Selasa, 2 November 2010

BUATLAH SESUKA HATI DIDALAM DUNIA NI...AKHIRAT NANTI TERIMALAH BALASAN MENGIKUT AMALAN...JAHAT NERAKA...BAIK SYURGA...

'Hilang layak undi awam' teramai di negeri Pakatan
Nov 2, 10 4:42pm
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak supaya menjelaskan persoalan yang berbangkit berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010.

Dan lebih mencurigakan, kata Pemuda PAS Pusat, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007).

"Ironinya, negeri terbabit adalah dua negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sebuah negeri lagi telah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh BN," kata ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat.

Mengikut kebiasaannya, tegas beliau, apabila seseorang pemilih menjadi pengundi pos, maka secara automatik mereka akan hilang kelayakan sebagai pengundi awam.

"Bilangan 18,493 undi “hilang layak undi awam” adalah cukup besar. Mereka berkemungkinan besar isteri atau keluarga anggota tentera atau polis," katanya dalam satu kenyataan sambil menambah, kumpulan itu baru diwujudkan dalam rang suku ketiga tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, bilangan anggota tentera dan polis yang memohon sebagai pengundi pos adalah 76 orang sahaja, berbanding dengan keluarga mereka yang memohon berjumlah 18,493 orang.

"Secara tidak langsung, (ia) membawa maksud bahawa secara puratanya satu keluarga polis atau tentera mempunyai 243 orang ahli. Ini angka yang tidak munasabah," tambahnya.

Katanya, tidak dinafikan keluarga anggota polis dan tentera boleh memohon sebagai pengundi pos secara berasingan dengan suami atau isteri mereka yang menjadi anggota terbabit.

"Tetapi pendaftaran secara beramai-ramai di suku ketiga dan hampir dengan pilihanraya umum ke-13 adalah sungguh mencurigakan. Seolah-olah ada usaha saat-saat akhir untuk memberi kemenangan kepada pihak tertentu.

"Terdapat maklumat juga yang menyatakan bahawa terdapat isteri anggota keselamatan yang tidak mengetahui nama mereka telah dipindah daripada pengundi awam kepada pengundi pos. Mereka telah menjadi mangsa kepada golongan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Menurut Suhaizan lagi, apa yang paling mencurigakan adalah walaupun kali pertama kumpulan ini diwujudkan tetapi mempunyai bilangan yang cukup ramai iaitu 18,493 orang.

Mengenai jumlahnya yang ramai di Kedah, Kelantan dan Perak, Suhaizan berkata, kemenangan Pakatan rakyat dengan majoriti kecil di peringkat DUN adalah sangat membimbangkan.

"Contohnya di negeri Kedah bagi DUN N24 Jeneri, YB Yahya Abdullah (Pakatan) menang dengan majoriti 67 undi sedangkan undi “hilang layak undi awam” yang telah dimasukkan berjumlah 117 orang.

"Kemungkinan Pakatan akan kalah sebanyak 50 undi dalam pilihanraya akan datang. Bagi DUN N26 Tanjung Dawai, YB Dr Hamdan Mohd Khalib (Pakatan) menang dengan majoriti 79 undi.

"Undi daripada pengundi “hilang layak undi awam” yang dimasukkan ke DUN ini adalah seramai 105. Maka Pakatan kemungkinan kalah dengan majoriti sebanyak 26 undi," tambahnya.

Suhaizan juga menyentuh tentang pembaikan sistem undi pos yang didakwanya masih kabur.

"Selepas kekecohan pengurusan undi pos dalam pilihanraya Kecil Sibu lepas, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyedari
bahawa proses undi pos menyusahkan dan menggunakan terlalu banyak borang.

"Beliau berjanji mahu membuat perubahan terhadap sistem pengundian pos. Sehingga hari ini tidak diketahui apakah statuscadangan beliau ini.

"Kewujudan pengundi “hilang layak undi awam” ini akan menambahkan bilangan pengundi pos.

"Bagaimana SPR mahu menghadapi pertambahan pengundi pos yang besar ini sedangkan janjinya untuk memperbaiki sistem undi pos belum menampakkan hasilnya?

"Selagi ruang manipulasi dalam undi pos masih ada maka pilihanraya di negara ini akan dipertikai oleh rakyat," kata Suhaizan.

Oleh itu, katanya, bagi memastikan sistem pilihanraya berjalan dengan adil dan telus maka SPR mesti menjelaskan kepada rakyat persoalan yang berbangkit berhubung dengan kumpulan pengundi “hilang layak undi awam”.



SPR: Bayaran RM20 bukan rasuah
Aidila Razak
Nov 2, 10
4:46pm


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 06“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.

Lagipun, kata Aziz kesalahan seumpama itu sukar dibuktikan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mereka perlu menunjukkan bahawa penerima habuan berkenaan telah mengundi parti yang memberi.

“Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu? Saya tidak dapat melihat hubungan itu.

“Terdapat ramai peguam hari ini dan mereka boleh memutar daripada hitam kepada putih, jadi kamu kena ada bukti yang jelas dan pasti 100 peratus perkara itu berlaku. Jika tidak, usaha itu jadi sia-sia.”

batu sapi bn vote buying photo 3 giving moneyMalaysiakini sebelum ini telah melaporkan bahawa Wanita Umno dikesan menyerahkan wang RM20 kepada mereka yang sanggup memberikan butiran peribadi dan juga mendedahkan parti mana yang disokong mereka.

Malah, perkara itu juga berjaya dirakamkan oleh seorang wartawan. Seseorang yang perlu menunjukkan myKad mereka bagi membuktikan mereka adalah pengundi di kawasan itu.

Menurut seorang wanita yang berbaris: “Ini untuk pengundi. Tunjukkan myKad untuk buktikan kamu pengundi dan mereka akan berikan wang.”

batu sapi bn vote buying photo 4 singing nameKebanyakan yang beratur pada hari berkenaan adalah rakyat Malaysia keturunan Cina meskipun majlis berkenaan didakwa untuk sayap pekerja Wanita Umno.

Malah, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sendiri mengesahkan wang itu adalah untuk pekerja parti yang ke Sabah untuk membantu kempen BN.

Bagi membuktikan perkara itu, wartawan Malaysiakini juga beratur dan juga diberikan wang RM20 itu. Malah identiti pengenalan juga toidak lagi diminta.

Aziz kemudian diminta membaca laporan berkenaan dan melihat klip video tersebut. Selepas berbuat demikian pengerusi SPR itu menghantar mesej teks kepada Malaysiakini bahawa beliau yakin bahawa wang RM20 itu adalah hanya untuk pekerja parti dan bukannya untuk pengundi.

batu sapi bn vote buying photo 7 lining up“Selepas baca (laporan berita) saya percaya bahawa pekerja parti adalah dari seluruh Sabah dan yang penting mereka bukan pengundi Batu Sapi.

“Wang tunai RM20 diberikan sebagai bayaran pengangkutan dan malah wartawan Malaysiakini juga dapat, baiknya...Apa ini?”

Namun, katanya, beliau akan menyerahkan laporan dan video berkenaan untuk penasihat undang-undang SPR supaya mengjkajinya dan mengambil tindakan jika perlu.

Malaysiakini akan menyerahkan wang tersebut kepada pihak SPR bagi membantu siasatan


Azhar digantung lagi, ADUN Umno keluar dewan
Susan Loone
Nov 1, 10
12:30pm


Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menggantung Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan kerana 'mengucapkan perkataan berbaur hasutan' dalam DUN itu Mei lalu.

Keputusan itu diluluskan oleh Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan hari ini setelah usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) disokong oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun segala saraan dan elaun Azhar (kanan) sebagai ADUN dikekalkan.

Keputusan tersebut menyebabkan semua ADUN Umno bertindak keluar dewan.

Azhar (kanan), yang juga ADUN Penaga dirujuk kepada jawatankuasa hak dan istimewa ekoran kenyataannya itu yang telah mencetuskan kekecohan di dewan tersebut.

Jawatankuasa tersebut, yang telah bermesyuarat beberapa kali untuk membincangkan perkara itu, dijadual menyerahkan laporannya kepada DUN pada jam 2.30 petang ini.

Difahamkan, Azhar akan diminta memohon maaf terhadap kenyataannya itu.

Jika berbuat demikian, beliau tidak akan digantung daripada menghadiri sidang dewan hari ini dan esok, serta disambung semula dari 8-16 November selepas cuti Deepavali.

Terdahulu pada perbahasan yang diadakan selepas pembentangan usul itu, Azhar bertegas dengan pendiriannya tidak mahu memohon maaf disebabkan beberapa perkara iaitu tiada dakwaan khusus untuk mengenakan hukuman terhadap dirinya.

"Selain itu usul yang dirujuk juga cacat dan bercanggah dengan peraturan 37 kerana usul itu tidak pernah dibahaskan sebaliknya speaker ketika itu terus mengambil keputusan mengemukakan masalah itu dan satu undi telah diambil," katanya. Azhar, yang juga setiausaha Umno negeri, mendakwa prosedur yang digunakan untuk merujuk kepada jawatankuasa tersebut adalah tidak betul.

Katanya, satu resolusi perlu dicadang dan dibahaskan, dan hanya baru selepas itu, satu keputusan dibuat sama ada untuk merujuk beliau atau tidak, kepada jawatankuasa tersebut.

Mei lalu, ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh telah membentangkan usul untuk merujuk Azhar kepada jawatankuasa tersebut.

Ini berlaku selepas Azhar menggesa tentera mengambilalih tugas dari pihak polis kerana pentadbiran negeri itu telah menyatakan ia tidak lagi mempunyai kepercayaan pihak polis. Beliau memberi amaran bahawa rusuhan kaum boleh berlaku lagi jika rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan.

Azhar kemudian menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan itu kerana kerajaan negeri cenderung menghina polis.

Pada bulan Ogos, pengerusi jawatan tersebut, Datuk Hussein Abdul Halim, yang juga speaker dewan, berkata semua ADUN akan dibekalkan dengan senarai perkataan yang dianggap tidak sesuai disebut sewaktu persidangan

Tiada ulasan: