Khamis, 11 November 2010

DARI FACEBOOK...KLIK PADA VIDEOS...UNTUK MELIHAT VIDEO PENAFIAN MB PERAK...

Videos Posted by Ayid Adzran Adzrin Hassim


MB Perak Nafikan beliau terlibat - Saksikan video ini

1:48
Upacara letak ancak tiang seri "KHURAFAT" : Mufti Perak.IPOH-
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan amalan dalam upacara
meletakan ancak tiang seri rumah pada Program Projek Infra Bina Upaya
(IBU) di kampung Guar,Manong 17 Oktober lalu sebagai amalan "KHURAFAT".http://www.sinarharian.com.my/perak/index.asp
Share
Added on Sunday

  • 10 people like this.
    • Han Nuar bangla 2 serupa kot...hehe
      November 7 at 4:24pm · 1 personLoading... ·
    • Madzamtoklah Madzam Mamak MB Haram Abdul Zambry terlalu banyak kelentong dalam cakap dan segalanya...
      Siapa yang berdekah-dekah ketawa dalam klip vedio ini..?????
      http://www.facebook.com/video/video.php?v=161625433869389
      November 7 at 4:27pm · 1 personLoading... ·
    • Jamaliah Sudin dia kata khurafat bagi pembangkang tapi kalau orang umno yang buat dia kata harussssss je...sebab pembangkang tau hukum tapi pehak sebelah lebih tau gak,tau buat..!!!
      November 7 at 4:29pm · 2 peopleLoading... ·
    • Madzamtoklah Madzam
      IPOH- Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan amalan dalam upacara meletakan ancak tiang seri rumah pada Program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di kampung Guar,Manong 17 Oktober lalu sebagai amalan "KHURAFAT".
      http://www.sinarharian.......com.my/perak/index.asp

      TAPI YANG MENGHAIRANKAN KENAPA TAN SRI HARUSANNI "AKAN TELITI MEMORANDUM PEMUDA PAS" dan beliau berkata kenapa memorandum Pemuda Pas dihantar kepada-nya...Pelik-pelik dan agak menghairankan...jika tidak kepada TS Mufti Perak..habis kemana nak di hantar memorandum tersebut..???? adakah kepada Vesa la Brazil..??? (Syarikat yang membeli pantai Teluk Rubiah dari kerajaan MB Haram Perak).
      Jika TS Mufti tidak dapat menegur MB Haram Perak yang melakukan upacara "KHURAFAT" tersebut memang benar-lah TS Mufti membela Melayu bersama adat-adat yang karut ini dari menjaga Islam...
      See More
      November 7 at 4:41pm ·
    • Mohd Fadzlan kalau dah haram..apa buat semua haram
      November 7 at 4:56pm · 1 personLoading... ·
    • Ayid Adzran Adzrin Hassim
      Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia
      melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi
      sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh
      itu, tidakkah kamu mahu berfikir?(Surah Al-An'aam, Ayat...: 32).See More
      November 7 at 5:19pm · 1 personLoading... ·
    • Zarina Zakaria kadang2 demi menjaga sesuatu kepentingan peribadi manusia lupa pd hukum ALLAH. jd pd kita yg ALLAH kurniakan keseedaran, maka kita mohon supaya ALLAH hindari kita dari perkara2 khurafat begitu.
      November 7 at 5:29pm · 3 peopleLoading... ·
    • Tn Iskandar Ismail heran btok ngan zamree ni. dia tu bekas s/u agong pkpim, satu cabang ngo dibwh ABIM. Mna pergi ilmu2 agama yg dia perolehi sewaktu aktif bersama pkpim dlu.
      November 7 at 8:08pm ·
    • Herman Samsudeen Jawablah pada Allah kelak.....
      November 7 at 9:56pm · 1 personLoading... ·
    • Alida Abdullah عليدا عبدالله ‎~~syirik......
      November 7 at 10:00pm ·
    • Alida Abdullah عليدا عبدالله ‎~~menafikan benda yg dibuat
      November 7 at 10:01pm ·
    • Alida Abdullah عليدا عبدالله ‎~~matlamat menghalalkan cara
      November 7 at 10:01pm ·
    • Jamaliah Sudin Al Hujurat:15>sesungguagnya orang2 yang beriman hanyalah orang2 yang beriman kepada Allah dan Rasulnya kemudian mereka tidak ragu2.
      November 7 at 10:17pm ·
    • Ibni Battutah mensyirikkan Allah....hehhehehee
      November 7 at 10:32pm ·
    • Jamaliah Sudin agak2 bila la baru mereka ni insaf dan bertaubat,Ya Allah berilah petunjuk dan kesedaran kepada mereka yang telah jauh terpesung dari landasan islam,semoga mereka mendapat hidayat dari Allah dan bertaubat,dan terus masuk PAS. Inilah satu2nya parti yang menegakkan hukum islam.
      November 7 at 10:41pm ·
    • Ayid Adzran Adzrin Hassim
      Golongan Yang Sesat Antara Dunia dan Akhirat.

      Mereka ini adalah terdiri dari golongan minoriti, akidah mereka bersimpang siur dan usaha mereka di dunia ini adalah usaha yang sia-sia, tanpa berkat dan restu Allah. Namun mereka menyangka yang ...mereka telah berbuat baik.

      Orang ini walaupun percaya pada Allah dan hari Akhirat, namun akidah mereka tidak lebih dari gambaran palsu yang terpisah dan terputus dari realiti kehidupan.

      Mereka ini pada hakikatnya termasuk dalam golongan yang menganut fahaman kebendaan sekalipun pada zahirnya mereka melakukan sebahagian dari upacara-upacara kerohanian. Tepatlah seperti yang dikatakan oleh penyair di dalam sepotong syairnya:

      Kita tempungkan kecacatan dunia kita,

      Dengan mengoyakkan agama kita,

      Akhirnya rosak kedua-duanya,

      Baik dunia mahupun agama,
      See More
      November 7 at 10:43pm ·
    • Ramdzan Jabar Maksud firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk syurga, hingga unta masuk kedalam lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan. (Al A'raaf:40)
      November 7 at 10:46pm ·
    • Ayid Adzran Adzrin Hassim
      Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang apa itu agama? Baginda menjawab: Kemuliaan akhlak (Husnul Khuluq). Apabila ditanya tentang apa itu kejahatan, baginda menjawab: Akhlak yang buruk (Su'ul Khuluq).

      Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseora...ng hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Oleh itu sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Rasulullah s.a.w bersabda:See More
      November 7 at 10:50pm ·
    • Jamaliah Sudin ‎"dan siapakah lagi yg lebih zalimdr orng yg mengadakan dusta ke atas Allah,padahal dia di seru di atas islam?dan Allah tidaklah akan memberi pertunjuk kpd orng2 yg zalim"As Saff:7
      November 7 at 10:56pm · 1 personLoading... ·
    • Mohd Zumairi Berat nanang...
      Monday at 12:04am ·
    • Ayid Adzran Adzrin Hassim ا يبقى من القرأن الا رسمه
      akhir zaman ini Quran hanya tinggal tulisannya sahaja , org tak amal.
      Monday at 12:30am · 1 personLoading... ·
    • Ghazali Dan Zakiah Jelas khurafat....segera taubat
      Monday at 1:26am ·
    • Ibni Battutah memang Kufarat tol umno nih,....hhehehehee
      Monday at 1:49am ·
    • Hafizah Nasir Bila dah xberpegang pd alqur'an sunnah yg nabi tinggalkan, sesatlah...
      Monday at 10:22am ·
    • Ismail Ariffin Bukan sahaja sesat tetapi menyesat kan orang pulak...
      Monday at 10:27pm · 1 personLoading... ·
    • Hafizah Nasir ye betul3
      Monday at 11:03pm ·
    • Pas Kuala Selangor http://www.sinarharian.com.my/perak/content/story8380369.asp
      dah buat salah tu bertaubat je la, ni byk alasan plak...


Letak ancak: Mufti Perak kata Zambry tak syirik
Nov 11, 10 12:26pm

Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu tidak melakukan syirik dan khurafat, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani seperti dilapor Berita Harian berkata, Zambry tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik.

"Menteri Besar memaklumkan beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat.

"Beliau cuma melakukan itu (menaikkan tiang seri) atas permintaan orang ramai, malah dia pun tak tahu ancak dan mengatakan tak ada niat pun. Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat," kata Harussani, semalam.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim berkata Harussani sebenarnya belum menjawab apa yang dipersoalkan oleh pemuda PAS Perak, mengenai upucara itu sama ada bercanggah dengan Islam atau tidak.

"Jawapannya juga saya lihat untuk menyelamatkan Zambry. Namun bagaimana mereka yang hadir pada hari itu," katanya kepada HarakahDaily.

Dewan Pemuda PAS baru-baru ini menghantar memorandum kepada Harussani mendakwa Zambry melanggar ajaran Islam dengan menghadiri upacara meletakkan ancak pada tiang seri rumah.

"Sesudah ini adakah bermakna siapapun boleh hadir dalam apa sahaja yang bercanggah dengan hukum Islam, asalkan tidak mempunyai niat melakukan perkara itu?," soalnya.

Khalil yang juga ADUN Titi Serong berkata, apa yang aneh apabila Zambry beria-ia mempertahankan tindakannya dengan mengungkit perbuatan beliau dan Datuk Seri Muhammad Nizar yang memegang lilin pada sidang akhbar berkaitan kematian Teoh Beng Hock.

"Saya menafikan dengan keras bahawa kami melakukan upucara sembahyang. Seingat saya ia sebagai tanda protes kepada kezaliman sehingga menyebabkan kematian seorang warganegara Malaysia yang sepatutnya tidak berlaku.

"Namun dalam soal ini Harussani ternyata tidak adil dengan berpandukan kepada gambar semata-mata dan soalan yang dikemukan oleh wartawan dia terus mengatakan tindakan kami itu haram," katanya lagi.

Harussani sebelum ini berkata tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama.

Perbuatan itu juga ujarnya menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.

"Kalau begitulah kenapakah tindakan Zambry tidak dikatakan oleh Harusssani adalah menggambarkan ajaran agama Hindu dan juga hukumnya haram.

"Sebenarnya memegang lilin dalam masyarakat Cina tidak sekadar merujuk kepada pemujaan, atau berkabung.

"Sebaliknya, dalam masyarakat Cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan di kala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu simbol dalam melakukan sesuatu protes," katanya.

Sehubungan itu, disebabkan perbuatan Zambry yang dakwanya serius dan menyangkut akidah umat Islam, beliau turut mencadangkan agar Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan fatwa

Tiada ulasan: