Ahad, 1 Januari 2012

BILA HILANG PERIKEMANUSIAAN...BILA TAK INGAT LAWAN KITA TAK BERSENJATA...JANGAN DIAKHIRAT KESAL TAK SUDAH...

PKPIM: Guna kekerasan canggah tranformasi Najib | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengkritik sekeras-kerasnya tindakan pihak keselamatan terhadap mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang ingin menuntut pihak universiti menggugurkan kes Adam Adli dan bantahan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samudin berkata, PKPIM difahamkan mereka yang terlibat dalam dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Muhammad Safwan Anang dan beberapa mahasiswa cedera parah dan luka di badan sementara beberapa pimpinan mahasiswa ditahan oleh pihak polis awal pagi tadi.

“PKPIM berpandangan tindakan polis termasuk FRU yang meleraikan mahasiswa secara ganas pada awal pagi ambang tahun baru akan menimbulkan polemik baru yang tidak berkesudahan kerana tindakan seumpama ini tidak bertepatan dengan hasrat transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merangkumi langkah-langkah mengukuhkan lagi demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat sesuai dengan tuntutan generasi mahasiswa hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Seharusnya, kata beliau sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya.

Dalam perkembangan yang berkaitan, ujarnya PKPIM melihat isu itu juga berkait langsung dengan kelulusan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 kerana kandungannya bercanggah dengan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan perhimpunan aman.

PKPIM juga, katanya memandang berat serta menolak pemusatan kuasa serta budi bicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai sepertimana yang terdapat alam Fasal 15, di samping kuasa dalam Fasal 21 yang membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan yang telah terbukti di dalam kejadian yang menimpa mahasiswa di UPSI awal pagi tadi.

“PKPIM merasakan bahawa bahawa tragedi mahasiswa di ambang 2012 ini sekiranya tidak diselesaikan dengan baik akan membuka ruang lebih banyak ruang untuk sebarang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak yang berkenaan akibat dari ketiadaan peruntukan yang jelas untuk mengawal serta menghadkan kuasa serta budi bicara pihak polis dalam mengawal serta menyuraikan sesebuah perhimpunan aman pada masa akan datang,” katanya lagi.

Justeru, PKPIM mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dengan insiden ini dengan tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan secara terbuka kepada seluruh mahasiswa dan rakyat demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan hak-hak asasi manusia.

Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.

Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.

smm protest in sultan idris university 010112 safwan anangDakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.

Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.

Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.

Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.

Polis nafi guna kekerasan pada siswa

Polis menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan merupakan fitnah.

"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja, dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.

"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah," katanya pada sidang akhbar di Tanjung Malim hari ini.

Beliau berkata kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri, dan bukan dipukul polis seperti didakwa.

Mohd Shukri berkata pada awalnya, polis cuba menasihati kumpulan itu dan memberi masa selama 30 minit untuk bersurai, namun mereka tidak menghiraukannya malah bertindak lebih agresif.

"Mereka kemudian mara dan berbaring di atas jalan raya, mengganggu lalu lintas... polis terpaksa bertindak demi keselamatan awam menghalang perlakuan berkenaan, namun ia masih dilakukan dengan berhemah.

"Mereka terus lari lalu merempuh pula klinik berdekatan sehingga berlaku kerosakan pada premis itu dan kemudian polis menahan 17 penuntut pada masa tersebut," katanya.

Beliau berkata tiga laporan polis diterima hari ini, iaitu satu laporan daripada seorang penuntut perhimpunan berkenaan yang melihat rakannya dipukul polis, manakala seorang lagi membuat laporan mengenai kecederaannya akibat rempuhan di klinik dan satu daripada pekerja klinik berkenaan yang dirempuh.

Katanya, perhimpunan itu adalah haram kerana tidak mempunyai permit manakala SMM merupakan sebuah persatuan yang tidak berdaftar.

Mohd Shukri juga menyeru semua penuntut agar tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti perhimpunan haram serta tidak sewenang-wenangnya memfitnah PDRM tanpa usul periksa kerana pihaknya akan bertindak tegas demi menjaga ketenteraman awam.

Kesemua 17 penuntut yang ditahan berusia antara 19 dan 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 186, 145 dan 147 Kanun Keseksaan serta Seksyen 27(5) Akta Polis, namun dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi setelah diambil keterangan.

Awal pagi tadi, kira-kira 70 penuntut beberapa universiti berhimpun secara haram di pekarangan UPSI selepas sambutan Ambang Tahun Baru bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

Selain itu, mereka mendesak agar penuntut UPSI Adam Adli, yang menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Disember lepas, tidak dikenakan tindakan tatatartib oleh pentadbiran universiti berkenaan.

- Bernama

Polis nafi guna kekerasan pada siswa

Polis menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan merupakan fitnah.

"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja, dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.

"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah," katanya pada sidang akhbar di Tanjung Malim hari ini.

Beliau berkata kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri, dan bukan dipukul polis seperti didakwa.

Mohd Shukri berkata pada awalnya, polis cuba menasihati kumpulan itu dan memberi masa selama 30 minit untuk bersurai, namun mereka tidak menghiraukannya malah bertindak lebih agresif.

"Mereka kemudian mara dan berbaring di atas jalan raya, mengganggu lalu lintas... polis terpaksa bertindak demi keselamatan awam menghalang perlakuan berkenaan, namun ia masih dilakukan dengan berhemah.

"Mereka terus lari lalu merempuh pula klinik berdekatan sehingga berlaku kerosakan pada premis itu dan kemudian polis menahan 17 penuntut pada masa tersebut," katanya.

Beliau berkata tiga laporan polis diterima hari ini, iaitu satu laporan daripada seorang penuntut perhimpunan berkenaan yang melihat rakannya dipukul polis, manakala seorang lagi membuat laporan mengenai kecederaannya akibat rempuhan di klinik dan satu daripada pekerja klinik berkenaan yang dirempuh.

Katanya, perhimpunan itu adalah haram kerana tidak mempunyai permit manakala SMM merupakan sebuah persatuan yang tidak berdaftar.

Mohd Shukri juga menyeru semua penuntut agar tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti perhimpunan haram serta tidak sewenang-wenangnya memfitnah PDRM tanpa usul periksa kerana pihaknya akan bertindak tegas demi menjaga ketenteraman awam.

Kesemua 17 penuntut yang ditahan berusia antara 19 dan 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 186, 145 dan 147 Kanun Keseksaan serta Seksyen 27(5) Akta Polis, namun dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi setelah diambil keterangan.

Awal pagi tadi, kira-kira 70 penuntut beberapa universiti berhimpun secara haram di pekarangan UPSI selepas sambutan Ambang Tahun Baru bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

Selain itu, mereka mendesak agar penuntut UPSI Adam Adli, yang menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Disember lepas, tidak dikenakan tindakan tatatartib oleh pentadbiran universiti berkenaan.

- Bernama

NGO, kumpulan siswa kecam tindakan polis

Tindakan polis menyuraikan perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim malam tadi -- yang menyaksikan hampir 20 orang ditahan dan seorang cedera -- terus mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, tindakan polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) akan menimbulkan polemik baru kerana ia tidak bertepatan dengan hasrat perdana menteri untuk mengukuhkan demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat.

pkpim president ahmad fahmi mohd samsudin"Seharusnya sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya," kata presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (kiri).

Dalam kenyataannya hari ini, Ahmad Fahmi berkata, tragedi di ambang 2012 ini sekiranya tidak diselesaikan dengan baik akan membuka ruang lebih banyak ruang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak berkenaan.

Katanya lagi, ini kerana tiada peruntukan yang jelas untuk mengawal serta mengehadkan kuasa serta budi bicara polis dalam mengawal serta menyuraikan sesebuah perhimpunan aman.

Sementara itu, Jingga 13 -- NGO yang dekat dengan PKR -- mendesakkesemua 17 aktivis dan mahasiswa yang ditahan dibebaskan dengan segera tanpa syarat manakala pihak yang cedera wajib diberikan pampasan selayaknya.

NONEKetua koordinatornya Fariz Musa (kanan)berkata, "tindakan biadap di luar kewarasan manusia" itu tidak dapat diterima oleh mana-mana manusia dan jelas melampaui batas.

"Pihak polis yang sepatutnya menjadi tempat mahasiswa kerdil bergantung harap, meminta pertolongan dan perlindungan tergamak menjadi alat penguasa bertindak zalim!" katanya dalam kenyataan hari ini.

"Jingga 13 mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim oleh FRU ini! Jingga 13 bersama mahasiswa menolak kekejaman ini, dan kami mendesak anggota yang terlibat dikenakan tindakan tegas!"
  • Umngok Apco · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Polytechnic
    sape lah yg nak respek dgn polis mosad malaysia ni... Ingat perisik Yahudi pun duduk dalam Bukit Aman... wakaka... melayu UMNO dah jadi saudara mara Yahudi laknatullah...
  • Sam Hisyam · UiTM Seri Iskandar, Perak
    kenapa bla ada title pelajar mesti nk cakp belajar dlu bagi habis....pelajar nie pon dah layak nk mengundi...umo pon dah 21 keatas...diorang pon berhak nk menentu kan kerajaan...kenapa nk halang? sedangkan diorang nie lah yg akan terajui kerajaan satu hari nanti.....x paham lah.....
    • Qamal Qassim Qamal · Pengulas Tertinggi · Open University Malaysia
      Biasalah tu... dia orang terima arahan dari org atasan... KPN nak jaga title & penjaganya,yg TKPN sedang intai peluang...utk nak naik kat atas..... ikut jea lah.
    • Jashamsulnizam Md Jani · Pengulas Tertinggi
      Sbb yg suruh belajar tu pon belajar nyer tak habis, jenis2 manusia otak kemetot...
    • Nizarasa Mohd Isa · · Pengulas Tertinggi · SMK
      semasa buat peraturan dan undang2 dizaman datuk kita atau bapak kita mereka tak berpelajaran tinggi jadi pak turut saja sebab tulah umu rmengundi 21 tahun .saya lagi kecewa dgn kerajaan usia saya 60 tahun tiada pencen minta biasiswa tak dapat anak angkat belajar dalam Program Diploma kejuteraan Awam semester 2 tahun ini keputusan peperiksaan akhir semester 1-3.2 tetapi 1 hari tak hazir kerana sakit.
    • Ibn Abd Halim · Top Commenter
      Kena halang sebab UMNO nak berkuasa hingga ke akhir zaman.
    • Nizarasa Mohd Isa · · Top Commenter · SMK
      Ibn Abd Halim cara u adalah betul dan tepat u berfikiran positif teruskan perjuangan u
    • Malaya Folk · Trisakti University
      Kat Malaysia ni, kamu buatlah demo sampai ke langit utk sokong UMNO/BN, tak ada sapa nak kacau...kalau kamu tentang UMNO/BN...kamu akan terima padah.kalau tanya Jamil Khir pun dia akan cakap bagus FRU belasah budak2 tu..iyalah, si jamil sayang wang ringgit dia..
    • Amru Chew · Top Commenter · Azizian
      Jamil Khir bukan sayang duit dia saja.Duit zakat dia lagi sayang.
    • Ramdhan Mohamad · Top Commenter · Tukang Paip at SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD (SYABAS)
      melayu yg bodoh mmg suka ckp mcm tu. semua org berhak utk suarakan pendapat. biarlah mereka, yg nak halang buat apa? menteri2 bodoh ni takut sgt dgn org yg x sependapat dgn mereka.
    • Muzammil Daud · Top Commenter · Project Manager at Private multinasional
      Sam Hisyam - biasalah dalam negara diperintah dengan kekerasan dan tak suka ada suara yang bangkang, kerajaan akan kontrol semua orang agar tidak tunjuk apa juga bangkangan. Jadi jalan paling selamat, jangan biarkan pelajar berpolitik kerana ada kemungkinan pelajar bila berpolitik akan ada yang tak sokong kerajaan.
    • Selempang Merah · Top Commenter · Kuala Lumpur
      Nizarasa Mohd Isa .. biasiswa untuk org yg layak aje.. kamu tak layak.. sebab kamu org berkemanpuan..
    • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
      Betul tu...Sebelum masuk universiti lagi pelajar ini dah belajar selama 12 tahun sehingga mrk jd cerdik spt skrg. Masih lagi org nak mempertikaikan bhw mrk tak belajar asyik berdemo. kerana belajarlah mrk dah tahu baik buruk sehingga begitu celik kezaliman pihak berkuasa dan pemimpin UMNO(BN) selama ini..
