Nazri Abdullah | ||||||||
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa tindakan BN membuka keahlian langsung dan bersekutu membuktikan parti itu berdepan krisis kepercayaan rakyat yang serius. Mengulas 'perubahan' baru dalam BN itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga yakin ianya tidak membantu BN memulihkan semula imej mereka. "Itu bermakna bahawa BN telah mengaku parti-parti komponen mereka termasuk Umno, berdepan dengan krisis kepercayaan dari pelbagai kaum khususnya generasi muda," katanya kepada Harakahdaily semalam. Beliau mengulas demikian berdasarkan pandangan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, yang mendakwa perubahan itu bagi membolehkan pertubuhan atau individu yang tidak suka kepada parti komponen BN, menyertai BN sebagai ahli bersekutu. Namun katanya, adalah mustahil jika satu pihak itu tidak menyukai mana-mana komponen BN, akan menjadi ahli bersekutu BN. "Sebab dia tak suka pemimpin Umno, bagaimana dia nak sertai BN yang Umno sendiri terajui. "Kalau dia tak suka Chua Soi Lek, macam mana dia nak masuk BN sedangkan dia tahu Chua ada dalam tu," katanya. Selain itu, beliau juga tidak melihat perkara tersebut satu ancaman kepada Pakatan Rakyat khususnya kepada PAS. Ini kerana, NGO atau individu yang mahu menyertai BN sememangnya menyokong parti itu dari asal, dan bukan pertambahan sokongan baru kepada BN. "Kita tengok Tan Sri Rozali Ismail bila dia menyertai BN, dia tu Umno dah, bukan pertambahan baru pada BN," tambahnya mengulas pengumuman Rozali membawa Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) menyertai BN. "Ini tidak tambah kekuatan BN, dan tidak mengurangkan kekuatan Pakatan," katanya
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 24 November 2010
KEZALIMAN ..KEMUNGKARAN..PENIPUAN...PUTAR ALAM...RASUAH....MEMBAHAGI KEKAYAAN KEPADA SAHABAT HANDAI..ADALAH XBETUL
Umno hadapi krisis kepercayaan serius
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam DSAI,
Tahniah kerana PKR telah aktif dengan aktiviti menjelaskan kepada rakyat mengenai isu hak air ini kerana telah ada ceramah dan forum mengenai perkara ini di bbrp kawasan di Selangor dan WP. Beginilah kami sebagai rakyat ingin melihat parti PKR aktif menerangkan mengenai perkara ini walaupun tanpa kelibat DSAI yang dikasihi. Pemimpin muda dalam PKR perlulah aktif untuk berjumpa dengan rakyat tanpa DSAI kerana PKR memerlukan pemimpin pelapis muda yang berkarisma spt DSAI. Teuskan dengan membuat sesi ceramah di merata tempat untuk menepis segala tohmahan mengenai PKR dan DSAI.
Kami memerlukan informasi dari DSAI dan PKR serta PR dalam menepis media arus perdana mengenai beberapa isu yang berkaitan dengan PR.
Akhirnya, saya berharap agar SEMUA PEMIMPIN TURUN PADANG BERJUMPA RAKYAT DAN MEMBANTU SERTA MENERANGKAN KEADAAN SEDIA ADA TIDAK KIRALAH DENGAN ATAU TANPA DSAI.
Reply
Jemaah Menteri memang buta kayu, Pak Turut dan Pak Angguk. Mudah saja ditipu oleh anjing-anjing serigala penyedut darah rakyat. Lihat sahajalah bagaimana anjing2 lebuhraya menipu kerajaan dalam perjanjian konsensi lebuhraya – menyedut darah rakyat, anjing2 laut konsesi air pula menipu perjanjian air – menyedut sumber darah rakyat- anjing2 tenaga IPP menipu perjanjian tarif bekalan, subsidi dan sbg – menyedut sumber tenaga rakyat, kemudiannya anjing2 mega – menipu kerajaan dengan kos projek mega yg berlipatganda – memberi bebanan hutang kepada rakyat, byk lagi lain2 anjing pula menipu kerajaan yang ada sekarang, kerana mereka tahu kelemahan, kekurangan, kekorupan dan sbgnya yang ada pada kerajaan sekarang. Dan yang paling pentingggggg!!!!! anggota kerajaan yang ada jugalah yang membuka peluang untuk memberi makan kepada anjing2 tersebut disamping mereka turut memakannya.
BANGKITLAH BANGSAKU.. BANGKITLAH UNTUK BERUBAH KEPADA SESUATU HARAPAN YANG LEBIH BAIK..
Reply
Prrrrgggghhhhh….. nak kata apa lagi…. urut dada ajelah… nasib ibu pertiwiku
Reply
TSGP telah banyak berubah dan sekarang sedang menjalani Ibadah Haji di Mekkah. Mohon taubat nasuhah dari Allah SWT.
Reply
kepada rakyat malaysia, fikirlah baik baik atas apa yang telah berlaku, mana lebih penting antara pemilihan PKR atau rasuah oleh UMNO/BN?
Reply
Pening kepala, banyak masalah negara kita ni punya ketua yang tidak bertanggungjawab..
Reply
Moral daripada Surat Terbuka – banyak penipuan berlaku dalam di Malaysia.
Harap berita-berita sebegini diwar-warkan keseluruh Malaysia semaksimum mungkin.
Reply
Lapuran polis mesti dibuat bagi membuka kes tersebut semula. Ayuh beramai2 setiap negeri ke balai polis buat lapuran. Jangan biarkan orang2 seperti TSGP dan sekutu2 yg kononnya faham sangat undang2 mengganas, menggadai maruah undang2 dan negara. Siasat mereka2 ini yang terlibat dengan Kes Mata Lebam Anwar sampai ke lubang cacing. Macam mana Mahkamah dan Pendakwaraya hendak melaksanakan undang2 dan memberi keadilan kepada rakyat seperti terkandung dalam Perlembagaan Negara sedangkan mereka2 ini melanggar & menginkari undang2, menipu dan memaksa orang menipu utk tujuan mereka yang jahat.
Reply