Katanya, kemenangan itu bukan sesuatu untuk diraikan tetapi menjadi pengajaran kepada mereka agar tidak keterlaluan menggunakan apa cara sekalipun untuk menjatuhkan memalukan, menghina, merosakkan dan memfitnah sesorang.
"...ia juga menjadi bukti bagaimana sesuatu cerita direka semata-mata atas nama nafsu serakah yang mahu menggodam seseorang tanpa rasa dosa dan nilai kemanusiaan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Ipoh.
Zambry kini berada di Mekah kerana menunaikan haji dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini.
"Pihak saya telah menulis kepada mereka agar memohon maaf atas perbuatan mereka tetapi dengan angkuh mereka menjawab untuk bertemu saya di mahkamah," katanya.
"Kini mahkamah telah membuat keputusan. Saya terima dengan penuh keinsafan," kata beliau yang turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan peguam yang mewakili beliau.
Zambry semalam memperoleh penghakiman terhadap akhbar Suara Keadilan dalam es saman RM100 juta yang difailkannya berhubung penyiaran artikel fitnah oleh idah PKR.
Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Noordura Mohammad Din turut membenarkan permohonan Zambry untuk mendapatkan penghakiman pada ahagian-bahagian tertentu dalam pernyataan pembelaan defendan selepas mendengar enghujahan kedua-dua belah pihak di dalam kamarnya.
Peguam Zambry, Firoz Hussein Jamaluddin memberitahu pemberita bahawa ahkamah akan menilai ganti rugi berkenaan kemudian.
Pada 25 Feb lalu Zambry memfailkan saman fitnah menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata artikel yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan edisi 29 Dis 2009 - 5 Jan 2010, bertajuk “Zambry Disyaki Pengganas - Gagal Masuk ke Amerika Syarikat” mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.
Beliau memfailkan saman fitnah dengan menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden, Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan; penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.
Dalam saman yang difailkan pada 25 Feb itu, Zambry mendakwa tulisan bertajuk 'Zambry disyaki pengganas gagal masuk ke Amerika Syarikat' yang disiarkan lidah PKR itu merupakan satu fitnah dan berita tersebut merosakkan reputasi peribadi, awam dan politiknya.
Katanya, tulisan dalam isu 29 Dis, 2009 - 5 Jan 2010 itu bermaksud beliau disyaki sebagai pengganas dan tidak layak memegang jawatan menteri besar negeri itu.
Zambry menafikan bahawa beliau tidak dibenarkan memasuki Amerika Syarikat dan beliau sememangnya memasuki negara itu.
- Bernama
Semuanya gara-gara peguam utama pembela, Karpal Singh yang gagal dalam usahanya cuba mengasak saksi hari ini, Dr Siew Sheue Feng supaya merujuk kepada nota perubatan asal.
"Saksi-saksi ini sudah diprogram sebagai robot,” bidas Karpal.
Anwar juga dilihat hilang sabarnya hari ini kerana telah berulang-kali dinafikan hak mendapatkan nota perubataan asal yang dibuat oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur.
"Ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti,” kata Anwar.
Yusof menjawab: "Kau tidak tahu mengenai undang-undang."
Ia kemudian mencetuskan pertikaman lidah pula antara Yusof dengan beberapa individu di galeri awam.
Anggota polis yang berjumlah empat hingga lima orang, termasuk seorang yang berpangkat ASP kemudiannya dikerah bagi mengawal keadaan.
Anwar keluar dari mahkamah masuk beberapa kemudian sambil memberi petunjuk kepasda polis bahawa beliau akan bertenang.
Karpal kemudian berkata pihak pembelaan akan mengemukakan permohonan bagi melucutkan kelayakan hakim membicarakan kes itu kerana Zabidin didakwa gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
"Kita akan failkan permohonan pagi esok.”
Tak ingat
Sebelum itu, Karpal bertanya kepada Dr Siew berhubung apa yang diisi dalam borang perubatan.
Nama pesakit - saksi menjawab, "Mohd Saiful Bin Bukhari."
No IC - Dr Siew berkata dia tidak ingat.
Tarikh lahir - sekali lagi doktor itu berkata dia tidak ingat.
Pekerjaan - “pembantu peribadi”
Status - "bujang"
Dr Siew juga berkata dia tidak ingat nombor laporan polis berkenaan.
Karpal kemudian meminta Dr Siew merujuk kepada laporan perubatan. “ Bukankah awak ingin menyegarkan semula ingatan awak berdasarkan nota itu?”
Saksi berkata dia hanya merujuk kepada maklumat dalam laporan perubatan terakhir dan bukan nota perubatan yang asal.
"Saya ada laporan yang lengkap,” katanya.
Pagi tadi, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sekali lagi menolak permohonan pihak peguambela bagi mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, mahkamah tidak boleh memaksa dokumen itu dikemukakan.
Keputusan mahkamah agung
Sebelum itu berlaku pertikaman lidah antara peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh yang berhujah bahawa hakim gagal memahami Seksyen 45, Akta Keterangan 1950 yang mensyaratkan seseorang pakar perlu mengemukakan semua dokumen bagi menyokong semua hujah yang dikemukakan di mahkamah.
"Ini keputusan Mahkamah Agung.”
Hakim Mohamad Zabidin berkata: "Bagaiaman jika dia (saksi) tidak mahu melihatnya (dokumen)?”
Karpal berkata ini tidak adil dan ini menyukarkan tugas pihak pembelaan dalam melaksanakan tugas mereka.
“Apa yang mungkin Yang Arif catatkan adalah tidak berguna kecuali ia disokong oleh data dan ia tidak berguna dengan tulisan di atas kertas itu.”
"Kenapa mesti Yang Arif duduk dan terdedah kepada tidak tentu arah?” soal Karpal.
Katanya, tindakan itu bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran dari sudut sains.
Justeru, menurut Karpal, adalah tidak adil kepada pihak peguambela jika data yang disertakan tidak menyokong kenyataan lisan dan bercanggah dengan sistem perundangan.
"Fungsi pakar (saksi) adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," kata Karpal.
Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mencelah mengatakan saksi layak menjawab secara lisan selain tiada desakan untuk saksi mengemukakan data.
Katanya tugas pakar patologi HKL, Dr Siew hanya untuk mengambil sampel dan mengenalpasti kecederaan dan bukan mengenalpasti data.
Penasihat Parti Hak Asasi (HRP), N Ganesan berkata jika tidak ia hanya akan membantu BN kekal berkuasa kerana Pakatan dikatakan belum bersedia sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membubarkan parlimen.
Meskipun negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan - Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor - boleh memutuskan tarikh pilihan raya negeri masing-masing, Najib akan menggunakan kelebihan situasi itu untuk mengadakan pilihan raya yang serentak dengan pilihan raya Sarawak, katanya.
“Apabila ini berlaku, BN boleh menumbangkan Pakatan pada bila-bila masa kerana mereka kini pada kedudukan yang lemah serta tidak bersedia,” katanya di pejabat parti di Prai.
“Tetapi sebaliknya Pakatan pula berhasrat menumbangkan BN, ia mesti mempunyai campuran yang lebih meluas, ataupun tidak ia hanya akan memberikan kemenangan mudah kepada BN.”
Ganesan, mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tempoh hari bahawa tarikh pilihan raya negeri akan ditentukan oleh dan bukannya lagi oleh BN.
Ganesan berkata untuk menawan Putrajaya, Pakatan mesti bekerjasam dengan parti-parti kecil seperti HRP dan yang lain di Sabah dan Sarawak kerana mereka juga akan mengemukakan calon.
“Mereka tidak boleh berkata kami adalah pengacau. Apa yang kami minta dari mereka (Pakatan) adalah tunaikan keperluan kami dan mempertimbangkan polisi untuk hak minoriti kerana akhirnya ia akan memberi kesan kepada semua, bukan sahaja orang India atau Hindu sahaja.
“Kami amat prihatin dengan isu-isu seperti Islam semakin memasuki hak minoriti, ketidaksamaan dan tindakan membantu golongan miskin. Adakah awak rasa permintaan kami tidak munasabah?”
Empat orang saksi yang dibawa bersama itu adalah rakan Aminulrashid, Azamuddin Omar yang juga berada di kereta ketika remaja 15 tahun berkenaan ditembak mati dan tiga orang anggota polis yang mengejarnya. Mereka dibawa bagi mengecam laluan dan tempat kejadian.
Terdahulu, mahkamah mendengar keterangan daripada pegawai forensik Cif Insp Mazli Jusoh yang membuat pemeriksaan di tempat kejadian.
Mazli ketika disoal oleh pendakwaan berkata beliau telah membawa Azamuddin untuk mengecam laluan dan tempat kejadian tersebut pada 5 Mei lalu.
Beliau sebelum itu juga telah memeriksa tempat kejadian selepas insiden tersebut berlaku pada 26 April tahun ini.Ditanya lanjut oleh timbalan pendakwaraya Dusuki Mokhtar, Mazli berkata beliau mengambil masa sejam untuk meneliti laluan berkenaan.
Katanya, laluan tersebut bermula daripada sebuah restoran di Seksyen 7, Shah Alam hinggalah ke lokasi kereta berkenaan terbabas di Seksyen 11.
Bagaimanapun, beliau tidak menyediakan rajah kasar bagi keseluruhan laluan berkenaan.
"Saya cuma sediakan rajah untuk Jalan Tarian 11/2," kata Mazli.
Tambahnya, laluan berkenaan disediakan berdasarkan keterangan daripada Azamuddin dan juga tertuduh Lans Kpl Jenain Subi.
Azamuddin menaiki kereta yang dipandu mangsa, manakala Jenain menaiki kenderaan peronda polis yang mengejar kenderaan mangsa dalam kejadian berkenaan, katanya lagi.
Ekoran kenyatannya itu, Dusuki meminta mahkamah untuk melawat laluan dan lokasi kejadian berkenaan sebelum menyoal Mazli semula.
Perdana Menteri berkata sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen wajar dipertahankan kerana ia telah berjaya membawa kepada keamanan, kestabilan politik dan aspirasi rakyat.
"Untuk itu seluruh rakyat perlu terus mempertahankan sistem yang terbukti berkesan membawa ketabilan ini dan tidak ada sebab untuk kita bersikap ibarat tikus membaiki labu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan buku 'Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada' tulisan Datuk Halim Ibrahim di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan malam semalam.
Penerbitan buku itu bersempena ulang tahun ke-80 keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Turut hadir Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar, dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Najib berkata sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen juga membolehkan pembangunan dilaksanakan secara terancang dan tertib dan sebagai hasilnya, taraf hidup rakyat berjaya dipertingkatkan hanya dalam tempoh 50 tahun.
"Kita juga berjaya mentransformasikan negara dari sebuah negara pertanian yang berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden yang berpendapatan tinggi," katanya.
Menurut beliau sistem berkenaan juga terbukti sebuah sistem terbaik yang ternyata keberkesanannya kerana ia mengadunkan warisan tradisi negara yang terbaik bersama-sama aspirasi rakyat.
Katanya, lipatan sejarah di bawah sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen menunjukkan perjalanan negara ke arah sistem itu bersifat evolusi, bersandarkan muafakat dan berlatarbelakangkan ketertiban dan ia berbeza dengan sesetengah negara di dunia yang melibatkan revolusi dan anarki.
Sementara itu, Najib berkata penerbitan buku itu membolehkan rakyat iaitu pembaca mengenali dengan lebih dekat tentang hati budi dan jiwa raga Sultan Pahang memandangkan ia dikarang oleh individu yang akrab dengan baginda.
Katanya, walaupun ia bukanlah buku yang pertama dan yakin bukan juga yang terakhir, namun ia tetap penting sebagai rekod tawarikh untuk teladan serta panduan bagi generasi hari ini dan akan datang.
"Sesungguhnya bangsa yang tidak tahu, mahu pun berminat dengan sejarah warisan bangsanya sendiri adalah bangsa yang lemah dan miskin semangatnya," kata beliau.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan