Ahad, 28 November 2010

RAKYAT MEMENANGKAN...RAKYAT YANG MEMILIH....MAKA YANG BERKUASA ITU RAKYAT BUKAN ORANG YANG DILANTIK....

Anwar mahu kumpul semua calon kalah
Abdul Rahim Sabri
Nov 28, 10
8:06pm

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR termasuk naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub tidak akan diketepikan oleh parti.

Sebaliknya mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR.

"Mengapa beliau (Mustaffa Kamil) harus diketepikan. Beliau adalah orang yang teruji... Kita akan panggil semula rapatkan kepimpinan," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam kongres PKR di Petaling Jaya.

Katanya, selain Mustaffa, beliau juga akan memanggil calon yang kalah antaranya, calon Ketua Pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin dan ahli parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Mustaffa berkata beliau akan berbincang dengan kepimpinan baru yang dilantik untuk memberi kepada pihak yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini.

Dalam ucapan juga, Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu.

Mengulas tentang aduan kelemahan pengurusan pemilihan, Anwar berkata perkara itu akan diperbaiki termasuk memberi jaminan bahawa partinya akan menjawab segala aduan yang dikemukakan.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan berpesan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR.

Sambil mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak suaminya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu.

"Saya pergi kemana-mana, ada orang pandang hina kepada saya. Saya tidak terasa apa-apa, sebab saya percaya kepada keadilan. Peduli apa orang kata," katanya



Hapuskan PTPTN, beri biasiswa, gesa AMK
Abdul Rahim Sabri
Nov 28, 10
11:47am


Pemuda PKR (AMK) mendesak kerajaan supaya menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) dan digantikan dengan "biasiswa rakyat Malaysia" untuk golongan mahasiswa.

Wakil AMK Yusmadi Yusoff menyifatkan pinjaman itu membebankan mahasiswa sedangkan pendidikan merupakan salah satu daripada hak asasi manusia.

"Hak pelajar daripada hasil mahsul negara bukan daripada tawar menawar pak menteri. Hak pelajar (itu) adalah hak asasi manusia.

"Sehubungan itu, Keadilan perlu mencadangkan (satu) biasiswa rakyat Malaysia," katanya ketika membahaskan usul pendidikan dalam kongres PKR hari ini.

Ypkr convention 281110 hallusmadi yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata pinjaman itu menyebabkan mahasiswa dicop sebagai "penghutang" selepas mereka tamat pengajian.

"(Apabila) tamat pelajar, sudah ada cop dekat dahi, hutang RM15 ribu. Hendak kahwin, hutang lagi. Hendak berniaga, hutang lagi," katanya sambil disambut gelak ketawa para perwakilan.

Dalam perbahasan itu juga, beliau mencadangkan supaya timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali menjadi ketua dalam bidang pendidikan dalam parti yang disifatkannya sebagai "Universiti Masyarakat".

"Didiklah kami, anak muda, kami akan lawan, lawan sampai ke Putrajaya," katanya sambil menambah ketokohan Dr Syed dalam bidang akademik sudah terbukti sebelum ini.

Petang ini, secara rasminya Dr Syed Husin akan menyerahkan jawatannya kepada penggantinya Azmin Ali yang memenangi pemilihan bagi jawatan tersebut.

Beliau memilih bersara daripada jawatan politik bagi menumpukan usaha kepada bidang penulisan dan anggota keluarganya.



Nurul Izzah: Institusikan prinsip, bukan personaliti
Abdul Rahim Sabri
Nov 28, 10
6:07pm


Naib presiden PKR yang baru, Nurul Izzah Anwar berkata rakyat akan memilih parti yang bermaruah seandainya pemimpin jujur dan berjuang berdasarkan prinsip nilai murni yang tinggi dan bukan berdasarkan personaliti sahaja.

"Kita mesti membezakan antara personaliti dan prinsip yang dibawa personaliti.

"Hanya prinsip dan bukannya personaliti yang mesti diinstitusikan di dalam parti kita," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Kongres PKR hari ini.

Katanya, PKR bersedia mempelajari apa yang berlaku daripada proses pemilihan yang baru berlangsung melalui pelaksanaan langkah-langkah susulan yang dapat meleraikan keresahan anggota.

Menurutnya lagi, PKR berkebolehan seandainya meremajakan dan menawarkan kepimpinan yang mahir, beramanah dan berpegang teguh kepada prinsip dan asas perjuangan parti.

Sementara rakan sejawatannya, Fuziah Salleh juga turut menggariskan tiga peringatan kepada anggota sebelum dikatakan bersedia menghadapi pilihan raya umum yang ke-13 tahun hadapan.

Beliau yang juga pengarah pilihan raya berkata, tersebut adalah mengarahkan jentera pilihan raya di negeri dan cabang mendaftar mengundi penyokong dan anggota sebelum 15 Disember ini.

"Kemudian membuat analisa di kawasan masing-masing, kerana pilihan raya adalah (melibatkan) angka. Ketiga, siapkan jentera pilihan raya di daerah mengundi.

"Insya-Allah, (kalau cukup tiga perkara) hujung tahun ini, boleh lah kita kata, kita boleh bersedia (dengan pilihan raya)... Kita harus bertindak," katanya yang juga ahli parlimen Kuantan.

Manakala timbalan ketua menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman pula berkata PKR terus diserang kerana mempunyai kekuatan tersendiri dan dilihat sebagai parti masa depan.

Selain itu, katanya, mereka juga menyerang ketua umum PKR dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah Pakatan Rakyat.

"Siapa sangka DAP boleh membawa bendera PAS, dan penyokong PAS membalut (diri mereka) dengan bendera DAP. Ini yang menakutkan mereka," katanya.

Manakala ahli parlimen Batu Tian Chua pula berkata perjuangan PKR adalah hasil daripada perjuangan rakyat yang tertindas.


Bold


Muhyiddin pun ajak saya balik, dakwa Mustaffa
Jimadie Shah Othman
Nov 28, 10
4:19pm


Bekas naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub yang tewas dalam pemilihan parti mendedahkan, bukan sahaja ada cubaan menariknya menyertai parti Datuk Zaid Ibrahim, malah Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukannya.

"Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk (timbalan pengerusi BN) Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar.

"Saya tetap dengan PKR, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan terakhir sebagai naib presiden dalam Kongres PKR ke-7 di Petaling Jaya.

Menurut Mustaffa, selepas 12 tahun bersama PKR, beliau pernah menang dan kalah tetapi tidak pernah meninggalkan parti.

"Dulu saya setiausaha politik Muhyiddin Yassin. Kemudian saya tinggalkan Muhyiddin demi sertai reformasi Anwar Ibrahim.

"Dan saya tidak pernah menyesal (melakukannya)," katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Bukan parti puji-pujian

Semalam, Mustaffa Kamil yang tewas teruk merebut jawatan timbalan presiden di tangan Azmin Ali memberitahu Malaysiakini beliau komited dengan PKR walaupun terdapat percubaan menariknya menyertai parti yang akan ditubuhkan Zaid.

Mustaffa juga masih kritikal kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang didakwanya memulang beban pembuktian aduan kepada pengadu dan berharap aduannya terus disiasat.

Bagaimanapun, hari ini, Mustaffa Kamil berucap dengan nada yang berbeza apabila menunjukkan sikap 'jiwa besar' dengan menerima keputusan pemilihan dan akur pada kelebihan Azmin.

"Saya akur, setiap kita adalah pemimpin. Saya akur, ada kelebihan pada saudara Azmin yang sama-sama kita pilih," katanya yang menyebabkan kira-kira 1,000 perwakilan dalam Dewan Sivik MBPJ - tempat persidangan - bangun memberikan tepukan.

Sambil berkata menang dan kalah sebagai perkara biasa, Mustaffa Kamil sekali lagi menjelaskan kritikannya sebelum ini dibuat kerana sayangkan parti.

"Akhirnya kita parti reformasi, bukan parti puji pujian semata-mata. Pemimpin boleh ditegur dan menegur.

"Inilah maknanya politik baru dan budaya baru," katanya yang menggunakan slogan "politik nilai" dalam kempennnya sebelum ini

Align Left






Tiada ulasan: