Ahad, 21 November 2010

PENGUNDIAN APA SAJA..BIAR TELUS..JANGAN RASUAH..TAK MAHU KALAH ASYIK NAK MENANG...JANGAN ZALIM..ZALIM NI ALLAH MURKA...

Kedah pantau GLC, nafi ‘sakit tenat’
Harakahdaily

ALOR SETAR, 21 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberitahu akan mengkaji fungsi semua GLC negeri itu dan memantau lebih ketat khususnya aspek kewangan dan pentadbiran.

Menurutnya, beliau tidak menolak dakwaan ada GLC yang berjaya, gagal atau baru bermula, bagaimanapun menafikan dakwaan beberapa GLC sakit tenat dan mengalami kerugian kerana terlalu banyak GLC diwujudkan.

“Setakat ini tiada GLC yang sakit tenat masalah yang berlaku adalah perkara biasa yang boleh diatasi dan terkawal,” lapor web Warta Kedah.

Beliau berkata demikian ketika menggulung jawapan pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, kebanyakan masalah yang berlaku di dalam GLC berkenaan adalah yang ditinggalkan oleh pihak pengurusan sebelum yang ditadbir oleh kerajaan dahulu.

Beliau juga akur dengan teguran Adun pembangkang yang mempertikaikan kewujudan GLC yang bertujuan memperkasakan GLC bagi menjana ekonomi negeri Kedah.

Untuk tujuan itu dua lagi syarikat GLC diberi hak meneroka industri kuari dan perlombongan untuk meningkatkan hasil kepada kerajaan negeri Kedah.

Permodalan Kedah Berhad (PKB) adalah tambahan kepada GLC sedia ada iaitu Yiked Holding Sdn Bhd yang sebelum ini diberi tanggungjawab penuh dalam industri kuari.

Menurutnya, mesyuarat Exco baru-baru ini telah memutuskan supaya tambah dua lagi GLC yang akan terlibat dalam industri kuari dan perlombongan menjadikan tiga GLC terbabit berkerjasama atau teroka pasaran baru bagi meningkatkan hasil dalam bidang pertanian.

“Mana-mana syarikat yang berminat boleh mengemukakan cadangan kepada tiga GLC ini dan usaha sedang dipertingkatkan supaya sektor berkenaan terus berkembang dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Kedah.

“Banyak juga yang kita beri kelulusan sebelum ini tetapi tidak mampu uruskan, saya yakin dengan pertambahan GLC berkenaan sektor ini boleh berkembang seterusnnya meningkatkan pendapatan negeri Kedah,” katanya.

Ujarnya lagi, antara GLC yang akan dibuat pengstrukturan semula ialah Kedah Agro Holding yang mempunyai enam anak syarikat di dalamnya.

Mengulas mengenai Kolej Universiti Insaniah yang dikritik kerana mempunyai anak syarikat yang banyak, katanya, ianya perlu disesuaikan dengan keperluan semasa.

Menurutnya, kos perbelanjaan sesebuah univeristi amat tinggi mencecah berbilion ringgit dan kerajaan sekarang tidak lagi membina universiti sebaliknya pihak swasta yang mengambil alih.

“Kita hanya pantau operasi universiti supaya tidak tersasar daripada dasar dan kos sebenarnya,” katanya


Lantik Rosmah menteri agar tidak ‘kacau’ kerajaan
Harakahdaily

IPOH, 21 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran melantik isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor sebagai menteri supaya tidak ‘mengacau’ pentadbiran negara.

“Eloklah Rosmah disenaraikan oleh Najib sebagai mengisi kekosongan kerusi menteri penuh bagi melengkapkan rombakan yang akan diumumkan oleh Najib nanti.

“Kalau tidak, Rosmah akan terus menjadi pengacau dalam pemerintahan negara yang ada sekarang,” tulis Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim di dalam blognya.

Demikianlah, katanya Rosmah Mansor sebagai pemecah tradisi sebagai seorang isteri Perdana Menteri yang paling hebat dan berkuasa.

Justeru itu, tegasnya tekad Pakatan Rakyat bukan sahaja menjatuhkan BN dan Najib tetapi memastikan Rosmah bukan lagi menjadi pengacau kepada pemerintahan negara disayangi ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak mengulas kenyataan Rosmah Mansor yang memohon tempat di Asian University for Women, Bangladesh untuk pelajar wanita negara ini yang kurang berkemampuan.

"Insya Allah kalau ada peluang, saya akan cuba tempatkan empat ataupun lima wanita dari negara ini yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Asian University for Women.

"Ini adalah mustahak bagi pelajar wanita negara ini bertukar-tukar fikiran serta mengenali amalan budaya kaum-kaum di negara lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Kelima Unisel di Kampus Bestari Jaya di sini, semalam.

Menurt Khalil, sekali baca berita di atas nampak macam biasa sahaja tetapi sebenarnya untuk sekian kalinya Rosmah melangkaui tugas Menteri Pelajaran atau Menteri Pengajian Tinggi dengan membuat kenyataan yang langsung tidak ada kaitan dan bukannya tugas isteri Perdana Menteri.

“Kalaulah dia pandai dan sekolah tinggi sikit, kenyataan apapun yang melibatkan apa saja kementerian boleh dikeluarkan walaupun masih nampak jangalnya dengan cuma berlapikkan akan usahakan melalui kementerian yang berkaitan, dalam soal penghantaran pelajar dia boleh berlapik dengan katanya akan berusaha melalui Kementerian Pelajaran.

“Mana ada urusan hantar pelajar yang boleh diselesaikan tanpa ada campurtangan dari kerajaan dan dalam hal ini kementerian yang berkaitan ialah Kementerian Pelajaran,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sebelum ini, katanya Rosmah dilihat beria-ia sangat dengan mendakwa dirinya wanita pertama negara sehinggalah dianjurkan persidangan wanita pertama dengan membelakangi Raja Permaisuri Agong sebagai wanita pertama yang sebenarnya.

Selain itu tanpa ada kementerian ‘Permata’ Rosmah mendapat peruntukan khusus sebanyak RM111 juta dalam Bajet 2011, satu jumlah yang besar walaupun hanya untuk prasekolah yang belum nampak hala tujunya

'Drama' pemilihan PKR timbul kembali
Abdul Rahim Sabri
Nov 21, 10
3:17pm

Proses pemilihan PKR yang memasuki minggu terakhir kini kembali 'kecoh' apabila beberapa insiden didakwa berlaku, antaranya pertikaian dalam proses pengiraan undi.

Sekurang-kurangnya terdapat dua kekecohan berlaku semalam yang melibatkan cabang di Puchong dan Hulu Selangor - kedua-duanya di Selangor.

Menurut seorang wakil calon, di Puchong malam tadi berlakunya "drama" merampas kertas undi apabila seorang calon naib presiden dikatakan tidak berpuas hati dengan proses pengiraan undi bagi jawatan itu.

Ia ekoran dakwaan pengiraan pengundian tidak memihak kepadanya dan pengawas yang bertugas sewaktu pengiraan didakwa menyebelahi calon yang lain bagi jawatan yang sama.

Kejadian perang mulut antara kedua-dua pihak itu akhirnya memaksa pihak pengawas di situ meminta bantuan polis untuk menteramkan keadaan dan mengiringi pegawai pemilihan membawa pulang
kertas undi ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Sementara itu, di cabang Hulu Selangor pula, media melaporkan sekumpulan ahli PKR bertindak menghalang kereta yang membawa kertas undi daripada memasuki pekarangan sebuah dewan pengundian di Kuala Kubu Bharu semalam.

Lebih 100 orang dilaporkan berkumpul bagi membantah pemilihan peringkat cabang yang tidak tidak dibuat serentak dengan pengundi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Sehubungan dilaporkan berlakunya insiden tolak menolak dan pertikaman lidah antara individu kumpulan terbabit dan anggota Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR.

Di cabang Ayer Hitam di Johor pula hari ini terdapat dakwaan pemilihan tidak dapat dijalankan susulan dakwaan notis mengadakan pemilihan tidak diterima daripada ibu pejabat.

Ketua penaja cabang Zaid Mohd Yusof berkata, walaupun beliau menerima SMS daripada pengawas pemilihan pada pukul 1 pagi tadi memaklumkan proses berkenaan akan dijalankan, tetapi pihaknya enggan mengadakannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Zaid mendakwa, ini kerana ia " tak ikut prosedur".

"Sepatutnya kamu beritahu lebih awal," kata ketua cabang yang masih lagi ditahap penajaan.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada ibu pejabat PKR berhubung dakwaan-dakwaan itu.
Pro-ISA protes forum anti-ISA
Susan Loone
Nov 21, 10
2:14pm


Kira-kira 50 Pemuda Umno Pulau Pinang dan orang ramai berkumpul sekitar kompleks Komtar sebagai 'membalas' forum yang membincangkan akta ISA.

Forum itu yang dinamakan'Alat Politik untuk Penindasan' melibatkan pelancaran buku bekas jawatankuasa pusat GERAKAN Toh Kin Woon berjudul Fifty Years Under the ISA (50 tahun bawah ISA).

penang attack on anti isa forum 211110 umno youth violencePeserta perhimpunan 'pro-ISA' - dipimpin ketua Pemuda Umno negeri Norman Dhalan dan Naib Presiden Persatuan Peniaga Komtar Abdul Ghani Mohammad Jiman - menjeritkan slogan "Hidup ISA!", "Halau pengkhianat!" dan "Hanya pencuri dan penyanggak takut ISA".

Mereka berjaya sampai ke depan pentas di mana pemforum dijadual bercakap.

Bagaimanapun, ketika penganjur menjemput mereka turut berhujah, pelawaan itu ditolak.|

Bagaimanapun, ketika itu, sebahagian daripada mereka terus melaungkan "Kekalkan ISA"dan "Yes to ISA! (Ya kepada ISA!).

NGO tolak, selar tawaran ahli bergabung BN
Nov 21, 10 1:36pm


Keputusan BN menerima kumpulan NGO, pertubuhan dan persatuan sebagai ahli bergabung dengan parti itu diselar kumpulan NGO yang berpendapat tindakan itu "bertentangan dengan norma masyarakat demokratik".

Menurut Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz, ini kerana selain kewujudan badan politik dan swasta, peranan NGO yang "tulen" sebagai "organ masyarakat sivil" tidak boleh dinafikan.

NONE"Bagi PKPIM, tujuan utama ditubuhkan NGO sebagai wadah yang membawa suara marhaen sebagai (agen) semak dan imbang terhadap setiap satu dasar yang digubal pihak pemerintah bagi memastikan ia benar-benar memenuhi kepentingan masyarakat umum," katanya.

Dalam satu kenyataan, Muhammad Faisal (kanan) mengumpamakan NGO sebagai "pusat roda yang dikelilingi parti politik".

"Walau siapa yang berada di atas atau siapa yang berada di bawah, NGO tetap utuh sebagai pusat di tengah-tengah yang bertanggungjawab memastikan roda secara keseluruhannya bergerak dengan lancar," katanya.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, pendekatan tidak memihak dan “independent political force” (kuasa politik bebas) harus dijadikan prinsip asas NGO.

barisan nasional bn 181110"Sebagai aktivis dan pimpinan NGO, kita seharusnya bebas dari keterikatan mana-mana parti politik dan ketaksuban politikus yang akhirnya akan mencengkam idealisme perjuangan NGO itu sendiri," katanya lagi.

Dalam PKPIM sendiri, tambahnya, mereka adakalanya senada dengan parti pemerintah dan adakalanya bersama parti pembangkang dalam sesuatu isu berlandaskan kepentingan masyarakat umum.

"Namun, PKPIM menyambut baik sebarang usaha pihak BN untuk meraikan kepentingan NGO sebagai rakan pembangunan negara atau smart partnership building dengan sentiasa mendengar pandangan dan kritikan NGO, serta menghormati prinsip dan pendirian sesebuah NGO dalam sesuatu isu," kata Muhammad Faisal.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) setakat ini dilaporkan berminat berhubung tawaran BN itu.

Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail dilaporkan berkata, beliau akan menulis surat kepada Dewan Tertinggi BN agar gabungan itu menyertai BN sebagai ahli bergabung


Tiada ulasan: