NI KESAN TIADA DIPOTONG TANGAN PENCURI.....UNDANG2 ALLAH SANGAT MENAKJUB HASILNYA JIKA DIGUNAKAN PAKAI..TIADA BATASAN ZAMAN DAN TEMPAT...INGAT ALLAH LAH MENCIPTA SEGALANYA
Diperkosa perompak
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.
Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.
Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.
“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.
“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.
Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.
“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.
“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan
KOMEN
MUNGKIN SUSAH DIKESAN ATAU DITANGKAP...DITANGKAP PUN..MUNGKIN HUKUMANNYA TAK SETIMPAL...GINI LAH AMAL PERKARA2 NI....
1.BERTAUBATLAH DENGAN SESUNGGUH2NYA...
2.MENUNTUT ILMU2 FARDU AIN
3.KERAP DAN DATANGLAH KE MAJLIS ILMU(AGAMA)
4.BUAT SEGALA PERKARA ASAS AGAMA(SOLAT 5 WAKTU DAN TUTUP AURAT)
5.BANYAKKAN SOLAT2 SUNAT..
6.RAPATKAN DIRI DENGAN ALLAH SWT
7.KEMUDIAN AMAL DOA INI....LAKUKAN(DOA DALAM HATI) KETIKA SUJUD SOLAT2 FARDU ATAU SUNAT JUGA PADA SUJUD SYUKUR....
INSYAALLAH DOA PUAN/TUAN BERJAYA..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan