KJ: PERKASA punca BN hilang undi |
| Jimadie Shah Othman Sep 7, 10 2:23pm |
| |
Ketika pengaruh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat menggelisahkan beberapa pemimpin Umno, Ketua Pemuda Umno pula melihatnya seolah-olah tidak akan menyinggung langsung sokongan orang
Melayu terhadap parti itu.
"Saya tidak menipu, saya rasa banyak ahli PERKASA sebenarnya ahli Umno. Jadi, secara impiralnya, mereka ini tidak menambahkan sokongan pada Umno.
"Itu sebabnya saya saya ambil pendirian tegas terhadap mereka. Jika ahli PERKSA, apa yang kamu boleh dapat daripada PERKASA? Tak banyak," kata Khairy (
kiri) yang juga ahli parlimen Rembau.
"Mereka tidak akan sokong pembangkang kerana mereka akan berikan undi pada Umno juga. Jadi kesan
politik PERKASA kepada Umno adalah minimal kerana ia tidak menambahkan undi Melayu."
Ketika diwawancara
Malaysiakini baru-baru ini, Khairy bagaimanapun berkata sekiranya anggota parti itu diminta memilih antara Umno dan PERKASA sebagai sebuah parti politik, keadaan mungkin berbeza.
"Di akhirnya, kesan undi bukan Melayu terhadap Umno dan BN, disebabkan PERKSA, adalah signifikan. Dalam perkiraan politik, di akhirnya, (PERKASA) menghilangkan lebih banyak undi daripada yang ditambahnya," jelasnya.
Justeru, ekoran senario ini, kenapa Umno tidak mengambil pendirian lebih tegas terhadap pertubuhan pro hak-hak bumiputera itu?
"Soalan yang bagus. Saya tidak tahu. Saya rasa patut," katanya sambil mengambil masa untuk menjawab serta ketawa kecil.
Sehubungan itu, Khairy berkata, adalah penting untuk Umno menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka berbeza sama sekali dengan PERKASA.
"Saya tahu apa PM fikir tentang mereka ini. Tetapi terpulang pada beliaulah untuk memberitahu rakyat apa yang beliau rasa," katanya yang nampak keberatan mengulas lanjut.
Ditanya sama ada Umno akan terus relevan di kalangan Melayu, Khairy terus mempertahankan bahawa parti berusian 64 tahun itu akan terus ada dalam lanskap politik Malaysia.
"Kami akan sentiasa lebih besar daripada PERKASA," katanya sambil menyamakan Umno umpama sebuah khemah yang besar
PAS sokong Tengku Abdullah, rakyat wajib tolak parti perkauman Idris Ahmad |
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong dan menjunjung kasih keatas titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahukan umat Islam menolak cara hidup berpuak-puak dan terus mengimarahkan Masjid dengan majlis Ilmu.
PAS dapat mengambarkan betapa besarnya harapan pihak istana untuk rakyat dan parti-parti politik di negara ini bersatu atas nama Islam dan bukannya berpuak-puak mengikut bangsa dan kaum masing-masing. Politik perkauman dan menyertai parti politik perkauman adalah satu kerugian buat umat Islam. Kesatuan umat Islam dan sikap berani bersaing menjadi teras kekuatan umat zaman Rasulullah seperti yang baginda titahkan.
Hanya Islam yang mampu memberikan keharmonian dan keamanan serta menyatukan rakyat sedangkan politik mengikut bangsa dan kaum tertentu hanya memecahkan lagi masyarakat. Orang Melayu tidak seharusnya duduk dalam parti Melayu sahaja, orang Cina juga tidak boleh duduk parti Cina sahaja, Orang India pun begitu.
PAS kini menjadi platform terbaik untuk rakyat bersatu padu kerana disini umat Islam tak kira Melayu, Cina dan India dapat bersama dengan harmoninya. Malah dengan keterbukaan PAS yang mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang majoriti ahlinya adalah kalangan bukan Islam telah menjadikan PAS sebagai pilihan terbaik menyatukan rakyat bukan sahaja yang berbeza bangsa, malah yang berbeza agama juga bersatu dalam PAS.
PAS juga menyanjungi keprihatinan Tengku Mahkota Pahang yang menyebut dengan jelas bahawa Masjid seharusnya diimarahkan dengan aktiviti keagamaan, dijadikan pusat perpaduan, menimba ilmu dan perhimpunan masyarakat setempat.
Inilah idea yang dibawa dan diperjuangkan PAS selama ini. Di Selangor sebagai contoh, semasa Umno memerintah, Masjid dan Surau dikunci dan dirobohkan hanya kerana mereka menjemput para penceramah yang menyokong PAS untuk berikan kuliah. Penceramah PAS amat profesional, mereka tahu membezakan kuliah agama dan ceramah politik. Hanya kerana berbeza politik kariah masjid dihalang memasuki masjid mereka.
Jawatankuasanya ditukar jika bukan ahli Umno.
Tetapi selepas PAS-Pakatan memerintah Masjid Surau yang dikunci dibuka semula. Para penceramah tanpa mengira parti politik dijemput untuk berkongsi ilmu. Masjid Surau menjadi pusat aktiviti belia. Ada yang dijadikan pusat tuisyen juga. Malah kariah Masjid Surau semakin ramai kalangan orang muda kerana begitu banyak program diadakan termasuk sukan dan juga gotong-royong. Begitulah yang berlaku hingga ke hari ini.
PAS berharap rakyat Pahang khususnya dan diseluruh Malaysia, dapat melihat hasrat kepimpinan mereka yang mahukan Islam diletakan ditempat yang sewajarnya dan menukar Kerajaan yang mempertahakan perjuangan berasaskan kaum dan puak mereka sahaja. Dengan menolak Umno-BN sekaligus umat Islam khususnya kalangan kaum Melayu dapat bersatu atas nama Islam.
PAS mendoakan kesejahteraan Yang DiPertuan Agong, Sultan Pahang, Tengku Mahkota, seluruh kerabat DiRaja dan rakyat jelata. Semoga negara ini akan terus makmur dibawah rahmat Allah swt.
Ust. Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat
Perkauman: PAS sokong Tengku Abdullah Nazri Abdullah | KUALA LUMPUR, 7 Sept: PAS menyokong dan menjunjung kasih ke atas titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahukan umat Islam menolak cara hidup berpuak-puak.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, parti itu dapat merasakan betapa besarnya harapan pihak istana untuk rakyat dan parti-parti politik di negara ini bersatu atas nama Islam dan bukannya berpuak-puak mengikut bangsa dan kaum masing-masing.
"Hanya Islam yang mampu memberikan keharmonian dan keamanan serta menyatukan rakyat sedangkan politik mengikut bangsa dan kaum tertentu hanya memecahkan lagi masyarakat.
"Orang Melayu tidak seharusnya duduk dalam parti Melayu sahaja, orang Cina juga tidak boleh duduk parti Cina sahaja, orang India pun begitu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas titah Tengku Abdullah ketika merasmikan Masjid Saidina Ali Kampung Bapong, Padang Tengku di Kuala Lipis, Ahad lalu.
Baginda bertitah dengan mengingatkan umat Islam agar tidak mengamalkan kehidupan berpuak-puak dan berpecah-belah kerana ia boleh menggugat umat Islam itu sendiri.
Menurut baginda lagi, hidup berpecah-belah tanpa sefahaman hanya akan merugikan umat Islam sedangkan masyarakat lain bersatu-padu dan maju.
Mengulas lanjut, Idris berkata PAS kini menjadi platform terbaik untuk rakyat bersatu padu kerana parti ini memperjuangkan Islam dan bukan memperjuangkan bangsa.
Jelasnya, tidak kira Melayu, Cina dan India, kesemuanya dapat bersama dengan harmoni dibawah PAS dan terbukti dengan kewujudan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang majoriti ahlinya adalah kalangan bukan Melayu Islam.
Sehubungan itu PAS tegasnya menggesa rakyat negara ini khususnya di Pahang dapat melihat hasrat kepimpinan mereka yang mahukan Islam diletakan di tempat yang sewajarnya.
"PAS berharap rakyat dapat menukar Kerajaan yang mempertahakan perjuangan berasaskan kaum dan puak mereka sahaja.
"Dengan menolak Umno-BN sekaligus umat Islam khususnya kalangan kaum Melayu dapat bersatu atas nama Islam," jelas Idris.
Malaysia perlukan pemerintah lebih adil - Mohamad Sabu Dzulfikar Mashoor | KUALA LUMPUR, 6 Sept: Malaysia memerlukan pemerintah lebih adil berbanding pemerintahan Umno yang ada pada hari ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.
Berucap pada satu ceramah di Shah Alam malam tadi beliau berkata, negara ini sudah rosak akibat amalan rasuah, kronisme dan pembaziran yang dilakukan pemerintah.
Lebih teruk katanya apabila isu perkauman cuba dihangatkan dalam usaha meraih sokongan politik.
Zaman Rasulullah dahulu katanya, keadilan menjadi teras kepada memilih pemimpin tanpa mengira faktor bangsa dan agama.
"Tak kira anak tempatan atau bukan anak tempatan kerana Rasulullah SAW sendiri bukan anak jati Madinah.
"Rasulullah s.a.w diberi mandat sebab rakyat yakin baginda boleh laksana keadilan untuk semua," ujarnya.
Isu perkauman dibangkitkan Umno katanya menunjukkan parti itu berada dalam keadaan terdesak selepas mereka ditolak oleh rakyat.
Beberapa amalan Umno itu menurut beliau, tidak ubah seperti amalan para pemimpin jahiliah Arab yang tidak mahu Rasulullah melakukan Fathul Makkah.
"Seperti Arab Jahilah yang tidak mahu Rasulullah melakukan Fathul Makkah (pembukaan kota Makkah), Umno pun sanggup buat apa saja asalkan pemikiran rakyat dan kerajaan pusat boleh terus dijajah," ujarnya.
Tambahnya, Umno lebih bimbang apabila orang bukan Melayu seperti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilihat lebih gigih memelihara kepentingan Melayu dan Islam di negeri Pakatan Rakyat itu berbanding zaman Umno.
"Kita di Malaysia pun perlu kepimpinan yang jauh lebih adil, kita perlu futuwwah (pembukaan) semacam yang Rasulullah buat (iaitu) ubah rakyat dari perhambaan sesama manusia pada perhambaan hanya kepada Allah," beliau menambah.
Sehubungan itu beliau menyeru rakyat agar tidak takut dengan propaganda media pro Umno, kononnya kepentingan Melayu akan terjejas sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan kelak |
KITA ADA ADAB BERJIRAN...ISLAM ITU INDAH BERMAAF2AN..TIADA SAPE UNTUNG JIKA BEGINI....
Kedutaan besar M'sia diserang lagi | | Sejumlah penunjuk perasaan sekali lagi menceroboh dengan memanjat pintu pagar dan bangunan pos pengawal keselamatan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dalam satu demonstrasi hari ini.
Berikutan itu Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Indonesia kerana perbuatan penunjuk perasaan itu tidak dihalang oleh anggota polis yang mengawal di hadapan kedutaan itu.
Duta Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin berkata penghantaran nota bantahan itu akan dibuat sesuai dengan pengakuan pihak berkuasa Indonesia untuk melindungi Kedutaan Besar Malaysia dan warga negara Malaysia yang berada di Indonesia.
Jaminan itu sekali lagi ditegaskan pada mesyuarat Menteri Luar Indonesia dan Malaysia di Kota Kinabalu semalam.
Pada akhir mesyuarat itu semalam, Indonesia menegaskan bahawa ia akan melindungi kedutaan besar dan rakyat Malaysia di negara itu, begitu juga dengan Malaysia yang turut memberi jaminan untuk melindungi kedutaan besar dan warga Indonesia di Malaysia.
Dalam demonstrasi selama sejam mulai pukul 11.40 pagi ini, 170 anggota kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) serta beberapa kumpulan lain dalam gerakan bersama "ganyang Malaysia", telah datang ke Kedutaan Besar Malaysia ketika hujan lebat.
Sejurus tiba, beberapa anggota kumpulan yang berpakaian seragam LMP terus memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan sambil mengibarkan bendera Indonesia.
Mereka turut merentangkan sepanduk bertulisan "Ganyang Malaysia" di pintu pagar itu dan dalam pidatonya kumpulan itu meminta agar kerajaan Indonesia melancarkan perang terhadap Malaysia dan mereka sendiri bersedia turut serta bagi mempertahankan Indonesia.
Kumpulan itu juga cuba merentangkan bendera merah putih yang panjang di pintu pagar itu namun dihalang oleh Polis Indonesia, yang kemudian meminta mereka turun daripada atas bangunan pos pengawal keselamatan itu.
Pasukan polis yang datang awal menunggu penunjuk perasaan dengan beberapa kenderaan termasuk sebuah gerabak kenderaan yang membawa tiga gulung kawat berduri tetapi ia tidak direntangkan di hadapan kedutaan besar itu.
Ini adalah kejadian kedua membabitkan anggota LMP memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan yang sama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Kali pertamanya ialah pada 16 Ogos lalu dan dalam kejadian itu, selain menceroboh, mereka turut merosakkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia dengan menggunakan batang buluh serta mengotor plak itu dengan lumpur longkang.
Sebelum mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia hari ini, kumpulan itu telah berdemonstrasi di hadapan Kementerian Luar Negeri Indonesia dan selepas aksi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia, mereka meneruskan aksi sama di hadapan Istana Negara, iaitu pejabat dan kediaman rasmi Presiden Indonesia.
Selain kumpulan LMP, dua kumpulan lain iaitu Kesatuan Aksi Lintas Mahasiswa (Kalam) dan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) dilaporkan akan turut mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Besar Malaysia hari ini. - Bernama
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan