Ahli parlimen berkenan dilihat mula mengisi borang, difahamkan berhubung prestasi pilihan raya umum di kawasan mereka sebelum bertemu dengan perdana menteri sejak jam 9.20 pagi ini.
Ahli parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui bagaimanapun berkata beliau tidak perlu mengisi borang berkenaan.
"Saya sudahpun hafal semua angka tersebut," katanya kepada Malaysiakini.
Sementara itu, ahli parlimen Alor Gajar yang juga bekas menteri sumber manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn pula berkata, pertemuan ini merupakan satu langkah yang penting.
"Ini kali pertama dalam karier saya bahawa PM bertindak begini sebelum pilihan raya umum," kata ahli parlimen yang telah berkhidmat selama empat penggal itu.
'Projek impak tinggi'
Dalam pada itu pula, ahli parlimen Batang Sadong Nancy Shukri ketika ditemui berkata, perdana menteri secara tidak langsung telah bertanyakan kepadanya mengenai pilihan raya negeri Sarawak yang perlu diadakan sebelum Julai tahun ini.
"Dia bertanya kepada kami, apa pandangan kami mengenai projek berimpak tinggi yang boleh membantu kemenangan BN.
"Saya beritahu (Najib) bahawa dia perlu melihat (isu) bekalan air bersih dan memperbaiki jalan raya.
"Sejak tahun 2005, jumlah penduduk Sarawak meningkat sebanyak 25 peratus, tetapi pusat rawatan air masih pada kapasiti 2005.
"Jalan raya juga berlubang di segenap tempat disebabkan oleh (kerja-kerja) pembangunan," katanya lagi.
Tambahnya, isu melibatkan ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak dibangkitkan.
Selain itu, ada di kalangan ahli parlimen yang ditemui enggan mendedahkan mengenai isu yang dibincangkan di antara mereka dengan perdana menteri.
"Saya cuma kata 'hello', dan ucapkan selamat tahun baru kepada Najib. Tiada apa lagi yang saya hendak katakan, kata ahli parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusoff.
Begitu juga ahli parlimen Stampin Yong Khoon Seng yang hanya berkata "ambil gambar saya saja. Tiada komen."
Selain MP Sabah, turut disenaraikan ialah 22 ahli parlimen dari Sabah, Johor dan seterusnya wakil rakyat dari negeri-negeri lain.
Dalam pada itu, ahli parlimen Keningau yang juga timbalan ketua menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pula berkata, perbincangan dengan pemimpin BN itu berkisar kepada pembangunan kawasan parlimen dan persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Bukan 'one-way traffic'
"Perbincangan banyak mengenai pembangunan di kawasan dan perdana penteri mahu supaya anggota parlimen sentiasa turun padang.
"Saya juga bersetuju bahawa ini adalah persediaan untuk pilihan raya umum akan datang, walaupun tarikh belum diketahui," katanya yang ditemui selepas pertemuannya dengan Najib.
Sementara itu anggota parlimen Johor Bahru Datuk Seri Shahrir Samad berkata, apa yang dilakukan perdana menteri merupakan satu proses yang baik kerana suasana sekarang sudah berubah.
Jelasnya, ia bukan lagi sistem 'one way traffic' yang menyaksikan anggota parlimen hanya terima arahan dari pihak atasan.
"Pertemuan hanya berkisar kepada perbincangan mengenai apa yang berlaku di peringkat akar umbi, dan kami sebagai wakil rakyat menyampaikan kepada beliau (Najib) tentang segala permasalahan atau strategi yang akan diguna pakai bagi mengekalkan kerusi Parlimen Johor Bahru agar berterusan menjadi milik BN," katanya.
Seorang lagi ahli parlimen dari negeri itu Datuk Nur Jazlan Mohamed pula menyifatkan pertemuan itu sebagai usaha mengemaskini perjalanan yang berlaku di kawasan parlimen.
Ini memandangkan, Najib sendiri sudah pun mengarahkan para pegawainya meninjau di kesemua kawasan tersebut, kata ahli parlimen Pulai itu lagi.
Semalam Najib yang juga pengerusi BN dilaporkan berkata beliau menganggap pertemuan itu sebagai satu transformasi politik seperti dinyatakannya sebelum ini, dan ia juga bertujuan membolehkan beliau mengetahui keadaan setiap kawasan BN.
Bagaimanapun tidak semua pemimpin BN dijangka dapat menghadiri pertemuan itu kerana beberapa orang anggota Parlimen yang memegang jawatan menteri dan timbalan menteri ketika ini berada di luar negara untuk tugasan rasmi.
Sebelum ini spekulasi berlegar di media dan di kalangan pemerhati politik mengenai kemungkinan pertemuan itu adalah persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang yang mungkin berlangsung pada Jun atau Julai, ataupun serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang perlu diadakan sebelum Julai ini.
Penulis veteran Dr Ilias Zaidi berkata, ini kerana kejayaan Interlok dipilih untuk sepuluh tahun membolehkannya mendapat honororium cetakan, dianggarkannya melebihi RM500,000.
"Dulu novel beliau Konserto Terakhir turut terpilih (sebagai teks) dan menghasilkan 'duit besar'.
"(Mereka anggap) hebat orang tua ini, kita pancunglah. Ini punca isu (penentangan)," kata bekas pensyarah di Universiti Teknologi Mara yang juga teman lama Abdullah.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas siapakah yang dimaksudnya dalam dakwaannya itu.
Dalam "Dialog Novel Interlok" anjuran Persatuan Penulis Nasional (PENA) di pejabatnya di Kuala Lumpur, Dr Ilias juga berpendapat penentang novel itu tidak faham ilmu antropoli dan sosiologi.
"Novel ini sangat cocok. Bila kita kaji Interlok seolah kita mengkaji sejarah," katanya.
'Angkat masyarakat bawahan'
Sementara itu, novelis terkenal Dr Fatimah Busu pula turut berkongsi pendapat yang sama.
Tambahnya, novel yang "dijaki" (dengki) itu tidak harus ditentang kerana ia cuma rakaman realiti.
Mempersoalkan patriotisme kumpulan yang tidak senang dengan novel itu, beliau membandingkan dengan novel penulis India terkenal Mulk Raj Anand berjudul Untouchhble yang diterbitkan semula oleh Oxford University Press dengan judul "Paria".
Justeru beliau mempersoalkan kenapa novel itu diangkat sedangkan Interlok ditentang.
Manakala seorang lagi ahli panel dialog itu, Syed Mohd Zakir Syed Othman pula sekali lagi mempertahankan Interlok sebagai sebuah "novel sosiologi" berkaitan perjuangan kelas dan bukannya "novel etnik".
"Ia memaparkan perjuangan masyarakat bawahan, untuk mengangkat masyarakat bawahan. Saya tidak pernah nampak novel ini sebagai novel etnik.
"Tapi kalau dilihat daripada perkauman sempit, itulah jadinya. Ia sebenarnya bukan rasis," katanya yang terkenal dengan nama pena SM Zakir.
"Hari ini juga kami akan telefon pembantu Tan Sri Muhyiddin Yasssin. Soal angkat atau tidak angkat (telefon), itu hal lain.
"Yang penting, PENA ambil tindakan cepat," kata timbalannya Amirrudin Md Ali Hanafiah.
Dalam sidang media di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini, Amirrudin juga berkata, pihaknya mahu memaklumkan bahawa menteri tidak harus "ikut telunjuk" mana-mana pendesak yang mahukan buku itu ditarik balik sebagai teks sastera tingkatan lima.
Katanya, pendirian itu juga diambil setelah bertemu sendiri dengan Abdullah sendiri bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu.
Hadir sama dalam sidang media itu Pengarah Penerbit Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Md Salleh Yaapar.
Sementara itu, presidennya Mohd Saleeh Rahamad pula berkata, mereka mahu mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri bagi menyampaikan tentangan mereka tanpa kompromi terhadap cadangan penarikan dan penyuntingan Interlok.
Bimbang komposisi panel
Mengulas tindakan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula penggunaan novel itu di sekolah menengah, Mohd Saleeh berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan perkara itu.
"Kita bimbang bila kaji semula, jawatankuasanya dibarisi (wakil berkepentingan) secara tidak seimbang.
"Kita bimbang ada keputusan lain," katanya yang juga pensyarah pengajian media di Universiti Malaya.
Ditanya sama ada pihaknya akan mempelbagaikan bantahan supaya dan bukan sahaja berorientasikan diplomasi, Mohd Saleeh menjawab perkara itu mestilah dibincangkan dengan persatuan lain terlebih dahulu.
"PENA di (bernaung) bawah Gapena (Gabungan Persatuan Penulis Nasional). Kita kena bincang dengan NGO lain juga. Kalau tak ramai, kalau kami tiga orang sahaja hendak berdemo, tidak jadi juga," katanya.
Sementara itu, Md Salleh pula berkata berkata, tindakan kerajaan mengkaji semula buku itu mungkin disebabkan terdapat kecenderungan untuk mendengar pendapat "sebelah lagi".
Sambil mendakwa, tentangan pada Interlok disebabkan tidak faham, Md Salleh berkata:
Ini berikutan hasrat G. Sivanandan, 50, seorang pemimpin Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Ladang (NUPW), untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi mewakili suara hampir 800 pengundi berdaftar di kalangan pekerja ladang di DUN Tenang.
"Nasib dan kebajikan pekerja ladang perlu dibela dan pencalonan saya sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil itu adalah untuk mewakili suara mereka (pekerja ladang DUN Tenang)," katanya kepada Bernama di Labis, hari ini.
Beliau yang tinggal di pekan Chaah dan telah bergiat aktif di dalam NUPW kawasan tempatan selama 20 tahun mendakwa mendapat sokongan kuat daripada keseluruhan pekerja ladang di DUN Tenang.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Proses penamaan calon telah ditetapkan pada 22 Jan ini. DUN Tenang mempunyai empat buah ladang kelapa sawit iaitu Ladang North Labis, Ladang Sungai Labis, Ladang Voules dan Ladang Bukit Datok.
Sivanandan berkata, sokongan kuat yang diterimanya daripada pekerja ladang di DUN Tenang itu disebabkan oleh kekecewaan terhadap taraf hidup dan gaji rendah yang diterima oleh pekerja terbabit daripada majikan mereka.
Beliau bagaimanapun bersedia untuk mengkaji semula keputusannya hendak bertanding pada pilihan raya kecil itu, jika kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ladang itu.
"Saya bersedia menarik diri (daripada bertanding) jika kerajaan dapat memperbaiki kehidupan pekerja ladang," katanya dan menambah beliau berhasrat berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyampaikan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ladang.
Beliau berkata pada ketika ini gaji yang diterima oleh pekerja ladang adalah di antara RM20 hingga RM30 sehari dan jumlah itu adalah tidak mencukupi untuk menampung kehidupan keluarga mereka.
"Gaji yang diterima itu tidak termasuk potongan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), bayaran elektrik dan air, kos persekolahan anak-anak, pinjaman, makanan dan lain-lain. Kehidupan mereka memang amat susah," kata beliau.
Sivanandan berharap kerajaan mengambil perhatian serius dan menyelesaikan masalah yang telah membelenggu pekerja-pekerja ladang sejak sekian lama.
Ditanya sama ada beliau menganggotai parti politik, beliau menafikan pernah menjadi anggota parti politik atau memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik tempatan.
"Bagaimanapun, parti-parti pembangkang memang meminta saya supaya meneruskan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas dengan alasan untuk memecahkan undi Barisan Nasional pada pilihan raya kecil itu," dakwanya.
- Bernama
Anggota keluarga itu diwakili peguam Fadiah Nadwa Fikri yang turut menyerahkan satu memorandum kepada ketua polis negara, antara lainnya bagi menggesa supaya segera mendedahkan siasatan berhubung kes berkenaan.
Tiga remaja berkenaan, Mohd Shamil Hafiz Shafie, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, maut ditembak dalam kejadian pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.
Dalam memorandum berkenaan, peguam berkenaan turut menuntut supaya polis mengambil tindakan tegas, termasuk pendakwaan jenayah terhadap anggota yang bertindak melepaskan tembakan tersebut.
Memorandum itu juga mempertikaikan kenyataan pemangku ketua polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berhubung kes berkenaan.
"Datuk A. Thaiveegan membuat dakwaan tak munasabah bahawa kesemua yang meninggal dunia merupakan 'penjenayah tegar'.
"Polis mendakwa suspek yang meninggal dunia itu merupakan sebahagian daripada geng yang dikenali sebagai 'Geng Minyak'.
"Mereka juga mendakwa bahawa suspek, apabila dikepung telah meluru ke arah polis dengan parang dan polis menembak mati kesemua mereka dalam mempertahankan diri (mereka).
"Kami dapati cerita daripada polis ini sangat tidak boleh dipercayai," menurut memorandum tersebut yang diserahkan oleh peguam Fadiah Nafwa Fikri.
Dalam memorandum itu juga, tuntutan dikemukakan supaya polis mendedahkan prosedur yang perlu diikuti oleh anggota polis sebelum melepaskan tembakan.
Ia turut mempertikaikan, sekiranya benar suspek berkenaan hanya bersenjatakan parang dan bukannya senjata api, mengapakah perlu menembak mati kesemua remaja berkenaan.
"Adakah apa-apa tembakan amaran dilepaskan? Ianya sangat dipercayai bahawa orang bersenjatakan parang akan meluru ke dalam hujan peluru," memorandum itu dipetik.
Memorandum berkenaan diterima oleh pegawai perhubungan awam Bukit Aman Cif Insp Saipul Anuar Razali kira-kira jam 10.40 pagi ini.
Ketika bercakap kepada keluarga mangsa sebelum itu, beliau memberi jaminan bahawa perkara itu akan dijelaskan oleh ketua polis negara sendiri.
"Insya-Allah pada hari Isnin ini ketua polis negara sendiri akan beri jawapan," katanya yang tidak dapat menjelaskan apakah status sebenar siasatan ke atas kes berkenaan.
Beliau sebelum itu diminta menjelaskan demikian oleh naib presiden parti itu N Surendran yang turut mengiringi keluarga mangsa berkenaan.
Turut mengiringi keluarga mangsa bagi menyerahkan memorandum itu ialah dua ahli parlimen PKR, R Sivarasa (Subang) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan