Sabtu, 20 November 2010

BILA KITA BERKUASA...KITA BUAT APA KITA SUKA...DAN TAK BERLAKU ADIL...KETIKA BERHENTI ITU ORANG XPENDULI...LAGI

Rosmah undur diri jawatan canselor Unisel
Nov 20, 10 4:42pm


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program Permata.

Rosmah berkata permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah merupakan tugasan terakhir saya dalam Majlis Konvokesyen Unisel kali ini.

"Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di Kuala Selangor, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rosmah yang dilantik sebagai Canselor Unisel pada Feb 2006 akan tamat kontrak perkhidmatan Feb depan.

MB: Terima kasih atas jasa, pengorbanan

Rosmah berkata sejak menjadi Canselor Unisel lima tahun lepas, beliau menyaksikan banyak perkembangan dan kemajuan yang dikecapi institusi itu dalam memberikan ilmu pengetahuan kepada rakyat Malaysia.

"Perkembangan Unisel makin lama makin baik, jumlah penuntut pun makin ramai. Masa saya masuk dulu, Unisel hanya menawarkan kursus ijazah pertama tetapi sekarang mereka menawarkan kursus sarjana," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam satu sidang akhbar pada majlis yang sama mengucapkan terima kasih kepada Rosmah di atas jasa dan pengorbanannya dalam menaikkan imej Unisel.

Beliau berkata pengumuman mengenai Canselor Unisel baru akan dibuat dalam masa terdekat setelah mendapat persetujuan pejabat Sultan Selangor.

"Pelantikan ini sangat penting bagi kerajaan Selangor sebab melihat bidang pendidikan sebagai perkara utama yang perlu dibangunkan bagi menjadikan Selangor negeri berilmu," katanya.

Abdul Khalid juga menyeru semua pihak agar jangan membuat sebarang spekulasi mengenai pelantikan Canselor Unisel dan sebaliknya menunggu pengumuman rasmi Pejabat Sultan Selangor dan kerajaan negeri.

--Bernama

Amanat Anwar bidas 'sahabat' lama
S Pathmawathy
Nov 20, 10
4:27pm


Amanat penting Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinanti-nantikan penyokong PKR beberapa minggu sebelum kongres PKR minggu depan nampaknya berkisar soal calon timbalan presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

selangor pkr gathering 201110 swearing Memberitahu enggan mengulas mengenai tindakan Zaid yang mahu meninggalkan PKR 16 Disember depan, Anwar bagaimanapun ketika menyampaikan ucapannya di hadapan 1,500 hadirin di Shah Alam berkata:

"Kenapa saya perlu cakap tentang Zaid? Ini bukan tugas saya. Tugas saya untuk mengukuhkan parti," kata ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu.

Bagaimanapun, Anwar berkata tidak akan sesekali "bertolak ansur" dengan mana-mana pihak yang memburukkan pergjuangan lebih sedekat parti dan "mengejek" pemimpinnya.

"Sesetengah pramg berkata saya tidak neutral, menuduh saya memihak, tetapi biar saya beritahu sekarang, pilih siapa sahaja, tapi bukan orang yang mengkritik kita menggunakan media milik Umno," katanya.


Anwar tak sama dengan Suu Kyi, kata penulis Amerika
Nov 20, 10 1:46pm


Pemimpin utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menyamakan diri beliau dengan pejuang demokrasi Burma Aung San Suu Kyi, kata seorang penulis laman web berhaluan kanan Amerika.

Rachel Motte, yang menulis dalam New Ledger, sebuah penerbitan laman web Amerika yang menyiarkan pendapatan berhaluan tengah-kanan, berkata persamaan itu tidak wujud kerana kes peribadi yang dihadapi Anwar berbeza dengan yang dihadapi Suu Kyi.

Tambahan lagi, kata penulis itu, landskap politik Malaysia jauh bezanya dengan yang terdapat di Burma.

"Jika ada manusia yang menderita kerana memperjuangkan demokrasi, maka Suu Kyilah orangnya... bukan Anwar Ibrahim, kerana beliau diberi peluang menghadapi perbicaraan, dibenarkan mendapat khidmat kumpulan peguam, diberi akses kepada media tempatan dan antarabangsa, dibenar bergiat dalam parti politik pimpinannya dan diberi kebebasan untuk bergerak ke seluruh dunia.

"Anwar bukan Aung San Suu Kyi. Sebenarnya, tindakan beliau sebagai pengasas bersama sebuah badan yang memperjuangkan Persaudaraan Islam Sejagat menunjukkan beliau jauh berbeza dengan Suu Kyi, yang telah banyak berkorban untuk memperjuangkan demokrasi," tulis Motte.

Penulis berkenaan mendakwa Anwar menggunakan pembebasan Suu Kyi baru-baru ini untuk menarik perhatian ramai kepada masalah politiknya ketika beliau berucap tentang keadilan sosial dan demokrasi di Sydney, Australia awal minggu ini.

--Bernama


Samy Vellu hadiri mesyuarat BN kali terakhir
Abdul Rahim Sabri
Nov 20, 10
2:47pm


Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu hari ini menghadiri mesyuarat terakhirnya dalam dewan tertinggi BN sebelum belum melepaskan jawatannya Januari depan.

Sehubungan itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak turut mengambil peluang memberikan penghargaan kepada pemimpin kaum India itu dalam sidang media di PWTC di ibu negara tengah hari tadi.

azlan"Beliau (Samy Vellu) merupakan rakan setia dalam BN sejak dulu lagi.

"Jadi kita menghargai sumbangannya dan kita percaya beliau akan terus terus bersama-sama BN serta turut menyumbang dalam kapasiti yang lain demi kepentingan bersama," kata perdana menteri.

Sebelum ini Samy dilaporkan berkata beliau tetap akan meletakkan jawatan sebagai presiden MIC Januari depan sebagaimana yang dijanjikan dan tidak akan menghiraukan sebarang spekulasi terhadapnya.

Katanya beliau akan mengadakan mesyuarat dan menjemput media untuk mengumumkan peletakan jawatan serta menyerahkan jawatan tersebut kepada timbalannya Datuk G Palanivel.

Samy Vellu memimpin MIC selama 31 tahun sejak tahun 1979 lagi, sekali gus menjadikannya pemimpin parti komponen BN yang paling lama berkuasa

Tiada ulasan: