S'wak Report: Kakitangan Taib kasari jurugambar | ||
|
Laporan laman itu juga mendakwa, salah seorang pemandu Taib telah mencengkam leher jurugambar wanita itu dan memaksanya memadamkan rakaman yang dibuat.
Insiden itu berlaku apabila anak ketua menteri itu, Sulaiman Abdul Rahman yang juga MP Kota Samarahan meminta kakitangannya supaya keluar daripada apartmen mewah di Hyde Park itu untuk mengenalpasti wanita berkenaan, lapor laman tersebut.
Seorang pemandu kepada timbalan menteri pelancongan itu kemudiannya keluar dan "menyerang" jurugambar berkenaan sehingga beliau diselamatkan oleh seorang saksi di tempat kejadian, menurut laporan itu lagi.
Sarawak Report seterusnya menyebut, tindakan itu antara lainnya menunjukkan bahawa keluarga Taib tidak menghargai tindakan laman tersebut dalam memberikan publisiti mengenai harta yang dimiliki mereka.
Menurut laporan itu lagi, insiden berkenaan kini berada dalam siasatan polis UK
Sabah pertikai label 'negeri termiskin' | |||
|
Menyanggah kenyataan itu, EPU mendakwa Sabah bukan negara paling miskin di Malaysia, meskipun ia tidak menamakan negeri tersebut.
Sarawak juga telah lama dikenal-pasti sebagai negara termiskin di Malaysia selepas Sabah dan ini diikuti oleh Kelantan dan Terengganu.
Menurut EPU “beberapa sektor di media tempatan dan kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu mensensasi (kemiskinan di Sabah) tanpa mengambil kira fakta dan kebenaran”.
“Ia adalah salah tafsiran laporan MEM. Laporan itu tidak menyebut pengurangan signifikan kemiskinan di Sabah dari 1976-2004,” kata pengarah EPU sabah, Ismail Abdullah.
“Bank Dunia menganggap kejayaan ini sesuatu yang membanggakan walaupun terdapat beberapa tempat masih ada rakyat yang miskin di Sabah dan juga di Sarawak serta di beberapa kawasan lagi di malaysia,” katanya
Ini adalah siaran Radio Free Sarawak... | |||
|
Siaran berkenaan dipancarkan dari kota London dan hanya mempunyai rancangan sejam bermula jam 6.30 hingga 7.30 pagi waktu Sarawak di gelombang pendek pada frekuensi 7590 kHz.
Rancangan berita, ehwal semasa dan komentar akan diulang pada hari yang sama pada jam 6-7 petang waktu tempatan pada frenkuensi 15869 kHz.
“Kami mulakan projek ini beberapa bulan lalu. Kami uji siran pertama hari ini dan mendapati masih ada pembaharuan perlu dilakukan bagi memastikan kejelasan siaran,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, ramai lagi penduduk di pedalaman Sarawak yang mendapatkan berita melalui gelombang pendek, yang kini tidak lagi digunakan di negara-negara maju.
“Kami dapati ramai yang masih guna gelombang pendek radio untuk mendengar siaran RTM,” katanya sambil menambah Radio Free Sarawak bercadang mengisi kekosongan akibat kandungan berat sebelah daripada kerajaan itu.
Adalah dipercayai ini bukan usaha pertama membawa kandungan tempatan ke Sarawak melalui siaran luar negara. Namun semua usaha berkenaan berakhir dengan kegagalan
Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid | ||
|
"Dia (Zaid) sudah dewasa kalau dia nak masuk mana-mana parti...dulupun kita tawarkan dia masuk PAS, dia menolak namun terpulanglah kepada dia mana-mana parti dia nak masuk," katanya selepas ditemuramah Bernama menerusi rancangan Hello Malaysia di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur.
Zaid yang juga bekas ketua PKR Wilayah Persekutuan, hari ini secara rasmi melahirkan hasratnya untuk berundur dari parti itu.
"Memang benar saya akan meninggalkan parti itu tetapi saya belum menyerahkan borang rasmi lagi,” tulis Zaid di blognya petang ini.
Katanya, “semuanya akan dijelaskan” apabila beliau mengeluarkan kenyataannya pada Jumaat ini.
"BN nampak gembira dengan kejayaan ini, namun yang lebih penting cara BN menyusun strategi menghadapi pilihan raya umum akan datang, itu yang lebih kita (PAS) bimbangkan," katanya.
Pada pilihan raya kecil itu, calon Pas Dr Zulkefli Mohamad tewas kepada calon BN, Abdul Aziz Yusoff dengan majoriti 1,190 undi.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan