Khamis, 31 Januari 2013

DULU2 BUKAN TANGKAP LAWAN KE...ABIS YANG SALAH LEPAS AJE...BANYAK CANTIK..AKHIRAT TUNGGU AJE LAH AZAB ALLAH KALAU MENIPU DAN KAKI BUAT MAKSIAT...DAN KALAU AKIDAH DAH OUT...BERITA BAIK DAPAT SETENGAH BULAN GAJI MACAM KASTAM...SEMUA PENJAWATAN AWAM BEKERJA MENGIKUT BIDANG KUASA TUGAS...SENDIRI MAU INGATLAH

Dun S'gor dibubar awal selepas Chap Goh Meh

Harakahdaily, 30 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, pihaknya akan menimbang untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal dari parlimen sekiranya pusat masih berteka-teki dengan tarikh pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Katanya, kerajaan negeri akan membawa cadangan itu kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

"Sekiranya Perdana Menteri belum buat pengumuman berkenaan tarikh pilihanraya selepas Chap Goh Meh, kami akan mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor lebih awal dari Parlimen.

"Rakyat tidak harus dibiarkan tunggu terlalu lama," katanya melalui Facebook hari ini.

Kenyataan terbaru itu sekaligus memperlihatkan tahap kesediaan kerajaan negeri berdepan pilihan raya kali ini.

Selangor sehingga kini antara negeri yang diserang hebat oleh Umno BN dalam usaha mereka merampas kembali negeri itu selepas tewas pada pilihan raya 2008 lalu.

Pelbagai usaha dilakukan bagi membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid.

Bagaimanapun dalam banyak hal, Selangor sering mendapat pujian termasuk dalam Laporan Ketua Audit Negara sejak ditadbir Pakatan Rakyat.

Selangor juga dikatakan 'pusat perang' pada pilihan raya kali. Ianya juga digelar 'lubuk emas' memandangkan kekayaan hasil bumi dan kepesatan industri di sini.

Sebelum ini Abdul Khalid menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.

Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.

Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.
Mahathir: Pembangkang tangkap lawan jika berkuasa

Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.

NONEBerucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat
desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.

Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.

"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.

"Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka."

Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa.

"Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.
Ada berita baik untuk penjawat awam?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa permasalahan mereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara selama ini.

"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Kelantan di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis dihadiri lebih 3,000 penjawat awam itu ialah isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Muhyiddin berkata kerajaan sangat menghargai jasa dan peranan penjawat awam yang pada masa sama telah menjadi "mata dan telinga" kerajaan bagi menyelesaikan masalah rakyat keseluruhan.

Beliau berkata melalui penjawat awam, kerajaan mendengar segala rintihan rakyat yang kemudiannya akan bertindak untuk membela mereka yang memerlukan pembelaan.

Timbalan perdana menteri juga menzahirkan rasa bangga dengan peranan penjawat awam yang telah berjaya merealisasikan program transformasi negara sehingga lahir sebagai sebuah negara yang dikagumi.

"Saya bangga dengan peranan penjawat awam ini kerana segala yang kita sasarkan itu telah menjadikan keadaan negara jauh lebih baik daripada sebelum ini," katanya.

Beliau juga mahukan penjawat awam di semua sektor dapat memastikan setiap peruntukan pada belanjawan yang diumumkan dapat digunakan dengan sebaik mungkin bagi pembangunan negara.

Timbalan perdana menteri berkata soal politik tidak akan diambil kira dalam membangunkan Kelantan kerana yang penting adalah memastikan rakyat negeri itu sama-sama menikmati pembangunan negara.

Pada sesi dialog selepas itu, Muhyiddin berkata kerajaan sama sekali tidak bercadang untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.

Beliau berkata pihak tertentu tidak boleh membandingkan saiz penjawat awam di Malaysia dengan negara lain kerana keadaan itu sangat berbeza sama sekali.

Muhyiddin jturut menafikan negara akan muflis seperti dakwaan pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang bertanggungjawab dan berkemampuan untuk membangunkan negara.

"Selagi kerajaan Barisan Nasional kekal memerintah, kita tidak akan menjadi negara yang bankrap kerana kita ada segala kemampuan," katanya.

Beliau juga berkata segala bentuk bantuan terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia akan diteruskan pada masa hadapan jika keadaan ekonomi yang baik ketika ini dapat diteruskan lagi.

-Bernama
Manila dakwa Musa sekat deportasi suspek dikehendaki
9:53AM Jan 31 2013
Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas telah mendakwa bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman telah menyekat penghantaran pulang orang yang paling dikehendaki di negara itu.

NONEManuel Karingal Amalilio (kiri) - individu yang dikehendaki polis  Filipina kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang, membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) -  dikatakan anak saudara Musa tetapi polis Malaysia telah menafikannya.

Menurut laporan yang disiarkan dalam ABS-CBNNews.com -  lamanweb berita konglomerat media Filipina ABS-CBN Jumaat lepas -  Roxas memberitahu sebuah saluran TV tempatan bahawa Musa (kanan) telah menyekat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) daripada membawa Amalillo kembali ke Filipina.

"Tidak jelas mengapa pihak berkuasa Malaysia menyekat Amalilio daripada berlepas," Roxas dipetik sebagai berkata.

Beliau menambah bahawa pegawai penguatkuasa Filipina telah membawa semua dokumen yang diperlukan bersama mereka, termasuk sijil kelahiran dan pasport Filipina Amalilio, untuk membuktikan suspek penipuan itu adalah warganegara Filipina.

NONE"Kami mempunyai dokumentasi lengkap Amalilio sebagai Filipina," kata Roxas (kanan).

Amalilio, yang memiliki Futures Group, dilaporkan mendakwa sebagai warganegara Malaysia dan menggunakan nama alias Mohammad Suffian Saaid.

Roxas berkata itu mungkin menjadi punca konflik tersebut.

Menurut laporan berita itu, Amalilio ditangkap oleh polis imigresen Malaysia pada 22 Januari kerana menggunakan pasport Malaysia dan kad pengenalan palsu.

Roxas berkata, Jabatan Hal Ehwal Luar, khususnya duta ke Malaysia, Ed Malay, sedang berusaha keras untuk membawa Amalilio pulang ke negara itu untuk menghadapi beberapa tuduhan terhadapnya.

Deportasi disekat pada saat akhir


NONESementara itu, Setiausaha Keadilan Filipina, Leila de Lima  memberitahu media bahawa Filipina telah melakukan segala-galanya untuk membawa balik Amalilio, kerana semua dokumen suspek penipuan itu lengkap dan disahkan.

Akhbar harian Filipina, The Philippine Star juga memetik De Lima (kiri) sebagai berkata bahawa pegawai Malaysia - seorang daripadanya dikenalpasti olehnya sebagai Musa - telah campurtangan dan menyekat deportasi Amalilio Khamis lepas.

"Penerbangan (Amalilio) telah disekat oleh seorang pesuruhjaya polis Malaysia atas arahan pihak atasan."
'Bukan semua pengguna mahu dengar propaganda BN'

DAP Selangor hari ini membidas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhubung paparan iklan 'Sayangi BN' dalam sistem pengangkutan komuter Lembah Klang dengan menegaskan "bukan semua pengguna mahu mendengar propaganda BN.

NONEADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh juga berkata beliau ada mendengar rungutan pengguna berhubung paparan iklan tersebut.

"KTM perlu segera mengeluarkan jumlah bayaran (yang dibuat oleh BN). Kalau beri kepada BN, sepatutnya diberi juga kepada parti lain.

"Kalau mengabaikan perkara ini (umum harga iklan), berhenti caj pengguna. Ini tidak adil sebab ini negara demokrasi.

"Rakyat beli tiket, bukan semua pengguna mahu mendengar propaganda BN," kata Hannah dalam sidang media di pejabatnya pagi ini.

NONEAwal bulan ini Malaysiakini melaporkan bahawa keretapi Komuter Lembah Klang telah bermain video iklan sepanjang kira-kira tiga minit itu menonjolkan visual pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama kelompok masyarakat.

Iklan berkenaan turut menonjolkan logo BN dan slogan "Dikau menjamin harapan", "Yakini BN - Sayangi Selangor" dan "Sekian lama aman sejahtera".

Bagaimanapun KTMB pengerusi Datuk Mohamad Zin Mohamad, yang juga setiausaha BN Selangor, telah mendakwa bahawa ia adalah iklan berbayar.
Dalam sidang media itu juga, Hannah juga menjelaskan hasrat DAP untuk menyewa ruang iklan bagi kempen politik parti itu melalui sepucuk surat kepada Presiden KTMB Datuk Elias Kadir pada 4 Januari lalu.

NONESurat tersebut antara lain memohon untuk mengadakan satu mesyuarat sebelum 14 Januari dengan Elias bagi membincangkan hasrat DAP itu termasuk mendapatkan sebut harga dan terma menyewa ruang iklan itu.

Bagaimanapun, Hannah berkata pihaknya tidak mendapat sebarang maklumbalas berhubung permintaan itu sekalipun surat - yang dihantar melalui serahan tangan - itu telah diterima oleh pejabat Elias pada 8 Januari lalu.

Hannah berkata pihaknya telah membuat susulan selepas tarikh itu, tetapi mendakwa pegawai pejabat Elias memberi jawapan "tidak menerimanya" dan meminta DAP Selangor menghantarnya semula melalui fax.

NONESedangkan, tegas Hannah yang juga bendahari DAP Selangor, surat tersebut telah diterima dan dicop penerimaannya oleh pejabat presiden KTM.

"Ini adalah satu penipuan terang-terangan," celah Setiausaha Organisasi DAP Selangor Lau Weng San yang turut hadir dalam sidang media itu.

"Kami masih nak tahu, BN bayar berapa iklan itu atau dapat percuma. Sama ada dibayar atau diberi percuma, parti politik lain perlu mendapat tawaran yang sama. KTM bukan milik BN," kata Hannah pula.
TPM: BN tak hadapi masalah jika S'gor bubar DUN awal

Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi masalah sekiranya kerajaan negeri Selangor hendak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal bagi diadakan pilihan raya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata BN bersedia untuk melaksanakan apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan dengan tindakan kerajaan Selangor itu.

"Saya tidak tahu benar atau tidak, dulu dia kata tak nak bubar, sekarang ni nak bubar. Saya tidak tahu apa maknanya itu, adakah maknanya kalau tidak ada pengumuman daripada perdana menteri mengenai pembubaran parlimen, Selangor akan adakan pilihan raya lebih awal.

"Dari segi perlembagaan, dia ada hak, di peringkat negeri, dia boleh nasihatkan Sultan, untuk dapatkan perkenan bubarkan DUN dan adakan pilihan raya, memang ada dalam perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional Negeri Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Muhyiddin merangkap timbalan presiden Umno, yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini, kemudiannya mengadakan perjumpaan khas tertutup bersama pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) di tempat yang sama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bahawa kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Meh bulan depan.

Abdul Khalid berkata cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.

Muhyiddin berkata daripada segi pengurusan pilihan raya oleh SPR, adalah lebih baik pembubaran itu dibuat serentak memandangkan jika dibuat berasingan akan melibatkan guna tenaga dan perbelanjaan yang banyak.

"Contohnya, katakan dia buat dua minggu lebih awal, orang keluar mengundi, selepas itu dua minggu lagi orang turun sekali lagi keluar mengundi...SPR kena buat kerja sekali lagi...memang banyak belanja, kalau selang dua tiga minggu je, tunggu je lah apa salahnya, tak tahu apa tujuan (kerajaan Selangor itu)," katanya.

Mengenai kaji selidik Yayasan Ehwal Siswazah bertajuk "Kajian Maklum Balas Pengundi Mahasiswa" membabitkan 3,000 responden dari tiga universiti yang menunjukkan Najib paling popular dalam kalangan mahasiswa dan lebih layak menjadi perdana menteri berbanding pemimpin pakatan pembangkang, Muhyiddin berkata ini bermakna anak-anak muda termasuk mahasiswa memberi pandangan yang cukup tinggi kepada perdana menteri yang dipilih atas kewibawaan, keupayaan dan kebijaksanaannya.

Beliau berkata ini antara perkembangan baik yang berlaku dalam BN dan usaha akan terus dilakukan bagi menyakinkan rakyat bahawa BN bersungguh-sungguh untuk membantu mereka.

Mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa BN boleh menang majoriti dua pertiga pada PRU Ke-13, Muhyiddin berkata "kalau ada pihak berkata begitu baguslah tetapi bagi kami yang memimpin parti ini mempunyai cara sendiri untuk menentukan perkara tersebut".

"Kita tak kata boleh dapat atau tidak boleh dapat, saya fikir bila rakyat pergi mengundi mereka akan buat keputusan dan kita akan mengira, sekarang pun kita ada sistem membanci dan menilai tahap sokongan pengundi, kita tahu kedudukan kita tetapi tidak mahu menyatakan sebegitu nanti ada orang akan kata kalau begitu tak payah sokong BN, yang penting keyakinan BN sudah agak jelas," katanya.

Beliau menegaskan walaupun pelbagai dakwaan pembangkang, yang nyata kedudukan BN kini kuat.

-Bernama
RCI: 600 orang kongsi nombor IC yang sama

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini berkata terdapat kira-kira 600 Kad pengenalan biru yang bermasalah yang dikongsi oleh lebih daripada seorang.

"Ya, mereka ada dalam rekod kami, kira-kira 600 orang," kata Pengarah Bahagian Kad pengenalan ibupejabat JPN, Md Solehan Omar kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah.

Solehan berkata demikian apabila ditanya oleh pegawai pengendali siasatan RCI, Manoj Kurup, sama ada benar dakwaan bahawa lebih daripada seorang menggunakan nombor Kad pengenalan yang sama.

Bagaimanapun, Solehan tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu, begitu juga dengan pegawai pengendali tersebut, atau pun peguam pemerhatimengenai isu tersebut.
Anwar terlibat langsung dalam Projek IC, dakwa Dr M

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk mengeluarkan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an, walaupun tanpa arahan darinya, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan)," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas).

Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan.

Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.

Dr Mahathir diminta mengulas sama ada beliau pernah mengarahkan Anwar, pada masa itu timbalannya, untuk mengeluarkan IC kepada pendatang yang tidak berkelayakan di Sabah.

Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau "mempunyai pengetahuan" mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

Selangor akan ambil alih urusan air dalam 14 hari

Harakahdaily, 30 Jan 2013
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan pihaknya akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu dibuat dengan berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air.

"Justeru, dalam surat tersebut kita telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid berkata, pihaknya mendapat aduan dari rakyat bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengedarkan risalah yang mengkritik kerajaan Selangor dalam isu air.

Hasil dari siasatan awal yang dilakukan ujar Khalid, kenyataan Syabas tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam.

"Syabas mengeluarkan risalah ini tanpa mendapat persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.

"Sehubungan itu, sebagai pemegang saham dalam Syabas, kerajaan Selangor mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan," katanya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, kerajaan negeri juga akan memantau aduan kekerapan paip bocor yang memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat.

Bayangkan Anifah Aman antara rakyat Sabah miskin

Harakahdaily, 30 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Bayangkan jika Datuk Seri Anifah Aman sendiri adalah sebahagian daripada rakyat Sabah yang hidup dalam kesempitan dan di bawah paras kemiskinan.
“Mungkin beliau dan adiknya antara yang paling lantang menentang pemimpin korup seperti pemimpin negeri itu sekarang,” kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada rayuan Anifah kepada rakyat Sabah supaya jangan berputus asa jika permintaan mereka tidak terlaksana di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Katanya, nada suara Anifah pula seperti sudah berputus asa sehingga merayu-rayu rakyat mendengar permintaannya.

“Hakikatnya, kenyataan beliau telah menghina rakyat Sabah,” ujarnya lagi.

Menurutnya, rakyat Sabah masih diminta bersabar untuk sepenggal malah sedekad lagi di bawah pemerintahan BN meskipun janji mereka tidak tertunai.

“Sudah berpuluh tahun menderita diminta bersabar lagi?” katanya.

Menurut beliau, Sabah bukannya sebuah negeri yang miskin kerana hasil buminya banyak, daripada minyak petroleum kepada hasil hutan, balak, kelapa sawit, getah dan lain-lain lagi.

Katanya lagi, melalui hasil minyak petroleum sahaja sebenarnya mampu menampung kehidupan rakyat di sana.

Namun, kata beliau entah berapa peratus hasil kekayaan bumi Sabah mengalir ke dalam kehidupan rakyat negeri itu.

“Apabila Pakatan Rakyat memberi komitmen untuk memberi royalti minyak kepada negeri itu sebanyak 20 peratus serta merta beliau dan pemimpin Umno Sabah lainnya menggelabah.

“Mengapa beliau begitu gelisah apabila PR mahu hadiahkan hasil kekayaan bumi yang disedut dari negeri tersebut kepada warganya?” tanya beliau.

Justeru, katanya apa salahnya jika rakyat Sabah menikmati sebahagian kecil dari kekayaan negeri itu.

Beliau berkata, jika royalti 20 peratus diberikan kepada Sabah atau negeri-negeri pengeluar minyak dikatakan boleh memufliskan negara, mengapa beliau tidak menilaikan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno BN negeri tersebut berjumlah berbilion ringgit tidak pula boleh memufliskan negeri Sabah dan negara.

Tambahnya, amalan ketirisan, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa kerat pemimpin negara jauh lebih memudaratkan negara daripada memberi sebahagian kecil untuk rakyat negeri itu.

“Dengan kekayaan yang dimilikinya sebagai Menteri Luar dan adiknya sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau boleh menasihatkan rakyat supaya bersabar dan berputus asa.

“Lihatlah jurang kehidupan beliau, adik dan keluarganya dan bandingkan dengan kehidupan rakyat di bawah sana,” katanya.

YANG AJAIB MUNGKIN KITA TUNGGU...WALAUPUN BAGAIMANA CARA DIBUAT...ALLAH BERI KEMENANGAN...INSYAALLAH

Lagang Gemilang bukan pangsapuri transit

Harakahdaily, 31 Jan 2013


KUALA TERENGGANU: Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah berkata, konsep pangsapuri ‘transit’ di Ladang Gemilang bercanggah dengan kenyataan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Menurutnya, pihak Amanah dengan wakil Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) pada 27Januari lalu telah mengadakan pertemuan dengan SUK (gambar atas) untuk cuba membantu penduduk Pangsapuri Ladang Gemilang yang dalam keadaan susah membayar sewa mereka dan tidak tahu masa depan mereka selepas tamat perjanjian sewa mereka pada Oktober 2013.

Katanya, pada pertemuan tersebut Mazlan telah menyatakan pangsapuri tersebut bukan merupakan pangsapuri ‘transit’ dan ia merupakan rumah kos sederhana.

“Itu adalah di antara perkara-perkara yang dibincang bersama,” ujarnya dalam satu kenyatan yang dikeluarkan di sini.

Pada 28 Januari, sebuah rencana akhbar Berita Harian menyiarkan kenyataan seorang Pegawai Pembangunan Dun Ladang yang menyatakan pangsapuri itu dijadikan rumah transit dengan kadar sewa RM300 dan ada yang membayar RM850.

Raja Baharin berkata, perbandingan kos sewaan dengan pangsapuri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menunjukkan hanya dengan kos RM125 sebulan mereka dapat kemudahan buang sampah, dewan serbaguna, surau di pangsapuri dan pejabat penyelenggaraan yang tidak terdapat di Ladang Gemilang.

Katanya, ketiadaan kemudahan buang sampah amat mendukacitakan kerana ia merupakan keperluan asas.

“Dalam tiga siasatan pasukan kami menziarahi penghuni Ladang Gemilang dari tingkat 1 hingga 12, tidak ada yang membayar kurang dari RM300 sebulan,” jelasnya.

Tambahnya, di dalam perjanjian penduduk Ladang Gemilang dengan pihak kerajaan negeri memang sah dan nyata bahawa ia merupakan semata-mata perjanjian sewa sahaja dan tidak ada disebut sewa beli.

“Kami amat bersimpati dengan kebimbangan mereka yang hanya tinggal tempoh beberapa bulan lagi untuk menyewa dan tidak ada tempat lain untuk tinggal setelah rumah mereka di Ladang Tok Pelam telah dirobohkan oleh kerajaan,” katanya.

Institut OEKO Eropah – operasi Lynas tidak selamat

Huzir Sulaiman, 31 Jan 2013
Memetik kenyataan akhbar yang dikeluarkan Institut OEKO Eropah yang berpangkalan di Jerman pada 28hb Januari 2013, Kilang LAMP milik Lynas di Gebeng Kuantan dikatakan mempunyai beberapa kelemahan dari aspek operasinya termasuk kesan daripada operasi Kilang itu kepada alam sekitar.

Laporan kajian setebal 114 mukasurat yang disediakan oleh Gerhard Schmidt, seorang pengkaji senior yang mempunyai 23 tahun pengalaman dalam Pengurusan dan Pelupusan Sisa Nuklear, Pembersihan dan Pemulihan Lokasi Tercemar khususnya yang berkait rapat dengan lokasi perlombongan Uranium dan lokasi simpanan sisa, Perlindungan Radiasi, Isu Keselamatan Kemudahan Infrastruktur termasuklah berpengalaman luas di dalam Kajian Impak Alam Sekitar dan Kajian Sisa Merbahaya merumuskan hasil penemuan ini.

Selaku wakil kepada badan bebas yang terlibat secara langsung dalam projek yang melibatkan penggubal undang-undang negeri dan persekutuan di negara itu, beliau menyenaraikan beberapa hasil daripada kajian saintifik beliau di dalam laporan tersebut, diantaranya ialah:

1.    Kawasan sekitar telah dicemari bahan asid pada kepekatan yang tinggi yang tersebar melalui udara dalam bentuk zarah habuk.

2.    Pusat simpanan sisa radioaktif dan sisa toksik tidak dapat mencegah pengaliran keluar sisa itu daripada mencemari tanah dan air bawah tanah.

3.    Cadangan pelupusan sisa buangan jangka panjang yang berkait rapat dengan keselamatan radiasi pada situasi atau keadaan yang diterima pakai masih tidak kelihatan.

4.    Harapan bahawa sisa buangan boleh diguna semula oleh pihak awam adalah mengarut/merepek dari aspek saintifik dan teknikal. Tindakan ini akan membahayakan orang awam dan tidak seharusnya diteruskan.

5.    Anggaran kasar 1.2 juta tan sisa WLP yang dihasilkan daripada Kilang LYNAS haruslah dilupuskan dengan segera di Pusat Pelupusan Kekal atau ‘Permanent Disposal Facility(PDF)’ yang masih tidak kelihatan sehingga ke hari ini. Operasi Kilang LYNAS tidak seharusnya diluluskan tanpa Pusat Pelupusan Kekal atau ‘Permanent Disposal Facility(PDF)’ itu.

6.    Agensi Tenaga Atom Antarabangsa(IAEA), LYNAS, AELB dan MOSTI tidak bertanggungjawab apabila tidak mengenalpasti, mengambilkira malah menghormati kriteria dos.

7.    Kemudahan Simpanan Residu atau ‘Residue Storage Facilities(RSF)’ yang dibina di Kilang LYNAS di Gebeng Kuantan untuk menyimpan Residu/Sisa dengan menggunakan hanya 1mm lapisan HDPE dan satu lapisan 30cm tanah liat tidak akan diluluskan di Negara Jerman malah untuk sisa toksik yang paling rendah kategorinya sekalipun. Isu kelembapan lapisan RSF ketika waktu hujan dan ketika musim tengkujuh termasuklah keperluan pengeringan untuk simpanan sisa WLP di atas RSF yang tidak diambil kira oleh LYNAS, Kemudahan Simpanan Residu atau ‘Residue Storage Facilities (RSF)’ itu tidak seharusnya diluluskan oleh agensi yang berkaitan(AELB).

8.    Peralatan Penapisan yang kini digunapakai Kilang LYNAS untuk mengurangkan pelepasan gas ketika operasi tidak mencukupi/memadai. Malah berdasarkan teknologi terkini di Eropah, penggunaan peralatan yang sedia ada tidak akan diluluskan.

9.    Sisa Air yang dihasilkan daripada Kilang LYNAS mengandungi kandungan garam yang tinggi yang hampir sama dengan air laut. Kandungan bahan ini tidak pernah disebut malah tidak pernah dikaji di dalam Kajian Impak Alam Sekitar(PEIA) yang diluluskan Jabatan Alam Sekitar(DOE) pada tahun 2008.

10.     Lokasi pengaliran air sisa yang terbuka sejauh beberapa kilometer boleh dimasuki manusia dan binatang.

11.     Kandungan garam malah nadir bumi dari sisa air itu tidak dihadkan malah tidak diawasi. Sesuatu yang sukar difahami kenapa isu alam sekitar yang amat serius seperti ini tidak dikesan malah diperiksa oleh pihak yang berkenaan ketika Kajian Impak Alam Sekitar ini dilakukan pada tahun 2007 lagi.

12.     Kajian dan Kawalan Ancaman ketika proses pengeluaran/operasi tidak dilakukan sepenuhnya khususnya yang berkait rapat dengan langkah kawalan kebocoran tangki simpanan, pelepasan wap asid sulfurik ke udara dan kebakaran akibat penggunaan bahan mudah bakar dari penggunaan bahan kimia (asid sulfurik dan asid hidroklorik) pada kuantiti yang banyak.

Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pahang yang juga AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang dan Pengerusi Stop LYNAS Coalition(SLC), Sdr. Andansura Rabu ketika dihubungi selepas pendedahan laporan kajian saintifik ini mengakui wujudnya kepincangan perancangan rekabentuk dan operasi Kilang LYNAS semenjak awal lagi malah sebahagian hasil kajian yang dilakukan Institut OEKO dari Jerman itu mirip beberapa isu yang pernah dibangkitkan PAS dan Kumpulan Anti-LYNAS sebelum ini.

Beliau mencabar semua pihak yang berkenaan khususnya AELB, Menteri Besar Pahang, Mustapa, Maximus Ongkili dan Najib untuk menjelaskan setiap butiran kajian itu dengan terperinci kerana jelas semua isu yang dibangkitkan Gerhard Schmidt yang mewakili Institut OEKO Eropah itu mempunyai asas saintifik dan fakta teknikal yang kukuh. Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa Lesen Sementara Operasi(TOL) perlulah dibatalkan dan operasi Kilang LAMP milik LYNAS haruslah dihentikan serta-merta demi Keselamatan dan Kesihatan penduduk setempat termasuklah ancaman kepada Alam Sekitar.

Dalam hal ini Andansura juga kecewa dengan sikap AELB, MITI dan MOSTI yang tidak mengendahkan tuntutan untuk membatalkan Lesen Sementara Operasi(TOL) semenjak penyerahan memorandum ke MITI akhir tahun yang lalu.

Hanya perubahan tampuk pemerintahan yang sedia ada di peringkat persekutuan dan negeri kepada PAKATAN RAKYAT sahaja satu-satunya kaedah yang tinggal untuk menghalau LYNAS keluar dari negara ini. Rakyat Malaysia khususnya di Pahang harus menghukum keangkuhan UMNO/BN pada PRU yang ke-13 ini.

Perubahan Di Tangan Anda!
Kajian Penuh Institut OEKO Eropah boleh dicapai di http://www.oeko.de/oekodoc/1628/2013-001-en.pdf
Kenyataan Akhbar Institut OEKO Eropah boleh dicapai di http://www.oeko.de/press/press_releases/dok/1484.php

Penulis adalah Setiausaha LPPAS PAS Pahang.

Sekat kebebasan bergerak di Felda tidak sah

Harakahdaily, 31 Jan 2013


KUALA LUMPUR: Suatu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan.

Demikian dijelaskan oleh Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Menurutnya, permohonan untuk Semakan Kehakiman di bawah aturan 53 Kaedah 2, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, telah selesai dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuantan sekitar jam 10.45 pagi ini.

“Pemohon iaitu saya selaku Penyelaras Kembara Oren dan Hashim Ahmad, Ketua PAS Cawangan Felda Jengka 12, memohon untuk satu perintah interim agar mahkamah menggantung kesemua arahan oleh responden terhadap sekatan atau halangan kebebasan bergerak di mana-mana tanah rancangan Felda seluruh negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Permohonan untuk Semakan Kehakiman di bawah aturan 53 Kaedah 2, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, telah selesai dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuantan sekitar 10.45 pagi ini.

Suatu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan.

Pemohon iaitu saya selaku Penyelaras Kembara Oren dan Hashim Ahmad, Ketua PAS Cawangan Felda Jengka 12, memohon untuk satu perintah interim agar mahkamah menggantung kesemua arahan oleh responden terhadap sekatan atau halangan kebebasan bergerak di mana-mana tanah rancangan Felda seluruh negara.

Tuntutan ganti rugi juga dibuat terhadap Felda selaku responden pertama dan Mohd Yazid Abdullah (Pengurus Felda Jengka 12) iaitu responden kedua.

Peguam Haris Abdullah dari The Law Office of Mohd Harris mewakili saya dan Hashim.

Esok, peguam Haris akan mendapatkan tarikh untuk mendengar permohonan dan serahan permohonan agar kes ini didengar secepat mungkin juga dilampirkan.
Adalah sangat penting untuk diketahui, jika permohonan ini berjaya, ia menjadi rujukan utama terhadap semua aktiviti di Felda seluruh negara.

Mana-mana pengurus termasuk JKKK yg cuba menyekat kebebasan bersuara dan berhimpun dianggap menghina mahkamah.

Bukan itu sahaja, menariknya, permohonan boleh dilakukan untuk memenjarakan Pengurus Felda dan JKKK yang engkar dengan keputusan mahkamah!

Bersama-sama memberi sokongan pada hari ini ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong, Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saat, bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation, Md Said Jonit, Pengerusi Anak Pahang, Yohanis Ahmad dan wakil-wakil peneroka.

Siasat bawa kanak-kanak langgar konvensyen PBB

Harakahdaily, 31 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengingatkan polis bahawa tindakannya menyiasat individu yang membawa kanak-kanak dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) lalu adalah melanggar Perkara 15 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Di mana perkara 15 itu kata NGO itu telah mengiktiraf hak kanak-kanak kepada kebebasan berpersatuan dan kebebasan berhimpun secara aman.

Malah menurut Penyelaras Suaram R.Thevarajan tindakan polis juga melanggar perkara 20 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang menjamin hak untuk berhimpun secara aman.

Apatah lagi katanya, perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia turut menjamin kebebasan untuk berhimpun secara aman.

Katanya, satu perkembangan positif  dan ke arah langkah yang betul untuk masa depan perhimpunan aman apabila polis memenangi hati ramai dengan mengambil pendekatan mudah semasa perhimpunan Kebangkitan Rakyat lalu.

Namun katanya, adalah salah apabila menyatakan perbuatan mengambil kanak-kanak untuk ke perhimpunan di Stadium Merdeka melanggar seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPT) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jelas Thevarajan Akta Perhimpunan Aman  2012 jelas bercanggah dengan konvensyen dan lain-lain instrumen hak asasi manusia antarabangsa dan merupakan penghalang kepada hak asasi untuk berhimpun secara aman.

Justeru Suaram dalam kenyataan menggesa polis melaksanakan tugas mereka selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan standard hak asasi manusia antarabangsa.

Semalam polis di laman Facebooknya mengeluarkan 14 gambar mereka orang yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke HKR di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu.

KL112: Juham sedia peguam hadir ke balai polis

Hazayani Zakaria, 31 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Seramai 14 orang yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu dinasihatkan tidak takut untuk membantu siasatan polis.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham), Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi berkata, 14 orang tersebut hanya dipanggil untuk membantu siasatan polis, bukan untuk didakwa.

Bagaimanapun katanya, mereka tidak perlu hadir secara terburu-buru selagi notis pemberitahuan tidak dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"Dari sudut perundangan, mereka tidak perlu serah diri sehingga polis mengeluarkan notis pemberitahuan.

"Polis harus mengeluarkan notis pemberitahuan meminta mereka hadir untuk membantu siasatan. Polis ada prosedur siasatan, tidak boleh terus dakwa. Jadi mereka tidak perlu takut," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Zamri juga berkata, Juham akan menyediakan peguam untuk menemani mereka ke balai polis selepas menerima notis.

"Juham akan sediakan peguam untuk menemani mereka kerana ikut prosedur, orang yang dipanggil ke balai polis boleh ditemani peguam," katanya.

Jika terdapat pendakwaan pula katanya, Juham akan memberikan khidmat guaman percuma kepada mereka.

"Juham akan ambil tanggungjawab ini untuk menyediakan peguam mewakili mereka," katanya.

Polis harus profesional

Sementara itu, Zamri mengingatkan pihak polis agar bersikap profesional dan tidak mengikut telunjuk Umno BN.

Katanya, tindakan mencari orang yang membawa kanak-kanak dilihat seolah-olah sengaja mencari kesalahan penganjur.

"Himpunan berlangsung aman dan tak ada apa-apa kerosakan kenapa selepas sebulan tiba-tiba polis cari mereka.

"Ini menunjukkan Umno BN yang sebenarnya takut melihat kehadiran rakyat ke himpunan, jadi mereka cari kesalahan," katanya.

Tambahnya lagi, pihak polis harus mengutamakan isu keselamatan rakyat berbanding mencari kesalahan begini.

"Saya ingatkan polis lebih profesional dan bertindak mengikut keutamaan.

"Banyak lagi kes orang hilang, jenayah di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang ni," katanya.

Menurut polis, perbuatan membawa kanak-kanak ke himpunan melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak.

Perjuangan Islam sentiasa ada keajaiban

Rossem, 31 Jan 2013
Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada! Tengku Razaleigh Hamzah merupakan tokoh politik Umno yang berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS di era pemerintahan Datuk Asri Haji Muda. Putera raja berjiwa rakyat itu menggunakan pengaruh, kekuatan, kebijaksanaan dan tipu daya yang licik akhirnya pada tahun 1978 kerajaan PAS Kelantan tumbang setelah memerintah selama 16 tahun. Lalu putera raja itu disanjung sebagai wira penyelamat Kelantan.

Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada, hanya orang Melayu mudah lupa! Tepat jam 1.05 pagi, Ahad, 21 Oktober 1990 tokoh yang merampas Kelantan iaitu Tengku Razaliegh atau akrab Ku Li mengembalikan semula Kelantan kepada PAS, setelah sang bangsawan itu keluar Umno kerana berselisih faham dengan Presiden Umno ketika itu Dr Mahathir Mohamad, lalu menubuhkan Partai Melayu Semangat 46, kemudian membentuk gabungan bersama PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) untuk melawan parti lamanya Umno BN. Gelombang tsunami politik Kelantan yang ditiup Ku Li itu memberi pikulan KO kepada Barisan Nasional (BN) tanpa meninggalkan sebarang kerusi buat mereka.

Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada! Keresahan pemimpin dan pendukung PAS menyerang kembali apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan Presiden ABIM dan sertai Umno. Dalam konteks Kelantan, kejayaan awal Anwar ialah merampaskan Dun Semerak dari tangan PAS dalam satu pilihan raya kecil. Lalu PAS menilai kekuatan yang ada pada Anwar bisa mengancam masa depan politik PAS.

Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada! Krisis politik dalam rumahtangga Umno kembali bergelora (1998/1999) dengan Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dipecat Dr Mahathir. Anwar lalu bersama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR). Kekuatan PAS jadi berganda. Dan sekarang sedang menuju destinasi idaman, Putrajaya.

Keajaiban dalam perjuangan Islam insya Allah akan berlaku lagi selepas ini!

Mahkamah benarkan bicara perjanjian air Selangor

Harakahdaily, 31 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan akan membicarakan permohonan untuk mengklasifikasikan laporan audit dan perjanjian konsesi yang dimeterai Syabas dan Kerajaan Selangor pada 15 Disember 2004 sebagai dokumen awam.

Permohonan itu sebelum ini difailkan Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) yang meminta butiran perjanjian itu tidak diklasifikasikan sebagai rahsia.

Pengerusi CAWP, Charles Santiago berkata keputusan tersebut adalah satu langkah yang baik kerana memberikan peluang kepada orang ramai mengetahui butiran tentang ‘projek kepentingan awam’.

Katanya, pihaknya akan menulis surat kepada pihak mahkamah supaya menetapkan satu tarikh untuk kes itu dibicarakan.

“Keputusan itu merupakan satu tindakan bagus kerana pihak mahkamah menyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai kepentingan.

“Jadi tidak ada asas untuk menteri tidak membenarkan pendedahan dokumen itu kerana laporan audit tidak pernah diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972,” katanya ketika dihubungi Selangorku.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa CAWP memfailkan permohonan meminta laporan audit dan perjanjian konsesi itu diisytiharkan bukan sulit tetapi dokumen awam.

Mereka berhujah laporan audit Syabas menjadi asas kepada keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan tarif air sebanyak 15 peratus di Lembah Klang pada 14 Oktober 2006.

Permohonan gabungan pengguna ini bagaimanapun ditolak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pada 4 Disember tahun yang sama atas alasan laporan audit dan perjanjian konsesi tersebut adalah sulit dan rahsia kerajaan Malaysia.

Pada 2011, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan responden mendapat akses kepada dokumen-dokumen tersebut.

Sekaligus, keputusan majoriti Mahkamah Rayuan itu menetapkan bahawa dokumen berkenaan tidak didedahkan.

Susulan daripada itu, CAWP memfailkan satu permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menimbang semula keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

CAWP terdiri dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan 13 badan bukan kerajaan yang mewakili pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kalau nak tipu biarlah logik – Tuan Ibrahim

Basiron Abd Wahab, 31 Jan 2013

Tuan Ibrahim bersama Pengarah Pilihan raya PAS Pahang, Abd Majid Hassan dan Roslan Zainal menunjuk poster haram berkenaan.

TEMERLOH: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan penyebaran poster haram memaparkan wajahya bersama pemimpin Pakatan Rakyat memakai topi ‘Bintang Tiga’ menunjukkan betapa lemahnya pemikiran politik pihak berkenaan.

Katanya, penyebaran  poster seperti itu menggambarkan mereka terdesak dan kehabisan modal untuk menghadapi Pakatan Rakyat.

“Kalau nak tipu pun biarlah munasabah bukannya menyebar poster dan risalah fitnah seperti itu yang jelas membohongi orang ramai,” katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat ketika ditemui di pejabatnya dekat sini.

Ini, ujarnya kerana Bintang Tiga dan Pakatan Rakyat tidak pernah wujud pada masa yang sama.

Tambahnya, pemimpin Pakatan Rakyat juga tidak pernah menjadi ahli pertubuhan bersenjata yang wujud pada zaman penjajah British itu.

Menurutnya, PAS Kawasan Jerantut menemui poster tersebut dipasang di sekitar bandar itu dan ada yang dimasukan ke dalam peti surat di taman-taman perumahan.

Ekoran itu, PAS Jerantut telah membuat laporan polis dan menggesa diambil tindakan terhadap penyebar poster haram itu.

Wanita dimartabat jika Pakatan kuasai Putrajaya

Salmiyah Harun, 31 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mencadangkan supaya Pakatan Rakyat meletakkan wanita di setiap kementerian sama ada jawatan menteri atau timbalan menteri sekiranya mendapat mandat dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.


Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, apa yang dilaksanakan kerajaan BN hari ini tidak menyeluruh mengakibatkan beberapa perkara dibuat tanpa memikirkan soal wanita.

Katanya, ini perlu bagi memastikan agenda wanita yang dirancang bersama dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Beliau berpandangan sedemikian ekoran tindakan Umno BN yang memandang ringan soal wanita sehinggakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau percaya penglibatan wanita di peringkat kementerian dapat dipertingkatkan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya nanti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Kutipan Dana Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) anjuran PKR Lembah Pantai, kelmarin.

Agenda Wanita Malaysia yang diperkenalkan Wanita Pakatan Rakyat pada April tahun lalu mengariskan beberapa inisiatif yang bakal dilaksanakan apabila PR berjaya mentadbir negara.

Antaranya adalah caruman berjumlah RM50 sebulan atau RM600 setahun untuk golongan suri rumah yang berpendapatan isi rumahnya kurang daripada RM 1,500 sebagai simpanan masa depan.

Selain itu, satu Suruhanjaya Anti-Keganasan Rumah Tangga bakal ditubuhkan bagi melindungi golongan wanita yang sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Majlis makan malam yang berlangsung di Dewan Himpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, MP Seputeh, Teresa Kok dan Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Hadirin turut dihiburkan dengan penampilan khas penyanyi terkenal negara Aishah.

Projek IC: Siasat siapa dalang sebenar

Mohd Firdaus, 31 Jan 2013
KOTA KINABALU: Tindakan beberapa pihak tertentu yang membabitkan Ketua Pemuda PAS Sabah dalam Projek IC dilihat sebagai tindakan terdesak bagi mengalih isu sebenar dalam pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing.
Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata, tindakan beberapa pihak tertentu yang bertindak mengheretnya bersama Projek IC merupakan tindakan terdesak yang cuba mengalih isu dan dalang sebenar dalam Projek IC itu.

“Sebenarnya, mereka ingin mengalih perhatian dari isu dan dalang sebenar Projek IC yang sanggup menggadai kewarganegaraan demi mendapat undi dalam pilihanraya,” kata Lahirul yang ditemui selepas sesi keterangan RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, kelmarin.

Dalam sesi pendengaran sesi kedua tersebut, beliau turut memberikan penjelasan berkenaan bapa beliau yang berasal dari Indonesia dan telah berkahwin dengan ibunya, seorang warganegara Malaysia yang bersal dari Beaufort dan berbangsa Murut.

“Setahu saya, kita boleh mengikuti sama ada etnik bapa atau ibu kita,” katanya kepada Pegawai Pengendali Siasatan RCI, Jamil Aripin.


Lahirul turut mempertikai kenapa harus suruhanjaya mempersoal identiti beliau sedangkan mengikut Perkara 14 (1)(b) Perlembagaan Malaysia.

“Bagaimana mereka boleh mempersoalkan identiti saya, sedangkan taraf saya adalah sah mengikut Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 14(1)(b),” kata Lahirul.

Mengikut Perlembagaan Malaysia, Perkara 14(1)(b), “seseorang yang diahirkan pada atau selepas hari Malaysia dan mempunyai mana-mana daripada kelayakan yang ditentukan dalam Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan seperti yang berikut: (a) Dia dilahirkan di Persekutuan dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya ibu atau bapanya seorang warganegara atau bermastautin tetap di Persekutuan”.

Undang-Undang Sabah

Mengikut Undang-Undang Sabah, Interpretation (Definition of Native) Ordinance (Sabah Cap. 64) dalam Fasal 2(1)(b) turut menjelaskan bahawa: any person ordinarily resident in Sabah and being and living as a member of a native community, one at least of whose parents or ancestors is or was a native within meaning of paragraph (a) hereof.

Justeru katanya, pihak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tersebut perlu mencari dan mengenalpasti dalang yang terlibat dalam pemberian kewarganegaraan tersebut.

“Siapa dalang utama, mesti menjadi syarat penting kepada suruhanjaya tersebut dalam bertindak dan menyelesaikan isu.

“Tidak hanya menyiasat dan mengambil keterangan daripada peringkat bawahan sahaja,” tegasnya.

Lahirul memberi keterangan sebagai saksi ke-46 di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap pendatang tanpa izin di Sabah.

Sehingga kini, seramai 49 saksi telah tampil memberi keterangan sejak RCI memulakan sesi pertama pendengaran pada 14 Januari hingga 18 Januari lalu. Sesi kedua pendengaran yang bermula 28 Januari akan berakhir pada 1 Februari depan.

Kase desak henti operasi AES pada cuti perayaan

Muhammad Faizal, 31 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) tetap dengan pendirian bahawa pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) perlu ditangguhkan serta merta kerana masih terdapat masalah teknikal dan kepincangan yang belum diselesaikan.
Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff yang dihubungi memberitahu, beliau kesal dengan tindakan kerajaan yang mahu meneruskan operasi AES seperti biasa terutamanya menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Menurut beliau lagi, tindakan tersebut juga dilihat bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Jabatan Peguam Negara (AG) yang telah membekukan prosiding atas alasan perundangan yang mana menjadi bukti jelas bahawa AES mempunyai masalah.

"Kami kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang terus berdegil untuk meneruskan sistem yang terbukti mempunyai kelemahan pada musim perayaan yang akan datang.

"Tindakan tersebut jelas bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh AG yang meminta membekukan prosiding AES kerana terdapat masalah yang serius pelaksanaan AES dan perlu diselesaikan," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Jelas beliau lagi, sebelum ini terdapat pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak kerajaan menangguhkannya namun tiada sebarang respons diberikan.

"Ini jelas membuktikan kerajaan hanya mementingkan syarikat kroni dalam mengaut keuntungan tanpa mempedulikan suara rakyat yang terus terbeban dengan kos kehidupan sekarang ini.

"Saya melihat laungan kerajaan perihatin dan mendengar denyut nadi rakyat hanya satu retorik kosong, hakikatnya rakyat terus terbeban," sambung beliau lagi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dalam satu kenyataan hari ini berkata, kesemua 14 unit kamera AES akan terus beroperasi seperti biasa, terutamanya menjelang sambutan tahun Baru Cina.

Beliau juga turut memberitahu, kamera tersebut akan membantu program penguatkuasaan trafik oleh beberapa agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis.

Pertemuan PAS, gereja tolak prejudis - Mujahid

Muhammad Faeez Azahar, 31 Jan 2013

Mujahid menyampaikan cenderahati kepada wakil paderi.

IPOH: Pertemuan PAS dengan Ketua-Ketua Paderi seluruh Perak hari ini berlangsung dengan penuh mesra dan harmoni.

Perjumpaan selama dua jam yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa itu diadakan di Gereja St Michael, Ipoh.

Dr Mujahid berkata, perjumpaan tersebut bertujuan untuk menyatakan keterbukaan PAS untuk bertemu dengan pihak gereja bagi membincangkan isu-isu sensitif yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan antara agama di negara ini.

“PAS sangat terbuka kepada semua pihak termasuk pihak gereja untuk bertemu bagi membincangkan segala permasalahan dan isu ini dengan penuh harmoni.

“Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan pertemuan ini kerana ianya melahirkan perkara positif di antara kedua-dua belah pihak,” katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas pertemuan tersebut.

AJK PAS Pusat itu menjelaskan, pertemuan tersebut memberi ruang kepada PAS untuk menjelaskan dasar-dasar yang diperjuangkan dan menjelaskan segala prasangka terhadap parti serta momokan daripada pihak-pihak tertentu.

Kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu, PAS juga telah memberikan penerangan tentang pendirian PAS berhubung isu kalimah Allah yang dimainkan oleh Umno ketika ini.

Jelas beliau lagi, paderi-paderi yang hadir itu juga mengambil kesempatan itu untuk mengemukakan persoalan tentang isu-isu sensitif yang dimainkan dan tawaran PAS dalam Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk memerintah kelak.

“Pertemuan ini sangat bermakna dan penting untuk kita wujudkan suasana harmoni dan bersih dari segala prejudis di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

“Saya mengharapkan pertemuan sebegini dapat diteruskan oleh semua pihak kerana ianya sangat bermanfaat,” jelasnya lagi.

Hadir sama ialah Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Perak, Mohammad Saad, Penolong Setiausaha dan Exco Pemuda PAS negeri, Safarizal Saleh dan Hafez Sabri.