    • Taukey Budu · Politeknik kota bharu
      KERAjaan cakap xserupa bikin saje... xde keperimanusiaan... ayuh kita ABU kan mereka PRU13... ABU Asal Bukan Umno!!!
    • Ahmad Mus · Top Commenter · Works at Nu-in Little Perak
      setuju la sgt2 110% dgn sam hisyam
    • Kalam Azat · Student at UniKL Corporation
      setuju..dulu brahim katak dgn mahathir pon demo jugak.... bila dia jadi pm dia x bg org demo...KEBEBASAN tersebut dah termaktub dlm perlembagaan... asyik2 kuar ayat camni "PELAJAR MELAYU DEMO, DIMANA PELAJAR CINA??" yg TIPU MELAYU PON PEMIMPIN MELAYU tanggunggajawab MELAYU TMBANGKAN UMNO..hahahahahahaha
    • Bulan Matahari · Franklin K.Lane High School
      yang dok jadi haramjadah babi ni umno menteri umno ni semua baruaa2 ,pelajar ni boleh mengundi pa ,,,umno arah polis ni barua babi hanjing menteri umno ni tuihhhhhhh,mampossssss
    • Adam Danial Adam · Top Commenter · USM Pulau Pinang
      Syam Hisyam : Tak perlulah nak berdemo....Kalau dah cukup umur dan layak mengundi, gunakanlah masa pilihanraya nanti, bukannya sibuk nak berdemo......dan belajarlah menerima kenyataan jika pilihan kita tidak terpilih....jangan pula nak sibuk buat demo kerana tidak dapat menerima kenyataan !!!! ..
    • Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years old
      Adam Danial Adam ...OTAK LEMBU..kenapa kalau MELAYU UMNO BANGSAT BERDEMO TAK DI BELASAH ....BINGAI!
    • Silkhanaz Beginz · Ptpl shah alam
      tp xpyah la nk brdemonstrasi mcm DSAI waktu dlu...Akta AUKU d tubuhkan Sbb DSAi la..mcm hangpa dok buat skang ni..Bodoh!! blaja je tggi2..tp ape pon xblh..
    • Sasha Arina · Top Commenter · Air hostess at Carnival Cruise Lines
      Qamal Qassim Qamal setuju dengan anda
    • Hantu Naik Basikal
      Bee End buat provoke 3 hari 3 malam di shah alam tak daa sapa ambil kesah punn....seekor pun tak ditangkap puliss...dan tak der seekor pun yang cedera...dasar sapa lebih baik???Bee end korang dah tak layak memerintah!!!jadi saja pembangkang lepas pru13 nanti.....
  • Tajudin Yaakob · Top Commenter · Works at OPEN POLTICAL UNIVERSITI
    Hj Masran Haron.......mahasiswa org yg dah matang, dia tahu membezakan yg mana baik dan yg mana jahat.yg mana kaca dan yg mana permata.dia tak makan hasutan...lebih bijak dia dari kita, mengaji dia dimenara gading, kita dipondok pasir tumbuh shj.dia memperjuangankan nasib rakannya yg tidak bersalah....berdosakah dia? dia menentang AUKU....hak dia, berdosakah dia? perlukah polis bertindak kejam keatas anak2 muda ini? tidak adakah jalan perundingan? polis kita cuma berani keatas org yg tidak bersenjata.kalau dgn geng Afrika bkn main takut....dan kalau dgn Al Ustaz Ibrahim Libya, tragedi memali bunuh sampai kemati.....fikir2lah TUAN HAJI...
  • Fitri Fit II · Top Commenter · Works at Ada kerja ada GAJi
    Bgimana Peristiwa BERSIH dulu..begitu juga cara yg dilakukan terhadap siswa menentang AUKU..apa seterusnya..??..adakah pertumpahan darah jalan seterusnya..??..NAJIB harus malu dgn apa yg berlaku..!!..transfomasi konon...
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Tranfmasi kepala hotak dia!!!! cakap tak serupa bikin.
    • Hafiz Noor · · Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
      bijan harus berundur...
    • Rizal Mansor · UPSI
      najib btanggungjawab dalam semua masalah yang timbul sebab dia PM....kalau tak letak jawatan jgn biar rakyat di zalimi... raja2 tak kan tgk sahaja..... dulu rakyat sanggup bermatian demi pertahankan raja dan sultan .... tapi adakah mereka sanggup apa saja untuk rakyat......
    • Bogo Indra Gonzales · · Top Commenter
      Rizal Mansor jagan lupa Hishammudin pun arus bertanggung jawab.jagan sibuk nak tukar MY Kad lama ka MY KAD Baru.sudah tentu harga satu MY KAD BARU sudah Coutim harga pak menteri dapat sekurang kurang nya satu my kad baru rm 15.kalau diganti semua rakyat malaysia lebeh kurang 20 juta yang pakai my kad banyak la pak menteri dapat mencekek duit rakyat.
    • Nasar Shaari · Kuala Lumpur, Malaysia
      INGAT - bila berdemotrasi....kita bukan berhadapan dgn manusia atau polis kita berhadapan dgn ANJING...yg telah dirasuk kebinatangan/iblis...yg menganggap pendemostran sebagai objek atau mangsa.....jadi...demostran....kena lebih berani besatu dan kuat bertempek serta jgn lari....sbb sifat anjing akan TAKUT...akhirnya anjing akan mula sedar, yg ianya manusia perlu hormat pd demostran....atau cari tulang supaya anjing2 x ikut arahan tuan dia.
      uniform polis msia dilaknat..pabila pakai...akan jelmaan ANJING berperangai binatang....KALAU sayang polis, tumbangkn umno...ABU
  • Wie Wi · Top Commenter
    Ya.Allah kau selamat kan lah pejuang2 mahasiswa yg cedera atau yg dlm tahanan polis.YA ALLAH KU POHON PADA MU YA ALLAH ENGKAU LAKNATLAH MEREKA2 YG ZALIM TERHADAP MAHASISWA.AMIN.
  • Dato'Dr Agus
    bebaskan pelajar tersebut dan tunujkan tauladan yang baik kepada pelajar bukan dengan bertindak ganas pada budak kecil ===zalin
    • Jashamsulnizam Md Jani · Top Commenter
      Nak padamkn api kenelah siram dgn air bukan nyer simbah dgn Petrol RON95(low quality plak tu...), hahaha...
    • Dato'Dr Agus
      kenapa mahasiswa pro umno boleh berdemokrasi tiada halangan tapi yang anti ditangkap dan dipukul kersian pelajar tu
    • Dato'Dr Agus
      sibah minyak supaya cepat habis terbakar sebab benda dah terbakar pun
    • Bulan Matahari · Franklin K.Lane High School
      Dato'Dr Agus ,,,,.kena laa faham formula apco mcmtu laaa cara nya yahudi mana tau kesian kat manusia umno ni cmtu laaaaaa.
  • Annuar Ismail · Top Commenter · Works at FBI – Federal Bureau of Investigation
    Saya memberi amaran kepada GOV of MSIA, iktibar drpd Libya, Mesir dan Yamen iaitu KEBANGKITAN RAKYATnya sesudah nyawa telah dinilai rendah dari maruah serta masa depan generasi mereka, BERMULA apabila berlaku MAUT yg x spatutnya dilakukan oleh pihak berkuasa didlm demonstrasi aman.
  • Tajudin Yaakob · Top Commenter · Works at OPEN POLTICAL UNIVERSITI
    Samsudin Abd Kadir......kalau kehutan @ air terjun tu bkn nak demontrasi, nak beromen bolehlah.apalah kamu ni........dan galaklah anak2 muda berjoget bersama pak menteri sampai kepagi....itu yg kamu mahu..
  • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Director at Own business
    JANGAN SAMPAI RAKYAT MALAYSIA HILANG KEPERCAYAAN PADA POLIS !
    • Umar Buang · Top Commenter · 53 years old
      Dah lama daaaaah tak cayakan polis.
    • Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years old
      Sapa lah yg bodoh sangat nak percaya sepenuhnya pada polis..SEMUA TAHU POLIS JADI JAHAT DAN ZALIM TERHADAP RAKYAT KERANA DI ARAH OLEH KETUA NYA YG MENDAPAT IMBUHAN BESAR DARI MELAYU UMNO BANSAT...yg gorombolan ketua2 polis akan tetap ikut...kerana apa..WANG..KEDUDUKAN ISTEMEWA SELEPAS PENCEN..RAKYAT DAH LAMA NAMPAK..komen saya bukan untuk semua polis tapi YG BERSEKONGKOL DGN PENGAN PENGUASA YG ZALIM......
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    alat2 pecacai digunakan untuk matikan kebangkitan mahasiswa...peristiwa ni amat memalukan dan patut dijadikan tarikh keramat kebangkitan mahasiswa menentang rejim zalim...dithailand dulu mahasiswa bermandi darah dan berjaya gulingkan thanom kitikachorn...diindonesia suharto tumbang selepas 2 pelajar universitas trisakti ditembak mati oleh polis...jangan dicabar kesabaran mahasiswa..
  • Hj Masran Haron · Top Commenter · Simpang Rengam, Johor, Malaysia
    Biasalah,, polis dikecam bila buat tindakan,, kenapa xkecam sekali penghasut2 yg membakar jiwa mahasiswa utk wat demo,, itu adalah lbih baik,, dn kenapa xkecam manusia2 yg mengelar polis sbagai anjing?
  • Nizarasa Mohd Isa · · Top Commenter · SMK
    Dalam menjaga keamanan, kenteraman awam dan keselamatan negara adalah menjadi tugas dan tanggungjawab PDRM kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka terdiri dari " saya menurut perintah "
    • Khairul Anuar Hamid · Top Commenter · UiTM
      kalau nak menurut perintah pon jgn lerr bengap sangat,,itu bukan perhimpunan bawak senjata ker aper,,,,pesal bodo sangat...kalau suruh metah kedarah tahik pon PDRM ikut gak ker...erm
    • Noriman Saari · Top Commenter
      kita di tuntut ikut perintah yang tidak menyalahi agama sahaja....semua orang kena macam tuh...adakah kerana 'terpaksa' menurut perintah kita tidak akan di soal oleh Allah apa yg kita lakukan? adakah perbuatan zalim tidak mendapat dosa atas alasan menurut perintah?
    • Nizarasa Mohd Isa · · Top Commenter · SMK
      Khairul Anuar Hamid wahai khairul Anuar Hamid itu sudah menjadi S.O.P.PDRM yang termaktup dalam perlembagaan dan kalau nak buat demo kena ada permit kelulusan dari PDRM.Semua jabatan,kementeran,universiti,kolej dan syarikat ada S.O.P masing yang misti dipatuhi.....?
    • Nizarasa Mohd Isa · · Top Commenter · SMK
      Noriman Saari Ya benar kata anda .. Di Malaysia kita orang melayu yang beragama islam tidak bersatu untuk menjadikan sebahagian Undang2 berteraskan Islam didalam apa juga akta kerana pemerintah menganggap ianya tak sesuai dizaman ini..?
      Setiap perbuatan kita didunianya yang baik atau tidak akan mendapat ganjaran pembalasan Allah s.w.t.bila kita kembali kepadanya tiada seorang pun yang terlepas dari hukum dan seksaan Allah s.w.t.
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Nizarasa Mohd Isa, KPN dan TKPN anjing peliharaan UMNO!!!
    • Nizarasa Mohd Isa · · Top Commenter · SMK
      Akik Desa Kamu orang yang paling bodoh akan dilanati Allah s.w.t saya dari dulu hingga sekarang bukan orang umno.Undang2 ujud sebelum kamu lahir yang paling bodoh orang serawak jadi Menteri kat semenanjung...? bagi kekuatan pada BN
    • Khairul Anuar Hamid · Top Commenter · UiTM
      Nizarasa Mohd Isa SOP SOP laa juga....tapi takkan la sampai belasah org sampai masuk ICU...SOP aper kejadah kalau belasah student sampai camtu sekalii....kalau nak tangkap pon tak perlu sampai cederakan org yang tak bersenjata camtu...ada AKAI kaa nak ikut SOP pon...maner besar SOP dengan HUKUM tuhan supaya tak menzalimi org DOL....
    • Khairul Anuar Hamid · Top Commenter · UiTM
      Nizarasa Mohd Isa lagi satu nak tanya hang bila melibatkan demonstrasi pelajar Aspirasi maner letaknya SOP PDRM niii...cu citer cu citer....tgk FRU menikus jer...


PKR: Polis guna kekasaran melampau

PKR hari ini menyatakan rasa kesal terhadap tindakan polis menangani perhimpunan di Tanjung Malim awal pagi tadi yang menyaksikan 17 orang ditahan dan seorang mahasiswa terlantar di hospital.

Parti itu menuntut pihak polis dan menteri dalam negeri membuat permohonan maaf, sekali gus memastikan pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kecederaan itu dihadapkan ke muka pengadilan.

NONETimbalan Presiden PKR Azmin Ali (kanan)berkata, kejadian itu menjadi saksi bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak ada iltizam politik untuk melaksanakan transformasi yang diwar-warkannya.

"Transformasi yang diumumkan perdana menteri itu tidak lebih dari kosmetik politik bertujuan mengaburi rakyat dari kenyataan yang sebenar, bahawa pentadbiran beliau sebenarnya lemah serta tidak berdaya mengotakan janji yang dibuat," katanya.

Dakwanya, pihak berkuasa menggunakan "kekasaran melampau" walaupun kumpulan mahasiswa sekadar menyatakan bantahan terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

Nurul Izzah: Titik hitam 2012

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah) pula mendakwa mahasiswa yang tercedera itu Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan anggota polis menyebabkan "beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri."

nik nazmi"Tindakan polis pada hari ini jauh berbeza dengan tindakan mereka ketika perarakan mahasiswa ke PWTC yang berkesudahan dengan berkibarnya panji kebebasan akademik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar menyifatkan tindakan polis sebagai tidak demokratik, bersifat “negara polis” dan memalitkan titik hitam di awal sambutan tahun baru 2012.

Anggota parlimen Lembah Pantai itu berkata, ia memberikan mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia tentang "kerakusan" kerajaan menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara yang termaktub dalam perlembagaan.

NONEIni juga bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia baru-baru ini.

"Saya tekankan bahawa Mahasiswa atau anak muda punyai hak menuntut kebebasan dan pemansuhan AUKU dan tindakan menangkap dan merempuh mahasiswa yang datang berhimpun di bawah Suara Mahasiswa tidak merupakan satu kesalahan," katanya.

Nurul Izzah juga percaya gerakan mahasiswa tidak akan lemah ekoran insiden awal pagi tadi untuk terusterus memperjuangkan perubahan untuk mereformasikan Universiti, kebebasan akademik serta pemansuhan AUKU.



'Polis, bersedialah disaman'

Pihak polis yang didakwa melakukan kekasaran dalam perhimpunan mahasiswa menuntut prokebebasan akademik di Tanjung Malim awal pagi tadi diingatkan supaya bersedia menghadapi tindakan saman di mahkamah.

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS hari ini berkata, tidakan tersebut jelas tindakan yang zalim, tidak munasabah dan bertentangan dengan norma-norma hak asasi manusia.

"JUHAM yang terdiri daripada barisan peguam-peguam di seluruh Malaysia berikrar akan membela dan menyokong para Mahasiwa ini sekiranya mereka didakwa di Mahkamah," Kata pengarahnya Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

"Malah, JUHAM bersedia untuk memberikan khidmat nasihat guaman percuma kepada para mahasiswa ini sekiranya mereka dipanggil untuk menghadiri tindakan tatatertib sebagai bukti sokongan padu JUHAM kepada gerakan mahasiswa yang mendokong kebenaran dan keadilan."

Justeru, dalam kenyataannya hari ni, JUHAM menyeru saksi kejadian tampil dan menghubungi JUHAM bagi membantu pihaknya mengumpulkan bukti "keganasan" polis dalam perhimpunan tersebut.

Katanya, lima peguam JUHAM termasuk dirinya sendiri kini sudah berkampung di balai polis Tanjung Malim sejak awal pagi bagi menunjukkan sokongan dan kesediaan mewakili mahasiswa sekiranya polis mahu mendapatkan reman untuk terus menahan.

Jawatankuasa itu juga menyifatkan tindakan polis malam tadi sebagai pilih kasih dan tidak seperti layanan yang diterima oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) yang berhimpun pada 21 Disember lalu.

Tiada ulasan: