KUALA LUMPUR, 12 Nov: Rakyat sekali lagi sedang memerhati apakah akan ada sebarang tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pesalah 'jerung' seperti yang didedahkan Ketua Audit Negara dalam laporan audit 2009 baru-baru ini.
Bagi PAS, mereka mahu SPRM berani berani bertindak khususnya terhadap 15 kes penyelewengan termasuk di Kementerian Pertahanan yang melibatkan sejumlah RM310,000 wang rakyat digunakan untuk persiapan bilik VVIP.
Ianya termasuk kos set lampu (chandelier) RM10 000, home theatre RM12,000, kertas dinding (wallpaper) RM95,800 dan set sofa RM13,000.
"Setiap kali laporan audit dikeluarkan menyebabkan rakyat yang prihatin sesak dada kerana memikirkan bagaimana wang negara dibelanjakan semacam harta emak bapa mereka, tanpa memikirkan rakyat yang masih ramai menderita.
"Kita tentu masih ingat bagaimana Pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.
Tambahnya, ramai terkejut bagaimana harga set screw driver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), set tea 6 kerusi RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).
Lebih menarik lagi katanya apabila pihak audit tahun 2006 tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan 6 buah kapal peronda (Petrol Vessel – PV) Tentera Laut Diraja Malaysia yang berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan.
"Kos membina 6 buah PV ini ialah RM5.35 bilion. Baucer yang hilang bukan bernilai RM10, tetapi hampir RM1 bilion. Jika pegawai kerajaan yang buat tuntutan tol sebanyak RM 3 pun perlukan dokumen, tiba-tiba wang rakyat sebanyak RM 1 bilion diberi kepada kontraktor tanpa dokumen. Apa sudah jadi dengan negara kita?," soalnya.
"Apa makna laporan audit yang saban tahun melaporkan cukup baik, malangnya yang memimpin negara tidak sensitif untuk memperbaiki penyelewengan," tambahnya lagi.
Pada laporan audit negara 2008 juga melaporkan berlaku ketirisan sebanyak RM 28 bilion.
Sehubungan itu, PAS tegasnya mengharapkan SPRM bertegas dan mengheret mereka yang bertanggungjawab atas kewangan awam mesti ke muka pengadilan, termasuklah jerung yang bertaraf menteri
Hasrat mahu beli kereta jual Pokke tidak kesampaian Warta Rakyat | KUALA TERENGGANU 12 Nov: Hasrat seorang remaja untuk membeli kereta baru dengan menjual sejenis binatang yang dipanggil "Pokke" di sini tidak kesampaian apabila maut dalam satu kemalangan di Jalan Seberang Takir Baru, lewat petang semalam.
Menurut Ibu mangsa, Zabidah Muda, 48 tahun mangsa dikatakan berangan-angan untuk membeli sebuah kereta hasil keuntungan menjual binatang berkenaan.
"Hasratnya tidak kesampaian, dia sanggup pergi ke pulau untuk mencari Pokke sebab dia cakap nak jual dan beli kereta kalu orang beli dengan harga mahal"
"Namun belum sempat dijual disebabkan berat binatang berkenaan belum cukup matang, dia sudah pergi, katanya,"ujar Zabidah Muda dengan nada sebak sambil menangis.
Pokke (gambar) menjadi kegilangan sesetengah pihak di Terengganu sekarang berikutan berita angin yang mengatakan ia boleh dijual dengan harga puluhan ribu ringgit apabila umurnya sudah matang.
Sebelum ini, diberitakan, beberapa orang sudah mati akibat Pokke ini. Satu laman web menawarkan harga yang baik untuk Pokke atau juga dikenali dengan nama Gecko, Tokek atau Tokay ini.
"Kami ialah pembeli yang berminat untuk membeli Gecko yang bersaiz 400gram dan keatas. Kepada pemilik asal Gecko yang berminat untuk menjual Gecko kepada kami sila hantar gambar Geckobersama pembaris 12 inci berserta maklumat berikut:
1. Nama Pemilik, Nombor telefon dan Lokasi
2. Maklumat berat Gecko, Panjang dan Harga yang ditawarkan
"Hanya pemilik asal sahaja yang boleh berurusan dengan kami, bayaran adalah secara tunai setelah disahkan tahap kesihatan dan kualiti GECKO oleh Pegawai Veterinar kami," tulis laman web itu. Adik mangsa, Mohd Azuan Mohd Amin, 16 tahun pelajar Sekolah Menengan Seberang Takir, memberitahu, mangsa dikatakan berkelakuan pelik dengan termenung keseorangan dan sering kelihatan muram.
Pada hari kejadian mangsa dikatakan bertanyakan khabar mengenai seluruh ahli keluarganya termasuk kembarnya yang bekerja di Besut.
Ahli keluarga dikhabarkan terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 7.30 petang melalui seorang rakan mangsa.
Jelas ibunya, ketika ditemui dibilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, kira-kira seminggu sebelum kejadian, mangsa menyatakan enggan berpindah ke rumah barunya nanti yang masih dalam pembinaan dan hanya ingin tinggal di rumah yang sedia ada.
"Kami sekeluarga kini sedang membina sebuah rumah baru bertentangan dengan rumah yang sekarang ini termasuk dia namun dia cakap dia tidak mahu tinggal dirumah baru itu, dia cakap lebih suka tinggal dirumah lama, jadi makcik tidak sangka dan tidak dapat terima kehilangan dia,"katanya.
Semasa kemalangan jam 7.15 petang semalam, mangsa Muhammad Arifuddin Mohd Amin, 19 tahun seorang penganggur dikatakan dalam perjalanan pulang kerumahnya di Kampung Padang Takir,Seberang Takir,Kuala Terengganu menaiki motosikal jenis Honda Ex5.
Bagaimanapun, mangsa yang keseorangan telah merempuh sebuah lori bermuatan 2.5 tan yang keluar dari simpang Seberang Takir Baru.
OCPD Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin yang dihubungi mengesahkan, mangsa maut semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selepas mengalami kecederaan teruk di badan dan kepala.
Mangsa dikebumikan ditanah perkuburan Islam Seberang Takir, awal pagi tadi selepas kesemua ahli keluarga pulang termasuk bapanya, Ahli Jawatankuasa Umno Cawangan Seberang Takir yang baru sahaja pulang dari Kuala Lumpur kerana menghadiri kursus komputer anjuran Umno cawangan
Pemain billiard terkenal dunia pula peluk Islam Harakahdaily | MASHAD (Iran), 12 Nov: Pemain billiard terkenal dunia, David John (gambar) mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut.
Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).
David pernah menajdi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003.
Sebelum ini, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.
Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.
"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.
David John menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam (Davood sama dengan David mengikut nama Iran) dan berkata, "Revolusi terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad. Saya berharap bahawa selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik lagi belajar," katanya.
"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.
"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.
Ketika upacara, Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim dan Muslim adalah humanistik."
"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam," kata Imam Sayyed Reza Taqavi.
Harakahdaily | SHAH ALAM 12 Nov: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yakin projek pembersihan Sungai Klang adalah lebih cekap untuk mendapatkan bekalan air berbanding mengimport air dari Sungai Pahang untuk pengguna di Lembah Klang.
"Kita mesti cari sumber air yang lebih murah dan cekap. Pembersihan Sungai Klang adalah lebih cekap daripada mengimpot air dari Pahang (seperti disaran BN)," tulis beliau dalam twitternya.
Khalid, bekas CEO Guthrie yang menjadi menteri besar juga mengkritik kenyataan pihak-pihak tertentu yang mendakwa, krisis air akan berlaku menjelang 2012 di Lembah Klang.
Pihak yang sama juga, katanya, yang berkata Selangor akan kehabisan air pada 2008. "Anggaran tidak tepat ini diguna untuk justifikasi pembelanjaan melampau untuk bekalan," katanya lagi.
Khalid adalah antara pihak yang menolak cadangan kerajaan BN untuk mengimport air dari Sungai Pahang ke Lembah Kelang kerana perbelanjaannya terlalu besar.
Kerajaan Selangor juga, katanya, tidak mahu membebankan pengguna dengan menaikkan kadar tarif air.
Kerajaan Pusat pula mencadangkan agar air mentah dari Sungai Pahang yang berlebihan dialir ke Selangor melalui saluran khas dari sungai itu ke Selangor.
Melalui projek itu, kerajaan Pusat bercadang untuk membuat dua projek besar iaitu Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).
Menurut kenyataan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, memandangkan keperluan untuk melaksanakan Skim ini adalah sesuatu yang sangat kritikal dan segera bagi menampung keperluan defisit air pada 2014, maka ia seharusnya diasingkan dengan proses pemuktamadan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air negeri Selangor yang dijangka akan mengambil masa yang lebih panjang. Sehubungan dengan itu, kata kenyataan itu, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian ini juga menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk memberikan kerjasama serta komitmen dan bukannya sebagai penghalang utama dalam pelaksanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor dan juga proses memuktamadkan penstrukturan semula pengurusan bekalan air demi kepentingan rakyat di negeri tersebut. Menurut taklimat (gambar) yang diberikan kepada Adun Selangor, projek penyaluran air mentah dari Sungai Kelau-Sungai Semantan dari Karak Pahang ke Hulu Langat akan menggunakan sistem pengepaman dan penyaluran air melalui paip berkembar melalui terowong dari Karak ke Hulu Langat bergaris pusat 5.2 meter sepanjang 44.6 km.
Ia mampu mengalirkan air secara mengepam sebanyak 1,890 juta liter air sehari.
Kerja-kerja pengorekan bermula dari 1 Jun 2009 sehingga 30 Mei 2014 (60 bulan) oleh Kontrektor Jepun Shimizu-Nishimatsu-UEMB-IJMJV(SNUI-JV) dengan menggunakan kaedah pengorekan Tunnel Boring Machine (TBM) dan New Australian Tunneling Method (NATM).
Kos pengorekan ini ialah RM1,313,987,497.67. Tetapi kos semua yang melibatkan pengorekan, pembinaan Empangan Kelau (Luas takungan 22.78 km persegi dengan kawasan tadahan 331km, Muka Sauk dan Rumah Pam, Saluran Paip berkembar, Penilaian Alam Sekitar dan Keselamatan & Sosial ialah RM3.936 billion.
Ini tidak termasuk kos penyaluran air ke Lembah Kelang yang dijangka melibatkan jumlah kos RM8 billion.
Projek ini terletak di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) yang melibatkan Kerajaan Negeri Pahang dan Selangor. Namun, kerajaan negeri Selangor lebih berminat untuk membuat penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air negeri Selangor kerana struktor yang ada sekarang lebih menguntungkan pihak swasta yang menjadi kroni pemimpin BN berbanding dengan rakyat negeri Selangor secara keseluruhan.
Pihaknya telah menjadi kehendak pusat menyalurkan air dari Pahang dengan penstrukturan semula bekalan air Selangor sebagai bahan tawar menawar. Kerajaan negeri mahu ia dijalankan serentak berbanding dengan kehendak Pusat yang mahukan projek saluran air dari Pahang ini diselesaikan dahulu
PAS anjur seminar 'sedia ganti Umno' Hazayani Zakaria | KUALA LUMPUR, 12 Nov: Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat akan mengadakan satu seminar esok bagi membincangkan persediaan PAS untuk menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, seminar "PAS sedia ganti Umno" itu terbuka kepada ahli merangkumi pimpinan pusat, dewan harian, pimpinan negeri, kawasan dan cawangan termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu.
"Kita sudah menghantar jemputan kepada semua pimpinan pusat, ahli Parlimen, Adun, dewan harian, negeri, kawasan dan cawangan untuk menghadiri seminar esok," kata Idris kepada Harakahdaily.
Seminar yang akan berlangsung sehari di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor itu bertujuan menanamkan keyakinan kepada ahli bahawa PAS sudah bersiap sedia menggantikan Umno pada PRU 13 selain membentangkan agenda bertindak parti bagi mencapai matlamat itu.
"Kita buat seminar ini untuk bagi penjelasan kepada ahli tentang kesediaan PAS menggantikan Umno.
"Kita mahu daripada seminar ini, ahli akan lebih berjiwa besar untuk merealisasikan matlamat menggantikan Umno dan dapat bekerja dengan lebih kuat lagi," katanya lagi.
Selain itu kata Idris, PAS turut mengundang pihak luar bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan parti itu dan langkah-langkah untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Justeru, beliau berharap agar mereka yang menghadiri seminar tersebut akan lebih jelas mengenai perjananan gerak kerja PAS selepas ini.
"Kita harap daripada seminar ini, semua ahli dapat menanamkan dalam fikiran untuk menguasai Putrajaya dan bersiap sedia menghadapi sebagarang kemungkinan PRU diadakan dalam masa terdekat ini, katanya. Dianggarkan seramai 800 ahli dari seluruh negara akan menghadiri seminar bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.
Seminar itu akan dirasmikan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, manakala ucapan penutup akan disampiaknaoleh Timbalannya, NasharudinMat Isa.
Dua kertas kerja akan dibentangkan iaitu "PAS Ganti Umno, Rasional dan Tindakan oleh Idris sendiri dan "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu" oleh ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang juga ahli Parlimen Tumpat.
Manakala di sebelah petangnya pula akan berlangsung forum bertajuk "PAS Ganti Umno:Harapan dan Cabaran" yang menampilkan penganalisis politik, Ghazali Mayudin dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Wadah dan akan dipengerusikan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat
Tuan Boleh, Kami tidak boleh.. Fatihee Alkelantani |
Tuan boleh memberi “gula-gula” Bila kami yang beri, Tuan kata kami mengadu domba
Tuan boleh bina rumah lebih besar dari istana Bila kami yang bina, Tuan arah pegawai rasuah memeriksa
Tuan dapat hak eksklusif di mana-mana sahaja Bila kami yang dapat, Tuan kata rampas hak pemunya
Tuan hantar anak belajar luar negara Bila kami juga hantar, Tuan soal “Belajar dalam negara tak boleh ke?”
Tuan boleh makan di hotel berpuluh bintang Bila kami dapat peluang, Tuan kata pendapatan kami tak sepadan
Tuan bersuara semuanya mesti betul Bila kami bersuara, semuanya mesti dibetulkan
Tuan dulu yang mulakan serangan bertubi-tubi Bila kami berhujah, Tuan menuduh kami tak sedar diri
Tuan boleh naik helicopter kesana dan kesini Bila kami memohon ehsan hantar pesakit, Tuan berdalih rosak itu rosak ini
Tuan berjanji membina prasarana untuk kemudahan kami Bila kami menagih janji, Tuan buat tak kenal kami
Tuan, Hidup kami penuh teruji, seolah dijerut mati Bersuara tak didengari, membantah dipukul separuh mati
Kami, Semut kecil yang teguh berdiri Mencari sesuap nasi sumber rezeki Tidaklah kami menagih lagi Dari Tuan yang sombong meninggi
Dari; Fatihee Alkelantani
|
|
|
| | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan