAKANG

1. Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
2. Lahir pada 3 Julai 1975
3. Usia - 38 Tahun
4. mempunyai empat  orang adik beradik
5. Berasal dari Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak

PENDIDIKAN

1. SRK Taman Selayang
2. SMKA Maahad Hamidiah Kajang
3. Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang
4. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
5. Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
6. Fakulti Dakwah & Ilmu Komunikasi di Universiti Islam Negeri Sultan Shariff Kasim Riau

PERKAHWINAN
Berkahwin dengan Ruhaiza Binti Mohamed dan dikurniakan empat orang anak.

PENGALAMAN POLITIK

1. Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor (2009 sehingga kini)
2. Memangku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak (2012 sehingga kini)
3. Naib Yang Dipertua PAS Kawasan (2011-2012)
4. Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak (2001-2007
5. Pengerusi Tetap PAS Cawangan Kg Nakhoda (2011-2013)
6. Timbalan Pengarah MTD Batu Caves (2004-2011)
7. Setiausaha PAS Kaw¬asan Gombak (2009-2011)
8. Setiausaha Kerja PAS Kawasan Gombak (1999-2004)
9. Setiausaha PAS Cawangan Kg Nakhoda (1998-2009)

KEGIATAN KEMASYARAKATAN

1. Ahli Majlis Perbandaran Selayang
2. Nazir Masjid Jamek Kg Nakhoda
3. Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Kafa Al Humaira Kg Nakhoda
4. Pengerusi Badan Khairat Kematian Kg Nakhoda
5. Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Selangor
6. Pengerusi Pusat Asuhan Tunas Islam Gombak
7. Pengerusi Majlis Permuafakatan Tadika Selangor

VISI
Merealisasi Gombak Berkebajikan Dan Meneruskan Kecemerlangan

MISI
1. Memahami kehendak dan keperluan masyarakat setempat
2. Menyelesaikan masalah pembangunan prasarana setempat
3. Mengharmonikan perpaduan erat masyarakat majmuk.
4. Menyuburkan Gombak sebagai pusat pembangunan insan melalui institusi masjid dan pusat pendidikan setempat.
5. Menggiatkan kegiatan dan syiar Islam

Beliau juga boleh diakses melalui:

http://www.ustaz-hasbullah.blogspot.com/
https://twitter.com/ustazhasbullah

kapsyen:

1. Ustaz Hasbullah (kiri) dan Ustaz Salahuddin Nasir
2. Ustaz Hasbullah diwawancara oleh wartawan The Sun dan Selangorkini seusai majlis.


Takutnya kepada lambang PAS

Omak Kau, 30 Apr 2013



Tak pernah terfikir pun selama ini oleh rakyat berfikiran waras betapa takutnya UMNO/BN kepada PAS!!!!!

Sampaikan lambang PAS Bulan pun dikoyakkan...Apalah punya haprak dan brengsek UMNO/BN.

Padahal begitu banyak dacing di sebelah gambar itu tidak langsung diusik oleh pekerja ini.

 Artis Faizal Tahir Pula Di Belasah Ulama Umno Tun Faisal
Posted on Tuesday, April 30 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh tiewnama@erapasca.com

Semalam Faizal Tahir telah membelasah seorang Pencacai Barisan Nasional iaitu Norman KRU, tetapi hari ini mursidul am UNIT MEDIA BARU dari Barisan Nasional yang begitu banyak kurang bijaknya, iaitu Tun Faisal pula cuba membelasah Faizal Tahir.

Tetapi yang lebih hebat adalah, cara cara Faizal Tahir menjawab itu telah menyebabkan seluruh institusi kerajaan LANUN Barisan Nasional LUMPUH.

Kepada siapa yang faham... faham faham sajalah..

"TIADA LAGI ORANG YANG BIJAK DALAM BARISAN NASIONAL" - MAHATHIR





jawapan Faizal Tahir semalam untuk Norman KRU.




by @tiewnama - ''kami bawakan kepada anda bloger nombor 1 malaysia iaitu
bloger KICKDI FELA'' - Tun Faisal - persint 9 jam 9 malam 28-4-13. kah3

BLOGER NOMBOR 1 MALAYSIA? kah3..
yeke Tun Faisal Nombor 1? ye ke nie? kah3

Sumber: erapasca.com


  Husam buktikan Dr Mahathir dalam keresahan
Posted on Tuesday, April 30 @ 17:09:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Aspan Alias

Mahathir terlalu ‘emotional’ dan ‘personal’ terhadap Husam Musa serta memandang rendah terhadap calon PAS di Putrajaya itu. Mahathir sememangnya seorang yang angkuh tetapi saya tidak pernah terfikir keangkuhan bekas Perdana Menteri itu tiada batasannya. Saya ingatkan hanya Firaun sahaja yang berkata tiada siapa yang boleh menyainginya dalam dunia ini.

Mahathir cuba merendah-rendahkan Husam Musa dengan meminta Husam duduk diam-diam di Kelantan dan jika dah berjaya di Kelantan barulah minta izin untuk bekerja di Putrajaya. Siapa Dr Mahathir ini untuk menyekat Husam ke Putrajaya? Meminta Husam meminta izin sebelum ke Putrajaya itu menampakkan sikap ego besar bagi melindungi perasaan ‘desperate’ beliau sehingga sanggup bercakap begitu peribadi terhadap seorang warga negara sebuah Persekutuan yang lain.


Mahathir telah menunjukan ‘desperation’ beliau dengan begitu ketara. Husam tidak perlu menjawabnya, kerana pengundi Putrajaya akan menjawabnya tidak lama lagi. Husam hanya perlu berdiam diri. Anggap sahaja Mahathir itu sebagai seorang yang sedang sakit. Putrajaya itu bukannya kepunyaan Dr Mahathir dan beliau terlupa yang Putrajaya itu di bina di atas hasil Petronas dan bukannya hasil dari keluarga beliau.

Mahathir bercakap seolah-olah Kelantan itu terlalu miskin dan Husam wajar duduk di Kelantan diam-diam. Siapa Dr Mahathir untuk meminta Husam berdiam diri? Negara ini negara demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding di mana-mana. Kita boleh mengkritik lawan kita dalam politik tetapi kena adalah sedikit etika lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi pemimpin utama negara suatu ketika dahulu.

Sebenarnya Dr Mahathir ini tidak ada siapa yang boleh menolongnya untuk memulihkan status beliau sebagai seorang bekas pemimpin yang ulung. Kesilapan ini bukan kesilapan sesiapa tetapi kesilapan beliau sendiri. Beliau sendiri memilih untuk merasa resah gelisah dalam kehidupannya. Tiada siapa yang menyuruh beliau untuk melakukan kesalahan demi kesalahan semasa menjadi pemimpin utama negara dahulu.

Beliau sendiri yang suka untuk melakukan keganasan terhadap partinya dan dirinya sendiri. Beliau jugalah yang telah memecat hakim-hakim yang tidak bersalah. Kesalahan hakim-hakim Mahkamah Agong dahulu semata-mata hakim-hakim semasa itu bersikap adil dan terhormat. Mahathir tidak suka kepada hakim yang mengutamakan keadilan. Bagi Mahathir keadilan hanyalah jika keuntungan berpihak kepada beliau. Apabila beliau merasakan hakim akan memberikan ‘verdict’ yang tidak memihak kepada beliau, maka hakim itu akan mendapat penghakiman dari beliau pula.

Entah apa yang menyebabkan Dr Mahathir terlalu ghairah untuk mempertahankan UMNO itu sedangkan beliau sendiri pernah keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan di Sri Perdana dahulu. Kita juga tidak faham kenapa beliau tidak pula mahu UMNO bertanding di Pasir Mas dan meminta pula calon UMNO yang tidak menyerahkan kertas pencalunannya jangan diambil tindakan. Kita sedang menunggu tindakan UMNO terhadap Dr Mahathir kerana menyokong calon bebas. Mahathir sepatutnya di pecat bersama 61 ahli UMNO yang lain kerana bertanding bebas dan menjadi penyokong kepada calon-calon bebas itu.

Kenapa Dr Mahathir tidak di pecat? Kenapa UMNO biarkan Mahathir bermaharajalela tanpa sebarang sekatan daripada jawatankuasa disiplinnya?. Jika Dr Mahathir sendiri membunuh peluang UMNO untuk menang di Pasir Mas kenapa beliau beriya-iya sangat mempertahankan UMNO di Putrajaya? Kenapa Dr Mahathir mahu beriya-iya sangat untuk meruncingkan keadaan negara ini? Apa kah niat sebenar Dr Mahathir ini?

Apa salahnya jika UMNO kalah di Putrajaya? Adat pertandingan mestilah ada kalah menangnya. Dr Mahathir mahukan UMNO bersifat seperti beliau mengendalikan UMNO dahulu. Beliau tidak berani bertanding sekali lagi dalam pemilihan UMNO maka beliau terus mengharamkan UMNO itu. Apabila dirasakan akan kalah dalam pertandingan tinju beliau akan musnahkan pentas tinju itu dan akan membina pentas tinju yang lain. Jika dirasakan kalah dalam pertandingan bola sepak, beliau akan alihkan tiang gol ke mana beliau suka.

Mahathir mahukan semua manusia mengikut kehendak beliau dan jangan ada yang menentangnya. Mahathir telah mengalahkan semua musuh-musuhnya sehingga tiada siapa yang beliau hendak kalahkan lagi. Sekarang Mahathir sedang berhadapan dengan ‘nature’ dan saya merasakan jika semua orang membantu beliau sekali pun, beliau tidak akan dapat di selamatkan lagi. Beliau akan terus dengan keresahannya sampai bila-bila.

Sekarang kita doakan Mahathir ini agar beliau kembali berada dalam ketenangan hidup. Beliau ini sebenar-benarnya memerlukan pertolongan dari kita. Seperti yang saya sebut tadi tiada siapa yang boleh membantu beliau lagi selain dari kita berdoa untuk beliau mendapat ketenangan yang amat-amat beliau perlukan sekarang ini.

Ini menjadi pengajaran kepada pihak Pakatan Rakyat jika di berikan mandat untuk berkuasa. Perdana Menteri gantian nanti janganlah melakukan kerja seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir semasa beliau berkuasa dahulu. Jika melakukan perkara yang sama keterlaluan maka zaman persaraan kehidupannya akan di himpit dengan perasaan seperti yang di alami oleh Mahathir sekarang ini.

Beringat-ingatlah. Jika keresahan ini boleh di alami oleh Dr Mahathir, ia akan juga dialami oleh sesiapa yang lain jika melakukan perlakuan yang sama seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu.
 Dakwat kekal: PAS minta penjelasan SPR
Posted on Tuesday, April 30 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Muhammad Faeez Azahar



IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi.

Sumber: Harakahdaily
  Isu dakwat kekal hilang dan mencatat nama pengundi awal selepas mengundi
Posted on Tuesday, April 30 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Facebook TG Dato’ Dr. Haron Din



Pada hari ini, pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera dan saya telah menerima aduan berkaitan 2 isu:

1. Isu dakwat kekal hilang

Menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun. Oleh itu, petugas parti khususnya paca yang bertugas jika mendapati kejadian ini berlaku di tempat tuan/puan, sila buat laporan polis segera. Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis. Laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.

2. Isu mencatat nama pengundi awal selepas mengundi

Saya juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi. Sila ambil perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei nanti.

Oleh itu, amalan menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi.

Peguam kami di Sabah telah membuat bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai nama itu telah dikoyakkan. Masalahnya, kami difahamkan bahawa amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh negara.

Justeru, saya memohon agar para petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera. Jika SPR enggan maka suatu laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah dibuat. Sila berhubung dengan peguam di parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut.

Sekian

Dr Zulqarnain Lukman
Pengarah Perundangan
Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat

Sumber: Facebook Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din


NYANYUK OK LAGI JANGAN DIKATA JAHAT ATAU PENIPU....NI LAGI TERUK

Pilihan raya atau pilihan jalanraya?
Posted on Tuesday, April 30 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,

Masanya akhirnya tiba juga untuk melontarkan soalan ini kepada BN dan sekutu rapatnya SPR.Mahu pilihanraya atau pilihan jalanraya.BN dan SPR tetap degil, tidak mahu mendengar keluhan rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan seiringan dengan kedegilan BN dan SPR, usaha dirancang untuk melakukan penipuan di hari mengundi.

Penulis telah menulis mengenai percubaan menipu sejak awal parlimen dibubarkan dan sehingga hari ini usaha untuk menipu dilipatgandakan.BN akan menipu dan mungkin boleh menang dengan penipuan ini.Soalannya, mahukan kita melihat BN terus pegang mandat memerintah dengan penipuan undi yang hampir pasti akan berlaku?

Kalau jawabannya ya, tak perlu buat apa apa lagi, malah tak perlu bersusah payah berkempen dan pergi mengundi, lebih baik biarkan saja BN buat sesuka hatinya.Tetapi kalau jawabannya tidak, sesuatu mesti dilakukan.

Pengerusi SPR semasa menjawab soalan pendengar di radio IKIM berkata kita tidak boleh menghalang sesiapapun pergi mengundi termasuk pendatang asing yang ada IC.

SPR juga katanya tidak mempunyai kuasa menghalang pendaftaran pendatang asing yang ada IC walaupun SPR mempunyai kuasa penuh menentukan peraturan mengundi termasuk menyediakan dakwat kekal yang tidak kelak di setengah pusat mengundi pos.Bunga bunga penipuan sudah kelihatan, SPR patut dihukum bunuh kerana bersedia menggadai maruah negara.

Anggota polis perlu memastikan kali ini mereka menyebelahi rakyat.

Kalau anggota polis tidak mahu menyokong rakyat, anggota polis perlu memberi laluan untuk pilihan jalanraya rakyat apabila pilihanraya tidak lagi menjadi laluan memilih kerajaan.

Rakyat pula perlu bersedia sebagai langkah plan B, untuk pilihan jalanraya kalau pilihanraya tidak lagi berfungsi dan tidak lagi BERSIH."


 Yakin Menang 2/3 Majoriti DUN, Sumbang Banyak Kerusi Ke Putrajaya
Posted on Tuesday, April 30 @ 23:19:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh pru13paskedah
Gambar: :: YAKIN MENANG 2/3 MAJORITI DUN, SUMBANG BANYAK KERUSI KE PUTRAJAYA ::  ALOR SETAR: PAS Kedah yakin akan kekal mempertahankan kemenangannya pada PRU13 ini dengan memenangi kerusi sehingga 2/3 majoriti serta memberi sumbangan besar kemenangan kerusi Parlimen untuk ke Putrajaya.  Keyakinan itu diungkapkan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Kedah, Senator Dato’ Muhamad Yusuf Husin pada sidang media di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 29 April baru-baru ini.  Ujarnya, Pengerusi BN Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah telah dahulu membuat kenyataan seumpama, namun hakikatnya Bashah mengetahui kedudukan terkini yang berlaku di Kedah.  Menurutnya, PAS Kedah mempunyai maklumat sebenar diperolehi dari Bilik Gerakan BN Kedah dan tidak menolak kemungkinan bahawa BN Kedah juga mempunyai maklumat dari Bilik Gerakan PAS Kedah.   Jelas Yusuf, pada 2008, sebahagian besar pimpinan PAS tidak menyangka akan menang dan BN pula tidak menyangka akan kalah. Tetapi katanya, situasi 2013 berlainan di mana Pakatan Rakyat Kedah yakin dapat mempertahankan kemenangan bahkan memenangi 2/3 majoriti kerusdi Dun.  Terangnya, antara yang boleh dibuktikan kepada penglihatan umum ialah reaksi rakyat termasuk dari kalangan kaum Tionghua, India dan Siam di mana turut keluar membantu gerakerja Pakatan Rakyat.   “Perubahan akan berlaku, saya tidak perlu sebutkan Dun-dun tersebut. Bukan setakat dapat pertahankan Kedah, untuk menuju ke Putrajaya, Kedah akan memberi sumbangan (kerusi) yang besar dengan bertambahnya kemenangan di peringkat Parlimen.  Menjawab beberapa soalan media, Pakatan Rakyat Kedah katanya, berada dalam keadaan terbaik dan semua pertikaian serta salah faham sebelum ini telah reda dan diselesaikan dengan baik.  Tegasnya, tumpuan Jentera Pakatan Rakyat Kedah ketika ini hanya satu iaitu menjatuhkan Umno-BN dan menuju ke Putrajaya.  Mengulas pendekatan kempen terangnya, strategi yang telah diamalkan sejak 2008 lalu, PAS Kedah tidak menonjolkan diri dengan program-program besar.
ALOR SETAR: PAS Kedah yakin akan kekal mempertahankan kemenangannya pada PRU13 ini dengan memenangi kerusi sehingga 2/3 majoriti serta memberi sumbangan besar kemenangan kerusi Parlimen untuk ke Putrajaya.

Keyakinan itu diungkapkan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Kedah, Senator Dato’ Muhamad Yusuf Husin pada sidang media di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 29 April baru-baru ini.
 



Ujarnya, Pengerusi BN Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah telah dahulu membuat kenyataan seumpama, namun hakikatnya Bashah mengetahui kedudukan terkini yang berlaku di Kedah.

Menurutnya, PAS Kedah mempunyai maklumat sebenar diperolehi dari Bilik Gerakan BN Kedah dan tidak menolak kemungkinan bahawa BN Kedah juga mempunyai maklumat dari Bilik Gerakan PAS Kedah.

Jelas Yusuf, pada 2008, sebahagian besar pimpinan PAS tidak menyangka akan menang dan BN pula tidak menyangka akan kalah. Tetapi katanya, situasi 2013 berlainan di mana Pakatan Rakyat Kedah yakin dapat mempertahankan kemenangan bahkan memenangi 2/3 majoriti kerusdi Dun.

Terangnya, antara yang boleh dibuktikan kepada penglihatan umum ialah reaksi rakyat termasuk dari kalangan kaum Tionghua, India dan Siam di mana turut keluar membantu gerakerja Pakatan Rakyat.

“Perubahan akan berlaku, saya tidak perlu sebutkan Dun-dun tersebut. Bukan setakat dapat pertahankan Kedah, untuk menuju ke Putrajaya, Kedah akan memberi sumbangan (kerusi) yang besar dengan bertambahnya kemenangan di peringkat Parlimen.

Menjawab beberapa soalan media, Pakatan Rakyat Kedah katanya, berada dalam keadaan terbaik dan semua pertikaian serta salah faham sebelum ini telah reda dan diselesaikan dengan baik.

Tegasnya, tumpuan Jentera Pakatan Rakyat Kedah ketika ini hanya satu iaitu menjatuhkan Umno-BN dan menuju ke Putrajaya.

Mengulas pendekatan kempen terangnya, strategi yang telah diamalkan sejak 2008 lalu, PAS Kedah tidak menonjolkan diri dengan program-program besar. 


 Hari Buruh: Semua Pemimpin PR Mesti Buat Ucapan Menghargai Buruh
Posted on Tuesday, April 30 @ 22:18:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: ahmadhadeed

"Esok Hari Buruh dan diharap semua pemimpin besar PR membuat ucapan Khas menghargai buruh atau semua pekerja Malaysia kerana mereka lah akan mengundi untuk memenangkan PR.

Janganlah ini di ambil ringan kerana ini adalah peluang keemasan yang sukar dicari dalam keadaan dua tiga hari lagi PRU13.

Buruh atau pekerja merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia dan mereka juga lah mangsa kepada dasar ekonomi songsang BN yang mementingkan keuntungan Korporat dari kebajikan pekerja.

Cuba bayangkan walau pun sudah 55 tahun memerintah Malaysia, dasar gaji minimum pun tak boleh dilaksana, Inilah kerajaan haprak yang tidak ambil hal dengan golongan pekerja.

Pekerja tempatan pula terpaksa bersaing dengan lambakan pekerja asing. Pada awal dulu Rafidah Aziz Menteri mulut merah mengatakan buruh asing hanya untuk ladang dan bibit tidak ke kilang atau bahagian lain.

Sekarang Bangla jadi guard, Nepal jadi jurujual Indon buka restaurant dan Paki buka kedai perabot. Porah lah BN,, Kau memang HAPRAK.

Pekerja swasta dan awam Inshaallah bersatu untuk menukar Kerajaan BN Haprak kepada pemerintah PR yang lebih berkebajikan."


 UMNO umpama orang tua nyanyuk berperangai budak budak!
Posted on Tuesday, April 30 @ 21:56:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"

Assalamualaikum Tengah hari tadi ketika menunggu untuk menjemput anak di sekolah, terjumpa rakan yang merupakan seorang ustaz yang mengajar di salah sebuah sekolah di Air Putih, Kemaman dan bertindak sebagai imam di surau berhampiran rumahnya.Katanya hari ini beliau pulang awal kerana ada mesyuarat di PPD dan sebab itu sempat menjemput anaknya yang belajar di pra sekolah tersebut.

Yang menariknya, katanya PPD digunakan habis habisan oleh UMNO dan nampak kepada perkembangan semasa, UMNO macam orang yang dah nak mati.Saya setuju dengan beliau sambil menyifatkan UMNO seperti seorang tua yang sampai ke usia nyanyuk dan berperangai macam budak budak.



Bukan setakat PPD yang digunakan UMNO, tetapi seluruh jentera kerajaan yang boleh digunakan.Bukan setakat masuk pertandingan di PRU 13 tetapi UMNO benar benar mahu menang atau dengan kata lain UMNO tidak boleh kalah.Tetapi UMNO tidak mempunyai apa apa yang boleh ditawarkan kepada rakyat, jadi jalan yang diambil oleh UMNO ialah menidakkan tawaran yang dibuat oleh PR.
Berbagai perkara yang dibangkitkan UMNO semata mata untuk menunjukkan PR tidak layak memerintah sehingga sanggup menjadi pengedar video lucah pada ketika UMNO menafikan penglibatan mereka membikin video tersebut.Memang benarlah kata rakan tadi bahawa UMNO macam orang nak mati, tak perlu pergi jauh untuk melihat apa yang dilakukan oleh PPD, cukup melihat apa yang terpampang di tengah jalan.PR memaparkan segala janjinya tetapi UMNO tidak kelihatan walau satupun janjinya tetapi yang boleh dilihat hanyalah kata kata provokasi dan cemuhan kepada PR terutama PAS kalau di Terengganu.
Untuk apa sebenarnya bertanya apa yang rakyat dapat ketika PAS memerintah? Bukankah pemerintahan sudah diambil alih oleh UMNO, bukan sepenggal tetapi dua penggal, jadi kenapa bertanya pasal zaman PAS, senaraikan apa yang rakyat dapat ketika UMNO memerintah? Bodoh tapi sewel atau buang tabiat UMNO ini.Pendek kata UMNO sudah kehabisan modal untuk ditawarkan kepada rakyat dan mula merapu meraban seperti orang tua yang sampai kepada usia nyanyuk dan berperangai macam budak budak.
Apa yang menarik lagi dalam perbualan ringkas dengan rakan ini ialah ketika beliau membangkitkan mengenai gelombang kebangkitan rakyat di Terengganu yang katanya merupakan gelombang kebangkitan dari bawah, sama seperti yang dikatakan oleh MSO walaupun saya lebih melihatnya sebagai silent wave, atau gelombang senyap yang tidak disedari oleh lawan dan rakan rakan yang berada diluar.Selama lima tahun kebelakangan ini saya  berada di tengah tengah gelombang senyap ini dan yakin benar ada perubahan yang ketara di kalangan pengundi atas pagar yang bertukar kepada penyokong PR.
Apapun istilah yang digunakan, yang jelas ada perubahan waima di kalangan pakcik dan makcik di kampung kampung tetapi satu perkara yang masih dibimbangi ialah kelicikan UMNO di saat akhir, Minda orang kampung di persisiran pantai yang ada di Terengganu tidak teguh dan mudah cair dengan sedikit habuan RM dari UMNO.UMNO memang mahir tentang ini sejak adanya wang ehsan lagi.
Berdasarkan perbualan ringkas ini, saya ingin menarik perhatian semua pembaca tulisan saya kepada  perkara utama yang disebut sepanjangan perbualan saya dengan rakan ustaz ini ia itu :
1- Kita sebagai pendakwah harus menerima sesiapa jua yang ingin berubah dan bersama kita tanpa perlu mengunkit kesalahan lalunya.Baginda Nabi tidak pernah mempersoalkan tindakan Syaidina Omar membunuh anaknya ketika zaman jahiliyahnya.Merujuk kepada kesediaan Mat Tyson bersama sama berkempen untk kemenangan kita.
2- Pertolongan ALLAH sampai dalam berbagai bagai bentuk, di samping diberinya kita kekuatan, dijadikan kem musuh porak peranda.Jadi yakinlah dengan pertolongan ALLAH dengan terus bangkit qiam  memohon pertongannya dan bersyukur dengan nikmatnya.

Demikanlah harapan kita dan jangan jadikan gelombang yang berlaku samada bawah atau atas sia sia dan berlalu begitu saja.Inilah peluang terbaik kita dan gunakan peluang terbaik itu sebaik mungkin, jangan sesekali melampaui kuasa ALLAH.

 DAP penyebab rusuhan kaum May 13?
Posted on Tuesday, April 30 @ 21:52:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"

Tiga risalah berbeza menuduh pemimpin pembangkang veteran, Encik Lim Kit Siang, sebagai dalang rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 diedarkan di Skudai, Johor.
Nota: Teruskan membaca berita di bawah ini kemudian sila fahami apa yang sebenarnya terjadi semasa rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan renungkan fakta ini; "Kehebatan Perjuangan Melayu Umno".  
Tragedi Berdarah 13 Mei



Walaupun tuduhan berbaur perkauman seperti itu bukanlah baru, tetapi calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi kerusi parlimen Gelang Patah menyifatkan episod terbaru itu sebagai "yang paling buruk seumpamanya", lapor laman akhbar Singapura, The Straits Times (ST).
Beliau yang ditemui di ibu pejabat DAP di Gelang Patah, pagi semalam, berkata:
"Mempergunakan isu agama dan menimbulkan ketidakharmonian antara kaum tidak harus dibenarkan. Ia politik paling kotor dalam sejarah."
Salah satu risalah, yang diedarkan dalam bentuk buku kecil setebal 26 muka surat menuduh DAP menyebabkan insiden rusuhan kaum 13 Mei dan menjadi proksi parti yang memerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP), menyebarkan pengaruh perdana menteri Singapura ketika itu, Encik Lim Kuan Yew, di Semenanjung Malaysia.

Rusuhan kaum 13 Mei 1969 berlaku hanya beberapa hari setelah Perikatan, pelopor Barisan Nasional (BN), mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya.
Beratus orang terbunuh dalam rusuhan itu dengan kenderaan dan harta benda dibakar, menjadikan insiden itu salah satu babak paling hitam dalam sejarah Malaysia.
Walaupun nama pencetak dan penerbit risalah itu tidak dinyatakan - satu kesalahan mengikut undang- undang pilihan raya - ada yang menuding jari kepada Umno, parti terbesar dalam BN.
Sekumpulan belia DAP memberitahu ST bahawa mereka pertama kali bertemu sekumpulan lelaki memakai kemeja-T BN mengedarkan risalah itu di pasar malam Taman Universiti, malam Jumaat lalu.
Pagi semalam, kumpulan anggota DAP yang sama yang berkempen di Pasar Peladang di Skudai, melihat bahan yang sama diedarkan di pasar itu.
Petang semalam, tiga belia DAP telah membuat laporan polis tentang pengedaran risalah itu.
 
 Pesanan dari ulama terkenal N.Sembilan kepada petugas Pakatan Rakyat
Posted on Tuesday, April 30 @ 21:52:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Berikut pesanan dari seorang ulama yang amat terkenal di Negeri Sembilan yang dihormati oleh ahli PAS, PKR dan Umno (beliau tidak terikat dengan mana-mana parti politik) untuk diamalkan oleh para petugas Pakatan Rakyat yang beragama Islam dan yang berkemampuan.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita, seterusnya mengurniakan kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat di Malaysia amnya dan di Negeri Sembilan khasnya. 
Zikir yang perlu diamalkan serta maksud ayat-ayat yang dibaca pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2013/04/pesanan-dari-ulama-terkenal-nsembilan.html


 Apabila MB dipanggil Pakcik...
Posted on Tuesday, April 30 @ 21:31:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Sumber Sinar Harian
syed razak
ASSALAMUALAIKUM,” laung seorang anak muda sambil tertinjau-tinjau di sisi bangunan pinggir Terusan Wan Mat Saman yang selari dengan jalan Alor Setar - Sungai Petani, pada suatu pagi dua tahun lalu.Seketika kemudian, kedengaran suara salam dijawab dari  belakang bangunan. Anak muda bertubuh tinggi, berambut lebat itu segera mencari arah datangnya suara.



syed razak
Syed Razak
Apabila MB dipanggil Pakcik...
Markas Pas Kawasan Jerai, rumah Ustaz Azizan di bangunan ini.
Apabila MB dipanggil Pakcik...
Kedai Pakaian Timor di Pekan Simpang Empat Kangkong yang jadi pilihan Ustaz Azizan.
Tiba di sana, dilihat sekumpulan empat lelaki agak baya sedang bersembang di satu ruang yang pintunya terbuka. Seorang daripada mereka - yang paling tua - berbaring di pangkin.

“Saya Rizal, skuad Sinar (Harian) baru di kawasan Yan,” kata anak muda itu dengan senyuman seperti dipaksa. Dia dipersilakan masuk.

Lelaki yang berbaring di pangkin bangun. Setelah berbasa basi untuk seketika, lelaki itu bertanya: “Hang tau dak saya ni sapa?”

“Minta maaf pakcik, saya tak tau ...,” jawab si anak muda, jujur.

“Tak pa, hang boleh tanya depa ni,” balas lelaki itu yang berkain pelikat dengan baju pagoda.


Barang kali kerana kasihan kepada si anak muda, seorang lelaki lain kemudian berkata: “Inilah Ustaz Azizan, Menteri Besaq Kedah.”

Anak muda itu hilang kata-kata! Dia seperti tidak percaya.

“Saya bukan tak kenal MB Kedah, tapi hari tu dia nampak lain sangat. Dengan baju pagoda, kain pelikat, tak pakai cermin mata, kopiah pun tak pakai... itu yang saya panggil dia Pakcik,” kata Rizal mengimbas peristiwa itu kepada saya beberapa minggu kemudian.

Ya, mungkin ramai yang tidak tahu, Ustaz Azizan sejak dilantik menteri besar, tidak pernah menghuni Seri Mentaloon di Alor Setar. Kediaman rasmi MB Kedah itu hanya diguna untuk acara rasmi.

Dia masih tinggal di rumah lamanya di bahagian belakang bangunan Markas Pas Jerai di Batu 15, Padang Lumat, dekat Guar Chempedak itu selain sebuah lagi rumah di Jalan Sultanah, Alor Setar yang dibeli daripada keluarga mertuanya.

Walaupun sudah bergelar MB, Ustaz Azizan masih mengekalkan gaya hidup biasa.

Setiausaha akhbarnya, Helmi pernah menceritakan,  Azizan hingga sekarang jika mahu beli seluar, baju, tempatnya adalah sebuah kedai di Pekan Simpang Empat Kangkong.

“Dia selalu suruh aku pi kedai tu, Kedai Timor. Kata dia, baju, seluaq di kedai tu murah-murah. Kita sendiri tak sanggup pakai yang tak dak brand macam tu,” kata Helmi. Difahamkan, kebanyakan baju yang dipakainya berharga tidak lebih RM20 sehelai.

Selain Kedai Timor,  Azizan juga biasa beli pakaian di sebuah kedai India Muslim di Lebuh Chowrasta di Pulau Pinang.

“Satu hari, mamak kedai tu mungkin sebab baru  perasan tengok muka Ustaz  di TV, dia kata, Haji, ini hari saya tak mau jual lagi pada Haji. Ustaz tanya, sebab apa? Dia kata, sekarang Haji sudah jadi menteri, orang besaq. Elok pakai baju, seluaq yang tempah, bukan yang dia jual,” katanya.

Ustaz Azizan tetap Ustaz Azizan.

Tidak lama dulu, saya dijemput hadir kenduri kahwin anaknya di Kampung Teras Jernang, Bangi. Lokasi kenduri sebuah rumah kampung tidak jauh dari kampus UKM.

Ketika bersalam, Ustaz Azizan berpesan, “mai makan kenuri sudah naa, jang dok buat berita buh dalam surat habaq.”

Selepas makan, saya bertanya kepada setiausaha politiknya, Sanusi, apa sebab Ustaz tak buat kenduri di Alor Setar?

Jawab Sanusi: “Ini kenduri kahwin anak yang kedua dia buat lepas jadi MB. Kali pertama di Kedah. Belanja terlalu tinggi (sebab nak kena sedia hidangan banquet). Untuk tampung kos, Ustaz terpaksa pinjam dari beberapa orang exco RM20,000 seorang.

“Kali ni dia tak sanggup nak meminjam lagi, sebab itu dia buat di sini. Di sini tak perlu nak jemput orang-orang besar sebab kenduri kampung saja,” katanya.

Ujar Sanusi lagi, Ustaz Azizan cukup menjaga integriti dan dia tidak mahu ada pihak ambil kesempatan menaja majlis peribadinya.

“Sebagai menteri besar, apa yang dia buat ini memang ambik risiko. Mungkin ada yang berkecil hati apabila dia tidak buat kenduri kahwin anak di Kedah. Tetapi inilah prinsip Ustaz yang tidak mahu timbul fitnah dalam pentadbirannya,” katanya.

Cerita mengenai Ustaz Azizan mengingatkan saya kepada Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, MB Kedah kelapan yang memerintah antara 1999 hingga 2005.

Syed Razak adalah contoh pemimpin yang sangat ‘down to earth’.

 Sudah banyak kali saya lihat sendiri cara Syed Razak berdepan dengan rakyat yang mendorong saya buat kesimpulan, dia pemimpin yang sangat baik, bukan buat-buat baik!

Ketika hadir kenduri di sebuah kampung di Kubang Rotan, belum pun kami yang lain sempat keluar dari kereta, dia awal-awal saya lihat sudah menyeberang titi usang untuk ke rumah kenduri di seberang tali air.

Tiba di rumah itu, dia cuba bersalam dengan 100 peratus orang yang ada, tidak kira siapa pun mereka hingga ditegur oleh seorang lelaki, “Datuk tok sah (tak usahlah) dok mai la bersalam dengan kami ni, Datuk tu menteri, kami ni gedohok (pembantu kenduri) saja. Datuk tok sah mai tang ni, sat gi kotoq habih seluaq kasut!”

Lalu dijawab oleh Syed Razak: “Hangpa jangan dok kata lagu tu! Tak dak hangpa, tak dak kenduri.”

Selepas habis bersalam, dia melangkah masuk ke dalam rumah kenduri tanpa sebarang rasa kekok. Gayanya menunjukkan dia sudah terlalu biasa dengan tuan rumah, orang kampung dan juga keadaan di  rumah itu.

Rupa-rupanya Syed Razak mencari seseorang - tuan rumah - yang uzur dan terbaring di katil berhampiran dapur.

Melihat menteri besar datang, lelaki warga emas yang membahasakan dirinya sebagai Pak Long cuba untuk bangun.

Ketika tangannya diurut-urut oleh sang menteri, Pak Long berkata: “Pak Long ni sabit (bersebab) tak mengaji (bersekolah tinggi). Kalau tidak, Pak Long tak biaq kat dia ni (Syed Razak) jadi menteri besaq, Pak Long pun nak jadi (menteri besar) jugak.”

Kata-kata Pak Long dibalas oleh Syed Razak: “Orang tua ni, dok terkedang (terbaring) atas katil pun nak bercakap politik lagi. Sudah-sudahlah tu ...”

Kami semua tertawa.

Apa yang dapat anda simpulkan jika anda berada di tempat saya?

Ini satu daripada banyak peristiwa menyentuh hati saya mengenai  kemesraan Syed Razak.

Rakyat Kedah kini di persimpangan sama ada mahu mengekalkan kerajaan sekarang dengan Ustaz Azizan juga dikekalkan sebagai menteri besar, ataupun ini kali mahu tukar kepada menteri besar yang baru pula.

Soalnya, jika mereka mahu tukar kepada BN, apakah Datuk Mukhriz Mahathir sedia untuk jadi pemimpin yang ‘down to earth’ seperti Syed Razak?

Selamat mengundi!


 Berita Pecah... Penipuan SPR Mula Berlaku??
Posted on Tuesday, April 30 @ 19:10:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

"


- Dikenalpasti sebahagian tentera2 dan polis2 yang mengundi hari ini, dakwat yang dicalit di kuku mereka boleh dicuci dan dibersihkan hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja!!

- Beberapa kem di Port Dickson yang tentera2 nya telah mengundi, telah kami panggil dan cuba untuk memadamkan dakwat itu tetapi gagal dihilangkan ,,,

- tetapi SEBALIKNYA di kem Rasah markaz 1 Briged Seremban, beberapa org tentera yang telah mengundi yang diantaranya sahabat kami telah berjaya menghilangkan dakwat dengan mencucinya dalam tempoh beberapa minit sahaja!!

- Menyangkal dakwaan SPR bahawa dakwat kekal itu boleh bertahan selama 7 hari!

- Apakah MODUS OPERANDI mereka2 SPR ni??

- Adakah di kem2 tertentu sengaja dicalit dakwat yang boleh dicuci bagi membolehkan sebahagian dari mereka dibenarkan mengundi kali ke 2???


PENIPUAN SPR MULA BERLAKU!!!

ADAKAH RANCANGAN MEREKA UTK MEMENANGKAN UMNO BN AKAN BERJAYA?

(gambar adalah gambar sebenar jari sahabat saya (pengirim) yang telah berjaya menghilangkan dakwat kekal yang kononnnya boleh bertahan selama 7 hari!! Masih kelihatan warna ungu di kuku beliau selepas dicuci hanya dengan sehelai tisu !!

Nota : AWAS!! JANJI BERSIH

Jika berlaku penipuan
Maka janji bersih akan
Membuat 3 tuntutan

1 - Tidak akan terima keputusan pru13
2 - Menuntut spr di mansuh
3 - Wujudkan spr baru untuk menjalankan pru sekali lagi

INGAT, TIPU PILIHANRAYA, RAKYAT TURUN JALAN RAYA!!

Info terkini layari: INI KALILAH

"

BELAJAR PONDOK PERCUMA...LAHIRKAN ULAMAK2 TERSOHOR...DULU BELAJAR PERCUMA BANYAK MENJADI PEMIMPIN TERSOHOR...TARAK BACA PUNYA ORANG

Penganalisis: Pendidikan percuma tidak jadikan pelajar malas
RUZY ADILA IDRIS
30 April 2013
Penganalisis: Pendidikan percuma tidak jadikan pelajar malas
Dr Shaharuddin (kiri) mendengar hujah yang disampaikan oleh Dr Maszlee. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO
SHAH ALAM – Dasar pendidikan percuma diketengahkan oleh manifesto Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan menyebabkan pelajar pusat pengajian tinggi menjadi malas untuk belajar, demikian menurut seorang penganalisis hari ini.

Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, sebagai bekas penerima dermasiswa beliau mengakui tidak pernah berasa malas untuk belajar.
“Saya tidak malas pun. Yang saya tahu, masa saya belajar di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1982, saya menerima dermasiswa, bukannya biasiswa.
“Saya juga dikecualikan dari membayar yuran dan mendapat lagi elaun sara diri,” katanya ketika menjawab soalan hadirin Wacana Sinar Harian Siri ke-19, bertajuk
Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Wacana kali ini turut menampilkan penganalisis politik Dr Maszlee Malik dan Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor sebagai ahli panel.
Wacana ini dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Selain pendidikan percuma, manifesto PR yang dilancarkan Februari lalu turut disertakan pemberian caj eletrik dan air lebih rendah, penghapusan tol serta pemberian rawatan kesihantan percuma bagi wad dua dan tiga di semua hospital kerajaan.

Shaharuddin menambah, sekiranya pemberian pendidikan percuma boleh dilaksanakan pada tahun 1980an, mengapa perkara sama tidak boleh dilaksanakan pada masa sekarang.

Mengakui ada dakwaan yang mengatakan bahawa pendidikan percuma sukar dilaksanakan memandangkan jumlah pelajar semasa adalah terlalu ramai, Shaharuddin menjelaskan dari sudut lain pendapatan negara ketika ini semakin meningkat.

“Jadi, suasana yang ada pada tahun 1980an itu masih boleh diteruskan.

“Kalau dulu boleh dilakukan mengapa sekarang tidak boleh?” katanya lagi.

Sementara itu, Maszlee pula berpendapat, terdapat perbezaan di antara pendidikan percuma dengan pencapaian yang dicapai negara seperti Jerman dan negara-negara

Scandinavian lain yang dapat memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya.

Namun jelas beliau, pemberian pendidikan percuma di negara-negara terbabit tidak menjadi isu sama ada ia akan menjadikan pelajar menjadi malas ataupun tidak.

“Apa yang perlu menjadi perhatian utama ialah kandungan yang diajar di universiti itu dan juga suasana sekeliling.

“Dalam kes ini, sistem pendidikan awal sebelum itu perlu diberi penumpuan ataupun pemilihan universiti itu satu isu lain,” jelas beliau.
Najib: Umno tidak akan tuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang

30 April 2013
Najib: Umno tidak akan tuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang
Najib (kanan) mengangkat tangan selepas meninjau projek jambatan kedua Pulau Pinang di Batu Maung, hari ini. - Foto Bernama
BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan Umno tidak akan menuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang jika Barisan  Nasional (BN) menang di negeri ini pada PilihanRaya Umum ke-13.

Najib berkata, ini kerana BN merupakan sebuah parti gabungan yang mempunyai persefahaman dan matlamat yang jelas.

"Dalam apa juga keadaan Umno tidak akan tuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kerana kita mahu buktikan BN sebuah parti yang ada persefahaman yang jelas. Matlamat kita juga jelas.

"Kita (BN) bukan macam pihak di sebelah sana yang tiada persefahaman sehinggakan berlaku pertembungan antara mereka," katanya semasa berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di tapak pasar malam Perkampungan Juru di sini hari ini.

Lebih 10,000 orang hadir pada majlis itu termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen serta Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow.

Sementara itu, Najib menyeru penduduk Pulau Pinang terus menyokong BN agar lebih banyak pembangunan dapat diteruskan di negeri ini.

"Adakah kawasan ini akan memberi kemenangan kepada BN (disambut oleh orang ramai ya), adakah ini kubu kuat BN (ya)...terima kasih semua. Saya harap semua itu akan dibuktikan pada 5 Mei  ini," katanya.

Najib turut menyifatkan Teng yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah sebagai seorang yang berani kerana sangup bertanding di kawasan berkenaan.

"Jangan fikir Umno boleh control dia (Teng). Beliau seorang yang berani dan semua pemimpin parti komponen di negeri ini menyokongnya," katanya.

Pada PRU13 ini, kawasan DUN Bukit Tengah menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Teng yang mewakili BN, calon PKR Ong Chin Wen dan calon Bebas A.Mohan.- Bernama
ATM nafi bawa pengundi hantu ke Semenanjung

30 April 2013
Zulkifeli Mohd Zin
Zulkifeli Mohd Zin - Foto ehsan Berita Kini
LAHAD DATU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya ia membawa pengundi hantu, termasuk anggota tentera dan polis, dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini menyifatkan dakwaan itu sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu bagi mencemar imej pasukan keselamatan.

Beliau meminta pihak berkenaan supaya menghentikan perbuatan fitnah mereka yang tidak berasas itu yang dipercayai dibuat semata-mata untuk meraih sokongan semasa pilihan raya umum ini.

"Tuduhan melulu sesetengah pihak termasuk dakwaan kononnya ATM dipengaruhi parti politik dalam pilihan raya, menyebabkan imej ATM tercemar. Hentikan serangan politik yang tidak sihat dan jangan sekali-kali membabitkan ATM kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap negara dan rakyat," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Tan Sri Khalid Ibrahim kononnya ATM cuba membawa masuk pengundi hantu, termasuk anggota tentera dan polis dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Khalid pada sidang media baru-baru ini dilaporkan sebagai mendakwa terdapat penerbangan khas dari Sabah Sarawak yang mendarat di lokasi tertentu, bukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Lapangan Terbang Tambang Rendah (LCCT) yang dikatakan membawa pengundi hantu berdasarkan kononnya risikanpakatan pembangkang.

Zulkifeli yang kesal dengan perbuatan itu berkata ATM merupakan institusi berkecuali yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik di negara ini.

"Sebagai badan profesional, kami menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan negara daripada sebarang anasir yang mengganggu ketenteraman awam.

"Atas tugas dan tanggungjawab itu juga ada antara anggota kita terkorban," katanya.- Bernama
Punca manifesto PR dapat sambutan
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
30 April 2013
wacana siri19
Wan Saiful Wan Jan mempengerusikan Wacana Sinar ke-19 Manifesto PRU13 BN vs PR. Ahli Panel (dari kanan) Dr Maszlee, Dr Shaharuddin dan Dr Mansor.
SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) lebih diterima rakyat berbanding yang dirangka Barisan Nasional (BN) kerana ia berjaya menyentuh hati mereka termasuk dalam soal hasil mahsul negara yang jelas tidak diagihkan seadilnya.

Menurut Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Profesor Dr Mansor Mohd Noor, sebab itu masyarakat lebih dekat dengan manifesto PR yang lebih memahami keperluan mereka.

"Hinggakan jumlah 10 peratus yang kaya ini menguasai 70 peratus harta negara hatta pendapatan negara.

"Jadi kita yang lain-lain ini sengih sahaja," ujar beliau pada siri Wacana Sinar ke-19 yang bertajuk "Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, setakat ini manifesto yang dibentangkan oleh PR juga tidak mampu menyelesaikan masalah utama negara.

"Masalah terbesar kita ialah kita gagal menguruskan kekayaan negara ini. Ini yang saya nampak Umno tidak faham kerana mereka ini parti pemerintah.

"Kedua-dua manifesto ini tidak menguruskan masalah. Ini hanya akan membankrapkan negara kerana akhirnya sumber yang ada ini terhad," ujar Mansor.

Disebabkan inilah ujarnya, kuasa rakyat begitu penting dalam menentukan kekayaan negara bukan hanya diagihkan kepada rakyat, namun pada masa yang sama digunakan bagi tujuan pembangunan negara.

"Kita sekarang ini hanya membazirkan sumber kita. Bagi saya kedua-dua pihak terlibat. Inilah yang menyebabkan kuasa rakyat lebih utama.

"Saya lebih yakin dengan kebijakan rakyat. Kita rugi sebenarnya kerana tidak tahu penyakit kita. Kita tak boleh biarkan yang kaya dan akhirnya rakyat menderita," ulas beliau lagi.

Minggu lalu, Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (Umcedel) yang berkongsi hasil kajiannya menunjukkan manifesto PR lebih memenuhi harapan rakyat berbanding manifesto BN.

Dalam kajian terhadap 1,407 responden pengundi berdaftar yang dibuat pusat kajian itu, 42 peratus dari mereka bersetuju terhadap manifesto PR dan hanya 36 peratus bersetuju dengan manifesto BN manakala 22 peratus memilih tidak pasti.

Kajian tersebut dijalankan bermula pada 3 April iaitu hari pembubaran Parlimen sehingga ke hari penamaan calon pada 20 April.

Antara tawaran paling memberi kesan kepada pengundi adalah tawaran penurunan harga minyak yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai pentadbiran negara.

Tawaran lain yang turut disokong pengundi termasuklah menghapuskan tol, menurunkan harga kereta, penurunan caj elektrik dan harga air lebih rendah, penghapusan PTPTN, pemberian permit teksi individu serta gaji minimum.
Polis: Hanya Tian Chua buat laporan tentang dakwat kekal

30 April 2013
Tian Chua
Tian Chua
KUALA LUMPUR - Tinjauan Bernama mendapati dakwat yang dicalit di jari pengundi awal, masih kekal dan tidak hilang walaupun dibasuh beberapa kali dengan air.

Dakwat warna merah biji saga itu kekal dijari telunjuk sebelah kiri mereka setelah beberapa pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis, diminta oleh pemberita dan jurugambar membasuh tangan mereka.

Permintaan itu dibuat oleh media ekoran terdapat dakwaan kononnya dakwat tersebut mudah hilang apabila jari yang sudah dicalit itu dibasuh dengan air.

Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) SAC Zulkifli Mohamed pula ketika dihubungi petang ini berkata beliau tidak menerima aduan daripada 2,036 anggota polis yang mengundi awal hari ini berhubung dakwat kekal yang dicalit itu, hilang.

"Setakat ini, tangan saya beberapa kali dicuci, kesannya masih tidak hilang dan anggota (polis) saya pun sama," katanya.

Di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, seramai 3,963 anggota dan pegawai polis mengundi awal di dua pusat mengundi di sini hari ini.

Dalam pada itu, hanya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang, di sini, hari ini berhubung dakwaan kononnya penggunaan dakwat kekal tidak kekal.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata kepada Bernama, polis tetap menerima sesiapa saja yang membuat aduan polis dan akan menyiasatnya.

Laporan polis itu dibuat susulan laporan sebuah portal yang mendakwa dakwat kekal yang sepatutnya tidak hilang sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalitkan dijari, hilang menggunakan air dalam tempoh beberapa jam, oleh seorang anggota tentera.

Undi awal dijalankan hari ini melibatkan anggota tentera dan polis di seluruh negara dan penggunaan dakwat kekal, pertama kali digunakan pada pilihan raya di negara ini, bertujuan mengelak pemilih mengundi lebih daripada sekali walaupun selama ini tidak terdapat satu kes pun pengundi berbuat demikian.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata memandangkan laporan sudah dibuat, SPR menyerahkan polis menjalankan siasatan. - Bernama

Dakwat kekal hilang, surirumah buat laporan polis

Roketkini.com, 30 Apr 2013


( Isteri anggota tentera menunjukkan laporan polis yang dibuatnya)

KLUANG: Ekoraan, dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal  pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

(Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang)

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.



APCO 77 JUTA...CAMNE


Malaysia dicengkam hutang akibat politik rakus Umno BN
 
"


Muhyiddin: Kuasa asing masuk campur jika Anwar jadi PM

30 April 2013
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin menandatangani plak sebagai tanda merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yong Peng 2 di Yong Peng, Batu Pahat di hari ini.
BATU PAHAT - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negara bakal berhadapan dengan ancaman besar jika pembangkang memerintah negara ini kerana ada kuasa asing yang bersedia masuk campur jika ketua pembangkang dilantik menjadi perdana menteri.
"(Jadi) jangan masuk kepada kubu pembangkang kerana di sebalik pembangkang ini ada kuasa-kuasa asing yang memang bersedia masuk ke Malaysia kalau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) menjadi perdana menteri.
"Mereka akan mencampuri dasar mereka (pembangkang), program mereka dan ini bahaya sebab itu ALLAH nak tunjuk, dan parti pembangkang kini (pun)kian rapuh," kata timbalan perdana menteri ketika berucap merasmikan SJKC Yong Peng 2 di sini
hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Ir Wee Ka Siong dan Pengerusi Barisan Nasional Air Hitam Datuk Shamsolbari Jamali.
Sehubungan itu, Muhyiddin meminta rakyat bangkit dan bangun memberi isyarat kepada pembangkang bahawa rakyat mahu pertahankan negara ini daripada jatuh kepada pembangkang.
Katanya, negara juga berhadapan dengan ancaman besar kerana pembangkang bercita-cita mengambil alih pemerintahan negara tetapi dalam masa yang sama mereka sendiri tidak bersatu.
"Saya baca dalam surat khabar hari ini, macam-macam berita...dia mula bergaduh sesama sendiri. Mungkin setahun dua dahulu dia simpan... nak keluar, tetapi mereka tahan, mereka tutup jangan cakap tetapi orang dia (DAP) kini sudah mula bercakap minta jangan sokong Pas," katanya.
Anwar sendiri, kata Muhyiddin, tidak pernah jujur dalam perjuangan politiknya menyebabkan ramai rakan-rakannya yang suatu ketika dahulu bersama-sama dalam PKR sudah mula meninggalkannya.
Timbalan perdana menteri berkata Pas pula sibuk hendak mewujudkan negara Islam dengan melaksanakan hudud tetapi sekutunya DAP menentang keras pelaksanaan hukum itu.
Pas juga hanya mampu membina sebuah masjid sepanjang tempoh memerintah Kelantan, katanya.
Beliau turut meminta rakyat berfikir panjang kerana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi (Ahad ini) untuk mereka menentukan kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Timbalan perdana menteri berkata kerajaan BN memerlukan undi rakyat untuk mempertahan negara daripada ideologi, fahaman, adat dan budaya yang bertentangan daripada yang berlaku selama ini.
Selain itu Muhyiddin berkata, pelabur asing turut menyuarakan kebimbangan jika sekiranya pembangkang menguasai negara termasuk Johor.
Mereka khuatir pelaburan mereka berbillion ringgit akan rugi jika sekiranya DAP menang di kawasan parlimen Gelang Patah, katanya.
Bagaimanapun sebagai Pengarah Pilihan Raya BN, beliau yakin BN mampu kembali memegang tampuk pemerintahan negara dan negeri Johor hasil kerja kuat jentera pilihan raya dan dasar transformasi yang dilakukan kerajaan. - Bernama

 Berita | Khairy Jamaluddin Mengaku Malaysia Ada hubungan Dengan Isreal

Oleh ALBA



Dalam satu temuramah, Khairy ketua Pemuda Umno telah "terlepas cakap" dan mengakui Malaysia memang ada hubungan dengan Israel... Jangan lepaskan peluang mendengar kata2nya...

BAGAIMANA PASANGAN BELUM KAWIN@COUPLE2 TAK KAWIN LAGI...BERPEGANG2 TANGAN...DUDUK SUNYI2....TAK PANTAU KE...BOLEH JAWAB KE....DIAKHIRAT NANTI

Dakwat kekal... tidak kekal

Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.

Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.

NONESeorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya.

"Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.

"Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS.

Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusog ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat.

"Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya.

JAIS pantau masjid dari ceramah politik
7:15PM Apr 30 2013
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyusun anggota seragamnya daripada pelbagai bahagian bagi membuat pemantauan berterusan di majlis dan surau dalam negeri itu daripada terlibat dalam aktiviti berunsur politik, termasuk ceramah.

azlan Pengarah jabatan itu Marzuki Hussin berkata, pihaknya juga menasihati seluruh anggota jawatankuasa masjid dan surau di Selangor supaya tidak membenarkan perkara itu, selari dengan titah Sultan Selangor yang melarangnya.

Beliau juga berkata, bahagian penguatkuasaan JAIS juga sudah membuka bilik gerakan yang akan beroperasi antara jam 7 petang hingga 10 malam bermula semalam bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.

Selain itu, menurut Marzuki, pihak yang memiliki maklumat atau ingin membuat aduan juga boleh menghubungi terus jabatan itu melalui telefon.
Musa Hassan nafi anggotai Majlis Keselamatan Pakatan
7:28PM Apr 30 2013
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan dakwaan pakatan rakyat beliau menyertai parti itu, dan menganggotai Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).

NONEMusa menegaskan beliau hanya memberi nasihat keselamatan dari semasa ke semasa apabila diminta oleh parti itu atas kapasitinya berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang keselamatan.

"Saya hanya diminta untuk beri nasihat keselamatan, jika diperlukan, dan bukan terlibat secara rasmi dalam majlis keselamatan mereka," katanya kepada Bernama.

Semalam media melaporkan Musa menyertai MPKPR sebagai penasihat berikutan beberapa insiden keganasan politik sejak kebelakangan ini.

Pakatan rakyat melancar MPKPR pada 31 Mac lepas.

- Bernama
Setelah 5 tahun, isteri PI Bala pecahkan kesunyian

VIDEO | Bahagian 1 | Bahagian 2
Hampir lima tahun selepas meninggalkan negara ini, balu kepada bekas penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam, A Santamil Selvi, akhirnya memberikan wawancara pertamanya kepada media.

Menurutnya, beliau didorong mengambil langkah itu selepas menerima panggilan telefon individu tidak dikenali yang menawarkan wang dan peluang pendidikan untuk anak-anaknya sebagai pertukaran dengan "bukti" bahawa PKR membayar suaminya untuk membuat kenyataan bersumpah.

NONEIni berlaku setelah baru sahaja terdapat SMS palsu disebarkan bulan lalu yang mendakwa beliau akan mengadakan sidang media bagi mengisytiharkan suaminya dibayar oleh peguam, kata Selvi kepada Malaysiakini dan KiniTV pada Jumaat lalu.

"Selepas Bala meninggal, mereka buat tawaran dan saya tak boleh terimanya. Ini sebabnya saya beri wawancara ini. Sebelum ini, saya tak pernah fikir untuk diwawancara, tetapi saya tak boleh terimanya lagi," katanya merujuk kepada gangguan berterusan itu.

"Ini sebabnya kenapa saya mahu beritahu rakyat apa sebenarnya berlaku pada saya," kata Selvi sambil menegaskan suaminya tidak dikuasai sesiapa pun.

Lima tahun lalu, Selvi juga tidak menyangka apa yang berlaku apabila melihat suaminya muncul di kaca televisyen pada 3 Julai 2008.

Bala, pagi itu, memanggil sidang akhbar di ibu pejabat PKR dan mengumumkan akuan bersumpah pertama yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

'Nik Aziz pemegang amanah tanah RM4j di KB'
4:41PM Apr 30 2013
Datuk Nik Aziz Nik Mat bukan pemilik, tetapi hanya pemegang amanah bagi 14 lot tanah 1.76 hektar bernilai RM4 juta yang dipertikaikan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali, kata Pemuda PAS Kelantan.

Ketua penerangannya Ahmad Fadhi Shaari menjelaskan, kesemua lot rezab Melayu dengan milikan selama-lamanya (perpetuity) itu sebenarnya milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dibeli terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga 2007.

Bagaimanapun, jelas Ahmad Fadhi, oleh kerana PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938, perbadanan itu menamakan Nik Aziz selaku pengerusi PMBK sebagai pemegang amanah.

Bagi mengesahkan keputusan itu, kata Ahmad Fadhi lagi, Surat Ikatan Amanah bertarikh 5 November 2007 dimeterai yang mensyaratkan Nik Aziz melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK.

"Berasaskan kepada fakta-fakta ini, YAB Tuan Guru (Nik Aziz) bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya (Ibrahim)," kata Ahmad Fadhi.

Utusan: Di balik imej zuhud
Utusan Online hari ini melaporkan, di sebalik imej zuhud, Nik Aziz yang juga mursyidul Am PAS memiliki lot tanah itu yang dikatakan boleh melebihi RM10 juta jika statusnya ditukar daripada pertanian kepada komersial.

Memetik Ibrahim, laman itu juga melaporkan, isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang dipajakkan 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.

NONEKesemua tanah atas nama Nik Abdul Aziz itu didakwa didaftarkan selepas 1990 ketika beliau memegang jawatan menteri besar.

Sambil mengaku terkejut, Ibrahim mempersoalkan bagaimana tanah itu diperoleh ketika Nik Aziz bertugas sebagai penjawat awam dan ketua kerajaan.

Ibrahim berkata, pendedahannya bukan bertujuan memfitnah kerana berkemungkinan tanah itu dimiliki menerusi cara yang betul dan sah tetapi hanya mempersoalkan dari aspek moral.

Beliau juga mencabar anak anak menteri besar Nik Abduh yang menentangnya di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum kali ini memperjelas bagaimana bapanya memiliki tanah itu.
Najib, Anwar riuhkan pekan sunyi Saratok

Pekan sunyi Saratok - kira-kira 60 kilometer dari Sarikei - tiba-tiba berubah dengan kemunculan dua pemimpin penting negara yang bermusuh secara politik, iaitu Datuk Seri Najib Razak (bawah) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEKedua-dua mereka hadir untuk merancakkan lagi pertarungan antara William Mawan Ikon di pihak BN - yang juga calon pilihan - dengan Ali Biju, calon dan ayam tambatan baru PKR Sarawak.

Ali yang tidak berapa dikenali dalam arena politik Sarawak sebelum ini mencuri tumpuan apabila tidak disangka-sangka mengejutkan Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Peter Nyarok Entrie.

Peter yang sudah lama menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, dalam pilihan raya negeri 2011 itu tewas di tangan Ali.

Kali ini, Ali akan berdepan dengan Mawan sebagai presiden SPDP sendiri dan gergasi politik Sarawak di kerusi Parlimen Saratok, yang tidak dipertahankan penyandangnya Jelaing Mersat.

NONEBagi PKR, pertaruhannya bagi memastikan Ali sebagai Bumiputera pertama Sarawak yang bakal memasuki parlimen dengan mengalahkan tokoh Dayak. Justeru, tidak aneh jika Najib dipanggil untuk memperkasakan BN negeri.

Anwar (atas) pula telah turun di Kabong pada Jumaat lalu di mana beliau bercakap tentang dakwaan rasuah di Sarawak yang menjadi batu penghalang kepada pembangunan negeri.

"Inilah kali pertama dalam sejarah kita mempunyai peluang untuk mengalahkan BN dan menggantikan mereka sebagai kerajaan persekutuan," ucap Anwar.