KUALA LUMPUR, 5 Jan: Ekoran isu dakwaan seorang menteri merogol pembantu rumah warga Indonesia, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini akan membuat satu laporan polis dan mendakwa mempunyai dokumen berkaitan.
Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin dijangka akan membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2, jam 10.45 pagi ini.
Laporan polis itu merupakan perkembangan terbaru isu tersebut yang kini mengundang berdebatan hangat di ruang maya khususnya blog-blog politik.
Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam satu kenyataan lewat petang semalam turut menggesa menteri yang didakwa terlibat, segera membersihkan nama beliau.
Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perdebatan dalam blog-blog kini jelas merujuk kepada nama seorang menteri, dan menteri itu perlu memberi respon segera.
"Sejauhmana kebenarannya, hanya beliau dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya.
Selain penafian menteri tersebut, AMK juga turut menggesa Perdana Menteri melakukan penyiasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara yang tercemar.
Menurutnya, jika dakwaan ini benar, ianya bakal memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia.
Sejak tiga siri pendedahan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, rangkaian bloger terus memperdebat dan mencari siapa menteri yang didedah oleh laporan WikiLeaks itu.
Pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, NGO Tenaganita dan NGO pekerja Indonesia, Migrant Care, antara yang awal tampil dengan perincian berhubung dakwaan ini.
Tersebarnya dokumen salinan bertajuk ‘Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya’ telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.
"Dalam waktu terdekat, AMK akan menghantar beberapa orang Exco untuk suatu misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) mengenai jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi pihak Migrant Care dan juga pihak Kedutaan Indonesia bertujuan untukmendapatkan fakta-fakta yang sebenar berkaitan kejadian rogol ini," tambah Shamsul lagi.
Kes rogol ini didakwa telahpun berlaku sewaktu pemerintahan Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk 'mengelakkan konflik serantau'.
Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan yang dibuat ke atas mangsa.
"AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak, dalam keadaan beliau gagal menjamin kredibiliti dan integriti kabinet beliau sehinggakan tergamak mengekalkan seorang penjenayah seksual di dalam kabinet beliau," katanya
Respon terhadap isu Terminal Bersepadu Selatan Ikhmal Iskandar | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada jam 8.15 malam tadi, Astro Awani membincangkan dengan panjang lebar tentang isu Terminal Bersepadu (ITT) Selatan di Bandar Tasik Selatan. Antara yang menjadi topik perdebatan adalah mengenai Perintah daripada Datuk Halimah Mohd Sadique (Pengerusi LPKP) yang mengarahkan semua bas operator (bas ekspress ke Selatan) memulakan operasi di Terminal Bersepadu Selatan selewat-lewatnya 16 Januari 2011 ini atau bakal dikenakan tindakan. Maka dalam perbincangan tadi saudara Razali Endun (wakil Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia) dan saudara Muhammad Zulkarnain Hamzah dari TRANSIT-Malaysia bersepakat menyatakan rasa tidak kepuashatian mereka terhadap caj yang bakal dikenakan oleh Maju Holdings terhadap bas–bas yang masuk ke terminal tersebut.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, projek Terminal Bersepadu (ITT) yang dibina di Bandar Tasik Selatan merupakan antara 3 ITT yang bakal dibina oleh kerajaan dalam mengambil alih peranan Hentian Puduraya.
Dua lagi ITT yang bakal dibina adalah di Gombak dan Kota Damansara yang mana pembinaannya bakal dilaksanakan penghujung tahun ini.
Tujuan Bandar Tasik Selatan dipilih sebagai lokasi terminal pengangkutan bersepadu adalah kerana kedudukan geografinya yang mudah diakses daripada Selatan yang mana ia juga berperanan mengelak bas–bas daripada Selatan ini memasuki Bandar (Baca:Puduraya).
Di samping itu juga, ia dipilih kerana lokasi ini mudah dicapai oleh pelbagai rangkaian mod pengangkutan yang sedia ada seperti LRT, Komuter, ERL dan teksi. Mengikut perancangan asal juga, sebaik sahaja terminal ini siap PRASARANA akan meningkatkan kekerapan basnya ke terminal tersebut.
Mengikut kertas dasar asal terminal ini, projek ini dimiliki oleh Kementerian Pengangkutan dan Kontraktor Turnkey nya adalah Maju Holding.
Manakala perundingnya pula dari KLIA Consultancy Services Sdn Bhd yang pernah terlibat secara langsung dalam mengurus Projek Pembangunan Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Dan apabila siap, Terminal Bersepadu ini akan diurus oleh PRASARANA selaku anak syarikat Minitsry of Finance.
Mengapa PRASARANA dan bukannya Maju Holding? Ini kerana mengikut dasarnya, Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) adalah sebuah syarikat milik penuh Kerajaan yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan, bagi memudah, melaksana dan mempercepatkan projek infrastruktur yang telah diluluskan oleh kerajaan.
PRASARANA dan syarikat kumpulannya adalah pemilik dan pengendali kepada beberapa perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang.
Apa yang malangnya, dengan menggunakan kedudukan dan pengaruh politik, Maju Holding berjaya mendapatkan hak selaku pengendali terminal ini dan menafikan peranan PRASARANA yang turut terlibat sedari awal lagi dalam merancang pembangunan terminal ini.
Kesan daripada pelacuran ekonomi dan politik ini mengakibatkan pengusaha bas ekspress dan pengguna bakal dibebani kos yang meningkat. Pengusaha – pengusaha bas ekspress terpaksa melaksanakan ‘cross subsidy’ bagi membolehkan semua bas mereka bergerak atau mereka terpaksa berhadapan permit mereka ditarik balik.
Dan apabila Maju Holding cuba menangguk air keruh dalam industri pengangkutan ini, ia merupakan tindakan kurang ajar dan tidak berperi kemanusian.
Semua dari kita sedia maklum, industri pengangkutan awam bukan industri yang kaya. Sebagai contoh, kerajaan terpaksa mengeluarkan Billion ringgit untuk mengambil alih Syarikat Bas Intrakota, Putra LRT dan STAR LRT bagi memastikan rakyat tetap menikmati pengangkutan awam dengan harga yang mampu bayar.
Dan berapa billion lagi yang perlu kerajaan tanggung untuk berdepan dengan satu lagi kegagalan dek tangan – tangan yang rakus ini.
Di samping itu juga, LPKP dan SPAD yang sepatutnya berperanan sebagai payung yang mendasari pengangkutan awam negara, tidak berperanan dengan sewajarnya. Sehingga berita ini ditulis, Pengerusi SPAD tidak langsung bersuara dalam permasalahan ‘caj’ yang dikenakan oleh Maju Holding ini.
Hanya kelibat Pengerusi LPKP yang bersuara, itupun untuk memberi kata dua kepada ‘penguasaha bas eskpres’ ini.
Malah yang paling mengecewakan, mengikut sumber En Zaharin terminal ini tidak mempunyai CF daripada DBKL. Entah apa yang nak jadi dengan negara ini, apabila negara diurus dengan keadaan caca marba sehinggakan Menteri Kabinet langsung tidak punya kuasa dan melihat harta rakyat dirompak sebegitu sahaja.
Justeru itu, saya mendesak supaya operasi Terminal Bersepadu Selatan ini dikembalikan kepada PRASARANA supaya segala kos yang tidak perlu dapat dikurangkan dan pengusaha bas serta rakyat tidak akan terbeban dengan segala kos yang melampau. Di samping itu juga segala pencabulan undang – undang perlu disiasat bagi mengenal pasti bagaimana Maju Holding dipilih sebagai Pengendali Terminal Bersepadu ini seraya menafikan peranan PRASARANA selaku GLC Kerajaan.
Akhir kalam, sesungguhnya bumi yang kita diami sekarang bukanlah hak milik kita, tetapi kita hanya meminjam dari generasi akan datang. Oleh itu, janganlah kita menjadi tangan – tangan hantu yang merosakkannya.
MOHD IKHMAL BIN MOHD ISKANDAR (IKHQOI) BBA(HONS)TRANSPORT, UiTM Mantan Bendahari Sekretariat Pemuda Dun Selat Klang * Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
Langkah MB akhiri isu Khusrin hujung bulan ini Aidila Razak Jan 4, 11 9:27pm
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan ADUN dan ahli parlimen Selangor hari ini.
Ia diadakan untuk memberi penjelasan mengenai cadangan untuk memanggil sidang DUN bagi meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.Perjumpaan tersebut dihadiri lebih 40 wakil rakyat Pakatan Selangor dari DAP, PAS dan PKR. Turut hadir ialah ADUN PSM Kota Damansara, Dr Nasir Hashim. Bagaimanapun, ketika ditemui selepas pertemuan dua jam itu, Abdul Khalid mengesahkan tidak akan ada usul tidak percaya terhadap setiausaha kerajaan negeri, Mohammed Khusrin Munawi, yang mula bertugas semalam, walaupun dibantah Pakatan Rakyat.
"Sidang DUN akan diadakan pada minggu keempat bulan ini. Kita ada tiga minggu untuk menyediakan draf pindaan tersebut," kata Abdul Khalid kepada media.
Dalam pertemuan tersebut, Abdul Khalid memberi penjelasan mengenai urutan peristiwa berkaitan perlantikan kontroversi Khusrin, dan pertemuannya dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.
Abdul Khalid juga menjelaskan bahawa sementara pelantikan Khusrin adalah "mengikut undang-undang", tetapi kerajaan negeri berpendirian bahawa ianya "tidak sah" selagi beliau (Khusrin) tidak mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan menteri besar dan exco.
Menteri besar juga mencabar pihak-pihak yang mendakwa bahawa tindakan menghalang Khusrin mengangkat sumpah tersebut sebagai melanggar perlembagaan supaya membawa perkara itu ke mahkamah.
Sementara itu, Speaker Datuk Teng Chang Khim (kiri), yang turut hadir, berkata masih ada peluang baik bagi pindaan tersebut diluluskan walaupun Pakatan Rakyat mempunyai kurang daripada dua pertiga wakil di DUN.
"ADUN BN-Kuang Abdul Shukor Idrus telah dilaporkan oleh Berita Harian sebagai berkata, jika wakil rakyat BN bersetuju dengan pindaan itu, mereka akan menyokong usul tersebut," katanya.
Beliau juga juga menolak kenyataan timbalan pengerusi BN Selangor, Datuk Noh Omar bahawa BN akan menolak usul tersebut kerana Noh "bukan ahli dewan undangan negeri".
Aduan pembalakan haram tidak diendah menteri Saifzahran | KENINGAU, 5 Jan: Aktiviti pembalakan haram mengakibatkan penduduk kampung Batu Luriyan Sook berdepan pencemaran sumber air apabila sungai utama di kampung itu kini mengalirkan air lumpur.
Dalam aduan kepada Harakahdaily mereka mendakwa, aktiviti itu sudah berlarutan sejak hampir setahun lalu dan kini menyukarkan penduduk di kampung itu.
Lebih mengecewakan ujar mereka, kawasan Batu Luriyan tersebut adalah di dalam Parlimen Persiangan iaitu di bawah Tan Sri Joseph Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Mereka mendakwa aktiviti pembalakan haram itu tidak menghiraukan peraturan dan undang-undang sedia ada dengan melakukan aktiviti pembalakan di tanah hutan simpan kerajaan.
Masalah mereka turut mendapat perhatian PAS kawasan Keningau yang turun membuat tinjauan bersama penduduk pada 2 Januari lalu..
Mereka diketuai Yang Dipertua PAS Kawasan, Hisammuddin Sulaiman yang turun padang bersama Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul latigu beserta beberapa Ahli Jawatankuasa yang lain.
Hishammudin dalam responnya ketika lawatan itu berkata, beberapa aduan telah dibuat kepada pihak kementerian yang juga ahli parlimen kawasan tersebut, namun tidak diendahkan.
"Kegiatan pembalakan haram tersebut jelas menceroboh tanah hutan simpan yang telah digazetkan kerajaan, apatah lagi tindakan haram tersebut mengakibatkan pencemaran bekalan air penduduk.
"Yang menghairankan Tan Sri Joseph Kurup tidak lansung mengendahkan aduan walaupun beliau Timbalan Menteri yang jaga alam sekitar,” katanya.
Persoalan di sebalik skim 1Care Johanna Lim | Skim penjagaan kesihatan 1Care yang ingin diperkenalkan kerajaan menimbulkan beberapa persoalan yang perlu diselesaikan. Persoalan-persoalan berikut perlu diselesaikan sebelum skim ini diperkenalkan: 1. Apa sudah jadi dengan rancangan memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan terbaik secara percuma kepada rakyat? 2. Adakah skim ini satu bentuk penswastaan, iaitu penswastaan jagaan kesihatan? 3. Berapakah jumlah premium yang terpaksa ditanggung rakyat? Bagi mereka yang membayar premium tetapi tidak membuat sebarang tuntutan, adakah mereka akan menerima rebat? 4. Bagaimanakah dengan mereka yang sudah pun mempunyai polisi insurans kesihatan mereka sendiri? Adakah mereka juga akan diwajibkan menyertai skim 1Care? 5. Bukankah bayaran premium 1Care ini tidak lain hanya satu bentuk cukai? 6. Adakah bayaran premium 1Care satu bentuk cukai dari banyak-banyak cukai yang diperkenalkan bagi menggantikan VAT yang ditangguhkan? 7. Adakah skim ini diperkenalkan bagi membantu syarikat insurans yang mendakwa menanggung kerugian dari sektor insurans motor? 8. Adakah skim ini diperkenalkan bagi memenuhi tuntutan pemodal asing yang banyak membeli ekuiti syarikat insurans tempatan pada tahun 2010 yang lepas? 9. Adakah skim 1Care ini akan dipaksakan kepada rakyat melalui potongan gaji? 10. Tidakkah skim 1Care ini akan menyebabkan kos sara hidup terus meningkat? Pada masa yang sama, harga bahan api meningkat, harga keperluan asas meningkat, tol perlu dibayar dan sebagainya. Semua persoalan di atas perlu dijawab dan diselesaikan sebelum skim ini diperkenalkan. |
PAS kutuk serang gereja Coptic Orthodox Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 5 Jan: PAS mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan ke atas gereja Coptic Orthodox di Iskandariah, Mesir beberapa hari lalu yang telah mengorbankan lebih 20 nyawa. “Bagi pihak PAS, letupan bom yang dilakukan ke atas gereja tersebut sesuatu yang menyedihkan dan menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan. Tegasnya, Islam melarang umatnya melakukan serangan ke atas mana-mana rumah-rumah ibadah walaupun di waktu tercetusnya peperangan. Malah, jelasnya Allah SWT menegaskan di dalam Al-Quran supaya umat Islam tidak mencela berhala-berhala sembahan penganut agama lain. Tambahan pula, katanya sebilangan besar golongan Kristian Coptic di Mesir ini sejak sekian lama bersama dengan komuniti antarbangsa dalam usaha membebaskan Palestin daripada penaklukan regim haram Israel. Maka, kata beliau mereka sepatutnya diraikan dengan baik sebagaimana diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, tindakan memusnahkan rumah ibadat sebegitu adalah tindakan paling tidak bertamadun dan amat dikutuk oleh ajaran Islam. “PAS mengharapkan insiden ini bukanlah satu sabotaj yang bertujuan untuk melaga-lagakan umat Islam dengan penganut Kristian. “PAS juga berharap supaya penganut semua agama di Malaysia bersikap toleransi sesama mereka dengan meningkatkan kefahaman beragama sesama kita,” ujarnya. Menurutnya lagi, ia selaras dengan usaha untuk membangunkan negara yang harmoni yang diterima oleh semua.
AG jumpa SPRM, perjelas pemergiannya ke Mekah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam majlis dialog dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi maklum balas mengenai isu beliau dan keluarganya mengerjakan haji di Mekah baru-baru ini.
Selain itu ia berkenaan dakwaan bloger yang membabitkan beliau dengan kes MASKargo, menurut kenyataan akhbar SPRM yang dikeluarkan hari ini.
SPRM berkata sesi dialog antara Abdul Gani dengan ahli-ahli Lembaga Jawatankuasa dan panel SPRM diadakan atas permintaan Abdul Gani sendiri.
Seramai 30 daripada 42 ahli Lembaga Jawatankuasa dan Panel SPRM menghadiri sesi dialog yang diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Duta, di ibunegara.
Abdul Gani juga turut "memberi maklum balas dan penyelarasan terbuka mengenai kes-kes yang menjadi isu semasa."
Turut hadir pada dialog itu ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohammed serta pengurusan tertinggi dan pengarah-pengarah bahagian SPRM.
Beg plastik: Media umpama lalat mencipta kudis Mohd Nasir Awang | Tanpa hipokrasi setiap warga negara yang prihatin terhadap masa depan wajar mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan di atas pelaksanaan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik”. Bermula 1 Januari lalu, kempen dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu akan diteruskan pada setiap Sabtu di seluruh negara. Kesan negatif penggunaan bahan plastik dalam aktiviti harian sudah dimaklumi umum. Ia bukan sahaja dibuktikan secara saintifik berupaya memudaratkan kesihatan penggunanya, malah turut meninggalkan kesan jangka panjang terhadap alam sekitar. Justeru, sebagai usaha menyelamatkan bumi yang bakal diwariskan kepada generasi akan datang, kerajaan dianggap mengambil langkah tepat menggerakkan kempen lebih bersungguh mengurangkan penggunaan pelbagai barangan dari bahan yang sukar dihapuskan itu. Sasaran utama buat masa ini ialah mengajak rakyat mengurangkan penggunaan beg plastik. Menerusi kempen ini pelanggan pasar raya, pasar raya besar dan beberapa premis perniagaan terpilih di seluruh negara tidak lagi dibekalkan beg plastik percuma tatkala membeli-belah di situ. Sebaliknya, mereka akan dikenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dibekalkan premis berkenaan pada setiap Sabtu. Hasil jualan beg tersebut akan dikumpulkan dalam tabung khas bagi melaksanakan program kepenggunaan dan kemasyarakatan, terutama yang menjurus ke arah pemuliharaan alam sekitar. Setakat ini semua kerajaan negeri mengambil perjalanan serius menjayakan kempen berkenaan. Beberapa premis yang dikenalpasti termasuk kategori premis dimaksudkan juga dikatakan memberikan kerjasama sangat baik. Reaksi para penggunaan juga disorot. Rata-rata mereka digambarkan media sebagai menerima secara positif langkah dilaksanakan kerajaan itu. Namun, secara tiba-tiba gambaran amat berbeza muncul tatkala media menyorot isu sama di negeri diperintah Pakatan Rakyat. Bagaikan satu magis segala reaksi dan komen positif itu bertukar sebaliknya. Satu laporan yang menyorot reaksi pengguna di Pulau Pinang misalnya dipenuhi berbagai persepsi negatif mereka terhadap kerajaan negeri. Ada pengguna malah menyalahkan kerajaan pimpinan DAP itu dan menyifatkan tindakan mengenakan bayaran 20 sen bagi satu beg plastik itu membebankan pengguna, terutama yang berpendapatan rendah. Ada juga yang menganggap kerajaan negeri kurang bijaksana apabila meluaskan pelaksanaan kempen tersebut setiap hari. Memang diakui tindakan Pulau Pinang dalam hal ini agak terkedepan berbanding negeri-negeri lain. Sementara seluruh negara sekadar menghadkan pelaksanaannya pada setiap Sabtu di beberapa premis tertentu sahaja, negeri di bawah PR itu telah memasuki fasa ketiga dan meliputi hampir keseluruhan premis perniagaan Kerajaan Pulau Pinang dikatakan telah memulakan kempen itu untuk sehari seminggu sejak 1 Julai 2009 hingga Disember tahun sama. Ia diperluaskan kepada tiga hari seminggu menerusi fasa kedua bermula 1 Januari 2010. Kini, kempen itu bukan sahaja dilaksanakan setiap hari, bahkan turut diperluaskan kepada lebih banyak premis perniagaan termasuk farmasi, rangkaian kedai nasi kandar, restoran makanan segera dan kedai serbaneka. Bagi kita langkah Pulau Pinang itu suatu yang wajar. Ia menampakkan usaha serius menghampiri hasrat menjadikan negeri itu bebas dari beg plastik, sepertimana dialu-alukan pelbagai pihak yang mengutamakan pemuliharaan alam sekitar. Tambahan pula penguatkuasaan peraturan terbaru itu tidak dibuat secara mengejut. Ia dilakukan setelah didahului dengan proses pendidikan berperingkat sejak Julai 2009. Malangnya, tindakan proaktif yang sepatutnya disambut baik dan diberikan gambaran positif itu tidak dilayan sewajarnya terutama oleh media talibarut Barisan Nasional (BN). Memang benar kata orang, bagi mereka ini segala apa yang dibuat parti lawan akan sentiasa disuluh dan dinilai secara negatif. Ibarat “lalat-lalat yang mencipta kudis”, peranan utama media pro-BN sejak dulu ialah menyorot apa juga isu dan kes yang berlaku di negeri-negeri diperintah PR dari perspektif yang boleh memberikan imej dan reputasi buruk terhadap parti itu, sekali gus memberikan mileage politik kepada BN. Kempen tanpa beg plastik ini juga tidak terlepas dari manipulasi politik sebegitu. Sehinggakan ada penguasa media arus perdana tergamak mengaitkan tindakan kerajaan Pulau Pinang itu dengan kesukaran rakyat negeri berkenaan menguruskan sisa pepejal di rumah masing-masing. Perhatikan catatan berikut. “Bagi rakyat, mereka terpaksa pening kepala memikirkan macam mana untuk mengisi sisa makanan, sisa ikan dan sampah apabila mereka tidak lagi dibekalkan beg plastik. Mungkinkah sisa makanan dibuang terus ke dalam tong sampah tanpa perlu dimasukkan ke dalam plastik. Agaknya, tong sampah di flet akan menjadi ‘kolam’,” sebuah akhbar pada Selasa melontarkan andaian negatifnya. Kita tentu kecewa dan tertanya apa rasionalnya media tersebut menyeret perkara ini sampai ke situ, sedangkan ia sesuatu yang dilaksanakan kerajaan BN sendiri? Apakah semata-mata kerana Pulau Pinang diperintah PR, maka ia terus sahaja dinilai negatif walau pun menjayakan kempen yang turut dilakukan BN? Sikap ditunjukkan media itu sebenarnya cerminan tabiat sama membelenggu pemikiran para pemimpin BN. Kecenderungan menilai setiap yang dilaksanakan PR secara negatif bagaikan lumrah di kalangan mereka. Kes melibatkan sambutan di ambang Tahun Baru di Kedah beberapa malam lalu adalah contoh terkini. Kerajaan negeri pimpinan PAS memperkenalkan peraturan mengasingkan tempat duduk dalam majlis tersebut mengikut jantina. Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan sosio-budaya negara dan perjuangan kewanitaan antarabangsa, peraturan sedemikian bukan suatu yang mengejutkan. Sebelum ini pun kita telah dimaklumkan dengan beberapa langkah diambil pelbagai negara dunia mengasingkan penggunaan berbagai kemudahan awam mengikut jantina. Ada negara memperkenalkan teksi khas untuk wanita, ada yang mengadakan khidmat bas khas untuk mereka. Malah ada juga yang mengadakan koc keretapi dan pesawat khas untuk golongan tersebut. Negara kita juga ikut melaksanakan pendekatan serupa. Kita telah diperkenalkan dengan perkhidmatan koc dan bas khas untuk wanita di ibukota tahun lalu. Dorongan utama mewujudkan perkhidmatan berasingan mengikut jantina itu ialah kerana wanita mendambakan persekitaran selamat dan selesa terutama dari sebarang gangguan kaum lelaki ketika berada di tempat awam. Dalam keadaan berasak-asak di tempat awam sebegitu, seribu satu perkara menjejaskan keselamatan dan maruah wanita boleh berlaku. Dengan penerimaan baik pelbagai pihak atas pembaharuan itu, tindakan kerajaan Kedah memperkenalkan pengasingan tempat duduk dalam majlis terbuka baru-baru ini sepatutnya dinilai dari perspektif sama. Malangnya, itu tidak berlaku. Sekali lagi kita andaikan hal itu sedemikian hanya semata-mata kerana ia dilakukan kerajaan PR. “Saya rasa pengasingan jantina tidak sesuai kerana ia tidak mempedulikan sensitiviti rakyat berbilang agama dan kaum,” media memetik komen Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew. Beliau malah mendakwa menerima banyak rungutan hadirin mengenai pelaksanaan peraturan itu. Bagi kita, dua kes dicoretkan di atas hanya menguatkan kesimpulan sekian lama tertanam dalam minda rakyat, bahawa bagi BN dan media talibarutnya, apa juga yang dibuat PR akan dianggap salah dan buruk, walau pun perkara sama dianggap baik dan betul ketika dilaksanakan BN. Rakyat perlu dibebaskan daripada persepsi sedemikian. |
Portal berita dan bloger telah memainkan gambar Abdul Gani yang dilihat bersama Shahidan Shafie, orang yang dikatakan rapat dengan bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli, semasa beliau mengerjakan haji di Mekah.
Mereka mendakwa Shahidan telah meyakinkan Abdul Gani agar tidak membuat pertuduhan terhadap Tajuddin yang menjadi pengerusi MAS dari 1994 hingga 2001, berhubung kerugian syarikat penerbangan nasional itu.
MAS dilaporkan telah mengemukakan beberapa laporan terhadap Tajuddin dengan SPRM yang menyebut langkah Tajuddin untuk memindah operasi MAS kargo di Amsterdam dan Frankfurt kepada satu hab sahaja di Hahn, Jerman sebagai kerugian terbesar yang dialami di bawah Tajuddin.
Operasi hab tersebut dilaporkan mengelami kerugian bulanan antara RM10 juta hingga RM16 juta sebelum ia ditamatkan dan kerajaan mengambih alih MAS pada 2001.
- Bernama
Umno tersepit, minta PAS bersama - Anwar Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 5 Jan: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Umno yang berusaha untuk bersama PAS membayangkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) sedang tersepit menjelang pilihan raya umum akan datang.
Bagi beliau, apa yang perlu dibuat Umno bukannya itu tetapi menghentikan rasuah, penindasan dan kezaliman terlebih dahulu.
Semalam Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, beliau telah ke Istana Terengganu di Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan dari Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Undangan itu disampaikan oleh bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Abdullah melawat beliau di Hospital Unibersiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sebelum ini.
"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam satu kenyataannya semalam.
Turut serta dalam majlis santapan malam di Istana Terengganu itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin.
Bagi Anwar, apa yang berlaku adalah, "Bila Umno tersepit, minta PAS bersama." Kenyataan ini dibuat Anwar melalui twitternya.
Dalam kenyataannya Nik Aziz meminta semua pihak menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana dengan tidak membuat andaian tentang pertemuan itu.
"Saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana," katanya. |
| | |
NEGARA Kedudukan Khusrin makin kukuh Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF megat@kosmo.com.my
DI Istana Bukit Kayangan, Shah Alam inilah upacara angkat sumpah pelantikan SUK Selangor yang baru akan diadakan esok.
SHAH ALAM – Kedudukan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baru semakin kukuh apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (gambar) terus mengiktiraf pelantikannya semalam. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan lima muka surat yang diedarkan kepada media berkata, pelantikan tersebut selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. “Sehubungan itu Mohamad Khusrin berhak mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia Khamis ini (esok),’’ katanya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan