Isnin, 29 November 2010

JANGANLAH KITA BESAR KEPALA KEPADA ALLAH...DENGAN SEWENANG2 MENINGGALKAN SOLAT...ATAU BERBUAT MUNGKAR...ZINA...MENCURI...MINUM ARAK...RASUAH DLL...

BILA BERLAKU BENCANA DARI ALLAH...TIADA KEKUATAN SERTA PASUKAN KESELAMATAN(POLIS..ASKAR...BOMBA...DLL) MAMPU MENOLAK BENCANA TERSEBUT....MALAH MEREKA JUGA TURUT MENYELAMATKAN DIRI ATAU TERKORBAN@MATI....BEGITU KEKUASAAN ALLAH...ADAKAH KITA MASIH TAK SEDAR....ADAKAH MASIH NAK BUAT MUNGKAR SERTA DEGIL PADA ALLAH....ADAKAH KITA BOLEH TONGKAT DUNIA INI.....

RENCANA UTAMA


Menawan si pemuntah lahar





KRAKATAU, Merapi, Galunggung, Agung dan Sinabung. Demikian sekadar menyebut beberapa nama gunung berapi yang mempunyai kisah menakutkan dalam sejarah letusan malapetaka di Indonesia.
Berada dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik, selain lima gunung berapi tersebut, Indonesia kini mempunyai 64 lagi gunung berapi aktif yang sedia untuk memuntahkan laharnya.
Dalam lipatan sejarahnya, puluhan ribu rakyat Indonesia menjadi korban gunung berapi sejak 200 tahun lalu termasuk letusan Gunung Tomboro pada 1815 yang meragut 70,000 nyawa.
Terbaru tahun ini, dua gunung berapi bangkit menjelmakan amukan mereka. Tanggal 29 Ogos lalu, gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia memuntahkan asap dan abu menjulang tinggi sehingga 2,000 meter.
Amukan Sinabung yang tidur selama 400 tahun menyebabkan 12,000 penduduk bertempiaran melarikan diri malah turut meragut ratusan nyawa. Beberapa hari sebelum letusan berlaku, penduduk berhampiran mula dipindahkan sebaik sahaja terdapat tanda-tanda gunung Sinabung kembali aktif.
Gunung Sinabung merupakan sebuah gunung stratovolkano yang terdapat di Karo, Pulau Sumatera, Indonesia. Ia mempunyai ketinggian 2,460 meter.
Menurut beberapa pakar arkeologi, Gunung Sinabung yang terletak berdekatan Danau Toba mempunyai kawah sepanjang 100 kilometer.
Ia dipercayai hampir memusnahkan semua umat manusia ketika meletus pada 69,000 hingga 77,000 tahun dahulu.
Tidak sampai tiga bulan Sinabung mengamuk, giliran Gunung Merapi di Yogyakarta menunjukkan ‘taringnya’ apabila memuntahkan lahar. Diakui sebagai gunung berapi paling aktif di Indonesia, Merapi yang meletus sejak hujung Oktober lalu mengorbankan lebih 300 orang.

AFIF sentiasa mengambil tahu status gunung berapi sebelum dan sepanjang waktu pendakiannya.



Bagaimanapun, Merapi pernah dianggap gunung berapi paling menakutkan selepas Krakatua apabila meragut 1,300 nyawa pada tahun 1930.
Meneliti kepada jumlah kematian, melihatkan kepada kepulan asap tebal yang diletuskan malah membayangkan lahar panas berwarna merah yang muntah serta menelan mangsa-mangsa sudah cukup untuk menimbulkan rasa ngeri kepada ramai orang.
Namun, peliknya ada kelompok manusia yang tidak gentar untuk ‘menawan’ gunung berapi biarpun mengetahui ia satu aktiviti yang boleh meragut nyawa mereka pada bila-bila masa.
Ciptaan Ilahi
Apabila diajukan persoalan kepada mereka mengenai minat ‘menakluki’ lokasi berbahaya itu, jawapan yang diterima pasti sama - untuk melihat dengan lebih dekat bentuk fizikal dan mahu menikmati keindahan ciptaan Ilahi.
Seorang pendaki gunung, Afif Che Embi, 33, berpeluang menjejak kaki ke puncak Gunung Sinabung pada Julai tahun lalu selepas berjinak-jinak dalam aktiviti lasak mendaki gunung berapi sejak tahun 2002 iaitu Gunung Kerinchi.
Menurut Afif, dia tiada langsung perasaan takut ketika mendaki gunung berapi kerana sejak awal program, para pendaki sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.
“Perasaan takut dapat diatasi apabila kami menyelidik terlebih dahulu status sesuatu gunung itu sebelum merangka ekspedisi. Malah, kami juga sentiasa mendapat status dari semasa ke semasa hingga tiba waktu pendakian.
“Pengalaman mendaki gunung berapi adalah berbeza terutamanya apabila mendaki gunung berapi hidup. Keadaan tandus dan gersang di puncak gunung, sejuk dan kering melampau pada malam hari serta panas dan kering pada siang hari akan dirasai,” katanya.
Tambahnya, tanah yang poros, berdebu membuatkan pendaki mudah tergelongsor. Pemandangan indah dapat dilihat dengan kehadiran rumput-rumput savana di kaki gunung, beberapa telaga bekas kawah gunung berapi, selain dapat menyaksikan letusan dan lohong sulfur yang masih aktif.
“Saya bersama 23 orang pendaki Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL), diiringi tiga pendaki tempatan sebagai penunjuk arah dan pengiring untuk memulakan langkah menawan Sinabung pada waktu malam yang amat jarang dilakukan oleh para pendaki.
“Ekspedisi waktu malam membuatkan kami tidak dapat melihat pemandangan indah dari puncak Sinabung dan hanya berkesempatan bergambar dengan batu tanda puncak,” ujarnya.

PENDAKIAN Gunung Sinabung tidak sukar cuma laluannya sahaja dikatakan mencerun dari kaki gunung.



Walaupun tiada pengalaman luar biasa ketika mendaki Sinabung, Afif memberitahu, dia pernah berhadapan dengan situasi seumpama letusan bom atom Hiroshima yang biasa dilihat di kaca televisyen ketika mendaki Gunung Semeru, Jawa.
“Saya bersama seorang rakan bertempiaran lari ketika kali pertama menjejakkan kaki di puncak Mahameru di gunung itu. Keadaannya sama seperti letupan bom di Hiroshima, cuma pada skala yang lebih kecil.
“Rupa-rupanya, baru kami tahu bahawa kawasan itu selamat walaupun akan dihujani debu apabila berlaku setiap letusan,” katanya yang mempunyai pengalaman tujuh tahun mendaki gunung berapi.
Bagi Rohana Man yang sudah berpengalaman menawan lebih 50 puncak gunung, Gunung Sinabung merupakan gunung berapi kedua yang pernah didaki selepas Gunung Sibayak iaitu pada 17 Februari 2007.
Menurutnya, pendakian Sinabung tidaklah begitu mencabar berbanding gunung-gunung berapi lain yang pernah ditawan seperti Gunung Dempo di Palembang dan Gunung Walerang di Surabaya.
“Treknya sahaja yang menegak dari kaki gunung hingga ke puncak dan tiada trek yang rata. Hutannya sama seperti hutan di Malaysia, cuma apabila tiba di kawasan yang dinamakan cadas (sempadan kawasan hutan dengan kawasan kering kontang tanpa pokok).
“Dari cadas hingga ke puncak, keadaannya sangat panas. Ketika perjalanan menghampiri puncak, kami jumpa kawasan batu panas yang berasap. Saat tiba di puncak, suasana menjadi sejuk berikutan angin yang kuat bertiup serta bau belerang yang menusuk hidung,” ceritanya.
Pendakiannya ke puncak Sinabung bermula pukul 8.05 pagi, 17 Februari lalu dari tapak perkhemahan di tepi danau Lau Kawar. Rohana disertai enam pendaki lain iaitu Sham Ahmad, Nailal Husna Syahputra, Kamilia Fitria Ningsih dan Suci Fitri.
Pendakian mereka berakhir di puncak pada pukul 12.20 tengah hari sebelum berjaya turun pada pukul 4.20 petang hari yang sama.
Batu panas
Rohana memberitahu, sepanjang pendakiannya ke Sinabung, dia bersama pendaki yang lain menempuhi kebun-kebun sayur seperti kebun kobis, cili, tomato dan hutan tebal sebelum sampai ke Pos Pandan yang dikelilingi kawasan penuh dengan pokok pandan hutan.
“Kami juga melalui kawasan batu panas yang berasap. Di situ, ramai yang letak telur di tepi celahan batu. Tunggu sahaja beberapa minit, telur tersebut akan masak seperti telur rebus,” katanya.
Bercerita mengenai Gunung Dempo dan Gunung Walerang, Rohana yang juga seorang wartawan memberitahu, perjalanan menawan dua gunung berapi tersebut lebih jauh berbanding Sinabung sehingga memerlukan masa selama dua hari satu malam.
“Kedua-dua gunung berapi ini juga lebih banyak cerun dan hakisan tanah yang menambahkan lagi cabaran kami tatkala mendaki. Memburukkan lagi keadaan, hujan turun dengan lebatnya dan disertai ribut petir.

ROHANA bergambar berdekatan puncak Sinabung yang sedang mengeluarkan asap belerang.



“Tapi kami terpaksa meredah dan meneruskan pendakian biarpun dalam kesejukan yang menggigit sehingga ke tulang demi memastikan kami sampai ke puncak pada waktunya,” katanya yang pernah mendengar kisah pendaki yang maut ketika mendaki gunung berapi akibat kesejukan.
Oleh sebab itulah, menurut Rohana, pendaki yang mahu mendaki gunung berapi perlu bersedia dengan peralatan mencukupi ketika mendaki.
“Gunung berapi mempunyai banyak belerang atau sulfur. Jadi sepanjang pendakian, bau sulfur akan menusuk hidung pendaki. Bagi siapa yang tidak dapat menahannya, akan mengalami pening dan sesak nafas. Jadi pendakian gunung berapi juga memerlukan pendakinya membawa kit perubatan,” kongsi Rohana.
Bagi Nailal Husna, 25, tiada apa yang perlu ditakuti ketika menyertai aktiviti mendaki gunung berapi.
“Sebelum mendaki, status gunung berapi tersebut disemak bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku.
“Mengenai kisah mistik pula, orang tempatan memberitahu Gunung Sinabung ada penunggunya, tetapi berdasarkan pengalaman saya, ia tidaklah menyeramkan,” ujarnya





JANGANLAH KITA BESAR KEPADA ALLAH...DENGAN SEWENANG2 MENINGGALKAN SOLAT...ATAU BERBUAT MUNGKAR...ZINA...MENCURI...MINUM ARAK...RASUAH DLL...




ATAS GAMBAR2 TSUNAMI DI ACHEH.....JUGA DIBAWAH INI
SILA KLIK UNTUK MEMBESARKAN GAMBAR...


Attached Thumbnails
Click image for larger version    Name: 001.jpg  Views: 921  Size: 43.3 KB  ID: 5081 Click image for larger version    Name: 002.jpg  Views: 733  Size: 46.1 KB  ID: 5082 Click image for larger version    Name: 004.jpg  Views: 816  Size: 79.0 KB  ID: 5083 Click image for larger version    Name: 006.jpg  Views: 662  Size: 43.2 KB  ID: 5084 Click image for larger version    Name: 007.jpg  Views: 721  Size: 97.5 KB  ID: 5085

Click image for larger version    Name: 012.jpg  Views: 907  Size: 40.0 KB  ID: 5086 Click image for larger version    Name: 020.jpg  Views: 823  Size: 34.1 KB  ID: 5087 Click image for larger version    Name: JU7.jpg  Views: 721  Size: 80.1 KB  ID: 5088 Click image for larger version    Name: 023.jpg  Views: 861  Size: 36.9 KB  ID: 5089 Click image for larger version    Name: 039.jpg  Views: 855  Size: 43.2 KB  ID: 5090

Tiada ulasan: