Selasa, 23 November 2010

JIKA BENAR...JIKA LEPAS DIDUNIA...AKHIRAT SANGKUT...BERAPA LAMA KITA BOLEH HIDUP....AKHIR DUNIA AKAN HANCUR

Mahkamah Sahkan Ada Penyelewengan Serius SYABAS

Dari TV Selangor

Mahkamah Tinggi Shah Alam mengesahkan adanya penyelewengan yang serius dalam operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Persuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail berkata demikian selepas meneliti laporan Ketua Audit Negara keatas Syabas, dan perjanjian konsesi yang dimeterai Kerajaan Selangor dan Persekutuan.

Hadhariah dalam rumusannya menegaskan rakyat bakal menerima kejutan sekiranya mereka menatap kandungan dua dokumen itu.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago memetik kehakiman Hadhariah bertarikh Jun tahun ini, di taklimat air anjuran Panel Penilaian Air Kerajaan Negeri Selangor di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

“Pendedahan perjanjian konsesi ini dan laporan audit akan mengundang kritikan terhadap kerajaan,” kata Charles memetik kehakiman mahkamah.

Charles menjelaskan pihak mahkamah mengakui bahawa usaha syarikat konsesi menaikkan tarif air dibuat sewenang-wenangnya. Bahkan, mahkamah turut membidas tindakan Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan Akta Rahsia Rasmi bagi menutup penyelewengan ini.

“Konsesi menaikkan tarif air secara sewenang-wenangnya, dan penguatkuasaan Akta Rahsia Rasmi bukan sahaja tidak menepati matlamat akta itu, tetapi juga bercanggah dengan prinsip ‘good governance’,” kata Charles memetik kehakiman itu lagi.

“Kepentingan rakyat seharusnya diutamakan,” tambah beliau, disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Gabungan Membantah Penswastaan Air memfailkan permohonan meminta laporan audit dan perjanjian konsesi yang dimeterai Syabas dan Kerajaan Selangor pada 15 Disember 2004 diisytiharkan bukan sulit tetapi dokumen awam.

Gabungan ini terdiri dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan 13 badan bukan kerajaan yang mewakili pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mereka berhujah laporan audit Syabas yang menjadi asas yang mendasari keputusan Kerajaan Pusat menaikkan tarif air sebanyak 15 peratus di Lembah Klang pada 14 Oktober 2006 harus dibuka kepada pemantauan umum.

Permohonan gabungan pengguna ini bagaimanapun ditolak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pada 4 Disember tahun yang sama atas alasan laporan audit dan perjanjian konsesi tersebut adalah sulit dan rahsia kerajaan Malaysia.

“Bahkan Kerajaan Persekutuan berjanji untuk memberi pampasan kepada Syabas sekiranya konsesi itu gagal mencapai KPI yang ditetapkan,” kata Charles.

Tiada ulasan: