Hazayani Zakaria | ||||
KUALA LUMPUR, 12 Jan: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali mendakwa kegagalan Kerajaan Persekutuan membangunkan Kampung Baru disebabkan terlalu banyak agenda politik dan tujuan mengaut keuntungan lumayan daripada pembangunan kawasan itu. Lo' Lo' berkata demikian sebagai mengulas pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang gagal menyelesaikan isu pemulihan dan pembangunan Kampung Baru sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri sebelum ini. "Saya kira sebab utama kegagalan membangunkan Kampung Baru daripada dahulu sehingga sekarang adalah kerana terlalu banyak agenda politik dan kewangan untuk mengaut keuntungan lumayan dari pembangunan Kampung Baru. "Agenda dan hak pemilih tanah adalah bukan keutamaan utama dan acapkali diabaikan,” ujarnya. Menurut Lo' Lo', apa yang lebih malang apabila korporat Melayu sendiri melakukan penipuan dan manipulasi terhadap pemilik-pemilik hartanah sehingga mereka terlepas hak pemilikan. Penipuan demi penipuan ini katanya, menyebabkan pemilik tanah Kampung Baru serik dan meragui keihklasan mana-mana pihak yang mendakwa ingin memajukan kawasan itu. Sehubungan itu, beliau mencadangkan referendum dibuat ke atas pemilik-pemilik tanah Kampung Baru untuk memastikan mereka terlibat secara langsung dalam membuat keputusan dan suara mereka didengari. Tambanhya, beliau bersedia berkerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB)dalam menyediakan input referendum yang akan dikemukakan. "Pendekatan yang diambil oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik (Raja Zainal Abidin) baru-baru ini dengan memaksa orang Kampung Baru menerima rang undang-undang Akta Perbadanan Pembangunan Kg Baru 2010 (PPKB) semakin menambahkan kemarahan mereka. "Makmal perbincangan yang diadakan di Melaka pada akhir tahun 2010 adalah diragui kredibilitinya kerana peserta yang hadir adalah bukan mewakili keseluruhan pemilik tanah. Malah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sendiri tidak dilibatkan dalam perbincangan tersebut," katanya yang juga ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat. Lebih menyedihkan ujarnya apabila Malay Agriculture Settlement (MAS) dan NGO-NGO lain yang terlibat menyatakan bahawa apa yang terkandung dalam rang undang-undang PPKB berbeza dengan apa yang dicadangkan semasa bengkel. Lo' Lo' juga berkata, sehingga sekarang, hanya PKNS yang telah membuktikan jasa membangunkan Kampung Baru dengan memberi pinjaman mudah yang dibayar dengan kutipan sewa. "Kalau China Town boleh dibangunkan dengan mengekalkan ciri-ciri kecinaan, kalau 'Little India' pun DBKL boleh beri RM90 juta untuk dibangunkan dengan warisan keindiaan. “Kenapa Kampung Baru warisan orang Melayu yang kawasannya jauh lebih besar, kerajaan pusat tidak boleh berikan dana sekurang-kurangnya RM1 hingga RM2 billion dan dibangunkan mengikut warisan Melayu Islam?” soalnya. Pembentangan draf rang undang-undang PPKB juga tegasnya amat meragukan dan menimbulkan banyak persoalan. Menteri Wilayah Persekutuan tergesa-gesa membawa draf tersebut untuk bacaan pertama di Parlimen pada sesi yang lepas sedangkan beliau telah berjanji untuk berjumpa dan kemukakan dahulu kepada pemilik tanah Kampung Baru sebelum dijadikan undang-undang. "Beliau hanya berjumpa orang Kampung Baru setelah draf tersebut dibentangkan di Parlimen," katanya. Beliau turut menyelar kegagalan Tun Dr. Mahathir dan Perdana Menteri selepas beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang gagal melaksanakan Projek Menara Puncak Baru yang dijanjikan dan tapak pasar minggu di Kampung Baru. "Apa yang berlaku benar-benar mengecewakan pemilik tanah KampungBaru dan mereka merasakan mereka akan kehilangan hartanah Kampung Baru. "Orang Melayu akan kehilangan hak hartanah yang mereka miliki beratus tahun di bawah pemerintahan British kerana kurang kepekaan dan amanah kerajaan pusat yang dterajui oleh Umno BN," katanya.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 12 Januari 2011
BIARLAH KITA BEKERJA DENGAN JUJUR SERTA AMANAH....SEBAB JIKA TIDAK....MUNGKIN KITA TAK LARAT NAK JAWAB PADA HARI HISAB NANTI...SABIT SALAH...NERAKALAH
Agenda politik punca gagal bangun Kg Baru
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan